untukmu permataku
Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):
Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan
Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)
MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)
saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria
Followers
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Sunday, August 16, 2015
Saturday, August 8, 2015
Friday, August 7, 2015
Houseman
Tentatif
9 am: Road to housemanship
Dr Musastika HO Hospital Melaka (Melaka Manipal Medical College)
10 am: Managing HO life
Dr Asma' Ahmad Razali , HO Hospital Melaka (University of Tanzania Australia)
Dr Amin Ismail , HO Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ( Melaka Manipal Medical College)
11 am: Q&A

Thursday, July 2, 2015
Friday, June 26, 2015
7 tips yang perlu anda tahu sekiranya pasangan anda seorang doktor
1. Dia tersangat rindukan anda
dia mungkin sibuk dihospital, namun hatinya berbunga setiap kali teringatkan anda
2. Dia seorang yang romantik
benar! cuba anda sentuh hatinya
3. Wajahnya nampak suram kepenatan
selepas penat seharian bekerja, cuba hadiahkan kepadanya segelas air kopi panas dan sekeping karipap yang baru dimasak.
4. Dia bukan milik anda seorang
dia milik pesakit pesakitnya. jangan sesekali berharap dia boleh pulang tepat pada pukul 5 petang. bersabarlah!
5.Dia suka touching touching
saya salah? walaupun dia tidak membalas mesej anda dengan segera, pasti apabila dia berkelapangan anda akan menerima sejambak bunga mawar yang sangat mekar, ataupun anda akan dibawa ke sebuah restoran dengan lampu malap untuk makan malam.
tunggulah saat itu
6. Dia mahu anda memahaminya
Anda perlu memahami kerjayanya yang tidak tetap. dia oncall, dia kerja lewat petang , dia kerja awal pagi.
7. Dia tidak suka berbicara soal kerjaya dirumah
Jangan mulakan dengan bertanya bagaimana kerja hari ini? Jangan brbicara soal pesakit dan penyakit dengannya. Dia penat.
Apapun percayalah, kerjayanya sungguh murni. Andai dia boleh memberikan perhatian kepada pesakitnya, pasti dia juga mampu memberikan perhatian buat anda.
Andai dia mampu mencintai pesakitnya, pasti dia juga sangat mencintai anda.
cuma, dia berkongsi cinta itu bersama pesakit yang memerlukannya.
anda hebat kerana bisa mencintainya. :)

Saturday, March 7, 2015
saya seorang Houseman
Sebagai seorang Houseman, tidak dinafikan pekerjaan kami memang memenatkan. Bagaimana saya memastikan saya tidak sesekali terjebak dalam tekanan kerja berlebihan?
-jangan sesekali bawa pulang kehidupan hospital ke rumah. Rumah tempat untuk beristirahat.
-jangan hidup seorang diri. Cari teman berborak. Selalu bersama keluarga tercinta. Cepat cepat kahwin ni. Kiki
-jangan kedekut untuk menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri selepas penat bekerja
-ringankan tulang bersedekah. Nescaya rezeki Tuhan permudah
Wednesday, November 26, 2014
I love my friends
Dalam bergaul, saya cuba menjadi seorang sahabat yang baik dan rakan yang sempurna. Dan satu yang orang disekeliling saya perasan, saya seorang yang mudah dan sentiasa tersenyum.
Cuma kadangkala kepenatan dan kesibukan bekerja membuatkan saya terlepas pandang beberapa perkara. Sudah pasti hasilnya ada hati yang terasa.
begitulah kehidupan kita. Tidak selalunya kita mempunyai masa yang banyak untuk berukhuwwah. Ada kalanya cukup dengan sebuah senyuman indah yang mampu membuatkan seseorang ketawa. Kadangkala cukup dengan satu sms berbunyi hai! apa khabar? kemudian terus tidak berbalas.
Ada kalanya saya suka keluar bersama rakan rakan selepas penat bekerja untuk saling bertanya khabar tentang kehidupan dan tentang kerja. ada rakan rakan yang boleh dan mampu menyesuaikan diri dengan sangat cepat. Ada rakan rakan yang kita nampak sedang struggle untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Rakan rakan sebegini kita kena tolong dan bantu agar mereka merasa selesa untuk bekerja dan memulakan tugas baru.
