untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Surat untuk bakal isteriku

1. pertamanya aku meringankan diriku untuk menulis warkah cinta ini, kerana aku merasakan sentuhan pena itu amat tajam sekali. Ketahuilah andai sejak kelahiran kita, kita bersendirian , kita diasuh oleh kedua ibu dan ayah, kita melangkah ke alam persekolahan, kita berjuang di medan ilmu dan masyarakat. Namun siapa sangka akhirnya kita bakal bertemu dan membina sebuah istana bahagia yang didalamnya dipenuhi dengan nikmat dan keredhaan dari Tuhan.

2. Tidak pernah aku membayangkan bahawa kamu adalah bakal zaujahku suatu hari nanti. Memang benar jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Tapi ketentuan Tuhan itu penuh dengan misteri dan bayangan. Tidak pernah terlintas didalam benakku, tidak pernah terbayang dimindaku bahawa suatu hari nanti aku akan berzaujahkan kamu. Semoga Tuhan meredhai aku dan Tuhan juga memberkati kamu

3. Ketahuilah, aku merupakan manusia biasa sama seperti lelaki lelaki lain, cumanya aku ada prinsip aku sendiri. Aku ada tujuan aku sendiri untuk hidup didunia ini. Aku juga percaya setiap laki laki yang lahir didunia ini, juga mempunyai hala tuju sendiri. itulah keistimewaan sang lelaki. Dan pasti kamu sebagai seorang wanita muslimah perlu mengerti akan bakal zaujmu agar kamu mampu bersabar dengan kerenahku tatkala kita mula membina mahligai indah

4. Sebagaimana aku dengan prinsipku, aku juga mengerti kamu sebagai seorang manusia biasa. kamu juga bukanlah malaikat yang tiada nafsu terhadapa dunia. kamu juga aku pasti mempunyai cita cita dan keinginan sendiri. kamu sudah pasti tidak mahu bakal zaujmu mengongkong kehidupan kamu selepas berumah tangga. kamu pasti mahu membuat keputusan tersendiri terhadap beberapa perkara yang melibatkan kehidupan peribadimu dan keluargamu yang kamu telah bina semenjak kamu mengenali diri ku lagi. Insya Allah, pasti aku akan mengerti akan hal itu.

5. Dulu, aku sering berkhayal kepada Tuhan, andaikata aku diberikan cinta, biarlah cinta itu seumpama Aisyah kepada Muhammad. Andainya aku ditemukan sebuah hati, biarlah hati itu seumpama Balqis kepada Sulaiman. Iya. khayalan itu cukup indah. Sedang realitinya memerlukan kepada sebuah tanggung jawab yang berat. Adakah aku sudah cukup sempurna seumpama Nabi Muhammad untuk menerima cinta Aisyah R.A.H. Adakah aku juga hebat seperti Raja Sulaiman untuk menerima kasih Sang Ratu Balqis. Sedang aku manusia biasa yang masih lagi mendaki tangga tangga usaha untuk menuju kepuncak kejayaan.


6. Ingin aku nukilkan kepadamu wasiat orang orang tua yang telah makan garam jauh lamanya dari kita, perkahwinan itu sebuah pertemuan antara dua pasangan berlainan jantina yang tidak pernah halal sebelumnya. Ia dibina diatas akad yang suci yang telah menghalalkan antara keduanya, Seterusnya kedua itu mula beriltizam untuk membina sebuah mahligai yang indah, belayar menuju kedestinasi cinta. dalam pelayaran itu, tidak sesekali lautan sering tenang. Ada kalanya ombak dan gelombang sering membadai. Ada sekali sekala, kilat dan petir sabung menyabung. Ada waktu waktunya, kebocoran berlaku disana sini, namun anak anak kapal perlu bekerja keras dan bersatu hati untuk saling mengukuhkan antara satu sama lain agar destinasi yang dituju sampai.

7. Marilah kita bermuhasabah cinta. Adakah kita mengerti akan tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini. Kita ada halatuju yang dibekalkan Tuhan berdasarkan sumber wahyu. Selama ini, bebanan itu kita tanggung sendirian. Selama ini bebanan itu kita hadam secara individu. Tapi, selepas ini, pasti bebanan dan tekanan itu kita boleh berkongsi bersama , bahu membahu dan itulah nikmatnya sebuah perkahwinan.

8. Aku berdoa agar Tuhan terus memperkukuhkan hatimu dan hatiku sepanjang perjalanan kita kearah membina mahligai ini. semoga kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup agar kita mampu membina bukan sahaja mahligai yang gah pada kanta dunia, tetapi juga sebuah mahligai yang mana didalamnya penuh dengan keberkatan. Apalah ertinya sebuah ikatan yang kosong. marilah kita belajar dari pengalaman pengalaman manusia lain, pengalaman pengalam kita yang lepas agar kita bisa menjadi matang.

Salam rindu dari ku, bakal suamimu

penulis blog aku budak medik.

Saturday, April 11, 2015

Suka duka seorang house officer


. Kenapa yer kerjaya seorang house officer ini sangat memenatkan? flexy hour pun lebih kurang kerja oncall juga. houseman mana cukup. kata sahaja kerja sampai pukul 10 malam, kadangkala pukul 11 dan12 baru boleh balik disesetengah posting.
Penat juga setiap 4 bulan sekali kena berpindah posting. Itupun kalau lulus viva dan bos berpuas hati. kalau tidak , kena extend beberapa bulan la jawabnya.
Berada disesetengah posting pula, ragamnya berlainan. kalau kita jenis yang payah dan susah nak menyesuaikan diri, memang sukar mahu hidup. Menjadi seorang houseman ini kena pandai berpolitik. kerana kita hanya beberapa bulan disetiap posting. Kita perlu mengenal orang baru dengan cepat, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan agak cepat, memastikan dalam tempoh 4 bulan itu ketua kita berpuas hati dengan prestasi kita dan perlu segera keluar ke posting lain dengan cepat. berada lama lama disatu posting juga tidak bagus.
kadangkala kita sudah ada cita cita sendiri. ada orang sejak dari bangku kolej lagi sudah memasang azam dan niat apa mereka mahu jadi apabila menjadi MO. ada yang mahu memilih menjadi MO OnG, Ada yang mahu memilih perubatan am, ada yang tidak suka berada diwad, menjaga pesakit sama setiap hari lalu memasang angan angan mahu menjadi seorang MO emergency, tengok pesakit, rawatdan refer kepada bahagian yang berkenaan.
Pada masa sama, ada juga houseman yang masih tercari cari apakah matlamat dan tujuan hidupnya. semasa houseman inilah mereka akan didedahkan dengan pelbagai posting, pelbagai ragam manusia. Mereka akan melihat situasi sebenar hidup. kemudian mereka akan membuat keputusan yang seawajarnya mengikut minat dan kemampuan masing masing.
iya. inilah kehidupan yang agak mencabar. 2 tahun pasti penuh dengan suka dan duka kehidupan.
penulis blog aku budak medik

Saturday, March 15, 2014

waiting for my housemanship programme

Life after mbbs is quit bored. Boring because nothing much to do comparing to students'life. No more books, no more stress, no more classes, no more hectic schedules to follow, no more study break.

