AKU DR AMIN

tak semestinya "budak medik" hanya tahu bercakap pasal "ilmu perubatan" sahaja.
bukalah minda menerjah dunia.........
support my sponsor by klik klik

Followers

maher zain : a diamond from the sky

Monday, February 8, 2010

dr aafia siddiqui: the muslim harvards neurologist






Dr Aafia Siddiqui, rakyat Pakistan yang mempunyai 144 Ijazah dalam Neurology dari pelbagai Universiti di dunia. Beliau satu-satunya Pakar Neurologi dalam dunia yang mempunyai PHD dalam bidang Neurologi dari Universiti Harvard.

Dr Aafia Siddiqui adalah seorang yang alim dan hafal Al-Quran. Tiada seorang pun rakyat Amerika yang mampu menandingi kelulusan beliau. Malangnya , dia telah diculik bersama 3 orang anaknya oleh FBI di Karachi yang membantu Pakistan memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Sekarang dia berada di penjara USA. Telah hilang ingatan kerana penderaan fizikal, psikologi dan penderaan seksual. Yang sedihnya lagi dia dipenjarakan bersama banduan lelaki.

Inilah akibatnya apabila Islam dan lemah. Sanggup bersekongkol dengan pihak kafir menyeksa saudara sesama agama.
http://www.isuhangat.net/

nak tahu kisahnya yang menyayat hati searchlah nama beliau di google...

Sunday, February 7, 2010

Tempoh khidmat wajib doktor di hospital dipendekkan atau dipanjangkan? mana satu betul ni?

bila baca utusan malaysia bertarikh dibawah ini, mula hati aku berdetik menanyakan yang mana satu betul ni? nak panjangkan ke nak pendekkan? emm. pergi mari pergi mari menteri kesihatan dan tak sebulu dan sependapat dengan timbalan menteri di jabatan perdana menteri. ku perturunkan post ni dan post lama yang pernah aku letak dalam blog aku ni buat penilaian bakal bakal doktor semua. mana satu yang korang semua setuju. yang penting masing masing dengan alasan sendiri.....


07/02/2010 6:27pm

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memendekkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital kerajaan daripada lima tahun sekarang kepada empat tahun.

Beliau berkata, langkah itu dilihat dapat menarik para doktor untuk terus berkhidmat di hospital-hospital kerajaan secara sukarela.

"Memaksa mereka untuk berbuat demikian adalah tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan B-Nes Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mengkhususkan kepada pengeluaran produk sarang burung, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah pada 27 Januari lalu bahawa kerajaan sedang meneliti untuk meningkatkan tempoh perkhidmatan wajib doktor di hospital-hospital kerajaan sehingga 10 tahun bagi mengatasi masalah kekurangan doktor.

Sektor awam dilaporkan berdepan dengan kekurangan doktor antara 14,000 dan 15,000 berbanding keperluan 25,000 orang, dan keadaan itu bertambah buruk apabila antara 300 dan 400 doktor meninggalkan perkhidmatan di hospital kerajaan lebih awal setiap tahun.

Kehadiran sekitar 3,000 doktor baru memulakan tugas setiap tahun juga tidak dapat menampung keperluan itu.

Tiong Lai berkata, keputusan mengenai pemendekan tempoh perkhidmatan wajib itu akan dibuat menjelang hujung tahun ini. – Bernama

ni pula berita yang pernah aku postkan kat blog aku ni yang diambil dari laman utusan malaysia tentang cadangan untuk memanjangkan tempoh khidmat wajib doktor dalam kerajaan. yang mana satu la betul ni. kekadang menteri pun boleh tersalah cakap.

Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjut
27/01/2010 12:28pm


PUTRAJAYA 27 Jan. — Tempoh perkhidmatan wajib doktor dalam kerajaan dicadang dilanjutkan sehingga lima atau 10 tahun, berbanding tiga tahun pada masa ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan yang berlaku pada saban tahun.

Pada tahun lalu, katanya negara menghadapi masalah kekurangan doktor sebanyak 5,000 orang.

