untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, March 23, 2013

Jangan fikir nak jadi Dr andainya...

 Bila saya menulis satu entry berkaitan gaji seorang doktor disini, saya menerima banyak komen positif dan negatif. Ada yang kata

"kenapa Amin buat status tu, nanti semua orang tahu dah gaji doktor".

"Tak banyak pun gaji Dr rupanya"..

"tak payah susah susah belajar semata mata nak dapat 4, 5 ribu dengan menjadi doktor, lebih baik ambil petroLeum engineering, kerja di Petronas, Shell, gaji berlambak lambak, bonus 5,6 bulan gaji".

"berbaloi ke belajar lama lama, letih lAgi dengan gaji macam tu"?

macam macam komen ada. Kakak saya seorang Dr di Hospital Besar Kota Bharu, sekarang sedang melanjutkan master didalam bidang Admission and Emergency (Kecemasan) di Universit Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan pernah berkata:

" Kerja Dr ni bukan boleh jadi kaya raya. Kalau nak kaya atau nak rasa naik mercedes, baik buka bisness sendiri. Nak hidup senang bolehlah menjadi doktor"

Inilah kadang kadang bilamana kita nampak matlamat kita semata mata duit bukannya cita cita dan kepuasan membantu orang lain dan diri. Saya menasihatkan adik adik yang DAPAT 11 A, 12 A dalam SPM baru baru ini, jika cita cita adik adik mahu menjadi doktor kerana nak jadi kaya, saya cadangkan adik adik berfikir 10 kali dan tidak menjadi doktor, takut anda kecewa dikemudian hari.

Letakkanlah  matlamat hidup kerana diri kita mahu, kerana lain, insya Allah kekayaan akan bersama, tidak kira siapa kita.

Seorang guru boeh menjadi lebih kaya dari seorang doktor, jika  beliau memang bercita cita menjadi pendidik yang berjaya, buka bisnes tuisyen, kelas tambahan, buka sekolah antarabangsa, menjadi motivator pelajaran terhebat, keluar di tv al Hijrah, tv3, terkenal dengan motivasi cara menjawab peperiksaan yang hebat.

Inilah yang  saya mahu kongsikan. Jadilah siapa jua yang anda mahu tapi beTulkan niat kita. Menjadi seorang manusia yang berguna, tahu potensi diri Insya Allah dipermudahkan dan rezeki juga  akan mengikut kita.

Wassalam

Penulis blog Aku Budak Medik
Dr AI. :) :)

25 comments:

nur adila said...

thanks :) sy pun rasa sy tak mampu jadi doktor , byk sgt cabarannya . tapi sy nak amek dentistry kat luar negara. agak2 same ke susahnya mcm perubatan?tp result sy tak oke :(
sy dpt bm A , bi B , ba A , sj A , mm A+ , mt A- , bio C , kimia C , fizik C+ , pqs A , psi A+ . doktor rasa kalau sy pulun habis2 masa kat matrik , dapat pointer bagus pastu nk sambung pergigian kat luar negara ok tak?ada potensi tak?boleh bagi nasihat siket tak?hehe tq

Anonymous said...

belajar malaysia je sudah, dentist lg payah than medic, lg banyak nk stadi, tp dont worry, dr segi jobscope, dentist x seramai doktor yg dah berlambak kat malaysia. doktor area semenanjung pun dah penuh n sesak. ramai fresh grad medic n dentist amik houseman kat sabah sarawak skrg, ade elaun lebih n tmpat keje ade.

aku dr amin said...

kalau Nur Adila betul betul berminat boleh je. Nak terus pergi ke luar negara pun boleh rasanya. cuba tengk negara seperti mesir/ Jordan. Masuk matrix dulu then dapat ointer tinggi pun boleh juga. Janji ada cita cita yang kuat Insya Allah dipermudahkan . :):)

Nak kata dentistry lagi susah belajar dari medicinetak juga. Medicine kita kena belajar keseluruhan tubuh badan, dentistry fokus pada satu area je. (tambah lain lain sikit).

Kalau menurut dr saya seorang pakar tulang, belaiu berkata dentist ni sebenarnya tak layak digelar doktor. belajar bab muut je then dapat jdi doktor terus. :):) sekadar gurauan.

selamat maju jaya

AquilaNara said...

Assalamualaikum doctor! saya nak jd doctor dr umur 6 tahun lagi. Huhu. So far takde pun terfikir pasal gaji doctor. Apa yg sy nk jd doctor adlh sbb sy minat ilmu perubatan tu sendiri. mcm Biology, Huhu. Relevankah? moga-moga Allah permudahkan, aamiin.

aku dr amin said...

salam AquilaNara...

