untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label diari iman. Show all posts
Showing posts with label diari iman. Show all posts

Monday, October 12, 2015

banjir kelantan 2014

Suka duka seorang Houseman: sebagai seorang doktor pelatih, saya mempunyai working hours yang saya patut langsaikan dalam sesuatu posting. Jika tidak saya dikira berhutang dan kemungkinan gaji yang saya dapat itu tidak akan menjadi halal.

Saya sudah lupa sebenarnya pada gambar ini sehinggalah rakan saya yang juga seorang Houseman mengungkit kembali kisah saya yang terkandas di kampung di kelantan semasa banjir besar tahun lepas.

Pada mulanya saya ingat air semakin surut akan tetapi rupanya air semakin naik. Saya yang pulang bercuti untuk melihat air bah akhirnya terkandas di kampung apabila sekeliling kawasan kejiranan kami dinaiki air. Rumah kami seumpama pulau yang dikelilingi air. Mahu keluar hanya melalui perahu ataupun bot

Bas ke Pahang juga menunda perjalanan menyebabkan perjalanan pulang saya ke hospital kuantan terkandas. Lantas saya menelefon bos memberitahu yang saya terpaksa mengambil cuti kecemasan akibat malapetaka banjir. Rupanya ada akta yang menyatakan seandaikan seorang doktor itu terkandas Dan tidak mampu menjalankan tugasan beliau sebagai doktor, beliau perlu melaporkan diri ke pejabat kesihatan berdekatan.

Mujur juga saya masih ada cuti doktor pelatih yang saya masih simpan. Akhirnya saya mengesyorkan kepada supervisor saya agar cuti saya ditolak Dan saya tidak perlu melaporkan diri.

Beberapa hari selepas itu saya diberitahu perjalanan bas ke kuantan disambung semula Dan saya sebagai seorang doktor, merasakan khidmat saya tidak diperlukan sangat di kawasan bah ini lantas saya mengambil keputusan untuk kembali ke kuantan memandangkan saya merasakan kemungkinan banjir akan merebak kesana seandainya saya tidak cepat. Mungkin perkhidmatannya saya lebih diperlukan di sana.

Walaupun ketika ini sebenarnya air masih tidak surut dikawasan kejiranan kami Dan saya terpaksa menaiki perahu untuk ke kawasan sebelah daratan sana seperti dalam gambar ini.

Alhamdulillah inilah pengalaman terbaik saya. Kembali berkhidmat di Kuantan. Pemandu perahu ini adalah ayah saya sendiri.

Aku budak medik wink emoticon

Thursday, May 21, 2015

coret coret Dr A.I.

menyepi lagi saya dari alam blogger. Iya, ianya sebuah kesepian yang sementara. Saya sangat galak di facebook. Bukan kerana saya mahu terus menyepi, namun saya tidak mampu menyegarkan minda ini dengan penulisan penulisan yang panjang. Sekadar beberapa patah perkataan yang istimewa itu mampu saya hadirkan di facebook seandainya anda mengikuti perkembangan saya.

Kenapa? kerana minda saya sangat penat beberapa waktu kebelakangan ini. Saya telah 2 minggu meninggalkan posting surgery. Banyak yang saya belajar di posting itu. prosedur prosedur penting yang tidak saya belajar di posting sebelumnya. Saya belajar memasang chest tube, saya belajar prosedur pleural tapping, saya belajar tentang suprapubic catheter, saya memasang beberapa long line, saya melihat MO memasang short line.

Selain itu saya belajar bagaimana mahu managing pesakit sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan selepas pembedahan. Saya belajar membaca central venous pressure dan kepentingannya, saya belajar apa pentingnya urine output dan oral intake kepada pesakit. saya juga belajar berkenaan srirometry dan kepentingan kepada pesakit selepas pembedahan. saya belajar . terlalu banyak yang saya pelajari di posting surgery. Terima kasih bos bos yang sudi berkongsi ilmu. anda semua hebat.

selepas posting surgery, saya pulang ke kampung selama 4 hari bercuit. Seronok bersama ibu dan ayah tercinta. seronok menikmati kehidupan sebagai manusia biasa. seronok berjalan jalan memandu di kota bharu. sungguh. bandar kota bharu pesat membangun dengan apartment apartment baru, bandar bandar baru yang tumbuh bagai cendawan. saya pasti hartanah di kawasang sekitarnya sedang melambung dengan sungguh cepat.

kemudian, saya kembali kealam pekerjaan. saya telah habiskan 3 major posting yang semuanya surgical based. saya masuk ke posting medical. 10 hari tagging di wad 7b perempuan dari 6.30 pagis sehingga 10 malam. penat dan amat memenatkan. pagi keluar ketika matahari masih malu untuk muncul dan kembali selepas matahari sudah menghilang.

