alhamdulillah. hari ni saya telah tamatkan blog 4 exam. tinggal lagi sebulan untuk uni exam menjelma. seakan sekejap sahaja masa berlalu. rasa mahu cepat cepat pulang ke malaysia. sudah rindu sama ayah dan ibu tercinta. saya dapat terlalu banyak teguran teguran yang membina semangat. terima kasih pada yang sanggup berkongsi. terima kasih pada ayah dah ma yang memahami anak ini. terima kasih pada kawan kawan yang memberi kekuatan dan semangat. tiada yang paling berharga dalam hidup ini melainkan mempunyai mereka yang rapat kepada kita tatkala kita dalam keadaan tewas dalam perjuangan. sungguh saya suka berfikiran positif tenntang hidup ini. namun hakikatnya kawan yang paling baik adalah mereka yang bersama kita diwaktu senang dan juga SUSAH. kan. >_<
tadi semasa klinikal skill pathology, saya terkena dengan HOD, dr annama. saya susah sangat kalau nak berklinikal skill ngan dr dr glamour ni. takut. namun nasib diri. alhamdulillah dapat perform suturing dengan terbaik juga walau ada sedikit cacat dan cela. maklumlah buat kat patung pasti tidak sama pada manusia normal.
saya dapat menyudahkan awal kurang dari 4 minit. masa yang ada itu beliau sempat bertanya tentang perjalanan peperiksaan saya. macamana? saya angguk mengiyakan dan tersenyum. dalam hati mengucapkan Alhamdulillah. dia pantas mengutarakan solan : r u comfortable now? maksudnya dengan pelajaran saya untuk tahun kedua ini. yah. jawab saya ringkas. dalam hati ini menghargai keikhlasannya.>_<. thank you madam.
yer. saya ingin cepat2 habiskan tahun ini. masuk ketahun 3 nanti. terlalu banyak lagi program2 yang perlu dilaksanakan. memacu kembali hidup ini. perjalan perlu diteruskan.
salam imtihan kepada kawan2 semua. saya ada menerima satu blog tentang akhi persekolahan saya yang sedang menuntut di russia dalam bidang perubatan. beliau agak mahir menulis tentang dinar, dirham, wang kertas dan riba. saya pun agak kurang memahaminya. agak malas untuk mendalaminya pada waktu ini. >_< jemputla mengunjung ke lamannya andai anda semua ingin menambah ilmu tentang perkara tersebut. >_<. wassalam
http://umaralfateh.wordpress.com/
untukmu permataku
Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):
Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan
Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)
MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)
saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria
Followers
Thursday, January 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ciptalah kejayaan dlm dirimu..seimbang dunia n akhirat ^_~
bittaufiq wannajah!!
Post a Comment