untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, January 15, 2011

amin. kau ni macam orang tua

bukan sekali saya menerima kata kata macam ini. sudah banyak kali. alasannya ape, saya suka membaca akhbar. kalau bercakap, cakap pasal kenegaraan, isu politik semasa tanah air, pasal sultan kelantan. pasal perdana memteri malaysia yang buka laman twetternya untuk satu malaysia selama sejam, perihal demonstrasi rakyat selangor menuntut isu air dari syabas. amin. kau ni boring sangatla. kalau ada cerita tentang cerita baru yang keluar dari pawagam. saya terdiam. amin dalam 3 minggu lepas kau tak tengok cerita ape2 ke? kau buat ape kat rumah?  


tatkala kawan kawan lain minat bermain games, itu bukan minat saya. mungkin akibat dari asuhan ayah yang tidak pernah membeli alat alat semacam itu. mungkin dalam hati kecil saya nak juga bermain permainan seperti ps2, ps3 semacam orang lain. bila berjumpa bercerita perihal game itu, game ini. namun bila meningkat dewasa ni, seakan akan ianya luntur sendiri dari hati saya.


saya suka untuk menyedarkan rakan rakan saya sekalian tentang satu kemaslahatan mahasiswa pada hari ini. bila disebut mahasiswa, jauh dihati ini kita bukannya student (pelajar). mahasiswa maksudnya seorang yang lebih tinggi dari title pelajar dan murid. mahasiswa adalah penggerak masyarakat. mahasiswa adalah suara hati masyarakat. pembetul kepada sistem yang ada. kalau kita tengok gerakan mahasiswa semasa pada hari ini dan pada awal kebangkitan sekitar tahun 70n dan 80 an, kita dapat menilai betapa lesunya suasana pada hari ini. lebih2 lagi kalau saya dibidang perubatan ini. bukan kerana apa, mungkin pengajian itu perlu diutamakan. namun saya sering berkongsi dengan kawan kawan, kalau kita tidak mampu untuk dapatkan semua, ambilla apa yang kita termampu, namun jangan sesekali kita tinggalkan semua. janga pula kerana perkara ini, terlepas pengajian kita. itu juga yang saya sering menasihati diri ini.


sudah tiba masanya kita menilai kembali diri kita. jangan mudah dilekakan dengan perkara perkara kecil yang boleh merubah fokus kita terhadap sesuatu isu yang besar. sebagai seorang mahasiswa, fikir dengan minda dan hati yang terbuka. kerana itu pembacaan yang mantap perlu diutamakan. jauhkan dari berbahas tentang sesuatu yang tidak ada manfaatnya. jangan cepat suka mencabar orang lain. usah gunakan ilmu yang dicari untuk menonjolkan diri sendiri. jangan dikorek sarang tebuan. jadikanlah ilmu yang dicari itu untuk menjadi pedoman pembimbing diri. sukalah untuk menimba ilmu pengetahuan dari orang yang sealiran denagan kita mahupun yang tidak sama aliran dengan kita. kerana itu adalah cabaran untuk minda



kadang kadang itu, kita menjadi lemah hanyalah kerana perkara yang tidak setimpal dengan harganya. seringkali saya menasihati diri ini.

p/s: saya menerima teguran untuk perbaiki kesalahan ejaan dalam setiap penulisan saya. insya Allah

No comments: