untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, January 13, 2011

saya nak kahwin dengan doktor

dalam diam diam umur pun dah meningkat. tak sangka dah semakin tua hidup ini. terlalu banyak ragam ragam dalam kehidupan ini. ada sahabat saya bertanya, amin, nanti kau nak kawin dengan doktor jugak ke? saya tersenyum. kenapa pulak topik semacam ini nak dibincangkan? dah bersedia ke kamu ni? takdelah. dia jawab. 

sahabat saya mencelah : aku taknakla kawin dengan doktor. lebih2 lagi doktor perempuan. mereka ni sibuk je memanjang. nak cari seorang cikgu la. kau tahu ke amin kalau cari seorang cikgu,bagus. kerja pun senang je. banyak masa kat rumah, nak jaga anak anak, masak kat rumah, pendek kata bahagia la kalau memperisterikan cikgu.

saya terdiam tidak terkata......

saya seakan mahu adilla kepada semua orang lebih2 lagi kepada ibu saya yang mahu anak2nya kahwin sama taraf. haha. maksud ibu saya kalau dah doktor tu cari la seorang doktor juga ye amin. (insya Allah ibu) didalam hati ini. saya juga mahu bersikap adilla kerana saya mempunyai seorang kakak doktor juga, adik perempuan seorang pelajar perubatan di Ain Syam, mesir, dan mungkin adik perempuan saya yang bongsu juga bakal mengikuti jejak jejak langkah ini. malah saya juga mempunyai sahabat2 perempuan yang juga sealiran dengan saya. saya menjawap ringkas, kalau semua nak cari cikgu je sape nak kahwin dengan doktor ni? beliau agak termenung memikirkannya...

bila nak disebut bab ini, antara persoalannya, doktor kahwin doktor, ok ke? nak kahwin ngan doktor lelaki, macho la doktor ni? nak kawin ngan doktor perempuan, isteri saya kaya? 

1. nak kahwin doktor lelaki?
saya rasa ini tidak ada masalah yang serius untuk diperkatakan. pertamanya kerana memanglah kerja asas seorang suami atau lelaki itu adalah keluar rumah mencari pekerjaan untuk menyara keluarga. malah kalau diikutkan, menikahi seorang lelaki yang bergelar doktor itu suatu yang glamour la. ibu 2 dan para ayah tentu suka menantukan seorang doktor. mungkin saya quote kata kata kakak sulung saya : kok tak mahula kawin ngan doktor. doktor ni takde feel dah. mereka dah tengok semua..... emm. ada juga yang mengomen saya cakap.

2. nak kawin ngan doktor perempuan?
yang ni harus jugak diperbincangkan. andaikata anda lelaki bukan doktor. nak memperisterikan seorang doktor. anda mungkin seorang engineer, arkitek, cikgu, kerani, pegawai kerajaan, pekerja sosial, pekerja kilang, businessman, nelayang, kerja sendiri atau etc. masalah nya mungkin ada. samada anda seorang lelaki yang mempunyai kerjaya yang sama taraf, hampir setaraf dengan isteri anda, ataupun kurang taraf dengan pangkat seorang doktor itu.

masalah yang timbul atau persepsi yang ada adalah lelaki ni ada egonya. kalau yang sama taraf ok la. saya hebat walaupun isteri saya juga hebat. yang tak sama taraf macam mana. disinilah terletaknya keunikan dalam proses kehidupan. 

persepsi seorang lelaki adalah, tidak mahu la kawin ngan doktor ni kerana doktor ni semua pandai2. aku ni ape je. kerja biasa 2 je. wah. kerja biasa 2 pun kerja juga. doktor pun manusia juga. sama macam orang lain. mereka pandai la dalam pengajian mereka, dalam kerjaya mereka. namun doktor juga ada kelemahan. doktor juga seorang manusia biasa. dalam hidup berumah tangga, sudah pasti walau sehebat mana pun isteri anda, atau perempuan tersebut, dia tetap seorang isteri yang patutnya taat dan patuh pada sang suami. tak timbul la istilah nanti aku jadi queen controlledla macam ni. pekerjaan tetap pekerjaan. rumah tangga satu yang lain. hak dan tanggungjawap dalam kehidupan sepatutnya difahami dan diperjelasi dengan sempurna. yang penting adanya sikap toleransi, dan memahami.