These are the routines which I have for the past 6 years. Some of my friends said please Amin please appreciate this moment. Its come once a while in your life. If you want to postpone ho also please do it.

Oh. For sure I wont extend my holiday. 2 months plus are considered enough for me.

I just coming back from a 2 days course of financial freedom organised by Koperasi amal medik Papisma and Mediwealth. Lots of things I learn. The speakers are very kind to share their experiences in managing the wealth and also how to spend our money on the right track, how to invest on the properties especially vacant lands.

The program transformasi Minda is around May, before starting my real life at work. Until then, nothing interesting to share in this blog about life in this field.

Life is a continuous learning process for a doctor. ;)




Monday, February 17, 2014

finish MBBS

Alhamdulillah, sudah lama tiada coretan disini. Berada ditahun akhir pengajian amat menyibukkan diri dengan pelajaran dan pembelajaran. Syukur juga saya telah menamatkan pengajian MBBs Manipal dengan jayanya setelah berjaya mengharungi sebulan "study break" dan 3 minggu peperiksaan akhir tahun.

I am officially a Doctor! So, what next? I keep asking myself. Perjalanan masih jauh.

Biarkan saya bergembira dahulu.  :)

Jemput ke link ini :  Saya seorang Dr AI officially ^^

Friday, August 30, 2013

Sejarah sebuah persepsi

Sejarah selalu dikaitkan sebagi sesuatu peristiwa lepas yang berbentuk FAKTA. Peristiwa berbentuk fiksyen ataupun fatamorgana tidak boleh diistilahkan sebagai bahan sejarah.

Tapi walaupun ianya sebuah bahan fakta, sejarah tidak mampu lari dari ditulis berdasarkan persepsi dan pemahaman penulis dan pengkaji sejarah berkenaan. Contohnya:

Peristiwa Tok Janggut diisytiharkan sebagai penderhaka dan dihukum mati oleh Inggeris. Tidak dapat dinafikan Inggeris memahami sifat dan sikap orang Melayu yang taat dan akur kepada Raja. Inggeris bijak bila berhadapan dengan pemberontakan rakyat terhadap mereka dengan cara mengugut Raja Raja agar bersama dengan Inggeris.

Tok Janggut dianggap penderhaka oleh Inggeris, dan untuk menghalalkan hukuman yang akan dijatuhkan kepada Tok Janggut, Inggeris menggunakan Sultan agar memastikan Tok Jaggut dihukum kerna memberontak kepada Sultan dan Negara.

Bagi Inggeris Tok Janggut merupakan seorang pemberontak. Sejarah ditulis sedemikian rupa pada ketika itu. Kemudian sahaja bilamana sejarah ditulis mengikut persepsi yang lain barulah kita faham bahawa Tok Janggut merupakan seorang perwira yang patut dijulang, pejuang yang mulia kerana menentag penjajahan yang bermaharajalela di Tanah air, manakala Sultan pua dijadikan boneka untuk mendiamkan orang Melayu yang sentiasa patuh dan taat pada ketua.

Sejarah juga boleh dipadamkan dengan cara memaparkan hanya sebahagian dari peristiwa, dan mendiamkan peristiwa yang lain menyebabkan ianya Nampak tidak sempurna jika dibaca secara keseluruhannya. Contohnya:

Peristiwa kemerdekaan dikaitkan dengan kejayaan Parti Perikatan memimpin rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris. Padahal, peistiwa mendapatkan kemerdekaan jauh dari itu dimana bangkitnya golongan kiri seperti PKMM, Ahmed Boestaman, Dr Burhanuddin Al Helmy, gololongan agamawan yang pulang dari pengajian di timur tengah. Mereka inilah yang menjadi inspirasi rakyat, meniupkan seruan merdeka dihati rakyat agar bangkit menuntut kekebabasan keatas diri mereka, keluarga dan anak bangsa.

Sedangkan pada masa itu,golongan elit Melayu selesa berada dibawah Inggeris dan bekerja sebagai pegawai kerajaan kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Kemudian sahaja bila Malayan Union mahu ditubuhkan, barulah golongan elit ini melihat adanya ketidakpuasan hati rakyat dan bersama sama dalam seruan kemerdekaan.

Sejarah dalam buku teks, sudah pasti mmaparkan hanya sebahagian peristiwa ke arah kemerdekaan. Ianya menyambut sebahagian pemimpin, tetapi melupakan sebahagian pemimpin lain yang juga menjadi aktivis masyarakat yang tidak kurang pentingnya.

Golongan kiri seringkali dikaitkan sebagai golongan yang bermasalah, golongan yang rapat dengan komunis dan seringkali dicop sebagai komunis agar senang untuk pertubuhan mereka diharamkan dan pemimpin mereka ditangkap untuk menutup suara dan seruan mereka menuntut kemerdekaan dari inggeris.

Blog aku budak medik

Tanda Putera

Tanda Putera: Ianya memang sebuah karya sejarah. Dan sejarah memang merupakan sesuatu yang bergerak mengikut persepsi. Bagi sesiapa yang meminati sejarah, ia akan melihat Tanda Putera sebagai sebahagian dari bahan sejarah. Dan bahan sejarah berhak dipuji dan dikritik kerana ia bergerak mengikut prsepsi siapa yang menilainya.

