untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, April 30, 2012

Kenapa ISMA tidak mahu berpakat dengan IKRAM?

Izinkan saya menulis sesuatu yang terbuku dihati. Saya mengenali apa itu politik islam dalam Jemaah sejak lahir lagi. Ayah pendokong Jemaah. Kekanda juga. Bila membesar, saya mengenali apa itu jemaah politik, jemaah NGO. Diantara jemaah NGO, saya mengenali JIM, ABIM walaupun saya tidak pernah mendekati mereka. Kemudian saya membaca berita tentang ISMA. dari perbualan dengan rakan rakan seusrah, ISMA adalah serpihan yang mempunyai pandangan berbeza dengan dengan jemaah asal, kemudiannya mufarakah dengan pendirian tersendiri.

Tatkala kemudian, muncullah IKRAM, bertujuan ikhlas menyatukan kembali NGO islam diMalaysia dibawah satu bumbung. JIM perlahan lahan  akan dibubarkan, dan asetnya perlahan lahan deserahkan kepada IKRAM.  ISMA masih sendirian. Tidak mahu bersama.

Tatkala ISMA mendokong penyatuan UMNO dan Pas, boleh tak kita mendokong penyatuan ISMA dan IKRAM supaya kekuatan NGO Islam dimalaysia ini dapat disepakati? Sekadar pandangan dan lontaran indah ^__^

Dan saya nampak terlalu banyak perbezaan antara ISMA dan IKRAM dalam banyak banyak isu setempat dan negara.

"Melayu sepakat Islam Berdaulat" Maafkan saya untuk tidak bersetuju dengan slogan ini untuk sebuah jemaah yang mengaku berjuang Islam. Saya lebih cocok dengan slogan "Islam For All".  

20 comments:

Firdaus Sazali said...

saya rasa admin pnye pendapat ade silap sendikit..slogan isma adalah utk melayu sepakat islam berdaulat adalah bukan tujuan untuk penyatuan mana2 pihak seperti n umno n pas ataupun isma n krim,, tetapi adalah untuk melayu bersepakat dalam isu2 islam..contohnya hukum hudud.. walaupun berbeza politik atau NGO tetapi kita hendaklah bersepakat unutk mengadakan hukum hudud di negara..itulah maksud slogan melayu SEPAKAT islam berdaulat bkn melayu BERGABUNG islam berdaulat.. agy satu bukan isma yg xnk bergabung n ikram tetapi ikram pn xnk bergabung n isma sbb mereke mempunyai agenda yg berbeza.lagipun ade byk cerita tentang isma n ikram..klo nk tw byk psl ni bole la tnye kpd saya..

Anonymous said...

blh tahu x knape? apa agenda ikram?

Anonymous said...

Islam tak perlukan melayu pun untuk berdaulat.....lagi2 melayu mcm hari ni...melayu berjudi,....melayu yg bermabuk2 ....melayu berbogel....melayu ber rasuah....melayu yg tipu melayu....melayu kuat seks sampai hantam org gaji...hantam anak gadis bwh umur....mmmm,....sebenarnya melayu yg perlukan islam....islam terdaulat melayu selamat.....habis nak kasik islam terdaulat mcmane.? ....pilih laa yg nak bawak islam...bukan yg nak bawak melayu.....kalau melayu tu perangai dah macam abdullah bin ubai....bagus kawan ngan cina yg perangai macam abu talib.....

Anonymous said...

Saya orang Ikram dan saya amat tidak bersetuju dengan pendapat sheikh Firdaus.

Hakikatnya, Ikram sudah berkali2 mengajak ISMA berbumbung dibawahnya.

Hasilnya? kita lihat hari ini.

aku dr amin said...

Mungkin Firdaus Sazali bolehkongsikan cerita disebalik cerita ISMA dan IKRAM :)

SAYA MELONTARKAN PANDANGAN INI pada masa lalu. dan apa yang saya nampak dahulu berlaku hari ini.

:)

Anonymous said...

ttibe tjumpe blog ni so nk comment sket.. sy setuju dgn pandangan admin n sy membantah pandangan akh firdaus.. sy xtahu dari mana dengar berita ikram xnk bergabung dgn isma kerana ia salah sama sekali.. saya adalah bekas ahli isma n skrg sy ahli ikram.. isma bukan ditendang keluar dari Jamaah ttpi isma sdri yg mempunyai agenda berbeza n meminta berpisah dari J.. yg skrg ini mbentuk ikram.. sy sdri slalu menyeru ahli2 isma yg dulunya rakan2 sy utk bergabung bersama ttp mereka xnak.. acap kali didekati jwpn yg diterima "maaf ana kena rujuk naqib ana" hatta utk bersama dlm program2 spt iftar jama'ie, muzakarah ilmu atau program palestin sikit pun xnak.. alasan "maaf akhi naqib ana x kasi, maaf naqib ana ada alasan sendiri".. dahulu the only isma cawangan yg rapat dgn ikram n slalu bsama dlm prgrm2 (e.g. jamuan hari raya) adalah ISMA PETALING JAYA yg kemudiannya the whole AJK telah ditendang keluar dari ISMA dan ditubuhkan
ISMA PJ yg baru.. sgt menyedihkan tp ini hakikat.. tnyalah pandangan org yg pelbagai yg BENAR-BENAR TERLIBAT dgn smua ini bukAN dari naqib anda n mas'ul2 isma shja.. anda akan dpt tahu siapa yg berdusta siapa yg benar.. saya sendiri.. sblm sy meninggalkan ISMA/PEMBINA saya telah menyelidiki sendiri dari mas'ul2 ISMA, shbt2 PEMBINA n sbt2 JIM/IKRAM n sy istikharah.. alhamdulillah Allah membuka mata saya melihat kebenaran.. saya cdgkan nta buat perkara yg sama

Yusri said...