3. doktor kawin doktor?
agaknya bahagia ke hidup? sahabat saya bertanya. iya. saya katakan ya. anda kena optimis dalam hidup ini. pernah tengok ramai je doktor kawin doktor. hidup bahagia. anak anak pun ramai. wah dalam sibuk2 pun sempat lagi nak anak. sudah tentu. anak adalah anugerah Tuhan. kenapa tidak mahu kepada anugerah Tuhan? memangla dalam permulaan , agak mencabar lebih2 lagi adanya housemanship, OT, ETC.namun kalau kita pandai dan mampu menguruskan dengan bijak, saya yakin  no hal la. sikit2 masalah pasti akan timbul tapi akhirnya insya Allah. yang penting support dari keluarga kena kuat. 

saya tidak nampak masalahnya untuk kahwin dengan title doktor ini. masalahnya bukan terletak pada title. masalahnya terletak pada diri kita sendiri. kalau kita rasa kita telah matang, dan mampu untuk menghadapi cabaran2 dimasa hadapan dengan memperisterikan atau mempersuamikan seorang doktor, silakan . yang penting kuatkan diri dan tenang dalam membuat keputusan.

masa sedang dalam pengajian inilah saya sering menasihati kawan 2 saya samada yang lelaki mahupun perempuan. 

kalau anda lelaki, masa inilah kena belajar2 menjadi dewasa ye. jangan asyik main game dan baca komek je. umur pun dah meningkattua. orang lelaki pula hai entah bila nak matang. bila disebut pasal kahwin dan nak anak berapa, masing2 menjauhkan diri kata aku nak stady dulu, aku nak kahwin umur 35 nanti. wah . tua sangat tu. nanti umur 60 anak baru tingkatan 3. 

kalau anda seorang perempuan, tau la masa jadi pelajar perubatan ni nak kena stady banyak benda. asyik stress je. takde masa nak belajar memasak, takde masa nak belajar   basuh kain, takde masa nak lipat kain baju, takde masa nak cuci pinggan, semua dan ada cleaner, ada cook. tapi jangan lupa, suatu hari nanti kita bukan sahaja akan menjadi seorang doktor, kita juga akan menjadi isteri kepada suami kita, ibu kepada anak2 kita. masa dalam pengajian ni la nak belajar masak2 sikit2. at least 3 atau 4 jenis lauk pauk yang normal. nak masak nasik supaya tak hangus. pandai ke tidak basuh baju guna tangan, pandai ke tidak nak basuh pinggan. ini semua adalah added value untuk masa hadapan. maklum la nanti   bila dah kerja takde masa nak belajar dah masak2 ni. >_baru nak try try memasak sampai hangus ayam masak kicap. keke. kutuk sekejap yer kok. 

akhirnya bukan gelaran tu yang penting tapi kebahagiaan dalam kehidupan. moga ada manfaatnya yer.

amin ismail 
  

20 comments:

bintuismail said...

haha..gud2..
btul tu..bukan title doctor @ x yang mnjadi mslh, tpi kefahaman dan sikap suami isteri itu sndiri yg kdg2 mmbawa mslh dlm rumahtangga..

kawin la dgn sesape pun tpi klau anda faham fungsi dan tugas msing2, tiada mslh (ecece, mcm ade pengalaman plak ^_~ )

teringat kata2 k.ra: 'isteri yg kerja sbgai doctor, mcm mana sibuk skalipun, family tetap di utamakan'

p/s: kebahagian rumahtangga dtgnya drpd Allah..sama2 doakan supaya psgn kita adalah yg terbaek utk ms depan ISLAM!!

aku dr amin said...

syukran diatas komen anda ukhti

hazwanihamzah said...

dh sampai seru ke? ;p

Unknown said...

haha terdiam lepas baca post ni..mode berpikir..terima kaseh=)

Anonymous said...

tak senang dan tak susah jugak. cuma kena tabah la ada suami yg sibuk. dan isteri yg sibuk. kena tabah la bila selalu je suruh mak jah ke mak timah ke masak kat rumah. kena tabah la bila anak-anak jumpa kita sekali sehari...ermm...

-kekuatan dalam cahaya kemenangan-

Tabibbatunhawa said...

Semangat nak baca doa dapat jodoh bila baca entry ni.

Nak kahwin jugak lah camni!

Tapi, budak laki macam takut je ngn saya. Mesti nak kenal dulu or kata lainnya nak couple dulu.

Berkahwin tanpa berkenalan? dengan orang asing dari hidup kita?Pelik...tapi tak mustahil.

added value for Dr wanita? Ehem, saya macam dah lengkap je house skills tu semua...

(*V*)

yaya said...

sy jugak punyai cita2 nk kawen ngn doktor....tp ada ker seorg doktor nk kawin dgn sy?yer la sy bukn doktor...sy biasa2 sj...

Unknown said...

salam ziarah..
bagi akak arr.. bila cita2 tinggi pastinya kita berusaha untuk mencapainya.. begitulah dengan jodoh.. andai kata takdirnya jodohmu itu seorang doktor, maka terimalah dia seadanya.. punya kelemahan & kekuatan seperti insan lain..
yang penting kesefahaman.. barulah utuh rumahtangga..

p/s: tringat masa buat part time nurse kat klinik di shah alam dolu2.. ada seorang doktor lelaki pelatih..ingin mencari isteri surirumah sepenuh masa. ;)

yuni said...

sebenarnya tak juga semua cikgu senang kerjanye, krn mak saya pun cikgu juga tapi banyak kerjanya sampai tak boleh tidur awal. balik pun stress kena memasak dan jaga anak-anak(masa kecil naughty haha xD) Ustazah saya pun sama juga, sebab dia sangat responsible jadi kerjanya membukit tiap tiap hari, huiyo. Ustazah saya ni pro juga sebab rumahtangga dia sgt bahagia.

jadi saya rasa semua pekerjaan tu sibuk, tengok macam mana org tu manage sahajalah.

Anonymous said...

Kita pilih seseorg utk menjadi teman hidup bukan kerana dia doktor dan mungkin jadi kaya. Islam menyuruh kita memilih jodoh kerana akhlaq dan agamanya walaupun bukan professional. Dan kita memilih seseorg yang kita tertarik kpdnya. Kalau doktor atau apa2 faktor sekalipun yg mencabar, agama dan akhlaq akan memberi kita kesabaran yg akan membantu mengekalkan perkahwinan.

Fokus diskusi memilih calon atas dasar status doktor, pangkat dan kekayaan adalah shallow dan materialistik.

Seperkara lagi: mengapa lelaki tidak perlu belajar masak, menjahit sedikit sebanyak dan membersihkan diri sendiri dan rumah?

Ramai lelaki Melayu membiarkan isteri terbeban seorg dengan tanggungjawab rumahtangga dan menguruskan anak2 kecil. Sampai isteri keletihan; suami masih tak ada timbangrasa. Pinggan sebiji tak tau cuci. Buat milo secawan atau masak nasi utk isteri yg lemah dlm pantang pun tak tahu. Suami isteri adalah partners; sama2 bantu menguruskan kerja rumah. Wanita Melayu sudah berubah bekerka utk ekonomi rumahtangga; lelaki Melayu masih belum berubah, sedikit shj yang mahu membantu isteri meringankan tugas rumahtangga. Isteri masih 'default' person dlm segala urusan di rumah.

aku dr amin said...

saya amat setuju dengan pandangan memilih berdasarkan akhlak bukan profesional. Tapi tidak salah juga memilih akhlak dan profesional bersama sama. Ada orang mmahu mencari jodoh dengan seorang guru kerana merasakan guru mampu mendidik anak anaknya nanti.