Tidak dapat dinafikan, apa yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera itu bukan keseluruhan cerita, sejarah yang dipaparkan hanyalah sebahagian dari apa yang berlaku pada masa itu, sebahagian lagi tidak dikhabarkan dengan jelas. Disinilah bahagian dimana kita boleh kritik filem tersebut kerana seolahnya ia hanya menyalahkan sebahagian pihak tanpa menyebut pihak yang lain dan tidak memaparkan keseluruhan cerita yang sebenar.

Tidak dapat dinafikan, Tanda Putera mempersembahkan cerita sebenar masyarakat Melayu yang terdiri dari 2 golongan. 1 golongan bangsawan yang mampu pergi ke London, bercakap Bahasa Asing, hidup diluar Negara dengan masayrakat miskin yang hidup dipenempatan baru felda, terpaksa berjalan kaki jauh untuk kesekolah.

Hebatnya, Tun Razak, kerana beliau cuba untuk melindungi penyakit yang dihadapinya, agar tidak berlaku masalah dalam pentadbiran kerajaan. Bliau bukan sahaja melindungi penyakit tersebut dari keluarganya, malah dari rakan rakan politik terdekatnya malah rakyat amnya agar negara tidak berada dalam keadaan kelam kabut akibat dari ketidakseimbangan politik pada waktu itu.

Tanda Putera juga memaparkan kisah keberanian Dr Mahathir yang sanggup mengkritik Tunku dan meminta Tunku melepaskan jawatannya dengan anggapan Tunku sudah tidak lagi diperlukan dan rakyat mahukan pemimpin yang lain untuk mengurukan Negara.

Kalau tidak Dr Ismail semasa itu menjadi yang Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Abdul Razak (Tun Razak sakit, Tun Dr Ismail juga sakit) meninggal awal dari Tun Razak, mungkin beliaulah sebenarnya calon terbaik yang Tun Razak mahu jadikan penggantinya sebagai Perdana Menteri

Ada satu babak dirumah Tun Abdul Razak dimana semasa Tun Razak mengumumkan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir ada bersama. Dr Mahathir menjeling tajam ke arah Tun Razak. mungkin ada sesuatu yang ingin dimaksudkan disitu. Apa yang Dr Mahathir fikirkan pada waktu itu.

Apapun keseluruhannya filem ini memang mampu membuatkan penonton menangis kerana ianya dibarisi oleh pelakon pelakon yang cukup hebat.

Iya. Sebagai sebuah filem berunsur sejarah, ianya berhak dipuji dan dikritik. Yang penting, kritiklah ia selepas menontonnya. dan saya sendiri hanya berani mengulas selepas menonton cerita berkenaan hari ini.

Sunday, June 2, 2013

Warkah cinta menuju syurga

Tidak dinafikan saya memang susah mahu menonton drama television. Bukan kerana apa, tetapi kerana episod yang panjang yang membuatkan saya mudah menjadi tidak sabar untuk menghabiskan dan mengetahui pengakhiran sesebuah cerita.

Lebih lebih lagi dengan kewujudan youtube memudahkan saya untuk terus menekan dan forward cepat cepat agar saya mengetahui ending sesebuah cerita.

cerita yang menyentuh hati saya, Ketika Cinta Bertasbih, sangat mekar dalam ingatan kerana latar belakang di bumi Kinanah, Mesir banyak membawa nostalgia indah dimana saya menontonnya beberapa waktu selepas saya kembali dari jaulah 2 minggu dari Mesir. Latar belakang diIskandariayyah dalam cerita itu benar benar membawa saya terbang kembali ke bumi anbiya' ini disamping hati saya terbang tinggi menghayati bait bait cinta yang dilafazkan dengan cukup indah.

Warkah cinta: Sebuah penulisan dan garapan cerita yang sekali lagi membawa saya dekat dengan satu negeri yang ingin sekali saya lawati buat kali kedua, Insya Allah saya iltizamkan diri selepas habis MBBS tahun depan untuk berkelana disana. Lebih dekat apabila latar cerita berlaku didua buah negeri yang sangat rapat dengan diri saya, Kelantan serambi Mekah dan bumi Kinanah para anbiya' disampung lakonannya di perkampungan rumah Kelantan, Mesir. Saya pernah lawati tempat tempat ini.

Tidak dinafikan seharian weekend menonton kisah ini, banyak menyentuh perasaan bahawa banyak perkara dalam hidup sukar untuk kita manusia mengerti.

Banyak perkaraa dalam hidup sukar untuk diluahkan dengan sebuah kata kata, lagi sukar untuk dimengertikan dengan hati. Kadang kadang kita hanya mampu berharap agar semua yang terjadi memihak kepada kita. Tetapi siapa kita untuk menafikan kekuasaan Tuhan yang maha Esa.

Bukan mudah untuk melayari bahtera hidup, tetapi kadang kala kita perlu melepaskan sesuatu yang kita sayangi andaikata kita yakin ia tidak lagi bahagia bersama kita. Biarlah ia terbang jauh andaikata ia mampu bertemu dengan yang lebih baik dan mulia dari kehidupan kita.

Pengharapan itulah yang sebenarnya terus bertahan akhirnya.

Penulis Blog Aku Budak Medik.  bicara indah dari jiwa...

Tuesday, April 30, 2013

Mayat mayat Hidup

Kita bertanya, apa yang aku buat ini untuk siapa? Untuk diriku semata mata? untuk orang disisiku yang ku sayangi? untuk mereka yang memerlukan aku? atau aku sekadar mahu memuaskan masa yang ada?

Adakah sama manusia yang melihat dunia pada kacamata intan dan kaca? Tatkala manusia sedang lena diulit mimpi, ada manusia bersengkang mata melihat rupa dunia yang sedang menangis.

kadang kadang hati sukar menggambarkan betapa cita cita itu mahu diulit bersamanya cinta, agar senyuman terukir indah mampu dilakarkan.

Atau sekadar menjadi mayat mayat hidup yang bergerak tiada arah asalkan ada sahaja angin yang menggoncang.

Kita berfikir untuk siapa sebenarnya, hati bertanya? Untuk diri atau ummah, atau sekadar biarlah apa yang terjadi. Aku hanya aku yang sendiri.

Penulis Blog Aku Budak Medik :)

Sunday, September 23, 2012

Taylor's University

Motivasi pagi DR AI : Antara kenangan yang paling manis semasa saya di Taylors's College ( Sekarang Taylo'rs University) adalah saya mempunyai ramai rakan rakan dari keturunan Cina. Tidak pelik untuk orang melayu dari Kelantan untuk kurang bergaul dengan masyarakat keturunan lain semasa di alam persekolahan memandangkan di Kelantan hampir majoriti rakyatnya adalah Melayu.