Namun walaupun kepenatan itu muncul, Alhamdulillah Tuhan memberikan teman teman yang baik kepada saya. Pesakit yang mampu menjadi teman saya berhibur di wad. Merekalah yang menceriakan saya. Sungguh kehidupan sebagai seorang doktor ini bukannya mudah. Ada rakan rakan yang senantiasa mengeluh memikirkan betapa sukarnya untuk menjadi seorang doktor. betapa ketabahan itu menjadi satu keprluan.

Manusia mungkin melihat senyuman kita, namun siapa sangka dihati kita ada kepenatan. namun wajah kita terus menceriakan suasana dengan sedaya upaya. Bersabarlah tatkala hati kita resah kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu bila Tuhan akan membalasnya.

Mungkin juga saya pernah terfikir untuk mula menjadi lelaki yang serba matang. Tatkala itu saya bukan lagi seorang budak medik, saya adalah seorang doktor perubatan. Namun jiwa saya tidak menggemarinya. Biarlah saya terus menjadi sseorang budak yang mahu belajar dan cuba untuk belajar. Saya mahu menjadi rakan dan sahabat kepada pesakit saya, rakan sekerja saya, adik adik medical students yang berada disekeliling saya. Saya mahu mereka datang kepada saya dan berkata

" doktor! doktor pun ada diwad ini"

" doktor! apa khabar".

ketika itu saya membalas senyuman dan berkata

" korng ni mana mana saya pergi korang ada yer"

saya mahukan suasana yang menyenangkan saya untuk bekerja. pasti saya gembira. Saya tidak mahu dikongkong oleh sebuah gelaran yang menghalang untuk saya bergaul dengan sesiapa saja yang saya mahu.

Iya. sudah setahun saya bergelar doktor. jalan itu panjang dan memenatkan. namun jalan dihadapan itu lagi panjang. saya patut menikmati kehidupan ini, bukannya merintih. begitu juga teman teman saya dan adik adik medical students diluar sana. kita mesti enjoi kehidupan sebagai seorang doktor.

apapun saya sedang merancang sesuatu untuk diri saya juga. sekian celoteh ini.

saya sudah offtag medical. Horrray !!!

Saturday, April 11, 2015

Suka duka seorang house officer


. Kenapa yer kerjaya seorang house officer ini sangat memenatkan? flexy hour pun lebih kurang kerja oncall juga. houseman mana cukup. kata sahaja kerja sampai pukul 10 malam, kadangkala pukul 11 dan12 baru boleh balik disesetengah posting.
Penat juga setiap 4 bulan sekali kena berpindah posting. Itupun kalau lulus viva dan bos berpuas hati. kalau tidak , kena extend beberapa bulan la jawabnya.
Berada disesetengah posting pula, ragamnya berlainan. kalau kita jenis yang payah dan susah nak menyesuaikan diri, memang sukar mahu hidup. Menjadi seorang houseman ini kena pandai berpolitik. kerana kita hanya beberapa bulan disetiap posting. Kita perlu mengenal orang baru dengan cepat, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan agak cepat, memastikan dalam tempoh 4 bulan itu ketua kita berpuas hati dengan prestasi kita dan perlu segera keluar ke posting lain dengan cepat. berada lama lama disatu posting juga tidak bagus.
kadangkala kita sudah ada cita cita sendiri. ada orang sejak dari bangku kolej lagi sudah memasang azam dan niat apa mereka mahu jadi apabila menjadi MO. ada yang mahu memilih menjadi MO OnG, Ada yang mahu memilih perubatan am, ada yang tidak suka berada diwad, menjaga pesakit sama setiap hari lalu memasang angan angan mahu menjadi seorang MO emergency, tengok pesakit, rawatdan refer kepada bahagian yang berkenaan.
Pada masa sama, ada juga houseman yang masih tercari cari apakah matlamat dan tujuan hidupnya. semasa houseman inilah mereka akan didedahkan dengan pelbagai posting, pelbagai ragam manusia. Mereka akan melihat situasi sebenar hidup. kemudian mereka akan membuat keputusan yang seawajarnya mengikut minat dan kemampuan masing masing.
iya. inilah kehidupan yang agak mencabar. 2 tahun pasti penuh dengan suka dan duka kehidupan.
penulis blog aku budak medik

