untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, January 10, 2011

ilmu yang luas

  Saya tak tahu, semakin saya mengkaji, semakin saya rasa yang ilmu saya tidak kemana. Semakin saya membaca buku buku  perubatan, saya dapat merasakan ilmu saya semakin menipis, cukup untuk mengatakan saya semakin bodoh untuk tidak mengerti apa apa dari dunia perubatan ini. 


Semakin saya menceroboh halaman halaman penggelar pejuang demokrasi, hati saya mengatakan aku cukup dangkal dalam memahami hakikat demokrasi dan liberalisme yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan anak anak muda pada hari ini. 


Saya teringat satu kata kata dalam bahasa inggeris yang berbunyi begini, kata kata ini sering saya utarakan kepada ibu tatkala ibu sering memarahi saya kerana suka melanggan akhbar harian, sampai sekarang ini di India pun tatkala sahabat lain sibuk dengan urusan bErmain games, bersukan dan etc, minat saya  membeli dan membaca akhbar ini tidak pernah hilang, walaupun ianya akhbar india. hurm. kata katanya adalah: mereka yang tidak membaca akhbar, sumpama hidup 10 tahun terkebelakang dari orang lain. maknanya mereka yang tidak suka membaca isu isu semasa, hidupnya seolah-olah katak dibawah tempurung. 


Saya suka membaca karya karya yang menentang arus, menentang pemikiran manusia. saya jumpa antara mereka yang saya sanjungi. yang suka menguji pemikiran manusiawi. Mereka ada ideologi. Mereka hidup diatas satu perjuangan, samada untuk menegakkan demokrasi, kebenaran atau idea idea yang dicanangkan. walau rasanya perjuangan sebegitu seringkali disalah anggap tertutamanya oleh mereka yang lemah idea, taksub terhadap sesuatu dan sukar untuk menerima atau bersetuju dengan pendapat yang dirasakan amat berlainan dengan apa yang telah disematkan dalam pemikiran dari dulu lagi.


Saya boleh umpamakan seperti mencurah air dalam gelas yang telah penuh. Airnya akan tumpah keluar dan tidak membawa apa apa makna lagi. untuk orang sebegini, usahlah diceritakan apa apa, usahlah di terangkan idea-idea dengan bukti nya, pasti tidak ada nilai, merugikan masa dan ketika. 


Ada yang bertanya saya, hakikatnya apa diMalaysia ini, perjuangannya agama mahupun kebangsaan. Demokrasinya semacam mana? wujudkah atau sudah lama hilang. saya katakan, sudah pasti demokrasi wujud dimalaysia. tapi gelanggangnya sudah pasti tidak sama. Seumpama permainan bola sepak 11 lawan 5. Siapa menang? Anda ada jawapannya kan. Namun terkadang, keajaiban boleh terjadi. kerana dunia ini miliknya Tuhan. 

bila disebut perjuangannya agama mahupun bangsa. Saya kaget seketika mahu menjawab. Saya tanya anda ini Melayu dulu ataupun Islam dahulu. Jawapan yang saya terima Islam dahulu. Oh. Kalau sebegitu, gunalah medium Islam sebagai perjuangan anda. Kita di malaysia ini hanya 55% melayu. Anda percaya? Dan takkan berkembang lagi Melayu kerana bangsa itu statik. Kalau disebut Islam sekitar 60%, boleh berkembang lagi. Percaya? Iya. bayangkan kalau cina dan india masuk Islam. Saya mampu menjangka untuk islam menjadi 80%. Kerana kita mampu untuk dakwah. Ianya adalah dakwah yang dilupakan. Jangan sampai nanti di padang mahsyar kita ditanya kenapa bilamana Tuhan menyediakan non muslim kepada kita, kita tak mampu untuk  membimbing mereka? jawapannya: maaf ya Tuhan, islam dimalaysia ini hanya khusus untuk melayu sahaja. kerana melayu adalah bangsa pilihanMu dimalaysia.

penutupnya, saya tertarik dengan kata kata seorang sahabat saya, asalnya melayu ini adalah hindu, didakwahkan oleh pedagang2 cina muslim menjadi muslim yang taat. lantas kemudian Allah takdirkan kita mendapat sahabat baru dari india dan dari cina yang non muslim . tugas kita untuk membayar kembali kepada orang2 cina islam dulu yang telah mengislamkan kita.

fikir fikirkanlah 


Amin Ismail
http://akudramin.blogspot.com/