Terpulang pada diri. :):)

saya tidak bersetuju jika kita kata semua lelaki melayu tidak pandai membasuh pinggan. Mungkin ajaran ibu dan ayah yang bersikap anak perempuan hidupnya didapur menyebabkan anak lelaki tidak pandai kedapur. ^^

Anonymous said...

Saya timbulkan isu membantu kerja rumah ini kerana pandangan Amin di paragraf kedua akhir di atas iaitu "kalau anda seorg perempuan... sehingga akhir paragraf". kenapa hanya perempuan kena belajar semua ini?

Pelatih doktor lelaki dan perempuan kedua2nya harus belajar skill kemahiran hidup utk memasak, membersihkan diri & rumah etc, bukan sahaja perempuan bila menjadi isteri dan ibu. Skill ini ditekankan kepada wanita shj. Agama Islami mengajar lelaki dan wanita tahu kebersihan, upaya menjseba sedikit dan menjahit sehingga tidak membebankan pasangan bila berkahwin. Contoh: ramai lelaki Melayu baju kotor mereka masih dikutip dibasuh dilipat oleh ibu yg sudah tua, isteri walaupun sudah dewasa/tua, tanpa timbangrasa.

aku dr amin said...

Kepada Anonyous..

Lagi molek rasanya id Amin tahu nama anda. ^^

Memang tidak dinafikan apa yang Anonymous cakap tu betul. Kenapa hanya ditujukan kepada perempuan untuk pandai memasak, membasuh baju etc. Tidak dinafikan lelaki pun perlu pandai belajar semua ini.

Tapi saya cub kembali kepada basic budaya kita sebagai seorang Melayu.

Kepada lelaki, perlu belajar untuk menjadi seorang imam yang baik untuk isteri dan anak anak tanpa saya menafikan kena belaar memasak juga.

Kepada golongan wanita, sebagai seorang wanita Melayu yang ada adab dan budaya, tidak elok jika tidak pandai memasak perkara basic seperti masak 2/3 jenis lauk pauk yang biasa dimakan hari hari. Tanpa saya nafikan lelaki juga kena pandai masak.

Takkan seorang perempuan nak kahwin tapi tidak boleh masak dihadapan mentua.

fikir fikirkan.

Lelaki juga kena pandai masak yer ^^

Fuluuus takla said...

Assalamualaikom...

Saya sgt teringin nak kawin dgn doktor, dulu2 ada cita2 nak jadi doktor tp takdapat psl ngaji tak pandai,reti ngaji quran dia takkira maaa :(...

kalau dapat kawin dgn doktor pon takpe, ada ke doktor pompuan yg sudi kawin dgn saya,omor saya dah 35 dah, pernah mengorat doktor tapi kena rejek...sbb sy tak sekufu katanya nak cari doktor jugak...hukhukhuk.

Sy cuma lulus sekolah arab jer, lau doktor bleh ckp inggeris saya bleh cakap arab.....:)

Salam hormat utk doktor2 yg sudi :)

Dr.Laila said...

Assalam.. haaa jalan2 kat blog Dr Amin ;) love this post. May Allah bless. Lama rasanya dr tak type panjang2. Keep on inspire people!

aku dr amin said...

semoga saya terus istiqamah menulis

Anonymous said...

Maaf. Tak setuju dengan pemikiran anda.

aku dr amin said...

APA yang x setuju itu?

aku dr amin said...

APA yang x setuju itu?

Qalam Jiwa said...

Sy seorang ustazah. Nak cari bakal suami doktorlah. Biar ank2 balance ilmu dunia akhirat...