untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label egypt tour. Show all posts
Showing posts with label egypt tour. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

diari Amin: nostalgia ukuwwah diBumi Mesir

indah sungguh bertemu dengan sahabat sahabat lama yang sempat saya cari sepanjang berada di sana. lebih indah lagi bilamana kehadiran kita diraikan sebagai seorang tetamu yang datang dari jauh. begitu juga apabila bertemu mata dengan sahabat yang baru dikenali, sahabat seukhuwwah dan sefikrah mana nak cari lagi seumpama mereka disana. rindunya kenangan masa lalu. ^_^










dipetik dari album kenangan Mesir 2010. ^_^ labbaikala ya Misr.









Tuesday, March 2, 2010

salam dari cairo

alhamdulliah akhirnya kembali juga aku ke cairo selepas hampir seminggu berziarah ke mansurah, sinai dan alexandria. kegembiraan yang tak terhingga buat teman ukhwah di mansurah dan alex yang begitu kuat tautan persahabatn wlaupun hanya sempat bersama seketika namun bagaikan sudah lama bersama. niat untuk upload gambar di facebook pun tercapai juga.

buat kekawan yang ikut rombongan ke sinai andai nak tengok gambar di facebook aku:

aku87amin@hotmail.com

insyaallah hari ini berziarah ke kubu salahuddin di cairo, makan imam syafie, esok melawat piramid giza firaun dan sekitarnya. rindunya nak makan nasi hadralmaut.

sedikit kisah berkenaan terowong Ahmad Hamdi. terowong ini menghubungkan tanah besar mesir dan semenanjung sinai . ianya sebuah terowong bawah laut yangdibina merentasi terusan suez menghubungkan laut mediterinean disebelah utara dan laut merah disebelah selatan.dibina padatahun 1859, mengambil masa selama sepuluh tahun untuk siap, sepanjang 168 km panjang dan 300 meter lebar.semasa pembinaan terusan suez, sebanyak hampir 120 ribu yang terkorban

sultan salahuddin al ayubi, atau nama sebenarnya salahuddin yusuf bin najmuddin ayub lahir di taqub, iraq pada 1138 masihi bersamaan 532 hijriyyah. baginda wafat pada 1193 masihi di damsyik. diasuh dan dididik dalam bidang ketenteraan oleh bapa saudaranya assasuddin syirkuh. mengikut bapa saudaranya berjuang pada umur 16 tahun. seorang yang berperwatakan lemah lembut, zuhud dan warak. berjaya merampas baitulmuqaddis dalam perang salib kedua, perang hittin pada hari jumaat 538 hijri selepas berpuluh tahun masjid aqsa berada ditanagn yahudi dan sekutu. akibat kehebatannya, eropah akhirnya melancarkan kutipan dana untuk memerangi kekuatan tentera sultan salahuddin di palestin.berlakulah perang salib ke3 dimana sultan salahuddin masih mampu bertahan. setahun selepas perang salib ketiga, akhirnya sultan kembali kerahmatullah. kubu kubu peninggglan era sultan salahuddin masih boleh dilihat di taba, cairo dan alexandria.....

Sunday, February 28, 2010

salam alexandria

alhamdulillah cuti kali ini cukup menarik dan tertarik. cita cita untuk menjejakkan kaki di bumi mesir tercapai akhirnya. ada seminggu lagi percutian di mesir. seingat ana , mula menjejakkan kaki di tanah mesir pada 22\2 DI CAIRO AIRPORT. terus ana diambil oleh adik ke cairo. sempat seharian berjalan jalan di bandaraya cairo, berjalan ke city star, sebuah kompleks membeli bela terbesar di cairo.
mesir kalau dalam bahasa arabnya mim, sod, ro maknanya muhasabah, sabar dan redha. mesir memberi natijah dua perkara, sesiapa yang ingin mencari musa disini la tempatnya, sesiapa yang ingin mencrai firaun disini jua la tempatnya. segalanya ada di bumi mesir. terpulang pada diri untuk memilih. satu yang best kat Ramsis, ana boleh melihat banyak ambulans ditepi jalan ( ramsis merupakan pusat perhentian kenderaan awam) sebagai pusat menderma darah.
hari ke dua berziarah ke mansourah. sempat berziarah ke rumah sahabat sahabat lama maahad muhammadi lelaki. rindu sesangat kat muaz, sofwe, aniq, fattah, nabil, jihad dan lain lain yang tak tersebut disini. kebanyakan pelajar perubatan di mansurah adalah pelajar persendirian. boleh dikatakan kawasan mansurah ni agak lengan berbanding cairo yang agak padat. alhamduliilah ana berkesempatan hadir ke university mansourah kuliah perubatan.
sempat ke mauqif gadid dimana terletaknya ra'sul barr, tempat yang disebuat Allah didalam alquran, tempat bertemunya sungai dan laut. sungai nil dan laut mediterrineum.
alhamdulillah kalau, nka diceritakan , mesir cukup luas ntuk diziarah. ana sempat ke jabal musa, mendaki puncak gunung sinai yang bersalji dan cukup sejuk, ke tempat nabi musa berkalam dengan Allah, dari alexandria ke semenanjung sinai melalui terowong ahmad hamdi, yang melintasi terusan suez, ke kubu barlif, kubu terakhir tenterA zionis yang ditawan tentera mesir. menariknya kubu barli ini, ianya tidak mampu ditakluk mesir menggunakan serangan bom bom udara. ianya hanya mampu ditawan hasil daripada mimpi sheikhul azhar yang mendapat firasat mimpi menggunakan air untuk menawan kubu bawah tanah zionis. ana sempat masuk dalam kubu. sempat melawat mata air nabi musa, hamam firaun, kubu salahuddin alayubi, ke wadi arbain dimana tempat nabi musa bertemu 40 rasul, mengikut satu riwayat, bertemu 40 wali mengikut riwayat yang lain. akhir sekali disinai, perhentian last kami di taba, dimana terletaknya sempadan laut 4 negara, mesir, jordan, palestin dan arab saudi. selepas itu kembalilah kami ke kota iskandariah. penat mendaki puncak gunung sinai tapi alhamdulillah pengalaman yang cukup berharga buat yang mencari agama Allah tercinta.........................


dramin
salam dari alex
1\3\10

Saturday, February 20, 2010

labbaika ya misr



( merenung jauh masa hadapan) ececece

malam ini insya Allah bermulalah pengembaraanku ke bumi anbiak , bumi para nabi dan rasul. insya allah selama aku berada di bumi egypt aku akan kumpulkan gambar2 dan pengalaman hidup sepanjang hampir 2 minggu aku disana. aku dijangka akan berada di Alex, mansurah, ain syam, sinai dan beberapa tempat lagi. hari ini juga sempurnalah final exam 2nd year aku. andai ada rezeka melompatlah ke tahun tiga. segalanya terserah pada takdir Ilahi. inysa Allah. caiyoks dramin

aku yang masih bernama
dramin