untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, December 1, 2010

kerjaya sebagai doktor (pelajar perubatan)

salam sayang

saya mulakan kalam ini dengan satu ungkapan indah dari William Once yang berbunyi: "he who studies medicine without books sails an uncharted sea, but he who studies medicine without patients does not go to the sea at all". guru saya Dr U Santosh Pai pernah menulis : "what the mind doesnt know, the eyes cannot see!".

bilamana saya menulis artikel yang lepas, rujuk disini : artikel : surat terbuka buat adik adik semua: seronok ke nak jadi Doktor :, ada sahabat yang bertanya kenapa menulis sebegitu, nanti tiada siapa yang mahu menjadi doktor. saya tergelak kecil. adakah artikel saya ini besar dimata anak anak malaysia yang sedang membesar dengan satu semangat dan cita cita tinggi untuk menakluk dunia perubatan? saya menjawab dengan berseloroh, takpela nanti taklah akan ada excess doktor kat malaysia. boleh dapat banyak duit sikit bila doktor tak cukup. haha. apapun hakikatnya satu yang semua orang tahu, kerjaya sebagai seorang doktor kan sudah memang menjadi minat anak anak malaysia yang pandai dan hebat dalam SPM dengan masing masing berlumba mendapat keputusan berbelas A dalam mata pelajaran. dan tahun ini saya pasti akan ada rekod terbaru untuk dipecahkan. bagus kan. ada juga komen yang saya dapat yang berbangga dengan pengorbanan seorang doktor. ada jua yang menyesal tak belajar bersungguh sungguh dahulu dan terlepas peluang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sebagai seorang doktor.

nasihat saya, doktor bukanlah the end of ur life. tak dapat jadi doktor sekalipun, tak ape. kerjaya ini hanyalah satu dari berjuta juta kerjaya yang wujud diatas dunia. dan mungkin satu ketika nanti ia akan lenyap dari muka bumi ini. wah!mesti anda akan terkejut. kenapa kerjaya ini akan lenyap dari muka dunia? saya sedang membaca buku karya John D.Lantos MD yang bertajuk "do we still need doctors?'. bagus buku beliau. menceritakan perdebatan tentang perkembangan dunia sains perubatan moden bahawa dr bukan lagi leader atau pun center dalam dunia perubatan ini atau bakal bukan lagi. dengan perkembangan teknologi dan pembahagiaa disiplin ilmu perubatan yang telah dipecah pecahkan, dr hanyalah menjadi sebahagian dari satu kumpulan besar anggota perubatan berbanding suatu ketika dulu dimana dr adalah segalanya. pada hari ini, kita ada nutritionist, social workers council, nurse anesthetist, physical therapist, occupational therapist, respiratory therapist, hospital pharmacist, phychologist, clinical nurse specialist, lab technician dan etc. mereka semua ini bukan doktor . dan mereka ini mengambil sebahagian dari tugas yang dr pernah lakukan suatu ketika dulu.

artikel saya tulis, tidak langsung untuk merendahkan kerjaya dr mahupun melunturkan semangat adik adik yang sedang berjuang dalam spm sekarang. namun sebagai realiti hidup. kehidupan seorang doktor. ya dan saya mempunyai seorang kakak yang bergelar doktor. saya memahami realitinya. malah saya juga bakal menjadi dr. realitinya jauh dari lubuk fantasi semata mata. ia sudah tentu bukan kerjaya untuk dibangga banggakan. ianya adalah satu tanggungjawab. kalau dalam islam, fardhu kifayah. dan bilamana anda sudah menjadi seorang pelajar perubatan, ianya bertukar menjadi fardhu ain. wajib untuk anda menghabiskannya sehingga berjaya no matter how worse it is.

saya cuma mahu agar tiada yang kecewa dikemudian hari. kerjaya bukanlah suatu yang main main. ia adalah matlamat dan pengakhiran dalam hidup. dan bila anda mula memilih kerjaya apa yang bakal anda ceburi, ianya akan kekal bersama anda mungkin dalam tempoh 10 tahun ke 15 tahun selepas anda graduate sebelum anda mungkin berhijrah kepada suatu yang lain. dan sudah pasti tempoh itu cukup lama bukan? namun andai kerjaya sebagai dr itu telah memang tersemat dibenak kalian sejak azali lagi, dan tiada siapa dalam dunia ini yang boleh sesekali melucutkannya dari kunci minda anda, silakan dan selamat berjuang. seakan kisah adik saya yang sedang menuntut di ain syam, egypt. kekadang saya akan ketawa sendirian bila teringatkan kisahnya. beliau mahu sangat2 menjadi seorang doktor. mahu ke mesir juga katanya. mungkin bukan nasib untuk mendapatkan biasiswa selepas spm, pergi ke matrikulasi. namun mungkin rezekinya sudah Allah takdirkan dalam bidang perubatan dan ke mesir juga Allah telah takdirkan, walau dengan kekangan wang untuk perbelanjaan sendiri. maklumlah ayah bukan manusia pilihan untuk menjadi seorang yang kaya. namun ayah kaya dengan cita cita untuk melihat anak anaknya berjaya sampai ke universiti.ayah hantarnya juga ke mesir. dan sekarang beliau selesa dengan biasiswa dari MARA. maaf yer adik. abang bercerita tentang kisahmu. ia, apa rahsia yang saya mahu nukilkan dari ini. satu semangat. dan adik saya mempunyai semangat itu. andai benar2 anda yakin bahawa anda adalah seorang dr pada sepuluh tahun lagi. semangat ini jua yang telah menguasai diri saya sejak 10 tahun yang lepas. dan ia tidak akan padam sepuluh tahun akan datang.

fikirkan lah sejenak tentang kehidupan ini. ^_"

8 comments:

Aku_Insan said...

stuju!!

Werdah said...

Salam dr amin

Benar nukilan ini, cita-cita yang dijalinkan dengan usaha serta minat akan membuahkan kepuasan, ikhtiar dan doa serta apa yang kita mahu sebenarnya akan dimakbulkan Allah.

Kerjaya doktor memerlukan pengorbanan daripada segi masa, mental dan fizikal.

aku dr amin said...

syukran aku_insan dan cikgu werdah atas komen anda. doakan saya agar terus giat menulis. moga kalam ini tidak akan padam. insya Allah

EMMA NAZLIEN said...

salam dr amin...firstly,,,,sya mmang bermnat nk jd dr...sjak kcil lg...entry dr amin sdikit mnakutkan sya..sya hya thu prinsip sya iaitu ALLAH pasti akn tlong sya msa stdy medic nanti,,,...sya sbenarnya tkut drah...ada chance ke sya nk jd dr klau tkut darh...? scondly,,,sya bru dpt rsult spm 2012...alhmdllah...tp sya x psti samada nk msuk matrik/ u (asasi) or prgi buat medic kat mesir...mohon pndapt dr amin...

aku dr amin said...

salam Adik Emma. saya mengucapkan tahniah diatas keputusan SPM. bagusjika berminat mengambil jurusan perubatan.

Pada masa sama saya mahu mengesyorkan pada adik untuk meninjau bidang pergigian. Saya berpandangan buat masa ini kerajaan mula mahu memenuhkan kouta pergigian yang masih kecil dibandingkan dengan koua bidang perubatan yang hampir enjadi tepu pada istilah saya.

Apapun terpulang ada adik.

Untuk ke mesir, saya berharap adik dapat bertannya senior senior yang sekarang berada disana. kerana saya mendapat khabar tidak indah berkaitan dengan pelajar malaysia yang pergi ke sana dibawah agen swasta disebabkan agen ini mereka bersifat mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasivb pelajar.

Adik boleh memohon biasiswa jika result cemerlang.

pada masa sama boleh memohon melaluii matrikulasi dan sains asasi.

Apapun sebenarnya pada pandangan saya, belajar perubatan didalam negara adalah lebih baik dari belajar dilluar negara.

Selamat berjuang ^^



tinkerbell said...

Dr.kalau kat M'sia ni,U mana yg plg okay utk ambik perubatan ni?UPM okay ke?

aku dr amin said...

Ipta di malaysia yang menyediakan kursus perubatan semua insya Allah diiktiraf dan ok. Paling famous top 3 la Um, ukm dan usm

Ipts pun sudah banyak dan diiktiraf. Jpa dan mara pun ada menghantar pelajar di ipts kerana dasar baru mengurangkan pelajar ke oversea

Moga sukses

Amirul Aiman said...

Salam doktor .. Berapa CGPA yg pling minimum ? Dan adakah hidup hanya dengan buku dan tak da masa dngn kehidupan sosial yg lain ?