Ada kawan kawan yang datang berjumpa bertanya nasihat, saya berikan nasihat sekadar ilmu yang saya ada. kadang kala kerana kesibukan saya sendiri, saya terlupa untuk menjawab persoalan diminda mereka. keuda baru saya tersedar rupanya ada sahabat yang sedang meminta pertolongan.
Ada sahabat yang bersama bekerja dengan riang ketawa kemudian ditimpa masalah akhirnya mengambil keputusan berundur diri. Sudah pasti kita merasa sedih mendengar berita sebegini. Sebagai seorang sahabt kita sedaya upaya mahu melihat rakan rakan mampu untuk menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru sebagaimana kita pada mula mula dahulu juga memerlukan bimbingan dari yanglain.
Saya sangat percaya pada hakikat jika kita membuat kebaikan pada seseorang, Allah itu yang maha Adil akan memberikan kebaikan dan kesenangan kepada kita. Akan tetapi jika kita mula menyusahkan dan memayahkan kehidupan orang lain, tunggulah suatu hari Tuhan akan mengajar kita akan erti kepayahan dan ketika itu kita bersendirian didalam hidup.
Hidup ini menjadi seronok apabila kita yang ada kelebihan ini mampu untuk berkongsi kelebihan itu bersama dengan orang lain. kita tidak mampu menjadi sempurna apabila orang disisi kita tidak sempurna. tugas kita untuk membimbing dan dibimbing agar kehidupan ini menjadi indah dan ceria.
Penulis blog aku budak medik
Friday, November 14, 2014
Bersabarlah tatkala Allah menduga kata
Saya bukanlah seorang yang cukup positif dengan kehidupan. Tetapi pengalaman hidup banyak mengajar saya erti untuk bersabar sebagai seorang pejuang diatas muka bumi ini. Allah tidak pernah sesekali menjanjikan dunia ini menjadi sebuah syurga buat hamba hambanya. Malah dunia mampu menjadi sebuah tempat yang sangat mencabar. kerana apa? kerana Dia tidak menyediakan dunia ini untuk kekal selamanya. Yang pasti hanya akhirat adalah tempat yang terbaik untuk mereka yang beriman dengan kewujudan Tuhan.
Ayah dan ibu tatkala mereka melahirkan kita, mereka juga tidak pernah berjanji dengan kita bahawa kehidupan yang bakal kita tempuhi hari hari adalah kehidupan yang mudah dan senang. Mereka pernah melalui satu kehidupan yang penuh mencabar. dan mereka tahu anak yang sedang lahir dan membesar ini juga akan mengalami nasib yang sama. Mereka pasrah dan berjanji untuk membantu sedaya upaya agar sianak ini mampu bertatih dan berjalan sendirian dan mencari sebuah kehidupan yang terbaik buat dirinya. Ibu dan ayah berjanji dengan Tuhan untuk membimbing sianak ini kejalan yang benar. Tetapi akhirnya terpulang kepada sianak samada ia mampu untuk bertahan dengan dugaan dugaan yang besar ataupun akhirnya ia akan hanyut ditelan gelombang arus yang cukup kuat.
banyak pengalaman yang mampu kita kongsikan. pengalaman sedih dan gembira silih berganti. pengalaman jatuh dan bangun dalam hidup. kadang kala ada impian yang kita ingin capai, Tuhan gagalkan ia. kita berasa cukup sedih dan dukacita. Kita merasakan kita telah berusaha sedaya upaya, namun takdir belum memihak kepada kita. kita lalu menyalah diri, orang disekeliling tanpa kita mengerti Tuhan sedang melakukan sebuah percaturan untuk kehidupan kita.
Bukannya bermakna sekiranya jalan yang kita lalui itu menuju kepada kebuntuan, Dia tidak akan membuka jalan jalan lain. Pasti ada. kerana itu bagi manusia yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam kehidupan dan senantiasa positif dengan sesuatu perkara, hantinya tenang tatkala diduga dengan cabaran cabaran kerana dia yakin pasti disebalik sesuatu ada hikmahnya.