Saya juga mempunyai jol

okan nama lain yang diberikan oleh guru Biology saya, Mrs Kalpana memandangkan ada 2 orang Amin di dalam kelas kami. Saya dipanggil " small Amin" kerana saya kecil berbanding Amin satu lagi "Big Amin".

Pernah dalam satu waktu, ada seorang rakan bertanya selepas kelas petang. " Amin, ko tak nak balik ke hostel ke?". Saya menjawab " Tak mahu lag. aku nak stay up di library kejap". Teruk saya di gelakkan kerana menggunakan perkataan " stay up" instead of "stay back".

Taylor's College banyak mengajar pengalaman yang sangat sukar dicari ditempat lain. ^__^

Monday, August 27, 2012

Dekatnya alam perkahwinan itu

Apa yang diimpikan oleh seorang lelaki tatkala dia mula menegur seorang wanita. Cantikkah, santunkah atau matangkah si dia?

 Cinta luaran yang hanya sedap dimata ataupun kasih di dalam yang bakal menjadi penghias diri dan jiwa seorang lelaki, yang bakal mendamaikan hatinya tatkala dia dalam kegelisahan hidup, tatkala dia sedang berperang dengan jiwa yang menggoncang.

 Lantas dia disambut bagaikan seorang putera bila pulang kepangkuan isterinya.

Hilang segala resah dijiwa. hilang segala kepenatan hidup. Riangnya hati Allah sahaja yang tahu.

Tatkala perut berbunyi keroncongan, si dia sudah bersedia dengan lauk pauk juadah yag lazat, disuapkan sedikit demi sedikit ke mulut suami tercinta. Dia tahu keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Dibuatkan teh yang sedap untuk sang suami menghilangkan dahaga kehausan panas terik.

Bukan kecantikan yang menjadi penyeri rumahtangga, andaikata jiwa kosong dengan kasih sayang. Bukan harta yang menjadi buruan andaikata hidup penuh kesibukan dunia. Tapi hati yang ikhlas dalam melayari alam rumah tangga menuju keredhaan Ilahi.

Inilah yang  si suami cari rupanya.

Thursday, July 12, 2012

PAPISMA student chapter Melaka


Dah lama tak mencoret tentang diri disini. Kebelakangan ini, walaupun agak banyak ruang ruang kosong (commed posting agak relaks sikit), tak banyak kerja dan homework, tapi kesihatan agak sedikit terjejas. Doakan saya. semoga kesihatan saya baik baik sentiasa.

Puasa pun sudah hampir. dalam sepuluh hari lebih kurang. Rindu juga nak pulang ke kota bharu menikmati juadah berbuka bersama keluarga tercinta. insya Allah minggu depan saya akan melapangkan diri untuk pulang berbuka dengan keluarga.

Minggu ni sebenarnya ada program besar PAPISMA Pusat di Melaka. PAPISMA Melaka menjadi tuan rumah. DENGAR KATA HAMPIR 200 ORANG DOKTOR SUDAH MENDAFTARKAN DIRI UNTUK DATANG. Insya Allah nak pergi tengok petang ini,  nak pergi tolong sebagai AJK pendaftaran petang nie bersama beberapa orang rakan.

Kami pun sekarang nie tengah berusaha nak 'rebranding' kembali usrah di Melaka Manipal nie. ada jenama senang nak buat program kan. semalam aku berjumpa dengan Dr Hilmi minta nak guna nama PAPISMA secara komersial. mulanya nak tiru macam sesetengah universiti lain yang menggunakan nama Ikatan Study Perubatan (ISP) PAPISMA kalau tak salah menurut abang ipar, tapi Dr Hilmi cakap tak payah kot just guna je nama PAPISMA. So, orite la dah dapat green light nie. Insya Allah kita merancang je, berusaha bersama rakan rakan yang sudi membantu.

Bulan 9 insya Allah ada tamrin bersama adik adik di Manipal. seronok juga menambahkan kenalan baru, bersama mereka yang se'fikrah' dan sekepala. rupanya ukhuwwah itu tersangat indah. Indah lagi kalau kita dapat bersama menyelusuri jalan ini bersama sama. bebanan terasa kurang, senyuman mengulit persaudaraan.

puasa pun dah dekat. kami nak beli satu hamper nak kasi kat Ustaz Wak. hamper ramadhan. rahsiakan la dulu. harap dia tak baca blog nie. ^^ seronok sebenarnya dapat mendengar kisah kisah dari orang yang matang dan banyak pengalaman. kami ni sekadar manusia biasa je  yang penuh dengan onak dan kenakalan.

teringat ayat dari surah As Soff :

 "Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2)

 Dalam perjuangan, sahabat sahabat nabi sebelum perang dan jihad diwajibkan, mereka berkata sesama mereka, andaikata Allah mewajibkan perang, nescaya kami akan persiapkan diri dan kelengkapan untuk berperang. Sedangkan hakikatnya Allah maha mengetahui. Apabila seruan jihad di kumandangkan, ada diantara mereka menarik diri dengan alasan pelbagai. Lalu Allah mengingatkan mereka dengan kemurkaan

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.  (Surah as-Saff: Ayat 3)



Monday, June 25, 2012

Dr Uterus

Uterus
soalan cepu emas; teka siapa yang paling memahami masalah orang perempuan?

A JAWAB : suami dia. salahla.

B jawab emak dia. kikiki, salah jugak.

C jawab: mesti ko nak kata boyfriend dia. wah! mana kau tahu, tapi salah jugak.

D jawab: diri dia sendiri la. wakakaka, aku jawab. ni lagi salah bro. perempuan mana tahu masalah diorang. kalau ada masalah je mengamuk tak tentu pasal..

semua bengang dan tak puas hati. ko jangan nak kutuk orang perempuan. dah tu apa jawapan dia.

ehem ehem, jawapan dia adalah orang yang paling memahami masalah orang perempuan ada kat Muar Hospital. nama glamour dia DR UTERUS la. ^__^



p/s seorang Dr pakar OnG dihospital Pakar Muar namanya Dr Rahim. saya pun tidak faham asalnya kenapa Beliau dipaggil Dr Uterus. mulanya saya ingat kerana beiau seorang dr ONg. Rupanya ada kaitan dengan nama beiau. Rahim dalam bahasa perubatan dipanggil Uterus iaitu tempat peranakan perempuan.

