untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label medik. Show all posts
Showing posts with label medik. Show all posts

Monday, August 3, 2015

general medical posting

.Memang seronok medical posting di Hospital saya. Tapi saya bukan budak medical based. saya budak surgical based. inilah yang saya cakap kepada senior Manipal saya apabila beliau bertanya apa minat saya dimasa hadapan.

"Saya surgical based person dr!'

Apapun, sudah 2 bulan setengah saya di medical psoting. sejak minggu lepas saya berada di subspecialiti posting. posting sub pertama adalah nephrologi. seronok. :) walaupun hari hari saya pulang sekitar 6.30 petang, tapi kerja disini memang menyeronokkan. lagi seronok kalau dapat buat sendiri prosedur seperti memasang Internal jugular catheter, femoral catheter. ish. geram pulak. cuma sekarang masih belum berpeluang nak memasang IJC. Tadi pun bos dan mula bersuara,

" kenapa tak suruh si Amin ni pasang IJC".

Saya memang suka buat prosedur prosedur ni. semasa tagging di acute bed, saya dah dapat seorang pesakit intubated dan indikated untuk hemodialisis kerana masalah buah pinggan acute kerana sepsis. disebabkan pesakit tidak ditempatkan di wad ICU kerana kekurangan katil, pesakit terpaksa ditempatkan di general medikal wad dan pesakit perlu melalui prosedur dialisis peritoneal (peritoneal dialisis). macam tak percaya saya mampu buat PD kat wad. terima kasih kepada kawan kawan yang mengajar.

Mula mula masuk nephro pulak, kebetulan satu pesakit nephro end stage renalfailure masuk wad kerana semput. xray dada memang banyak air dalam paru paru ( pleural effusion). mulanya bos suruh buat dialisis air je. keesokan harinya sebelum di discaj dari hospital, bos besar pulak suruh buat peritoneal dialisis. apa lagi 900 cc straw fluid dapat dikeluarkan.

 prosedure done by DR AMIN!

7.12 MALAM
3/8/15


Thursday, May 21, 2015

coret coret Dr A.I.

menyepi lagi saya dari alam blogger. Iya, ianya sebuah kesepian yang sementara. Saya sangat galak di facebook. Bukan kerana saya mahu terus menyepi, namun saya tidak mampu menyegarkan minda ini dengan penulisan penulisan yang panjang. Sekadar beberapa patah perkataan yang istimewa itu mampu saya hadirkan di facebook seandainya anda mengikuti perkembangan saya.

Kenapa? kerana minda saya sangat penat beberapa waktu kebelakangan ini. Saya telah 2 minggu meninggalkan posting surgery. Banyak yang saya belajar di posting itu. prosedur prosedur penting yang tidak saya belajar di posting sebelumnya. Saya belajar memasang chest tube, saya belajar prosedur pleural tapping, saya belajar tentang suprapubic catheter, saya memasang beberapa long line, saya melihat MO memasang short line.

Selain itu saya belajar bagaimana mahu managing pesakit sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan selepas pembedahan. Saya belajar membaca central venous pressure dan kepentingannya, saya belajar apa pentingnya urine output dan oral intake kepada pesakit. saya juga belajar berkenaan srirometry dan kepentingan kepada pesakit selepas pembedahan. saya belajar . terlalu banyak yang saya pelajari di posting surgery. Terima kasih bos bos yang sudi berkongsi ilmu. anda semua hebat.

selepas posting surgery, saya pulang ke kampung selama 4 hari bercuit. Seronok bersama ibu dan ayah tercinta. seronok menikmati kehidupan sebagai manusia biasa. seronok berjalan jalan memandu di kota bharu. sungguh. bandar kota bharu pesat membangun dengan apartment apartment baru, bandar bandar baru yang tumbuh bagai cendawan. saya pasti hartanah di kawasang sekitarnya sedang melambung dengan sungguh cepat.

kemudian, saya kembali kealam pekerjaan. saya telah habiskan 3 major posting yang semuanya surgical based. saya masuk ke posting medical. 10 hari tagging di wad 7b perempuan dari 6.30 pagis sehingga 10 malam. penat dan amat memenatkan. pagi keluar ketika matahari masih malu untuk muncul dan kembali selepas matahari sudah menghilang.

Namun walaupun kepenatan itu muncul, Alhamdulillah Tuhan memberikan teman teman yang baik kepada saya. Pesakit yang mampu menjadi teman saya berhibur di wad. Merekalah yang menceriakan saya. Sungguh kehidupan sebagai seorang doktor ini bukannya mudah. Ada rakan rakan yang senantiasa mengeluh memikirkan betapa sukarnya untuk menjadi seorang doktor. betapa ketabahan itu menjadi satu keprluan.

Manusia mungkin melihat senyuman kita, namun siapa sangka dihati kita ada kepenatan. namun wajah kita terus menceriakan suasana dengan sedaya upaya. Bersabarlah tatkala hati kita resah kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu bila Tuhan akan membalasnya.

Mungkin juga saya pernah terfikir untuk mula menjadi lelaki yang serba matang. Tatkala itu saya bukan lagi seorang budak medik, saya adalah seorang doktor perubatan. Namun jiwa saya tidak menggemarinya. Biarlah saya terus menjadi sseorang budak yang mahu belajar dan cuba untuk belajar. Saya mahu menjadi rakan dan sahabat kepada pesakit saya, rakan sekerja saya, adik adik medical students yang berada disekeliling saya. Saya mahu mereka datang kepada saya dan berkata

" doktor! doktor pun ada diwad ini"

" doktor! apa khabar".

ketika itu saya membalas senyuman dan berkata

" korng ni mana mana saya pergi korang ada yer"

saya mahukan suasana yang menyenangkan saya untuk bekerja. pasti saya gembira. Saya tidak mahu dikongkong oleh sebuah gelaran yang menghalang untuk saya bergaul dengan sesiapa saja yang saya mahu.

Iya. sudah setahun saya bergelar doktor. jalan itu panjang dan memenatkan. namun jalan dihadapan itu lagi panjang. saya patut menikmati kehidupan ini, bukannya merintih. begitu juga teman teman saya dan adik adik medical students diluar sana. kita mesti enjoi kehidupan sebagai seorang doktor.

apapun saya sedang merancang sesuatu untuk diri saya juga. sekian celoteh ini.

saya sudah offtag medical. Horrray !!!

Saturday, November 8, 2014

24 jam oncall screening room

zaman oncall bagi seorang houseman sudah berakhir. Sekarang tidak dipanggil dengan sistem oncall lagi tetapi dipanggil sistem syif. Panggillah apa sahaja tapi kerja seorang houseman di HTAA Kuantan ni memang banyak. lagi lagi aku yang berada diposting OnG ni. 21 houseman untuk cover 1 posting OnG. Bayangkan...

Jadual aku memang agak padat. Sejak habis cuti tagging sampai sekarang, memang aku tak dapat cuti langsung lagi. Cuti mingguan pun tak dapat, apatah lagi cuti wajib 8 hari  yang diberi untuk 1 posting bagi houseman pun kena block. 

kadang kadang akan ada yang kena oncal 24 jam unofficially oncall walaupun sebenarnya sudah tiada zaman sistem oncall. Semuanya gara gara houseman tak cukup beb. Siapa kata houseman sudah berlambak. Aku tak tahu ditempat lain tetapi disini memang kami bekerja keras siang malam.

Oncall aku kat low risk screening zone memang meriah. Aku, member aku tengah tagging dan MO aku yang oncall 36 jam. lagi lama. kami saling bersaing antara satu sama lain memastikan pesakit yang berlambak lambak sejak pagi cepat cepat dapat dibereskan dengan segera. screening zone low risk fungsinya sama macam AnE. cumanya ia dikhususkan untuk pesakit yang mengandung.

dari pagi sampai 5 petang aku melayan pesakit bertungkus lumus. MO aku pun memang tak lepas tangan. apatah lagi member aku si tagger ni. Jonahnya. 

Ada pesakit yang datang datang dah fully, memang tak sempat kami nak transfer beliau ke labor room, terus beranak diatas katil screening room. bayangkan kepala bayi dah nak keluar, mana sempat nak transfer out. akhirnya beranak disitu dan kami transferkan beliau ke labor room masa 3rd stage of labor.

member aku pula asalnya nak transfer pesakitnya dari low risk labor room ke high risk labor room sebab meconium stain liqor ( babi danh berak dalam) akhirnya tak sempat nak beranak kat high risk labor room, terberanak di tengah jalan terus tolak ke AnE. Masa member aku datang kat kitorang menceritakan kisahnya, kami ketawa juga sebab masa di low risk labor room bukaan Os baru 5 cm. haha. Kau yang jonah ni ke beb.

ada seorang pesakit pula datang dengan turun air. baru umur kandungannya lebih kurang 23 minggu mengandung. kemudian beliau komplen ada turun darah masa ke tandas. semasa kami buat pemeriksaan kami mendapati tali pusat sudah menjulur keluar dari internal Os. Terusla aku memnaggil MO. Mo datang dan sahkan bayi sudah meninggal didalam rahim. 