Saya pernah bercita cita mahu melangkah jauh ke Australia mengejar sebuah cita cita. Pernah tersemat dihati untuk melihat si cilik kangaroo keluar dari kantung ibunya, mahu melihat suasana bersalji di sebuah negara yang bercakap bahasa yang lain dari bahasa yang saya gunakan hari hari. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Kemudian Allah takdirkan saya menjejaki kaki disebuah negara lain. Allah takdirkan tempat saya menimba ilmu bukan di Australia, tetapi India. Saya redha dan saya gembira disana. Saya mula jatuh cinta pada suasana di India, masyarakatnya yang penuh kepelbagaian bangsa dan budaya, warna warni, kehidupan yang penuh dengan lagu lagu dan tarian.
Saya juga pernah gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Bayangkan sebagai seorang pelajar yang agak aktif, rajin mengulangkaji pelajaran, pernah mendapat keputusan yang agak cemerlang didalam peperiksaan, tiba tiba diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan akhir semasa ditahun 2 MBBS. Saya gagal kesemua matapelajaran sehingga pegawai JPA datang dan berjumpa bertanya khabar tentang kehidupan saya. Namun saya bersyukur proses kegagalan itu mengajar saya untuk berusaha danjangan sesekali berputus asa. akhirnya saya mampu kembali ke landasan yang benar dan meneruskan perjuangan hasil dorongan keluarga dan sahabat tercinta.
benar! manusia yang pernah mengalami masalah dan pengalaman yang perit, mudah untuk bertahan lama dalam menghadapi cabaran. Setiap dari kita sangat istimewa kerana kita mempunyai pengalaman yang berbeza. kerana itu saya sering menasihatkan diri agar jangan mudah merasa lemah apabila melihat orang lain kuat kerana saya yakin setiap manusia itu istimewa. dan sudah pasti kita tidak mampu untuk sendirian diatas muka bumi ini.
Perjuangan tidak akan berhenti pada noktah kegagalan. Ia juga tidak akan sesekali berhenti pada noktah kejayaan. Ia hanya akan berakhir didunia ini apabila kita menghembuskan nafas yang terakhir.
kerana itu sekiranya kita pernah mengalami kegagalan yang sangat dahsyat, bersabarlah seketika dan mulakan untuk mengumpul tenaga dan kembalilah ke landasan yang benar. Insya Allah peluang senantiasa ada bagi manusia yang mahu mencari. :)
Ayah dan ibu tatkala mereka melahirkan kita, mereka juga tidak pernah berjanji dengan kita bahawa kehidupan yang bakal kita tempuhi hari hari adalah kehidupan yang mudah dan senang. Mereka pernah melalui satu kehidupan yang penuh mencabar. dan mereka tahu anak yang sedang lahir dan membesar ini juga akan mengalami nasib yang sama. Mereka pasrah dan berjanji untuk membantu sedaya upaya agar sianak ini mampu bertatih dan berjalan sendirian dan mencari sebuah kehidupan yang terbaik buat dirinya. Ibu dan ayah berjanji dengan Tuhan untuk membimbing sianak ini kejalan yang benar. Tetapi akhirnya terpulang kepada sianak samada ia mampu untuk bertahan dengan dugaan dugaan yang besar ataupun akhirnya ia akan hanyut ditelan gelombang arus yang cukup kuat.
banyak pengalaman yang mampu kita kongsikan. pengalaman sedih dan gembira silih berganti. pengalaman jatuh dan bangun dalam hidup. kadang kala ada impian yang kita ingin capai, Tuhan gagalkan ia. kita berasa cukup sedih dan dukacita. Kita merasakan kita telah berusaha sedaya upaya, namun takdir belum memihak kepada kita. kita lalu menyalah diri, orang disekeliling tanpa kita mengerti Tuhan sedang melakukan sebuah percaturan untuk kehidupan kita.