Saturday, February 21, 2015

Jodoh berdua

Kami tidak pernah bertemu mata
Kami hanya melihat gambar
kami berbual beberapa ketika
kami sampaikan hajat kepada kedua ibu dan ayah kami
Alhamdulillah mereka memudahkan urusan kami

Aku disini sedang menjalankan tugasan doktor ku
dia jauh menggapai cita cita untuk bergelar seorang doktor dibumi anbiya"

doakan kami agar perancangan kami berjaya

Ameen


ayah berserban putih

ibuku bertudung merah




Thursday, November 27, 2014

Aku budak medik yang istimewa

Saya tidak tahu orang lain. Tapi cuba kita tanya diri sendiri, adakah kita selesa dengan kehidupan kita pada hari ini? Ataupun kita masih dahaga untuk mencari sesuatu yang lain? Kalau kita adalah orang yang kedua itu, Alhamdulillah kita memang manusia yang hebat kerana kita mahu berusaha dan terus berusaha untuk menjadi seseorang yang sangat istimewa. Paling kurang kita mesti menjadi seorang yang teristimewa kepada ibu dan ayah, suami dan isteri dan anak anak kita. Biarkan mereka merasa bangga mempunyai seorang anak, isteri, suami dan ayah yang hebat.

pesnyarah saya pernah berkata, jangan menjadi manusia yang bersifat mayat. Mereka hidup tetapi kehidupannya sia sia. Tiada manfaat pada diri, tiada manfaat pada manusia disekeliling malah langsung tiada manfaat pada kehidupan.

Manusia hebat adalah manusia yang apabila dia hadir kesesuatu tempat, dia menyuburkan tempat itu. Dia menanam benih benih yang bakal bercambah. Mingkin dia tidak sempat untuk menikmati hasil dari tanaman itu, kemudian dia pergi meninggalkan tempat itu. Namun hasil yang hadir mampu dinikmati oleh ramai orang. Manusia lantas menyebut nyebut akan namannya padahal dia sudah pergi jauh ke tempat lain. Kemudian apabila dia tiba ditempat lain, dia mula menanam lagi benih benih yang akan tumbuh subur memberi manfaat pada ribuan malah jutaan manusia.

kalam Ulama agar hari ini lebih baik dari semalam. Pada masa sama terus berharap dan berusaha agar hari esok selamanya lebih baik dari hari ini. Inilah sepatutnya menjadi jatidiri pada manusia muslim seperti kita. Jangan biarkan kita berada di zon selesa selamanya. Jangan juga selamanya berada ditakuk sama. Kita perlu bergerak. Kita perlu berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kita perlu melompat dari satu aras ke aras lain agar keyakinan kita menjadi semakin kuat. Kita perlu meluaskan idea dan pemandangan kita.


Berjalanlah kebanyak tempat agar minda kita terbuka. kenalkan diri dengan pelbagai budaya dan makanan agar lidah kita mampu merasai kepelbagaian manisan dan kepahitan yang ada. ( Saya makan Nandos, saya makan sushi, saya makan beriani, saya makan parota dan cheese nan. saya sangat suka Lamb of Rocks di Mangalore India). selagi kita belum merasainya dengan lidah sendiri, selama itu kita tidak akan pernah memahami apa ertinya manis  dan apa ertinya pahit. Kita hanya sekadar memahaminya di akal tetapi jiwa kita tidak pernah dengan sendiri merasainya.

Berbeza antara manusia yang menempuh sesuatu dengan pengalaman sendiri dengan manusia yang merasai sesuatu dengan mendengar. Berbeza antara manusia yang membaca tentang keadaaan di bumi Australia dengan manusia yang berhijrah kesana dan menikmati sendiri buah epal yang lazat, menyentuh bunga bunga indah pelbagai warna.

Saya mengimpikan sesuatu yang hebat dalam hidup. ini adalah azam yang saya pegang selama ini. Ingatlah cabaran pasti ada namun kita mesti terus gagah melangkah dan berusaha. Jika gagal, biarkan kegagalan itu menjadi cabaran paling besar kepada diri ini.

Yang penting kita mahu menjadi seseorang yang istimewa,

kita hanya akan belajar dari kehidupan bilamana kita membuat kesalahan dalam hidup

saya pernah berada di India. saya pernah berada di Mesir. dan saya mahu ke Australia. saya juga bercita cita ke Amerika dan England!!

