untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Sunday, January 9, 2011

AIDS and REHAb CENTER SNEHASADAN

alhamdulillah, pada hari ahad, 9/1/01 saya telah berpeluang mengikuti satu program bersama anjuran Huluran Kasih Melaka Manipal Medical College, Manipal Campus India ke AIDS nad REHAb center, Mangalore. tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kami pelajar perubatan dengan satu suasana dan persekitaran yang jauh dari buku dan suasana kolej semata mata. perjalanannya cukup jauh dan memenatkan. hampir satu jam setengah rasanya.

apabila kami sampai, kami berkenalan dengan father.... lupa namanya penjaga tempat tersebut dan berkenalan dengan anak anak kecil yang cukup murni diri mereka. alangkah gembiranya diwajah mereka mendapat pengunjung pengunjung luar yang sudi untuk hadir berhibur dengan mereka

 tak semua manusia ini dilahirkan dengan kesempurnaan. mereka juga sebegitu. walau apa dosa ibu dan ayah mereka, mereka tetap anak anak kecil yang tidak tahu apa apa tentang masa depan mereka, tentang apa yang bakal mereka hadapi dimasa depan. iya mereka hanyalah anak anak kecil seperti manusia lain semacam anak anak dan adik adik kita semua. perlukan belaian mesra ibu dan ayah.

 Antara tanggungjawab dan fungsi pusat ini adalah :

1. menerima pesakit yang disyaki menghidap AIDS
2.Kerja kerja sosial medikal : education dan support serta memberi rawatan
3.nursing and care :
4.medical consultation
5.ward admission: untuk pesakit yang mendapat risiko opportunistic infection, Tb management,etc
6.support care: physiotheraphy, family support
7.discharge:
8. continuous care: support group meeting, out patinet care, out reach work.

antara lain juga adalah untuk mendidik masyarakat bahawa pesakit AIDS juga adalah manusia normal, mampu bergaul dengan masyarakat, dan memberi pendidikan bahawa AIDS tidak tersebar melalui sentuhan.

antara lain kami diminta tidak mengambil gambar anak2 kecil ini atas dasar privacy.

No comments: