untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, November 27, 2010

aku budak medik: dare to fail (berani gagal)

Dare To Fail (berani gagal)
Ada yang bertanya saya : Indah ke fail exam? Haha. Nampak macam soalan ini kalau saya fikirkan secara negatif semacam memerli bukan. Iya . Anda pun mungkin rasa sebegitu. Tapi sebagai manusia kita kena sentiasa berfikiran positif. Oh. Tidak indah sebenarnya. Sedih. Dan juga pedih. Zahir dan batin. Habis itu. Kenapa mahu 'fail exam'? Saya seakan ingin bertanya kembali. Siapa mahu fail exam? Tak ada sesiapa diatas permukaan bumi ini mahu hidup sebagai seorang yang gagal. Tiada siapa yang mahu kecewa. Bahkan tiada siapa yang mahu dalam seharian hidupnya dirundung kemiskinan, kelaparan, kegelisahan, kemurungan, kesedihan dan macam macam lagi. Ada ke orang yang nak sakit? Ada ke orang yang nak mati awal? Ada ke orang yang mahu menderita kanser payudara? Menderita kanser servix? mMenderita sakit jantung? Saya akan menjadi seorAng yang pelik dan bingung andai ada yang berkata ya. (Saya baru sahaja habis menonton cerita "yes man")semalam. Dan saya tertidur tanpa menutup laptop. Sebegitu la. Namun nilaian hidup usah kita sebagai manusia lupa. Semua yang positif akan ada kontranya. benar. Cuba fahami sebuah kehidupan

Antara yang sering kita pandang. apa?. Semua yang positif. Sihat itu positif. Berjaya itu positif. Gembira, kaya semuanya positif bukan. Namun disebaliknya ada istilah yang bermaksud negatif. Ini sesuatu yang tidak boleh kita tolak dari dunia ini. Hari tidak sentiasa cerah. Seakan hari esok awan mendung mahu mencurah. Adakah itu petanda berakhirnya hari hari yang indah. Belum pasti kerana selepas awan mendung berarak pergi, pelangi indah akan kembali. Saya seakan tidak ingin merungkaikan maksud ini. Anda sebagai pembaca pasti memahaminya. Jika tidak pun, cuba renungkan maksudnya.

Pernahkan anda mengenali seorang penulis bernama Billi Lim. penulis buku "dare to fail"? Ya beliau seorang yang hebat. Saya sudah membaca karyanya ketika saya gagal menjejak kaki di bumi Australia satu ketika dulu. Saya syorkan anda membaca buku karya beliau.

Sebahagian kita pada hari ini sebenarnya dilanda satu sindrom. Kalau semasa saya berada di Taylors College dahulu, pensyarah saya sering mengungkapkan satu perkataan, "kiasu". Mungkin bagi sebahagian orang melayu, ape maksud istilah tu? Ya saya pun dahulu seakan tidak mengerti akan istilah tersebut. Kiasu adalah istilah Hokkien yang bermaksud "fear of losing". Ape yer dalam bahasa Melayu. Takut untuk kehilangan. Takut untuk gagal. Mungkin itu istilah yang paling hampir. sebelum saya menulis lanjut disini, mungkin ingin saya perbetulkan, bukan masksud saya agar anda mencari kegagalan dalam hidup. bukan sekali kali. Apa yang saya cuba gambarkan adalah, kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan. Kegagalan perlu diterima sebagai seorang sahabat. Ia bukan sesuatu yang asing dalam istilah kemanusiaan. Ia sebenarnya tersangat hampir dengan sifat kita sebagai seorang manusia. Cuba renung istilah melayu : Tersilap langkah buruk padahnya". Andai saya cuba untuk memberikan makna: tersilap dalam melakukan sesuatu, kegagalan akan muncul. Adakah semua manusia itu perfect? Tidak. Jadi,pasti akan ada yang melakukan kesilapan bukan. Tapi tak semua akan melakukan kesilapan bukan? Ya. maksudnya, pasti akan ada yang buat, tapi tak semua. ? Falsafah ke ape ni. fahaminya.

Dan bila anda gagal, adakah itu bererti pengakhiran dalam hidup? Itulah yang saya cuba ungkapkan. Kiasu. Kita sebenarnya berada dalam satu situsi dimana kegagalan itu adalah noktah. Bukan koma. Noktah bererti full stop. Koma bererti "stop for a while and go. Saya tidak pasti apa yang Billi Lim cuba bawa dalam bukunya, namun saya berfahaman bahawa masyarakat pada hari ini terlalu dilanda sindrom "fear of failure" sehingga menyebabken mereka membungkuskan diri dan mengasingkan diri dari satu dunia yang cukup luas seakan akan menjadi katak dibawah tempurung. Apa yang menjadi fokus semata mata adalah jalan yang mereka rasakan selamat untuk dilalui tanpa perlu susah payah untuk memeras tenaga. Dan jalan itu adalah zon selamat bagi mereka.

Dan andai ada yang bertanya kembali, apa perasaan anda ketika gagal? Saya pasti seakan mahu menjawab, saya berpeluang untuk beristirehat seketika sebelum memulakan perjalanan yang semakin jauh jaraknya itu. Berehat tidak semertinya tidur ok. Berehat bermaksud menilai kembali nilai kita sebagai seorang manusia. Apa yang ingin kita hambat dalam hidup ini. nilai yang membuka mata manusia bahawa disebalik sesuatu, ada yang sesuatu. Nilai kehambaan. Nilai yang mengubah erti dan makna kejayaan. Nilai yang mengubah erti kehidupan. Bahawasanya manusia itu diakhirnya perlu mengerti bahawa tiada kuasa yang terbaik selain dari kuasaNya. nilai yang mengubah pandangan tentang erti kerjaya sebagai seorang doktor. Ia membuka mata bahawa disebalik semua yang berlaku dalam hidup manusia, kita tidak mampu untuk mengkontrol sesuatu atau sebhagian darinya. Ia memerlukan satu pemahaman yang jelas bahawa kadang kadang kita sebenarnya perlu melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Ketamakan itu sesuatu yang keji. Kegelisahan itu perlu dirungkai. Kesilapan itu perlu diperbetul. Ketakutan terhadap rezeki Tuhan itu perlu diperjelaskan bahawa diakhirnya kita kena mengakui akan kuasa yang maha Esa terhadap sesuatu. Dan nilaian itu sendirinya akan mengubah satu persepsi bahawa hidup ini bukan segala galanya apa yang kita rasa terbaik. 'There is always someting for us to explore'. Dan kita sebenarnya semakin hampir dengan nya. Insya Allah.

Kalau ada yang pernah merasa kegagalan dalam hidup. Syabas saya ucapkan. Kerana anda pernah merasa sesuatu yang sebahagian manusia lain takut untuk merasainya. mungkin istilah terbaik yang saya jumpa adalah ini, selamat berusaha lagi : 'failure is a heaven for success'.

Amin Ismail
http://akudramin.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous said...

jazakallah amin! may the failure we face be the greatest school of life!
=)

Izzati Hashim said...

kegagalan itu memg pahit. kelat.

~failure is never final and success in never ending. Success is a journey not a destination.

Maybe when we fail, Allah wants us to learn something... something that precious maybe (=

aku dr amin said...

tq diatas komen anda. insya ALlah yer:)