Aku budak medik yang istimewa :)

Tuesday, May 6, 2014

2 minggu orientasi

Kawan kawan aku kat hospital lain ada yang nak off tag dah dari supervisor mereka. Tapi kami disini tagging pun belum. haha. Agak lama juga orientasi di HTAA. Satu sebabnya kerana minggu lepas ada sehari cuti hari buruh dan hari ini pula cuti hari hol negeri Pahang. Waktu orientasi memang mengikut office hour. Tapi bila dah mula kena tagging jangan haraplah. Biasanya waktu kerja masa tagging lebih kurang 2 minggu adalah dari jam 7 pagi sehingga 10 malam, 14 hari bersama dua hari cuti diberi.

ambil darah pesakit at least 30, tapi rata rata aku baru dapat 12 pesakit. tak sempat masa sangat penuh.

Bayangkan, mujur juga 1st posting aku orthopediks, bolehlah menyesuaikan diri beberapa ketika. Banyak juga benda benda baik dan buruk yang senior senior beritahu. ngeri! haha. tapi kami dah biasa dan sejak dari zaman MMMC pun lagi kami selalu kena marah dan herdik dengan Prof kami. So ni kira sambungan je la. Pekakkan telinga dan telan sahaja yang penting kerja kita mesti beres dan tidak mengganggu kerja orang lain. Paling penting disiplin perlu ada.

waktu kerja dan belajar

rasa lain, satunya sebab kerja dapat gaji. Apapun kena lillahitaala. Gaji itu sekadar imbuhan untuk menggembirakan hati. Kerja jangan makan gaji buta. buat kerana kita mahu dan bergembiralah. Insya Allah kesenangan dan ketenangan hati akan muncul. Ada kawan kawan mengeluh banyak kes kena clerk, penat balik kul 10, 11 malam, pagi esok kena mucul lagi dihospital jam 6, 7 pagi. Ini semua adalah ujian dan perjuangan seorang houseman baru macam kami. Insya Allah kami mampu.

START FROM ZERO.

ini yang specialist aku cakap. tak kesah korang dari mana, melourne ke, indonesia ke, mesir ke, korang semua akan mula dari zero semua. nak diagnos pesakit pun korang tak tahu. :)

jom belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin sepanjang 2 tahun housemanship ini. :)

Insya Allah kesukaran jika diadun dengan senyuman dan tawakkal pada Tuhan, pasti ia akan menjadi smooth. yang penting tak tahu tanya dan jangan sombong

Ini nasihat buat diri aku sendiri :)  ;)

Thursday, May 1, 2014

1st week housemanship

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita cita mahu bergelar seorang doktor. Nama rasmi adalah Dr Amin Ismail. Sengaja aku letakkan nama ayah bersama. Biarlah ayah aku merasa bangga dengan anaknya. Ayah sudah penat dan tua. Anak inilah yang perlu membantu ayah. Ayah perlu dipuji kerana kehebatannya mendidik anak anak sehingga berjaya. Aku tidak tahu jika beliau bukan ayahku, apa akan jadi padaku. Ayah sangat sabar menanti. Tatkala aku mendapat kejayaan, ayah memujiku. Tatkala aku meniti kegagalan, ayah jualah yang memastikan aku terus bangkit berjuang. Ayah hebat dan biarlah orang tahu aku mempunyai seorang ayah yang hebat bernama Ustaz Ismail.

Volkswagen.

Ayah memberi volkswagen beetle lama (kura kura) nya kepada aku. hebat juga rasanya memandu volkswagen diKuantan ini. Setakat ini 1 je aku nampak ada di Kuantan berbanding di Melaka. Memamng asalnya kereta volkswagen pun dari Melaka. plat kereta aku pun bermula M. Macho jugak dr naik kereta volkswagen kura. Bayangkan aku dan ayah bawa dari Kelantan sampai ke Kuantan sejauh lebih kurang 7 jam.

Minggu orientasi

Menariknya dan bagusnya HTAA ini, minggu ini dan minggu depan sampai hari selasa ( Rabu cuti), adalah minggu orientasi. Bagus juga untuk aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Waktu ini kerja macam biasa office hour dari jam 8 pagi sampai 5 petang. Hari ini hari pekerja so kira cutilah. minggu depan rabu pun cuti hari Hol negeri pahang. Minggu ini penuh jaual dengan seminar CME, infective control, blood taking dan sebagainya. Agak penat untuk beradaptasi dengan diri dari seorang pelajar kepada seorang doktor.

Aku India.