"Tiap-tiap tahun kita ada masalah kekurangan doktor kerana mereka ini hanya berkhidmat dengan kerajaan selama lima tahun, iaitu dua tahun untuk ”housemanship” (latihan) dan tiga tahun untuk perkhidmatan wajib, dan selepas itu mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

"Sistem ini digunapakai sejak 1971, jadi kita perlu ada mekanisme baru untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini hari ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive

Thursday, February 4, 2010

Cari titik persamaan agama dalam berdakwah

Dzulfikar Mashoor

KOTA BHARU, 4 Feb: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nor Manuty menyeru umat Islam supaya menghayati konsep mencari titik persamaan dengan penganut-penganut agama yang lain dalam berdakwah.



Beliau yang juga Fello Kanan di Kolej Universi Islam Selangor (Kuis) turut menjelaskan pengalaman beragama Umat Islam di Singapura dan beberapa negara Eropah yang menggalakan wacana antara agama hatta berjaya mengIslamkan ramai penganut-penganut Kristian dan Atheis.

Dalam konteks Malaysia, menurut beliau, Pakatan Rakyat seharusnya memulakan wacana-wacana yang rasional demi membangkitkan keyakinan umat Islam, di samping menghakis rasa bimbang di kalangan rakyat tempatan.

"Rasulullah s.a.w adalah qudwah al-hasanah (contoh teladan yang baik) dan kerajaan Rasulullah adalah 'kerajaan dakwah' di mana Umat Islam dan (masyarakat) bukan Islam saling menghormati antara satu sama lain," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Antara Kebimbangan dan Keyakinan Rakyat' pada Seminar Pemikiran Islam Semasa anjuran Tabung Amanah Tok Kenali di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (Putik), di sini, hari ini.

Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadhil pula berkata, kebimbangan yang dialami oleh masyarakat Melayu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini kerana tidak mahu gerakan kristianisasi didakyahkan ke atas masyarakat seperti sebelum merdeka.

"Ketika sekolah (aliran) Inggeris diperkenalkan, orang Melayu begitu bimbang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu kerana bimbang, bimbang anak mereka didakyahkan (oleh) mubaligh Kristian.

"Tidak mungkin kebimbangan itu berlaku dengan prasangka semata-mata (dan) prasangka tidak bertahan lama, tentu ada sebab lain yang begitu kuat,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Suatu Pernyataan Keprihatan'.

Mengambil pengalaman gerakan dakyah Kristian ke atas bangsa Melayu-Jawa di Indonesia, beliau menganggap permohonan menggunakan kalimah 'Allah' oleh Gereja Katholik Kuala Lumpur seperti suatu gerakan Kristianisasi di tanah air.

"Dalam konteks Alam Melayu, seperti yang dilakukan di Indonesia, mereka (mubaligh Kristian) cuba 'mengkristiankan pribumi' dan 'mempribumikan Kristian' di mana Allah itu disebut-sebut sebagai secara lazim dalam penulisan Kristian hingga tidak ada yang berbeza dengan kita.

"Hal seperti itu telah terjadi, sama ada kebimbangan ini boleh dijadikan asas untuk kita (umat Islam) menyekat mereka (masyarakat bukan Islam) menggunakan kalimah 'Allah' atau kita mahu membenarkan dengan syarat-syarat yang begitu ketat, kebimbangan itu masih boleh dilihat dan ditimbang-timbangkan," ujarnya yang juga Presiden Kolej Dar al-Hikmah.

Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Editor Syariah sebuah syarikat penerbitan buku ketika membentangkan kertas kerja 'Penggunaan Kalimah Allah bagi Masyarakat Bukan Islam' berkata, tidak ada nas yang jelas melarang masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

Disebabkan itu, umat Islam mesti menunjukkan keadilan Islam untuk semua manusia dengan memberikan hak-hak kepada mereka yang berhak menggunakan kalimah Allah.

"Islam itu agama yang adil dan keadilan Islam itu untuk semua seperti mesti dalam semua perkara, termasuk dalam menggunakan nama Allah.

"Isu kalimah 'Allah' lebih jelas kalau dilihat pada (konteks) orang Islam dilarang minum arak, tetapi pengharaman itu tidak boleh kita sehingga kita menafikan hak masyarakat Islam meminum arak,” ujarnya.