Tahniah. saya sudah berkunjung ke blog adik. Adik mendapat 9A dan 1 B dalam SPM baru baru ini. 1B dalam addmath. Pencapaian yang bagus. Saya ada seorang sahabat yang mendapat D dalam addmath semasa SPM dulu. Sekarang sudah hampr bergelar Dr. Beliau melanjutkan pelajaan dalam bidang kedoktoran di Mesir.

Kadang kadang minat dan cita cita boleh berubah. Biologi bukan satu sabjek dalam bidang perubatan. Malah sebahagian negara seperti Australia dan New Zealand tidak memerlukan adik mengambil sABJEK bIOLOGI pun dalam Alevel/ setaraf ntuk menyambung ilu perubatan di negara mereka. Tetapi negara seperti India memerlukan biologi diperingkat A level.

Sabjek teras untuk perubatan adalah antaranya anatomi dan pathologi. Anatomi adalam sabjek dimana adik akan belajar semua tentang badan manusia yang normal. Pathologi adalah sabjek dimana adik akan belajar badan manusia yang tidak normal (berpenyakit).

sebenarnya jika adik membuat 'homework' banyak bidang bidang yang ditawarkan diperingkat universiti yang berkaitan dengan sabjek Biologi. Malah aik boleh menjadi seorang saintis hebat tanpa menjdi seorang doktor.

Apapun, cita cita milik diri sendiri. Mungkin adik memerlukan seorang kaunselor untuk menentukan halatuju selepas SPM.

Banyakkan membuat research ok.

Selamat maju jaya :) :)

AquilaNara said...

doctor! huhu terharunye dr bace blog saye. Em saintis? Tak kot. Tak bpe minat sebab asyik duduk dlm lab. Kot. Kalau doctor, at least boleh communicate dgn patient, kira always be in society. Huhu. Saye ada dpt tawaran medic in Tanta University, Mesir :) Alhamdulillah. Memang susah nak ubah nawaitu nk jd doc. Hope dr bleh bagi sokongan! *__^

Anonymous said...

salam....sy bukan doc...
cuma nak tau kehidupan seorang doc...

ain hadi

Husna Mubin said...

Salam, doktor. saye lepasan spm. berminat nak jadi doktor tapi chem physic and biology saye B. adakah susah untuk saye catch up dekat U nanti?

aku dr amin said...
This comment has been removed by the author.
aku dr amin said...

Husna..

Kalau ada minat Insya Allah boleh. lagipun anda akan mempelAjarinya kembali semasa diperingkat MAtrikuasi/ A level nanti.

Saya berpandangan adik dapatkan nasihat kaunselor di sekolah. Kadaang kadang kita tidak nampak bidang yang sesuai dengan kita kerana kita tidak tahu bidang apa yang ditawarkan diperingkat universiti.

Jika adik membuka dan membaca senarai bidang bidang sains yang ditawarkan diuniversiti, terlalu banyak. Mungkin disitu minda kita akan terbuka.


Selamat maju jaya :)

zakiah said...

Tq sbb bagi nasihat yg berguna

dhila said...

Assalamualaikum ..saye nak tanye sikit ni..saye memang minat untuk menjadi seorang doktor.tapi saye berase takut untuk menghadapi rintangan seperti nanti apabila menjadi seorang doktor,saya sudah tntu perlu menghadapi patient yg meninggl n kmlangn yg truk..ape pndapat dr?,agk2 boleh ke saye menjadi dr?ade pljar ckp yg perasaan itu akn hilang apabla dah blajar nnti.btul ke mcm tu?,,mohon pendapat dan nasihat dr..tqvm..
Written by a student spm 2013.

Anonymous said...

assalamualaikum..

Sy nk tnya la,sy minat sgt nk jdi doktor,sy nk jdi doktor ikhlas dri hati sy bkn krana gaji atau kemegahan . Agak2 boleh x sy jdi doktor tnpa biologi tpi sains pertanian mse spm??

aku dr amin said...

Dhila. Kita tak tahu potensi selagi belum masuk sesuatu bidang. Boleh mencuba


Anonymous
Ia bergantung kepada apa yang universiti mahu.
Kalau contohnya di australia, tidak memerlukan biologi

Di india wajib ada sabjek biologi

Apapun saudara/i perlu ke matrikulasi, pra universiti dahulu. Disana boleh ambil biologi

Nurul said...