Ada ke patut nurse yang supervise aku semasa orientasi ni cakap aku berbangsa India. Hahaha. Mungkin la sebab kulit aku hitam hitam sikit tapi of course hitam manis. Tapi bila melihat nama aku, dia mula konfius mungkin. Lagipun aku selalu berborak dengan Dr Harshini dan Shalini. Aku Melayu cuma ada darah Arab Badawi Yaman sikit dari keturunan Mak. :)  ;)

1st posting

Orthopediks. tak kesah pun. Janji kerja. ok juga sebab aku payah nak adaptasi dengan tempat. aku perlukan masa lebih dari orang. Sekurang kurang aku ada masa cukup untuk menyesuaikan diri dengan suasana.

:)  ;)

Monday, October 14, 2013

Terima kasih buat teman teman pelawat

Alhamdulillah, sudah hampir 4 tahun rasanya saya menulis di sini. Sepanjang tahun tahun ini, banyak suka dan duka yang saya lalui.

Tterima kasih buat saudara saudari pengunjung blog aku budak medik. Bersempena dengan Hari mulia Hari Raya Aidil Adha, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban semoga hari yang mulia ini menjadi pendorong kita untuk setahun yang akan dating.

Buat masa sekarang, blog ini mempunyai 300 followers, 34 followers di networkedBlogs. Purata pengunjung sehari bagi blog ini adalah sebanyak 150 pageviews sehari. Pageviews bagi blog ini semasa bulan 9 adalah sebanyak 3951 bersamaan dengan 131.7 pageviews/ hari manakala semenjak blog ini ditubuhkan, ianya telah dikunjungi seramai 100,050 pengunjung.

Post yang paling popular dikunjungi adalah post bertajuk " Prof Dr Muhaya Muhammad" iaitu sebanyak 15146 pengunjung diikuti dengan post bertajuk  "gaji seorang doktor" yang menerima  11357 pengunjung.

Komen yang paling banyak bagi satu post adalah sebanyak 43 komen bagi post yang bertajuk " Surat terbuka buat adik adik semua: Surat terbuka buat adik adik semua; seronok ke nak jadi doctor?

Sejak ditubuhkan, sebanyak 326 posts telah dibuat diblog ini dan sebanyak 369 komen telah disiarkan disini.

Semoga saya terus istikhamah menulis di blog ini.

Terima kasih buat teman teman semua. :)

Wednesday, July 24, 2013

Manisnya kehidupan seorang perantau

bertemu Dr Zakir Naik dalam penerbangan Egypt Air
 


Merantaulah jauh melihat dunia yang sangat indah. Tidak pernah dalam hidup saya sepanjang 26 tahun lepas bercita cita untuk belajar jauh keluar dari Malaysia. Merantau jauh tanpa mengeluarkan satu sen pun duit sendiri.

Berjaya dalam SPM dengan cemerlang, diberi tajaan keluar Negara, berada di India beberapa tahun, melangkah keluar ke Mesir, membuka mata saya betapa dunia luar cukup penting untuk dikenali.

Di Goa, India

Beruntunglah adik adik yang diberi tajaan keluar Negara. Memang beruntung dapat mengenali negara orang, kehidupan manusia yang sangat berbeza dari diri kita. Membuka minda dan pemahaman kita tentang sebuah kehidupan yang sangat berlainan dengan kehidupan tradisi kita di Malaysia.

Bak kata orang, sekali melangkah keluar Negara, pasti berkali kali mahu kesana sini. Tak ada lagi dalam minda ini terfikir mahu melancong ke Pulau Tioman, Cameroon Highland, Port Dickson.

Yang ada hanyalah mahu ke New Zealland melihat penternakan kambing biri biri, Mahu ke Gold Coast mengejar Kangaroo, mahu ke Jordan melihat Negara Mediterranean, mahu ke Eropah melihat suasaha kehidupan sebuah tamadun Negara maju, mahu ke Turki melihat peninggalan sebuah khilafah islamiyyah.. Mahu ke Amerika melihat kesombongan sebuah tamadun.

Bangunan Taj Hotel, Mumbai, India


Ya. cita cita itu kekal dihati. Insya Allah saya akan melancong jauh jauh ke Brazil melihat tarian samba Saya mahu ke Argentina bertemu dengan Maradona.hahaha. Memang seronok berada dinegara orang. Membuatkan hati dan minda terbuka dalam menilai kehidupan.

Al quran pun menyuruh kita berjalan melihat sebuah kehidupan yang terbentang agar kita mampu mengambil manfaat darinya.


Berhadapan kubu Sultan Salehuddin, Sinai Mesir

Friday, June 28, 2013

termangu ;)

Jam 3.14 pagi.