Tuesday, April 17, 2012

bertemankan kopi panas dan hujan renyai renyai

jam menunjukkan pukul 4 pagi. Saya tersedar pada jam 2.30 pagi. Selesaikan solat subuh dan tahajjud, terasa amat segar untuk belajar. Malam tadi terasa sangat tidak sihat, sakit kepala. Terdetik dihati, dr pun boleh sakit. ^__^. Siapa yer nak merawat doktor kalau doktor sakit? Kerana tu kena pilih isteri pun seorang doktor. hohoho. @___@

Kena belajar nie. Jumaat ni ada kelas test. Setiap minggu jumaat pasti ada test,viva, portfolio defence. Tu elum lagi kita workshop dengan Mr MV Kumar. menakutkan setiap kali workshop. Tapi Alhamdulillah syukur dan gembira banyak2, last 2 workshop dengan Mr MV, saya dapat menjawabsoalan dengan agak puas hati.

Bukan nak kata diri pandai, saya sangat lambat dalam memahami sesuatu, tapi Alhamdulillah Allah masih permudahkan dan kuatkan hati untuk terus istiqamah dalam jalan ini. Saya sangat setuju dengan kata kata Mr TZ dalam kelas kami di hospital pagi ini, Kadang kadang kita berjaya bukan kerana kita pandai, ramai yang berjaya tapi mereka tak pandai pun , tapi mereka dapat 'luck' yang bagus.Macamana nak dapat kanitu?

 Satu perkara, jangan ego dengan orang lain, jgan create masalah dalam hidup dan dengan orang lain. Insya Allah jalan kita akan dipermudahkan. walau hebatmanapun kita, jadilah seorang yang tawadduk dengan ilmu. Dan saya macamana nak jadi ego kerana saya pun taklah pandai sangat, cumanya Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Bila dah jadi HO nanti, saya nasihatkan diri saya dan teman teman student doktor sekalian, kita kena ingat dari mana kita datang, jangan sesekali ego dengan student doktor yang sedang menuntut. Kalau mereka ada masalah dan bertanya kita, kita cubalah layan setakat mana kita mampu. Kalau tidak tahu, cakap baik2, kalau agak sibuk dan stress andaikata tengah tunggu specialist datang, jangan tengking mereka, cakap molek molek. Kerana kita juga pernah menjadi mereka suatu ketika dahulu.

Kalau kita seorang MO pun macam tu juga, apatah lagi seorang specialist yang menjaga, MO, HO. Setinggi manapun kita, ingatlah kita bermula dari seorang student doktor macam mereka dulu.

Ini nasihat saya untuk diri sendiri. Tak salah untuk menurunkan ego kita. Insya Allah yer Amin. ^__^

Friday, June 24, 2011

jom support ABAH.MY

pagi pagi ini, saya sempat menyelongkar ke halaman Ustaz Hasrizal ( Erti Hidup Untuk Memberi). Saya ternampak satu link yang agak menarik. Kalau sebelum ini, amat jarang untuk saya mengikuti perkembangan Saifulislam.com. Mungkin kerana terlalu banyak laman laman yang sudah menjadi koleksi peribadi saya disini . Membuatkan saya terkadang terlupa untuk menjenguk sesetengah laman yang cukup dekat dengan sebahagian sahabat sahabat saya yang sering mengikuti perkembangan http://saifulislam.com/ .

Koleksi peribadi? Yer. Inilah tempat dimana saya menyimpan segala koleksi koleksi link yang dirasakan amat bermanfaat untuk kehidupan peribadi saya sebagai seorang penuntut ilmu. kata kata Saidina Ali Karamalla Wajhah tentang ilmu : 
           
        Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang..

Indah bukan nilaian ilmu seperti yang dinukilkan itu. Moga saya juga akan menjadi seorang penuntut ilmu yang akan mementingkan apa pengertian nilaian ilmu disisi ini. 

Kembali kepada http://abah.my/ ianya satu usaha yang amat menarik sekali. Tak ramai yang bercakap tentang  seorang abah. Ia. Ramai yang seringkali bercakap tentang peranan seorang ayah dalam keluarga. Abah fungsinya untuk mewujudkan satu keluarga yang cemerlang. Fungsinya dimedan tempur. Membekalkan senjata kepada panglima panglima perang yang akan berjuang untuk hidup diatas muka bumi ini. Abah fungsinya adalah untuk mengerak tenaga menjana sumber kewangan agar institusi keluarga itu menjadi untuh dan kukuh. Abah juga fungsinya adalah untuk memujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Kearah mana sebuah keluarga itu bergerak, abah adalah pemandunya. Andaikata abah itu cemerlang dalam pemanduannya, Insya Allah, cemerlanglah seluruh anggotanya, cemerlanglah kenderaannya, cemerlanglah enjinnya, cemerlanglah pemboncengnya. 

Namun andaikata abah itu menjadi seorang yang teruk, tidak matang, tidak cemerlang, seringkali melakukan kesalahan, agak agaknya kemana ia akan menghalakan kenderaannya, kemana ia akan menghalakan pemanduannya. Sudah pasti ia tidak akan membawa penumpangnya kearah yang diredhai Allah. kan. 

Kerana itulah, penghargaan patut diberi pada sang Abah. Ucapkanlah, terima kasih ayah! terima kasih abah! Kerana anda menjadi ayah yang terbaik untuk ibu dan juga untuk kami anak anakmu semua. 

Saya sering berpesan kepada diri sendiri, mampukah aku untuk mula menjadi seorang manusia yang sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga? Mampukah aku untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk isteriku yang tercinta? Mampukah aku untuk mula membimbingnya kejalan yang Allah redhai seandainya aku sendiri kadang kadang hanyut dalam kisah kisah dunia yang amat mengkhayalkan? Atau aku sekadar menjadi seorang suami yang hanya mampu untuk memenuhi tuntutan kehidupan duniawa semata mata. 
Mampukah aku untuk membimbing zuriat yang akan dikurniakan Tuhan agar mereka menjadi manusia yang lebih baik dari diriku? mampukah aku untuk mengajar mereka untuk mengenali apa itu Allah, apa itu Islam? seandainya aku sendiri kadang kadanga terlupa rupanya aku seorang Muslim yang mempunyai batas batas tertentu yang perlu aku patuhi? Cukup payah kan.