Dr, kalau saya tak ada biologi tapi saya betul betul minat untuk jadi seorang doktor. What should i do?

aku dr amin said...

some colleges either locals or overseas dont require candidates to have biology in their pre university studies. just google

syakirah said...

doktor! sye minat sgt nk jd dktr. rse mcm nk jdi dktr and ambk course medic. this year sye form 5. tpi sye tkut tk mAMPU bawa course medic tu. sifat malas dlm diri.. Ya Allah, Allah sje yg thu. tpi sye betulbetul nk jdi mcm awk. tpi dgn sifat malas mcm ni. tk yakin dgn diri. tkut tk mmpu bawa. layak ke sye ambk course medic??

Farah Hazirah said...

Assalam dr, sy dgr byk spekulasi tentang syarat kelayakan dlm bidang perubatan ni. Betul ke dia akan tgok balik result spm? Sy tgok kat mmc only stpm yg dia tak tgk balik spm punya result, but most of the universities included the spm result. If we perform in stpm, result stpm tu tak boleh encounter balik ke result spm tu? Do we still need to retake spm just to cover up any subjects yg tak lepas requirement tu? Really hoping for your answer, tq dr!

Anonymous said...

The most important thing is to do what you like (if possible). Money is very important but if you don't like what you do, you normally don't perform well. I got masters qualification (but not medic) and few more years to retirement. I don't feel I am working at all. Almost mc free. Before choosing a career or before choosing your major, you need to be fully determine your expected career till your retirement day. The best way is to physically observe the actual job rather than getting the information from internet. There are graduate medical student who quit the profession. There are engineers become ceo of a financial company, there are accountants who become ceo of engineering companies, thrre are welders who make rm15k per month, crane operators making rm10k per month. Choose the right profession, the one you enjoy doing. Slightly lower income is ok.

Anonymous said...

You have to be your best in your field. Nowadays, competition is stiff. Even some medical clinics also close shops. Nowadays, having the best skills sometimes not enough. You need to take care of customers. An example, for a dentist clinic, if the doctor/nurse/clerk smile to you, then you feel happy coming again. There are doctors who said, "saya doktor ke, awak yg doktor". Patients today are also smarter. I myself own human anatomy software (I am not a doctor). I study first before going to see medical doctor. All and all, you have to compete to become the best in your field (but not playing dirty).

ayu said...

Assalamualaikum.saya nak tanya boleh tak seorang pelajar aliran sains akaun yang tak ambil subjek bio nak jadi doktor? Atau mungkin takde harapan langsung?

Anonymous said...

Saya rasa bole ayu

Anonymous said...

Dr. Saya nk tanya sikit? Doktor memang dreaming nk jadi Dr from start ke? Pernah ke dok trbayang akan jadi seorang doktor semasa dibangku sekolah? Apa perasaan atau tanda2 yg Dr nmpk dlm diri Dr yg menunjukkan Dr nk menjadi seorang doktor? Saya lepasan spm 2016 .result pun kurang sikit but bolehla .bio B .kimia A .physics B+ .Saya tak pasti sebenarnya saya suka ataupun tak dengan subjek Biologi dan seangkatan dengannya tapi bila tiap Kali exam paling teruk pun yg saya per ah dapat for bio at least B .Saya dapat tawran matrikulasi Dan juga foundation life science in unimas .Saya tak tahu nk choose yg mana satu .if saya choose unimas, then later degree I have to choose medic coz course yg diorang offer untuk degree yg hanya berkaitan Hosp something like that hanya medic,nursing .Mohon doctor bagi sedikit responds. Tak bnyak sikit pun bole lah

Anonymous said...

Assalamualaikum doktor. Saya memang berminat nak jadi doktor sbb keluarga saya memang mengimpikan profesion ini. Tapi baru-baru ini keputusan spm utk kimia dan addmath saya adalah C. Adakah ini menunjukkan yang saya memang tak layak nak jadi doktor walaupun saya nak menebusnya di matriks (baru mula belajar) ? Sebab saya tak mahu menaruh harapan yg tinggi :)

Adibah Hakim said...

Assalamualaikum,Dari dulu lagi teringin nak ambil medic.tapi Ada 2 org(dalam family which is mak sendiri) kata Saya Tak mampu sebab Saya bodoh Dan lemah dlm mate,nak ambil aliran sains tulen pun mereka kata benda yang Sama. Saya teringin sangat nak jadi doctor,Dari dulu lagi. Cikgu sains Saya kata kalau sains dapat B jangan ambil aliran sains time form4 ,tolong doakan Saya ya,supaya cemerlang pt3 tahun Ni,teringin nak buktikan Kat mak Ayah kata Saya boleh lakukan,teringin sangat sangat. Thanks untuk yang mendoakan