 Entah kenapa saya tidak langsung merasa mengantuk pagi ni. selepas magrib tadi terlelap seketika. Hari ini sangat 'rushing' hidup rasanaya. Pagi tadi ada block test OnG. Jangan tanya saya boleh buat atau tidak. :) Kemudian ke Opd OnG disambung lagi dengan case presentation discussion sampai jam 1 pm. Pergi makan sekejap mengisi perut yang kosong. Terus ke masjid untuk bersolat jumaat. Saya jarang meletakkan harapan yang tinggi pada khutbah solat jumaat lebih lebih lagi di negeri Melaka ini. Boring!

Solat Jumaat habis pukul 2 pm. Terus saya bergegas ke kolej. Masih belum 'book' bilik lab untuk kelas petang. saya pulang seketika ke bilik untuk mandi dan terus ke kelas petang jam 2.30 . Pukul 4, kelas tamat terus ke Melaka Mall untuk mencari sedikit kelengkapan makanan dan melepak.

Saya tertidur dari magrib sampai 12 malam. Terbangun. Mantap datang meminta silibus usrah. Dari jam 12 sampai sekarang saya termangu didepan laptop mendengar satu wacana Ilmiah yang agak menarik yang Hosni cuba kongsikan dengan saya

"Islam, Liberal dan Sosialis- dimana Pas?". antara pembentangnya adalah Dr Mujahid Rawa, Hisyamuddin Rais, Dr Natsir, Pak Khalid dan Mustaqeem. Sangat menarik perbincangannya berkaitan Pas dan survival Islam dan ideologi ideologi lain.

Hishamuddin Rais dan Dr Natsir (PSM) keduanya bercakap dari gaya seorang sosialis. Pak khalid ke arah liberalnya manakala DrMujahid membawa idea Islam yang lebih menyeluruh sebagai rahmatan lil a'lamin. Mustaqeem saya nampak lebih kepada seorang yang menilai Pas dalam kerangka sebuah pergerakan Islam di Malaysia.

ditambah dengan segelas kopi tongkat ali dan biskut tempeyek, memang saya layan wacana ini yang mampu membuka mata dan minda kita untuk memahami ilmu dari kerangka yang luas.

............................................................................................................................................

Terima kasih kepada seorang pengunjung blog saya; Saudari Izzah pelajar tahun 3 perubatan di Mesir. Saya kongsikan mesej beliau kepada saya di blog ini. Saya doakan moga adik akan berjaya dalam pengajian disana. :)

izzah: Assalam, teruskan menulis, saya suka membaca entri berkaitan doktor dari Dr Amin, jazakallah, semoga Allah memberkatinya, inshaa Allah sy akan masuk ke tahun tiga perubatan di mesir,

 teruskan berdakwah, sesungguhnya kerjaya seornag doktor sgt murni disisi Allah, jazakallah kerana bagi kata kata semangat kpd sy, truskn menulis

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya sangat riang mendapat puji pujian ini.

pernah saya terfikir, kenapa saya sangat rajin menulis blog Disamping tidak perlu terlalu memikirkan apa yang hendak ditulis. Saya tidak suka memerah otak untuk menulis blog. Kebanyakan perkara yag saya tulis sebenarnya merupakan idea semulajadi yang tiba tiba sahaja keluar. Dan saya akan terus menulis agar idea itu tidak hilang.

Selain itu saya mahu berkongsi dengan orang diluar sana tentang sebuah kehidupan yang terpaksa kita tempuhi sebagai seorang manusia. Dalam berjuang, sudah pasti akan ada pahit manis sebagai asam dan garam dalam perjuangan.

Bukan mudah untuk seseorang berkongsi dengan kita sebuah pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Untuk berjaya juga, kita tidak boleh berjaya sebagai manusia seorang diri. Berkongsilah kejayaan itu bersama dengan perjalanannya dengan semua orang agar mereka juga mampu untuk merasai kejayaan dan kemanisan dalam hidup, dan mereka mampu belajar dari kesilapan yang pernah kita lalui.

Penulis blog Aku budak medik




Sunday, September 23, 2012

Taylor's University

Motivasi pagi DR AI : Antara kenangan yang paling manis semasa saya di Taylors's College ( Sekarang Taylo'rs University) adalah saya mempunyai ramai rakan rakan dari keturunan Cina. Tidak pelik untuk orang melayu dari Kelantan untuk kurang bergaul dengan masyarakat keturunan lain semasa di alam persekolahan memandangkan di Kelantan hampir majoriti rakyatnya adalah Melayu.

Saya juga mempunyai jol

okan nama lain yang diberikan oleh guru Biology saya, Mrs Kalpana memandangkan ada 2 orang Amin di dalam kelas kami. Saya dipanggil " small Amin" kerana saya kecil berbanding Amin satu lagi "Big Amin".