Tegasnya lagi, apabila Allah tidak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan nama 'Allah', bermakna terdapat hikmah yang berupa kebaikan yang besar berbanding kemudaratan yang kecil, seperti pandangan Imam al-Baidhowi dan Imam asy-Syatibi ketika membahaskan hukum-hakam Islam.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24748:cari-titik-persamaan-agama-dalam-berdakwah&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, February 3, 2010

Ikut perintah Allah jika mahu selamat

LanH14

TIDAK lama dulu penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan?

Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan.

Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang.

Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT.

Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka.

Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT?

Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin.

petikan dari harakahdaily.net

Monday, February 1, 2010

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity

dipetik dari laman sesarang :
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2212

Pendahuluan

Isu kalimah Allah telah berminggu-minggu dibahaskan dipelbagai peringkat masyarakat. Secara peribadi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun ianya tidak menghalang untuk saya menyatakan pendirian saya berdasarkan pembacaan hujjah dari kedua-dua belah pihak. Walaupun pada asalnya saya telah pun mempunyai jawapan tersendiri, namun biarlah jawapan saya itu mempunyai asas yang kuat untuk saya nyatakan. Nah! Sekarang saya telah mempunyai asas yang kuat untuk menyatakan pendirian saya.


Langkah PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah tepat!

Setalah membaca banyak pandangan dan perbahasan, antaranya Dr. MAZA, Ust Zaharuddin, Ust Harun Taib. Seterusnya perdebatan antara TB dan AB (sebanyak 8 siri) dan yang terakhir ulasan panjang lebar Ust Wan Ji. Secara peribadi saya menyokong penuh keputusan PAS di dalam isu ini.

Maka pandangan/pendirian saya ialah:

Saya bersetuju kalimah Allah berhak untuk diguna pakai oleh pihak gereja kristian. Namun dengan syarat kawalan yang ketat patut dilaksanakan agar kalimah tersebut tidak gunakan untuk mengelirukan umat Islam.

Allah memberi hikmah mengapa namanya boleh disebut.

Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah, tidak kah kita terfikir mengapa gereja Barat sangat fobia (bimbang) untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible mereka? Sedangkan apakah bezanya antara Bible Barat dan Bible Timur (arab)? Sekiranya diteliti kebimbangan ini sangat berasas. Ini adalah kerana mereka bimbang masyarakat Eropah akan terkeliru dengan kalimah Allah. Akhirnya akan mengheret masyarakat mereka kearah mengkaji sifat Allah dalam Islam serta memungkinkan mereka memeluk Islam akhirnya. Fikirkan wahai muslimin!

Suasana di Malaysia

Ramai yang menyatakan suasana di Malaysia tidak tidak mengizinkan kalimah tersebut diguna pakai oleh pihak Kristian. Benarkah begitu? Ataupun benarkah gejala murtad berpunca dari kalimah Allah? Mungkin benar secara kasarnya, namun tahukah kita punca sebenarnya gejala murtad dikalangan umat Islam Malaysia ? Secara peribadi saya berpandangan, apa jua masalah yang berlaku di Malaysia (sosial atau akidah), adalah kerana terdapat pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Saya akui bahawa memang benar kalimah Allah yang dituntut oleh pihak Kristian mempunyai agenda tersembunyi, namun lemah sangatkah Islam di Malaysia ini ini untuk melancarkankan agenda Islamisasi bagi mematahkan agenda mereka? Tak cukupkah agensi yang ada untuk melancarkan agenda dipihak Islam, kemanakah NGO-NGO Islam untuk membantu menjayakan agenda Islaminasi ini. Sekali lagi saya tegaskan, sebaliknya ada pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan bagi menghalang agenda ini!

Sepanjang saya berasa di bumi Sabah sebenarnya membuka mata saya mengapa ada dikalangan umat Islam di Sabah kembali menganut Kristian. Sekiranya ada dikalangan umat Islam Sabah yang murtad hanya kerana perkataan Allah di dalam ‘Al-Kitab’ mereka, sila nyatakan! Namun apa yang pasti, mereka murtad bukan kerana kekeliruan kalimah Allah, tetapi adalah kerana tiada pendakwah yang sanggup mengajar mereka erti Islam yang sebenar. Ini adalah hakikat yang perlu diakui oleh semua pihak.

Apa tindakan kita?

Beberapa post yang lepas, saya pernah menyatakan bahawa Islam tidak boleh berada di pihak defensive, tetapi Islam perlulah berada pada ‘offensive position’. Selagi mana Islam berada di ‘defensive position’, selagi itulah Islam akan ditekan dan dilihat sebagai agama yang lemah. Terus terang saya katakan bahawa, ada pihak yang sentiasa ingin melihat Islam di Malaysia berada pada ‘defensive position’. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Pada semua kaki-kaki bola, sila anda katakan pada saya, sekiranya pasukan A mengatur strategi ‘offensive’ manakala pasukan B mengatur strategi ‘defensive’. Pasukan manakah yang akan menang?

Membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah langkah pertama strategi ofensif.

Saya mulakan dengan soalan berikut. Antara dua kenyataan dibawah, yang manakah akan mendapat mati syahid dan yang manakah akan dapat mati katak?

1. Mati kerana tidak membenarkan Kritian menggunakan kalimah Allah, atau
2. Mati kerana menyebarkan kesucian kalimah Allah.

Anda jawablah dengan hati yang benar-benar mencari keredhaan Allah.

Ini jawapan saya. Sekiranya anda menjawab jawapan satu, ini bererti bahawa anda sedang berada pada ‘defensive position’ dan akan mati katak? Bagi saya, mereka yang yang ingin mencari ‘political mileage’ sahaja yang akan menggunakan jawapan satu. Sebaliknya, sekiranya anda menjawab jawapan dua, anda sedang berada pada landasan yang benar. Ya, itulah jawapan tegas saya.

Confrontasy menutup rapat Opportunity.

Prinsip asas Islam dalam sebarang kekeliruan ialah berhujjah. Jadi mengapa kita perlu takut untuk berhujjah dan ingin bersembunyi disebalik bayang-bayang ketakutan tersebut. Apabila umat Kristian ingin menggunakan kalimah Allah, maka inilah masanya untuk umat Islam memulakan serangan hujjah.

Sebarang usaha menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (sebenarnya tiada dalil kuat untuk menghalang), hanya akan mewujudkan confrontasy dikalangan umat Islam dan umat Kristian di Malaysia. Sekiranya wujud suasana confrontasy ini, adakah ianya baik untuk agenda Islamisasi? Sebalikya, sekiranya, kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, maka akan terbukalah seluas-luasnya pintu opportunity.

Opportunity melahirkan strategi.

Sesungguhnya di sebalik isu penggunaan kalimah Allah ini, terbentang luas peluang yang akan melahirkan pelbagai strategi dakwah. Seperti yang diketahui, bahawa oppourtunity merupakan salah satu langkah di dalam melaksanakan analisis SWOT. Namun tidak ramai yang ingin mewujudkan strategi daripada opportunity yang tersedia ada. Inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam masa kini.

Mengatur strategi memerlukan satu-satu pasukan itu bertindak satu langkah ke depan berbanding pesaingnya. Inilah kelemahan yang ketara umat Islam di Malaysia. Sepatutnya kalimah Allah akan menjadikan umat Islam berada satu langkah terkehadapan berbanding bangsa lain, namun sebaliknya berlaku.

Sebagi contoh, berikut adalah strategi yang mungkin dapat difikirkan untuk dilaksanakan:



1. Melancarkan kempen ‘No God Accept Allah’. Semua agensi atau badan NGO’s perlu mengeluarkan stiker atau apa sahaja bentuk bahan ringan yang memaparkan perkataan ‘No God Accept Allah’. Ini adalah sebagai strategi ‘saraf’ buat mereka yang ingin menggunakan nama Allah.

1. Peranan tenaga pengajar dalam menyebarkan kalimah Allah. Semua guru-guru muslim perlu menekan kalimah Allah sebagai tuhan untuk semua manusia. Memuliakan kalimah Allah di hadapan semua pelajar tanpa mengira apa agama mereka.

1. Mengadakan ‘Talk Show’ secara terbuka di dengan tajuk ‘Allah for All’ . Ini adalah sebahagian daripada medan ilmu bagi masyarakat memahami bahawa Allah itu merupakan tuhan bagi semua manusia.

1. Mewujudkan risalah kemuliaan Allah di sisi Islam (dalam semua bahasa) . Risalah merupakan element yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai kesan tersiri pada jiwa pembaca.

1. dan lain-lain lagi strategi yang perlu difikirkan hasil dari pengguna ‘Kalimah Allah’.

Sekiranya umat Islam masih sibuk dengan tindakkan mempertahankan kalimah Allah dan tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu strategi dakwah, nescaya kita pasti akan menjadi umat yang lemah. Mengapa? Kerana kita berada satu langkah terkebelakang di dalam mengatur strategi. Malah dengan menghalang penggunaan kalimah Allah beerti menutup segala pintu-pintu ‘opportunity’ yang telah tersedia dengan pelbagai strategi dan hikmah.

Sekira semua strategi ini disusun dengan baik dan kemas, maka tiba masanya nanti, InsyaAllah umat kristian di Malaysia pasti akan tertanya-tanya, siapakah Allah yang sebenar? Maka, dengan itu saya bertanyakan kepada anda, pilihlah antara ‘Confrontasy atau Opportunity ’.

Pilihan di tangan anda.



-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com

my komen :
rasanya inilah yang terbaik.
iya pilihan ditangan kita
andai mereka mahu menggunakan kata nama Allah untuk memesongkan akidah umat islam, mengapa kita tidak mengambil peluang yang terhidang ini untuk memberitahu akan siapakah Allah yang sebenar itu. moga Malaysia terus aman dan makmur.

Saturday, January 30, 2010

Maher Zain - Always be There!

Allahu Akbar…
If you ask me about love
And wanna know about it
My answer would be
It’s everything about Alla
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The One that made us all and free
And he`s The Guardian of HIS true believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s deep in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
Coz as HE promise HE will always be there…

HE brings us out from the darkness into the light
Subhanallah capable of everything
We should never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through our short time we have in this life
Soon it`ll all be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s deep in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
Coz as HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

OATH OF MUSLIM DOCTOR

i swear by God, the graet, to regard God in carrying out my professioN. to protect human life in all stages and under all circumstances, doing my utmost to rescue it from death, malady, pain and anxiety. to keep peoples dignity, cover their privacies, and lock up their secrets. to be all the way, the instrument of God's mercy, extending my medical care to near and far, virtuous and sinner, friend and enemy. To strive in the pursuit of knowledge and harness it for the benefit, but not the harm, of mankind. To revere my teacher, teach my junior, and be brother to members of medical profession. to join in piety and charity. to live my faith in private and in public, avoiding whateever blemishes me in the eye of god, his apostle and my felloow faithful. and may God be witness to this oath: first international conference on islamic medicine kuwait jan 1981

Epilog sebuah kehidupan

Sekiranya apa yng telah berlaku kepada kita itu dari perkara buruk telah membuatkan kita sangsi dan kecewa dengan diri kita sendiri,bermakna kita telah gagal dalam satu perjuangan dan ujian yang cukup panjang. Yang mana sebenarnya kita sendiri tidak mengetahui dimana pangkal dan hujungnya dan sudah berapa banyak perjalanan yang kita lalui. Andaikata kita memerlukan 101 herba untuk menyembuhkan diri, mengapa kita mesti berhenti mencari pada jika kita mampu menemui 100 sahaja. Manusia sebenarnya sudah mempunyai 99% keyakinan dalam diri untuk berjaya. Yang manusia perlukan hanyalah 1% dari usaha. Mungkin sahaja tuhan mahu menguji keyakinan kita dalam perjuangan hidup ini.dan seandainya kita gagal, mengapa perlu risau kerana kita hanya menambahkan kekosongan pada kotak kotak pengalaman yang telah kita bina. Moga akhirnya pengalaman daripada kegagalan mampu membenihkan tunas tunas segar yang membantu kita untukterus hidup…………dramin