Namun perkahwinan suatu anugerah Allah. Semua dari kita akan menghadapinya. Sebagai seorang lelaki yang akan bergelar sang suami, pasti beratnya tanggungjawab yang akan di hadapi. Ianya bukan sekadar ketawa kosng. Ianya bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan nafkah zahir mahupun batin yang sering meronta ronta. Ianya lebih dari itu. Kita bakal menjadi seorang Imam kepada sang isteri tercinta, kepada anak anak yang dikasihi. Kita akan menjaid seorang pemimpin. Pimpinlah mereka dengan cara terbaik. Bawalah mereka kejalan yang diredhai Allah. Moga keluarga yang kita miliki, adalah keluarga contoh bagaimana sebuah negara itu mengamalkan nilaian Islam. :) 

Marilah untuk kita mula keluar dari alam keremajaan kita yang seketika untuk kita berfikir, adakah kitasudah bersedia dengan segala tanggungjawab ini? Adakah sudah cukup ilmu ilmu didadaku untuk aku membimbingnya dalam melayari bahtera indah ini? Jika YA Alhamdulillah. 

Jika belum. Adakah kita mahu mendiamkan diri sahaja dan membiarkan aliran itu mengalir sendirinya. Ataupun aku perlu berusaha kearah yang lebih baik. Jom fikirkanlah sama sama. 

Akhirnya, carilah seorang wanita yang anda rasakan cocok untuk menjadi kekasih hati anda. Pada masa yang sama Ikhlaskan diri kita untuk menilai diri kita sendiri sebagai seorang lelaki samada kitta sesuai untuk mendapatkan manusia yang andaikata diri kita sendiri tidaklah sebaik mereka. Muhasabahlah diri kita.

 Saya dedikasikan ini untuk kakanda  Azuhan  yang akan melangsungkan pertunangan pada bulan 7 nanti seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan pada bulan 11 nanti. Tahniah!!

Amin Ismail
Manipal 7.42 a.m.

Monday, May 16, 2011

abang Amin. kenapa Allah begini?

saya terserempak dengan seorang adik kecil. sedang menangis, pilu katanya. adikku sayang. kenapa ini? ada sesuatu yang telah mencuit hati kamu sampai menangis sebegini rupa?

Abang Amin! kenapa Allah sebegini, kenapa Dia menguji saya dengan cukup berat sekali. tadi dapat call dari ibu, ayah sudah tiada lagi didunia ini. tak sempat untuk ayah melihat saya menggenggam sekeping sijil hadiah untuk ayah. kejamnya Allah!

astaghfirullah. adik. jangan cakap sebegitu. Dia Allah adik. Allah maksudnya Tuhan yang disembah, Tuhan yang berkuasa menentukan segalanya. Dia lebih mengerti dari kita tentang makna dan warna warna kehidupan ini adikku sayang. YaAllah, jika ini yang membuatkan adik telah menangis, pernahkah adik melihat manusia lain yang lebih menderita dari apa yang adik lalui.

ketahuilah adikku sayang, nyawa ayah adalah hak Allah, Dia berhak untuk mengambilnya kembali dari adik, sepertimana Dia meminjamkan untukmu sayang. adik kuatkan diri dalam pelajaran. walaupun ayah mu sudah tiada lagi, abang Amin pasti ayah melihat adik dari jauh disana, sudah pasti dia mahu melihat adik berjaya dalam kehidupan ini. usah menangis lagi adikku sayang. jom kita solat berjemaah. kita doakan agar roh ayah berada dikalangan para solihin. insya Allah. Allahu Akbar.....

Abang! apa nilainya hidup ini yer? adikku. hidup ini Alllah ciptakan dengan warna warna yang pelbagai. adik suka warna apa? abang suka warna hijau yang letakkan putih ditengahnya. adik suka warna oren. pernahkah adik melihat manusia yang suka warna hitam? mesti ada kan. pernah kah adik melihat orang yang membenci warna hitam? ada jugak kan. adik. hitam itu dilambangkan dengan kejahatan, sesuatu yang negative. ramai yang membencinya. namun kenapa perlu ada pensel kaler hitam? kerana warna hitam walau seburuk manapun , ia tetapa sebahagian dari kehidupan. ia perlu ada untuk melengkapkan hidup manusia.

kerana itulah adikku sayang, kita sebagai manusia perlu yakin, ajal maut, kedamaian, kegusaran, keindahan dan keburukan adalah sebahagian dari proses alam yang Allah ciptakan untuk kita. tiada yang abadi didunia ini adikku.

terima kasih abang Amin atas nasihat berguna. moga roh ayah akan kekal bersama para solihin. abang posting apa selepas ini? selamat berjaya yer abang. moga menjadi Dr yang hebat dimasa hadapan. insya Allah ada masa nanti saya datang kerumah abang. mahu berborak.

insya Allah adik. sila datang. abang akan mula posting Medicine. rindunya abang mahu pulang segera ke Malaysia. lagi 3 bulan sahaja. ada sesuatu yang abang perlu segera selesaikan sekembalinya abang ke Malaysia nanti. moga Allah permudah urusan abang ini. adik doakan yer sayang.

Amin Ismail, India.