Pernah dalam satu waktu, ada seorang rakan bertanya selepas kelas petang. " Amin, ko tak nak balik ke hostel ke?". Saya menjawab " Tak mahu lag. aku nak stay up di library kejap". Teruk saya di gelakkan kerana menggunakan perkataan " stay up" instead of "stay back".

Taylor's College banyak mengajar pengalaman yang sangat sukar dicari ditempat lain. ^__^

Thursday, September 20, 2012

P2S1

Alhadulillah sangat sangat. Rakan rakan yang baru je lepas exam P2S1 ramai yang berjaya. Kita merancang dengan cita cita. Pada yang kurang berjaya, dengarlah luahan ini, Allah juga merancang dengan cintaNya. Nak sedih sikit sikit boleh. tapi cepat cepat ambil semangat baru. Insya Allah Dia lebih mengetahui diri kita jauh dari kita sendiri.

Kejayaan anda merupakan  inspirasi buat kami. Insya ALlah, officially sudah masuk semester 8, P2S1 lagi 5 bulan lebih je. Tapi ilmu langsung macam tak ada jer. :( Kena kuatkan semangat dan tabah untuk masa masa yang tinggal.

Kegagalan anda merupakan cabaran bagi kami. Sudah biasakan buat pejuang. Kalau tidak terkorban, bukan namanya seorang pejuang. Samada syahid ataupun menang.

Saya  memang dah buat plan untuk satu projek mega " PROJEK P2S1" namanya. Yang penting, tuntutla ilmu ikhlas kerana Allah. Jadikan ilmu itu sebagai satu jihad kubra.

Lulus P2S1, semua benda lain akan menjadi mudah. P2S1 adalah jihad kubra saya.

Insya Allah ^__^. Perlu bersiap ke hospital. Nak kena ambil satu case orthopedik pagi nie. Kena present case selepas 3 bulan tak sentuh pesakit.  Dipermudahkan :)

Sunday, June 17, 2012

diari Amin ^^

sudah hampr 4 bulan saya berada di taun 4 . masa cepat berlalu. dalam 4 bulan ini, posting surgery dah lepas, posting peadiatric pun dah lepas. Alhamdulillah allah ppermudahkan, walau kadang kadang hati terasa semput dan sempit. Benarlah manusia langsung tiada kekuatan bila berhadapan dengan kuasa Allah.

sekarang dah 2 minggu posting ong. lagi 2 minggu sebelum tamat OnG. iNSYA Allah moga najah sokmo. Terasa minat OnG. Memang setakat ni hati terarah pada pakar sakit puan je. Adakah ini petanda jelas?? tapi ramai yang membangkang termasuklah si dia. ^___^ . takpelah lagipun perjalanan masih panjang. Kena lulus p2s1 dulu. Inilah cabaran paing besar setakat ini. peperiksaan yang menguji kompetensi diri. Insya Allah moga ada jalan ke arah kejayaan.

selepas ini, subjek community medicine pula. rileks sedikit la, lebih lebih lagi dalam bulan ramadhan. bolehlah gunakan masa yang ada untuk  ke masjid berterawih nanti, tak ada perkara untk dirisaukan. ^___^

moga hati hati kita selalu tidak lalai dengn perkara sia sia. oh. sekarang saya ada minat baru, beraerobik. hahaha. mula mula memang malu nak berjoget aerobik. lama lama dah biasa. jomla menyihatkan badan denan aerobik. kalau yang ka melaka ni ada masa lapang petang petang, boleh jumpa di padang hoki serindit. nampak je motor suzuki shogun axelo biru tula motor saya.

@__@

Saturday, April 28, 2012

menunggu.pelangi_cintaku



Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.......^__^Pelangi_Cintaku@__#.

Friday, April 20, 2012

Jangan hanya pandai belajar untuk mengenali orang lain

"Weekend datang lagi". Yahoo. "Lamanya nak tunggu hari sabtu".  Itulah keseronokan weekend. Dan itulah yang yang selalu saya dan rakan rakan diMelaka Manipal ni tulis distatus kami di facebook masing masing. bukan apa, kesibukan hari hari dengan lecture kelas, posting di hospital, viva, pbl, class test, kena marah lagi, dapat pula professor yang garang yang tak berhati perut (hahaha), membuatkan kami menunggu nunggu weekend untuk lari meninggalkan nota nota, buku Bailey dan berlari jauh jauh kealam mimpi yang menyeronokkan, dialam fatamorgana yang sementara. Dan saya, kalau tiada apa apa petang jumaat, jawabnya bertemankan si telinga panjang teddy rabbit pasti lentok diatas kelembutan tilam disamping kuliah kuliah politik berkumandang disisi. pukul berapa bangun, terpulanglah!!