Melayu sepakat islam berdaulat bukanlah matlamat penubuhan ISMA.
sepertimana slogan-slogan lama seperti membangun umat beragenda dan membina generasi harapan, slogan ini hanyalah selari dengan keadaan semasa yakni keadaan politik Malaysia yang kuasa tonggaknya adalah pada bangsa Melayu. dilihat Islam akan tertegak sekiranya kaum Melayu berkata "ya, kami mahu islam!". maka adalah amat wajar dikeluarkan slogan yang menyatakan, jika melayu semua sepakat atas semua perkara yang memenangkan islam(dasar mejoriti dan kaum tunggak), maka berdaulat lah agama islam di negara malaysia.
slogan tersebut telah disepakati antara qiyadah ISMA setelah kajian mendalam dilakukan sejak sebelum PRU 12 (2008) lagi..
selari dengan hadis
"Bahawasanya urusan pemerintahan (kepimpinan) ini adalah di tangan Quraisy selagi mereka itu menegakkan agama, tidak ada seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan menyungkurkan wajahnya di dalam neraka"
maka tidak ada masalah bangsa "Melayu" diberi penekanan.
Islam masih untuk semua.
dan Melayu yang ISMA maksudkan bukanlah kaki judi, etc. tetapi Melayu yang mengamalkan islam sebaiknya.

ana lihat masalah tidak ada kebersamaan antara ahli ikram dan isma tu bukan masalah jemaah, tetapi masalah pemikiran individu(naqib).
Iftar jamaie serta semua itu tidak ada masalah langsung kalau terdapat percampuran kerana kita semua bersaudara, baik ISMA atau IKRAM. harap maaf tetapi amat salah perbuatan naqib2 tersebut dan tak pernah diseru oleh jemaah ISMA untuk tidak berbaik2 dengan IKRAM/NGO lain.
ISMA terbuka untuk bekerjasama dengan NGO2 yang selari dengan matlamat ISMA sepertimana ISMA bekerjasama menjadi jentera PAS pada PRU yang sebelum-sebelum ini malahan juga di kelantan pada PRU 13.

dan sepertimana Melayu Sepakat Islam Berdaulat, kalau NGO2 bersepakat untuk memenangkan islam, maka berdaulat lah islam. boleh saja 2 NGO berbeza tetapi suara sepakat.

Anonymous said...

salam..maaf,bg pndangan ana ISMA dan IKRAM bergabung atau tidak bkn satu isu,kerna kelak di akhirat nnt, ALlah tidak tnye jemaah mana yg antum ikuti..
cukup lah masing2 yakin dan faham bhwa fikrah mngenai Islam perlu disebarkn agar individu Muslim dpt dibentuk sterusnya akn trbina nya empayar Islam..setiap jemaah ada manhajnye yg trsendiri,ade agenda tersndiri..tp ingatan utk ana dan juga antum semua, bahawa kite mahu mmbawa Islam kpd msyrakat..dekatkn msyarakat dgn Islam yg sebenar,bknnye attch dan taksub dgn jemaah masing2..ya benar, kite berlainan jemaah..tp matlamat kita sama bkn??..masing- masing saling memerlukan utk mnyebarkn Islam itu sndri..wallahualam

aku dr amin said...

salam Anonymous..

kalaulah semua orang berfikir macam anta/ anti kan bagus.

saya mohon agar meletakkan nama untuk komen disini. :)

Anonymous said...

Itulah sebabnya jangan kita bermufarakah dari parti Islam yang awal-awal ditubuhkan... tak puas hati dengan satu parti. buat parti lain... kemudian tak puas hati lagi... buat lagi parti lain... lepas tu tak puas hati dengan parti yang baru... buat pulak parti lain... Ingatlah ikhwan... tindakan ini cuma akan memecahbelahkan ummat... joinlah parti yang awal di Malaysia iaitu PAS... kita pun tahu Al-Quran dan Sunnah adalah pegangannya... sekiranya ada kekurangan... terimalah sebagai satu lumrah yang mana tiada satu pun yg perfect di dunia ini... Nasihat mensihati di dalam jemaah lebih bagus drpd keluar jemaah dan buat jemaah yg baru... Sekiranya PAS silap, perbetulkanlah kepimpinannya, bukannya mufarakah disebabkan perkara2 kecil sedangkan kita tahu Al-Quran dan Sunnah adalah pegangannya...

Anonymous said...

pemikiran yang berbeza.

each individual ade pemikiran masing2.objektif semua aku tgk nmpk mcm sama,semua kerana nak UA dan Islam,kerana Allah jugak akhirnya. aku ikram,dan aku x phm nape smpai skrg,bila aku tnye org2 tertentu,mereka x dpt jawab,mlh menyembunyikan.

nmpk mcm aku anti ikram sdgkan aku ikram sendirikan?
aku faham nape ikram cmni2, cuma aku nak tahu,bukankah bersatu padu walaupun mmpunyai fikrah berbeza lebih baik. Islam sendiri mcm tu.

satu terang benderang,satu sembunyi. objektif sama. tapi,xmboh bergabung. i have to admit here i cant understand the core problem but i know,bila bergabung, despite the difference in whatever, there will be a bright future ahead for muslims and kemenangan yg dijanjikan Allah smkn dkt.

dan juga jgnlah lain fikrah,terputusnya ukhuwah.

kerana akhir sekali, kita dgn Allah jugak.

doakan.

Peneroka said...

Jadi boleh kita simpulkan yang dalam kita iktiraf dan memilih kehidupan untuk perjuangkan Islam ni, kita kena banyak bersabar. Kadang-kadang hikmah apa yang orang atasan buat (dalam manan2 jemaah atau parti) tu tak terlihat oleh kita, kita tak faham. Yang penting kita kena husnuzon, tapi bukan bermakna percaya membuta tuli. Minta Allah guide hati, minta Allah tunjukkan jalan dan jawapan. Sabar di jalan dakwah ni wajib, dan kita tak boleh rasa kita paling betul pendapatnya, kita kena berlapang dada dengan semua orang yang nak tegakkan Islam, walau apa pun caranya.

Semoga Allah pandu hati kita semua , dan semoga amal kita walau kecil, walau silap kat dunia ni-diterima di sisi Allah.

Saya dikelilingi keluarga yang tak join jemaah, tapi kami sepupu-sepupu banyak didedahkan dengan jemaah masa tahun2 berada di universiti. Antara sepupu ada yang ISMA, ada yang IKRAM.Antara family diorang, satu adik beradik pun jemaah lain-lain. Mak ayah pak cik mak cik pun berbeza pendapat dari segi politik (BN, PAS dan sebagainya).. kita memang nak semua bergabung, tapi untuk kita menuju ke arah tu, kita kena buang prasangka..Di samping kita masing-masing buat kerja untuk improve, memahami jemaah,jangan lupa kita beramal sebab Allah, bukan sebab jemaah atau ideologi.

Sebenarnya kalau kita benar2 buat kerja sebab Allah, hati kita tak akan sanggup bercakaran sesama kita, malah kita akan rasa berdosa sebab tak bergabung.. Masih jauh perjalanan kita ke arah nak bersatu, so kita kena betulkan basics iaitu hati dan niat kita..Ni wajib kita betulkan, tak boleh tinggal..kalau tak ,palsulah semua kerja dan ibadah kita..

Allahu a'lam..

aku dr amin said...

Berbeza jemaah takpa. Jangan sampai 1 jemaah menjatuhkan jemaah satu lagi. ;)

Mujahidah Allah said...

JANGAN kita jadi pejuang jemaah..sebab kita sepatutnya jadi pejaung Islam..jemaah tu hanya sekadar perantara kita..bila kita pegang ni, so takde la kita sibuk nak cari kelemahan jemaah lain dan sibuk nak menangkan jemaah sendiri..setiap orang ada fungsi masing2..memberi dan menerima dalam masa yg sama..wallhua'lam

Anonymous said...

setelah beberapa tahun.. semakin jelas mengapa isma tidak akan bersama dengan ikram.. :) ikram kini lebih mesra bersama pejuang2 liberal.. semoga admin juga sudah bersama isma kini.. alhamdulillah, saya ahli isma,, :)

Anonymous said...

setelah beberapa tahun.. semakin jelas mengapa isma tidak akan bersama dengan ikram.. :) ikram kini lebih mesra bersama pejuang2 liberal.. semoga admin juga sudah bersama isma kini.. alhamdulillah, saya ahli isma,, :)

popoo tv said...
This comment has been removed by the author.
popoo tv said...

Mesra tapi dengan usaha penarikan kembali so called pejuang liberal ke landasan Islam tidak salah bukan? Tidak pernah pula Ikram pernah memberi sokongan agenda liberalisasi yang bertentangan dengan Islam seperti LGBT sebagainya.

Bagaimana pula komen tentang tindakan Isma yang membuatkan masyarakat bertamabah confuse? Cukup dengan banner mengelirukan spt bumi ini milik melayu tapi bila huraian pjg lebar pula utk menegakkan tindakan, bagaimana tu?

Sedih lihat daie2 muda Isma terperangkap dengan pemikiran jumud lagi opresif.

farah said...

assalamualaikum
nk tnya.afwan kalau lari tajuk sikit.slain pas isma ikram etc..jadi kalau ada yg join tariqat tu mcm mana?dikira jemaah x?

Anonymous said...

tengok pimpinan ikram macam pimpinan pas era TGNA..tgk isma macam UMNO..ok full stop