Tuesday, May 10, 2011

kita terpengaruh dengan ramai orang

memang benar. manusia sangat mudah terpengaruh. semasa posting obg ( sakit puan) saya merasakan inilah kerjaya saya pada masa hadapan. kenapa? kerana adanya seorang manusia yang bernama Dr Urala. dia hebat bagi saya kerana antara ramai ramai pakar sakit puan yang ada dikalangan wanita, dia mendapat tempat dihati pesakitnya walaupun dia seorang lelaki. rahsianya, pandai mengambil "history of presenting illness". itu katanya. dalam "operation theatre" pun, dia banyak bercakap dengan pelajar, jururawat dan anaesthetic mungkin untuk mengurangkan stress berada sekitar hampir 2 jam dalam bilik pembedahan. beliau sangat kelakar pada saya.

semasa posting surgery pula, sekali lagi saya ditanya oleh seorang kawan. Amin mahu jadi apa bila grad nanti? saya mahu menyambung pelajaran dalam bidang surgery, mahu jadi surgeon. kata saya. kawan tersebut tergelak besar. "dulu U kata mahu jadi pakar sakit puan?' katanya. haha. saya sudah jatuh cinta dengan guru saya terbaru Dr Santosh Pai dan Dr Shenoy. mungkin kerana perwatakan mereka yang beridentiti sendiri menyebabkan mereka popular dikalangan pelajar. Dr Santosh Pai seorang yang mudah dengan pelajar. tidak kekok saya katakan. malah kebanyakan pensyarah disini sepertinya. merendah diri dengan ilmu walaupun ilmu penuh didada. merendah diri dengan pangkat walaupun didada berjela jela singkatan pangkat yang ada. sebahagian dari mereka merupakan ' fellow lecturer' disetengah universiti dinegara lain termasuk Amerika.

insyaAllah mungkin semakin hampir ke penghujungnya, akan ada keputusan terbaik dari hati. cetus saya. dan sememangnya sifat seorang manusia. menjadikan seseorang sebagai idola. bagi seorang yang minat kepada nyanyian, sudah tentu tokoh tokoh seperti Amy Search, Siti Nurhaliza menjadi bualan harian. bagi mereka yang minat bola, masakan tidak mengenali siapa itu Christiano Ronaldo, David Bechkam. bagi yang meminati sejarah, Datuk Bahaman, Mat Kilau meniti dibibir. seperti juga pencinta politik. tokoh tokoh politik terkenal dunia seringkali disebut untuk menguatkan hujah dan pendirian.

saya terfikir, betapa Muhammad S.A.W itu pasti kalau masih lagi hidup kini, bagindalah ratu hati setiap umat islam. cukup sempurna sifatnya. menjadikannya idola seluruh ummah. siapa sangka sesudah hampir 1500 tahun kewafatannya, baginda tetap menjadi idola seluruh ummah manusia. namanya tersemat didada setiap dari kebanyakan pemuda islam. yang pasti Muhammad itu tidak akan pudar dari wajah dunia sehinggalah hadirnya yaumuddin.

Wednesday, January 26, 2011

menghormati prinsip asas agama

Kita patut ada rasa bertuah kerana dilahirkan dibumi malaysia tercinta. Asas kepada dakwah itu terbentang luas. kalau pada zaman Nabi dahulu, Baginda diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada musyrikin mekah, yang menetap disekitar kawasan Nabi itu sendiri. kita diMalaysia, hidup disekitar kita juga dengan masyarakat non muslim. seakan sama dengan apa yang telah dilalui Rasulullah. yang tinggal hanyalah keupayaan kita keluar dari pemikiran kolot ummat melayu malaysia yang mengatakan islam adalah agama eksklusif melayu.

islam adalah rahmat untuk semua. islam for All. tapi tidak bermakna islam adalah patut dipaksakan kepada mereka yang non muslim. islam For All adalah satu slogan yang cukup murni. menunjukkan Islam adalah penjaga kepada semua ummat tanpa mengira agama. Islam memberikan keadilan , menjaga prinsip prinsip asas kemanusiaan, menghormati budaya sesuatu kamu dan agama, resam nenek moyang. antara prinsip prinsip yang ingin ditekankan adalah, dibawah pemerintahan islam, islam memberi hak dan kebebasan kepada rakyat dalam menjalani hidup yang sempurna. bersumberkan batasan hukum syarak bagi masyarakat islam. ada hukum hukum yang perlu melalui garis panduan.

bagi masyarakat non muslim, islam tidak membezakan mereka dengan masyarakat islam. mereka adalah warganegara yang sama, berhak mendapat hak yang sama. kerana Islam tidak dilahirkan bersumberkan paksaan dan penindasan. islam lahir bersumberkan asas kepercayaan. dengan nilai dakwah yang santun. tiada paksaan untuk non muslim dalam merayakan prinsip prinsip sosial mereka. seumpama minum arak, makan daging khinzir, perayaan agama, pemakmuran rumah rumah ibadah kaum masing masing. kerana islam menganggap semua ummah itu asalnya dari yang satu, Adam.

kembali kepada prinsip negara islam yang ingin diamalkan, fungsi hukum islam adalah untuk menjaga masyarakat islam mengikut norma norma dan kepatuhan penganut islam kepada agama. ia menjamin kepatuhan penganut kepada prinsip asas dalam beragama. ketidaksenangan masyarakat non muslim dalam hal ini perlu diperjelaskan kepada mereka bahawa, prinsip asas ini tidak sesekali menyentuh kehidupan sosial masyarakat non muslim. ia hanyalah khusus kepada masyarakat islam. seumpama puasa, solat, haji, mengeluarkan zakat, hukum minum arak, hukum berzina tanpa kahwin dan seumpamanya. ini adalah hukum hukum yang tertakluk kepada masyarakat islam sahaja. tidak ada paksaan kepada yang non muslim.

perjelasan sebegini penting agar masyarakat non muslim memahami prinsip prinsip asas umat islam. kerugian kita hanyalah selepas 50 tahun merdeka, kita masih lagi tidak mampu menjelaskan prinsip prinsip asas sebegini kepada kawan kita non muslim. sehinggakan melahirkan ketakutan kepada mereka. kalau nak laksanakan islam, semua kena masuk islam. semua kena potong anu, nanti kena potong tangan. nanti kena simpan janggut. nanti tak boleh makan babi kerana semua ladang babi kena haram. ini tidak betul. asas inilah yang menimbulkan ketakutan non muslim kepada islam.

ada yang bertanya saya, macam mana nak dakwah kepada non muslim? nak ajak masuk islam ke? saya menjawap. tak payah. kerugian kita adalah kita suka berada dalam kelompok melayu kita sahaja. kita kena berkawan dengan semua. semua malaysia. yang perlu adalah pemahaman mereka tentang prinsip prinsip asas islam itu. bahawa kita kena sembahyang solat 5 waktu sehari. wanita islam kenapa perlu pakai tudung, kenapa kita tidak boleh minum arak. baru akan melahirkan semangat persaudaraan. sehingga melahirkan perasaan toleransi mereka kepada kita. 