Dan pastinya hari jumaat mendatang 2 perkara, keseronokan atau kesedihan. Semalam amat seronok. hehehe. dapata jawab soalan class test dengan agak baik. Alhamdulillah ya Allah.Kamu permudahkan urusanku. Selasa  ni ada end posting exam surgery. haih! amat menakutkan untuk kami 1st group posting nie. Prognosis untuk 1st group biasanya amat teruk, % gagal agak tinggi. Tapi ini semua % yang manusia buat kan! Selagimana ada keyakinan pada Allah, pasti Allah permudahkan. Saya optimis tau kali nie.

Emm. kenapa nak guna jangan?!! sangat negatif tajuk nie. Ia memberi maksud yang mengarah kepada melarang. boleh je kalau saya nak kata " belajarlah untuk mengenali diri sendiri", kenapa? kerana kadang kadangki ta manusia ni suka untuk belajar tentang manusia lain. Kita nak mengenali orang tu, orang ni, pemimpin tu, pemimpin nie, cikgu tu, cikgu nie, semua orang la. Kita nak mencontohi semua orang, tapi kita tersangat lupa untuk mengenali diri kita, terlupa kita juga ada satu keistimewaan yang sangat besar yang Allah kurniakan kepada kita.

Kita kena mula mencari diri kita, siapa kita, apa identiti kita, makanan apa yang kita sebenarnya suka makan, apa keistimewaan kita! pada masa tu pasti kita akan merasa seronok apabila kita mula kenal diri kita, kita pun bayar balik pada diri apabila dah penat penat stady ke,bekerja ke. pada masa tu rasa sangat seronok.

Dah masuk subuh, jom pergi solat jemaah di Masjid Al Azim. Wassalam


Thursday, April 12, 2012

http://studentdoctor.net/

I found very interesting forum sute for medical students like us. Please have a look into it. Agak menarik dan ada banyak info. Anda juga boleh register di forum tersebut. ^__^  disini:  http://studentdoctor.net/

Wednesday, March 7, 2012

serahkan sahaja pada takdir

Saya seringkali dalam beberapa waktu diuji. Iya. Ujian itu memang sangat berat kadang kadang andaikata kita diwajibkan untuk membuat salah satu pilihan. Apabila kita memilih, sudah pasti kita merasakan itulah yang terbaik untuk diri kita. Namun, pernahkan kita sedar mungkin pilihan yang kedua itu apa kurangnya juga.

tatkala inilah kita sering dihantui oleh mimpi mimpi indah fatamorgana. Apakah ini jalan dan pilihan yang tepat. Kita sering bertanya. Atau hanya Dia yang mengetahui segalanya. Perjalanan hidup mengarah ke hadapan bukannya ke belakang. Andai sahaja kita mampu mengundurkan masa, pasti kita mampu mengubah masa silam. Namun takdir menentukan perjalanan adalah ke hadapan. Apa yang pernah kita putuskan waktu semalam, kita doakan moga itulah yang terbaik untuk kita. Hari esok? andai ada yang lain, hanya Allah yang mengetahuinya.

Tolong jangan senakkan fikiran saya lagi! Moga Allah membantu saya untuk menentukan takdir pada waktu hadapan. Saya tidak mampu untuk menanggung kehidupan ini sendirian. Saya kusut. Saya juga manusia biasa yang punyai segala kelemahan. Saya hanya mampu berusaha dan merancang. Akhirnya, biarlah Dia yang menentukan segalanya. Engkaulah yang maha Berkuasa!!

Tuesday, March 6, 2012

tahun 4

Sudah masuk tahun 4. Alhamdulillah. ada lagi cuti berbaki beberapa hari. Insya Allah masuk semester baru ini mesti letak azam yang kukuh untuk mendaki ilmu dengan bersungguh sungguh. Tahun 4 ini merupakan tahun yang agak kritikal kerana masa inilah kita perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan.

Insya Allah segala ilmu yang pernah aku pelajari dari tahun satu sampai sekarang, perlu diulang kaji semula dan dipraktikkan. Ya Allah! jauh sudah kami menuntut ilmu. Jom letakkan azam yang kuat untuk suksess tahun 4.

Pasti!!!

Monday, January 16, 2012

Jam 2 pagi

Esok ada block test medicine. ^____* Inilah ruang membaca saya. Teman teristimewa sentiasa menemani saya. Saya sayang dia. *__*




Add caption