Bukannya bermakna sekiranya jalan yang kita lalui itu menuju kepada kebuntuan, Dia tidak akan membuka jalan jalan lain. Pasti ada. kerana itu bagi manusia yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam kehidupan dan senantiasa positif dengan sesuatu perkara, hantinya tenang tatkala diduga dengan cabaran cabaran kerana dia yakin pasti disebalik sesuatu ada hikmahnya.
Saya juga pernah gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Bayangkan sebagai seorang pelajar yang agak aktif, rajin mengulangkaji pelajaran, pernah mendapat keputusan yang agak cemerlang didalam peperiksaan, tiba tiba diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan akhir semasa ditahun 2 MBBS. Saya gagal kesemua matapelajaran sehingga pegawai JPA datang dan berjumpa bertanya khabar tentang kehidupan saya. Namun saya bersyukur proses kegagalan itu mengajar saya untuk berusaha danjangan sesekali berputus asa. akhirnya saya mampu kembali ke landasan yang benar dan meneruskan perjuangan hasil dorongan keluarga dan sahabat tercinta.
benar! manusia yang pernah mengalami masalah dan pengalaman yang perit, mudah untuk bertahan lama dalam menghadapi cabaran. Setiap dari kita sangat istimewa kerana kita mempunyai pengalaman yang berbeza. kerana itu saya sering menasihatkan diri agar jangan mudah merasa lemah apabila melihat orang lain kuat kerana saya yakin setiap manusia itu istimewa. dan sudah pasti kita tidak mampu untuk sendirian diatas muka bumi ini.
Perjuangan tidak akan berhenti pada noktah kegagalan. Ia juga tidak akan sesekali berhenti pada noktah kejayaan. Ia hanya akan berakhir didunia ini apabila kita menghembuskan nafas yang terakhir.
kerana itu sekiranya kita pernah mengalami kegagalan yang sangat dahsyat, bersabarlah seketika dan mulakan untuk mengumpul tenaga dan kembalilah ke landasan yang benar. Insya Allah peluang senantiasa ada bagi manusia yang mahu mencari. :)
Friday, October 4, 2013
Hidup adalah pilihan
Sejak beberapa hari ini, saya mencari pendapat dan pandangan dari beberapa orang yang arif tentang isu yang saya inginkan dan saya menerima beberapa pandangan yang agak bertentangan.
Hal ini menyebabkan saya bingung kerana menurut pendapat yang satu ini, beliau bersetuju dengan apa yang saya cuba bangkitkan dan saya merasakan hujahnya agak kuat.
namun apabila saya beralih... arah kepada pandangan yang kedua, saya juga agak kagum dengan nya kerana beliau juga mengetengahkan hujah dan pandangan yang pada pandangan mata hati saya, agak baik juga dan standing dengan pandangan yang pertama walaupun pandangan itu agak berlawanan dengan pendapat yang pertama.
Ini menyebabkan saya menjadi keliru. Samada saya mahu bersetuju dengan pandangan pertama ataupun mengatakan pandangan yang kedua itu salah.
Seolahnya saya berada dipersimpangan untuk memilih antara satu dimana satu mengatakan yang lain itu salah dan bertentangan. Padahal keduanya benar pada pandangan hati saya kerana keduanya
mempunyai hujah yang sahih lagi soreh.Akhirnya saya membuat kesimpulan, keduanya benar dengan pemahaman yang berbeza. Dan sebagai manusia biasa, saya perlu memilih antara satu pandangan ini dan meninggalkan pandangan yang lain TANPA saya mengatakan pandangan yang saya tingalkan itu SALAH.
Keduanya BENAR BELAKA melainkan hanya saya perlu memilih pada pemahaman saya pandangan yang sesuai dengan situasi diri saya dan lebih bersifat setempat dengan keadaan saya.
Adakah anda juga pernah mengalami keadaan seperti saya? Percayalah dan yakin dalam membuat keputusan tatkala anda telah setuju untuk memilih pandangan dan yakin dengannya jika anda mempunyai hujah yang boleh disandarkan. Apa yang manusia lain mahu fikirkan, biarkan dan lepaskan diri anda dari mereka.
Penulis blog aku budak medik
Subscribe to:
Posts (Atom)