untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label PALESTIN. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Tabung GAZA rakyat Malaysia PAPISMA

Dijemput kepada rakan rakan yang sudi menderma walau RM1 untuk tabung pembinaan hospital materniti dan paediatrik GAZA. Sila sumbangkan di Tabung rakyat Malaysia PAPISMA ( BIMB) 03-102-01-000471-7 .
Segala pertanyaan hubungi Dr Syed Khaliq (0138800405). "bantulah untuk masa depan GAZA"


Friday, December 31, 2010

kronologi penting pembentukan negara haram Israel

alhamdulillah. hari ini sempat membuat sedikit research tentang kronologi pembentukan negara haram Israel. say mulakan dari awal 1517 selepas masihi.

1517 A.D. : palestin terletak dibawah pemerintahan kerajaan islam ottoman

1897 : kongres zionist pertama di Basle, Switzerland : mengeluarkan program Basle iaitu cita cita untuk menjajah palestin

1904 : Kongres zionist ke-4 ; sebuah negara israel di argentina

1906 : kongres zionist ; sebuah negara israel merdeka di bumi palestin

1914 : perang dunia pertama ; britain berjanji untuk membebaskan negAra arab dari pemerintahan ottoman termasuklah palestin. pemimpin masyarakat arab menyokong britain untuk melawan kerajaan ottoman

1916 : britain dan perancis menandatangani perjanjian Sykes-Picot. antara kandungan Perjanjian adalah membahagikan negara arab mengikut zon
lebanon dan syria: perancis
jordan dan iraq: britain
palestin: hak antarabangsa

1917 : Deklerasi Balfour pada 2 november.
surat kepada pemimpin zionist british: dari setiusaha luar Arthur J. Balfour; pembentukan sebuah negara israel di palestin

1918 : permulaan berakhirnya perang dunia pertama; orang yahudi mula berpindah beramai ramai ke palestin

1919: diadakan konferens national pertama di palestin; isi kandungannya menentang deklerasi Balfour

1920: San Remo Conference: memberikan mandat kepada britain terhadap palestin.
Sir Herbert Samuel; seorang zionist dihantar sebagai high commisioner pertama britain ke palestin

1936: rakyat palestin melakukan 6 bulan protes umum
bertujuan untuk protes rampasan tanah palestin dan imigrasi yahudi ke bumi palestin

1937: Peel Commission: diketuai oleh Lord Robert Peel
antara isi kandungan: sudah tidak ada harapan untuk mewujudkan kerajaan uniti merangkumi bangsa yahudi dan arab. mengusulkan pembahagian palestin kepada negara yahudi, negara arab dan tanah suci yang neutral dijaga oleh british

1947: british meninggalkan palestin. PBB mengusulkan pembahagian palestin kepada yahudi dan arab

15/5/1948 : penubuhan sebuah negara yahudi merdeka

Monday, December 27, 2010

peace of palestine

antara keagungan Bangsa yang mengaku diri mereka adalah anugerah Tuhan untuk memimpin umat akhir zaman dimana sudah nyata akan ketidakmampuan mereka untuk memenuhi inspirasi agama itu. sudah jelas Bahawa pengaruh keBangsaan yang diserap melalui parti2 Baath rupanya sekadar cita cita politik murahan yang dicipta atas nama perpaduan Bangsa yang dikongkong oleh sempadan2 politik kenegaraan yang memisahkan sesama ummah.


SABTU 1 JANUARI 2011
Forum Baitul Muslim.

Tempat : Masjid Manipal Atau Interact (akan dimaklum kemudian)
Waktu : 2 petang

Tentatif :

2.00 : Majlis bermula..
- Kata Alu-aluan
- Bacaan Al Quran
2.15 : Forum Baitul Muslim
- Fiqh Ikhtilat (Cinta dan Dakwah)
- Pelaksanaan Baitul Muslim
- Pembinaan Keluarga Muslim
- Sesi Q & A
4.15 : Tamat


SABTU MALAM

*Tayangan @ ceramah (akan dimaklum kemudian juga)


AHAD 2 JANUARI 2011

8.30 : Pameran
9.00 : Kuiz (under Amin)
10.15 : Majlis Bermula
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan EN PM
- Bacaan Al Quran dan Terjemahan
10.30 : Forum POP
12.00 : Penyampaian hadiah.
12.20 : Makan!

Saya kongsikan kata kata seorang sahaBat saya dilama faceBuk. harapnya Beliau memBenarkan saya untuk copy kata kata ini. andai tidak moga Allah Balasnya dengan pahala2 Berkali ganda. :

>Ada sesetengah orang yang mempersoalkan kenapa kita bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan hal ehwal Palestin sedangkan bangsa Arab sendiri tidak pernah bersatu dan ambil peduli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, isu Palestin bukan semata-mata isu bangsa malah lebih daripada itu. Mempertahankan al-Aqsa ialah isu aqidah! Mahukah ...kiblat pertama umat Islam dirampas oleh bangsa Yahudi? Gaza pula merupakan tempat kelahiran Imam Shafii yang mana mazhabnya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Perebutan Baitul Maqdis oleh 3 Agama

Sejak bertahun-tahun lamanya, Baitul Maqdis menjadi rebutan tiga agama di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Perebutan ini terus berlaku sehingga kini. Yahudi dan Kristian bercita-cita untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat suci mereka. Manakala Islam ingin mempertahankan Baitul Maqdis kerana ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Kedudukan Palestin sangat strategik kerana terletak di antara Timur dan Barat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa, mana-mana kuasa yang menguasai Baitul Maqdis dan Palestin, akan menguasai dunia. Jadi, kita tidak boleh membiarkan Israel (Yahudi) menguasai Baitul Maqdis dan Palestin.
Bangsa Arab dipandang mulia kerana Islam. Tapi lihatlah mereka selepas hilangnya ‘Nur Islam’ dalam kehidupan mereka setelah ketiadaan khalifah. Sama-sama kita renungkan.
jom g POP<

maaf yer. copy tanpa keijinan

Saturday, October 30, 2010

palestin : aku bersamamu

salam

alhamdulillah. akhirnya selepas agak tertangguh buat beberapa lama (hari mungkin), akhirnya aku telah diberikan kekuatan untuk melayari internet dan mencari idea untuk kuiz paletin yang bakal diadakan di manipal pada bulan 12 nanti. banayk idea sebenarnya yang sedang bermain main di minda ini. namun rasanya yang lebih penting, bukannya kuiz palestin. yang lebih penting ada lah info info dan sejarah tentang paletsin intu yang patutnya dijadikan ibtibar dan pengajaran buat kita umat islam terutamanya pelajar muslim. ya. palestin patut sentiasa dihati kita semua

dan syukur juga sebenarnya kerana tugasan yang diminta untuk aku kendalikan berkenaan isu palestin ini, setidaknya telah memberi peluang untuk aku menambah koleksi 2 ilmu dan lebih mendalami palestin. thanks brother Mantap!

sebenarnya untuk mengendalikan kuiz palestin yang hanyalah berwaktu 2 jam itu tidaklah susah. ambik sahaja info dari internet, buat soalan dan buat kuiz. selesai. namun sudah pasti bukan itu yang kita mahu. pengajaran itu penting, pemahaman itu penting, kesedaran itu lebih penting bahawa palestin adalah satu isu yang patut diselesaikan. untuk mencari seorang pahlawan yang sanggup memimpin ummah, yang ada keberanian untuk menakluk, yang ada keberanian untuk mengetengahkan isu. kita bukan ummat yang bisu bukan. moga akan lahirnya generasi salahuddin al ayubi bilamana gendang jihad berkumandang.

iya. mencari info berkenaan palestin tidak susah. banyak website2 yang dibina menceritakan dengan sangat detail berkenaan palestin. saya persembahkan website2 ini:

1. www.palestinehistory.com
2.wikipedia
3.palestinefacts.org/
4.palestineremembered.com/index.html
5.palestine-info.info/
6.almanar.com

dari malaysia:

1.haluanpalesti.haluan.org.my/
2.amanpalestin.net/
3.vivapalestina.org/
4.lifeline4gaza.org/

dan banyak lagi. silalah cari andai ada masa. mencari senang, tapi memahami itu memakan masa yang lama. seumpama membeli buku itu senang. tapi mahu membaca dan memahami itu memakan masa panjang. insya Allah saya akan mulakan perkongsian tentang palestin sepanjang proses saya menyiapkan projek kuiz palestin ini. insya ALLAH.