kerana itu santunnya masyarakat yang memahami agama kerana mereka faham antara nilai mencintai agama dengan prinsip taksub membuta tuli. mencintai agama adalah dengan menjaga maruah agama dari tercemar dengan pandangan negatif masyarakat berbilang bangsa. sebagaimana prinsip asas menghormati sesama agama.

setiap agama itu ada kepercayaan yang berhak diikuti dengan ikhlas oleh penganutnya. sudah tentu kata kata yang dianggap mempersoalkan pegangan dan fahaman seseorang akan dinilai sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati kaum yang lain. kita sepatutnya belajar dari masyarakat yang berlainan bangsa untuk memahami kehidupan dan kepercayaan mereka.

shiah dan palestin

sejak dari penangkapan 10 muharram penganut shiah di selangor yang diketuai oleh pengarah kontroversi JAIS, saya mengikut perkembangan isu ini melalui beberapa laman yang agak pro ahlil bait mahupun yang cukup anti akan golongan ini.

apa yang dapat diterjemahkan hasil dari peristiwa ini sebenarnya cukup luar biasa. percaya atau tidak. golongan yang dikatakan shiah melayu ini akhirnya keluar dari dunia mereka kepada dunia sebenar. mereka sudah berani untuk mengaku dan mengatakan adanya shiah melayu dimalaysia. kalau selama ini mereka bergerak secara senyap senyap atas beberapa faktor kongkongan, namun peristiwa penangkapan yang penuh kontroversi itu telah membuka mata semua pihak. saya tidak tahu adakah peristiwa penangkapan 10 muharram itu telah memberi perspektif yang positif ataupun negatif kepada golongan muslim sunni dimalaysia. atau apakah ia menegangkan lagi hubungan 2 hala malaysia- iran

saya ada kesimpulan tersendiri akan hakikat syiah dan sunni ini. ianya lahir dari pemahaman dan pembacaan hasil dari penelitian terhadap ulamak ulamak muktabar sunni dan syiah di serata dunia. antaranya; seumpama nukilan dari Dr yusuf al qardhawi. perlunya kita mengekalkan status quo yang ada pada hari ini. syiah kekal di tempatnya, sunni kekal ditempatnya. shiah tidak sepatutnya mengshiahkan golongan sunni dan itu akan dibalas dengan sebaliknya. kalau itu terjadi, insya Allah kita akan kekal berdamai.

peluru yang ada pada waktu ini tidak banyak untuk golongan muslim. amat rugi andaikata peluru2 ini disia siakan hanya untuk membunuh sesama sendiri. kan bijak kalau kita fokus peluru2 ini pada yang sepatutnya, yahudi di palestin selama mana telah menindas umat islam. saya tidak terkejut kalau hasil dari propaganda media media barat yang sengaja mencetuskan huru hara dikalangan umat islam dengan mengadu domba sesama kita

saya lagi terkejut dengan keupayaan pimpinan sunni sekular palestin dibawah PLO terang terangan bersekongkol dengan yahudi disamping menindas kerajaan pimpinan HAMAS yang dipilih sah oleh rakyat. lihat disini . kerana itu kita kena tekankan isu palestin adalah isu umat islam dan dunia, bukan isu syiah mahupun sunni semata mata. kalau mereka itu sunni yang pemikirannya totok sekular, kita umat islam wajib menjatuhkan mereka. kerana mereka ini adalah MUNAFIK laknatullah. Ben Ali telah dijatuhkan oleh rakyat Tunisia, mesir Hosni Mubarak menanti untuk dijatuhkan oleh ikhwanul muslimin, PLO totok totok bersubahat dengan yahudi laknatullah, pemimpin negara islam lain jordan, arab saudi memang terkenal pro amerika. siapa lagi yang mampu menjaga agama Allah pada waktu ini. siapa lagi yang sebenarnya berjuang menentang yahudi di palestin pada waktu ini. yang ikhlas benar pada mata rakyat. jangan marah pada saya andai kata saya menudingkan jari mengatakan pemimpin itu ada di Iran. kerana saya tidak sesekali jumpa mereka di dunia Arab.>_<

p/s harap2 tiada lagi kesalahan dalam tata ejaan. >_<
 

Monday, January 24, 2011

kenapa kita perlu membaca


saya petik kenyataan dari iluvislam : ( Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara ).

Alhamdulillah, andai mengikut anggaran ini menunjukkan kematangan rakyat malaysia. untuk menjadi sebuah negara maju, sudah tentu kita kena melonjak jua dalam statistik ini. berbanding negara maju yang lain seperti jepun, britain, australia, amerika syarikat, nampaknya malaysia masih jauh ketinggalan.

sebenarnya terlalu banyak buku-buku, majalah, akhbar, novel yang boleh dibaca. majunya sesebuah masyarakat itu terletak pada penggunaan buku dalam kehidupan seharian. saya amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang mana ayah dan ibu amat menitik beratkan pembacaan dikalangan anak anak. ayah menjadikan nilai membaca itu tinggi dikalangan ahli keluarga kami. setiap malam sebelum tidur dan selepas pulang, pasti ayah menghabiskan masa dengan membaca kitab-kitab kuning ayah yang sudah lama, mahupun membaca akhbar menemani anak anak memtelaah pelajaran.

kita boleh membezakan sebenarnya ciri mereka yang suka membaca dan mereka yang jarang mengambil tahu hal hal pembacaan. melalui cara mereka berkomunikasi. orang yang suka membaca, mentelaah isu isu semasa, apabila mereka bercakap, ada aura pada kalam mereka. apa yang diutarakan itu nampak bisanya. apabila mereka menulis sesuatu, seakan ada maksud yang ingin disampaikannya. dalam gerak kerja mereka, kita akan nampak perwatakan perwatakan yang menarik mengikut lentok ulik berdasarkan pembacaan mereka.

sebagai contoh, kenapa selepas 50 tahun kita merdeka, masih ada lagi pemimpin di Malaysia ini yang mempertikaikan wanita islam yang tidak mahu bersalam dengan lelaki islam apatah lagi lelaki non islam. ini menunjukkan lemahnya cara pemimpin kita berhujah akibat dari kurangnya pembacaan. sila refer disini : disini   dan disini dan disini

dan saya sekarang ini, sedang menghabiskan nota nota penting tentang subjek pathology. yassiru wala tuassiru. insya Allah saya akan menghabiskan sebuah buku autobiography. kalau mengganggu, selepas exam mungkin akan selesai. >_<