Ada pula pesakit yang datang dengan umur kandungan 34 minggu, sakit perut dan kontraksi. pemeriksaaan dibuat mendapat bukaan Os sudahpun 6 cm. wah. ni macam preterm labor. Terus MO aku consult dengan specialist dan kami plan untuk transfer beliau ke high risk labor room untuk allow delivery. kemudia MO aku call Mo Peads untuk booking ventilator kalau tiba tiba pesakit beranak. Memang ventilator di HTAA tak pernah cukup. Ventilator pula tak ada. kami tocolyse patient dan specialist plan untuk cari ventilator kat hospital lain. Tugas aku la untuk telefon semua hospital berdekatan sekitar pahang, terengganu dan kl. Memang MO MO nicu ni dah tahu kalau kami call mereka semuanya pasal ventilator. Ventilator not avalable!!

bila dah menjelang larut malam, pesakit makin berkurang dan akhirnya HO syif malam pun datang. Aku dah agak penat dan aku biarkan dia menjadi 1st call. aku siap inform staff nurse awal awal kalau ada pesakit datang call member aku dulu sebelum call aku. aku pun masuk tidur alang alang pesakit tak ada malam ni. sepanjang malam beliau datang kejutkan aku 3 kali bila ada 2 orang pesakit datang sekaligus. bila sudah jam menunjukkan 7 pagi, aku pergi bersarapan dan bersedia untuk pulang.

Wah. eventful juga oncall 24 jam ni. :)

Monday, September 8, 2014

finishing orthopedic

H.O life Dr A.I. : Alhamdulillah. Berakhir juga posting orthopeadic iaitu posting pertama di HTAA. Cukup cukup empat bulan aku posting di depatment ini. Terima kasih buat supervisor Mr Adham, specialist specialist yang banyak membantu dan sangat cool dan mesra Houseman. Mr Marazuki seorang sangat cool. Pernah smackdown aku sekali semata mata minta cuti saat saat akhir. Mr Sazali seorang yang nampak tegas tapi baik. Mr Amin pula setiap kali keluar pasti aku menimba pengalaman beliau sewaktu menjadi houseman dan doktor.
Ms Kamariah pada pandangan aku seumpama seorang ibu yang sangat mengambil berat akan perihal anak anaknya. Aku pernah berjumpanya secara individu. Aku rasa beliau seorang ibu yang baik. Tidak lupa pada yang lain.

MO orthopeadic juga rata rata cool dan mesra houseman. Ramai yang suka mengajar. Dr Kumar awalnya aku rasa beliau seorang yang agak garang. Apa taknya suka marah kat aku semasa tagging. Tapi rupa rupanya seorang yang sangat tenang. Banyak yang aku belajar darinya sepanjang 4 bulan posting ini. Dr Jazlan pula memang la dah macam specialist gayanya. Dr Abdullah pula rupanya suka makan serunding yang aku beli dari kelantan. Nak order lagi dari aku.
Dr Hisyam kerja nak cepat dan tangkas. Ada apa apa masalah whatsapp je insya Allah akan settle problem.

 Geng geng 1st year master student pula seperti Dr Theenesh, Dr Su Yuen Dr Kashfil menghiburkan kami di klinik ortho pagi pagi. Memang tak lokek ilmu dan boleh dibuat teman. Begitu juga MO lain yang sangat bersedia untuk berkongsi ilmu. Terima kasih tidak terhingga.

Apapun orthopedics posting Htaa memang best. Pengalaman masuk OT, buat pembedahan. Pembedahan yang paling besar aku buat seorang diri adalah rays amputation of 2nd toe. Haha. Pengalaman indah apabila MO memberikan kepercayaan untuk aku buat.

Posting paling penat adalah AnE apabila banyak kes datang secara serentak. Terpaksa menguruskan 3 dan empat kes dalam satu satu masa.

Terima kasih daun keladi. ;)

Tuesday, July 29, 2014

Sihatkah masyarakat Malaysia? : Dr Mohd Amin Ismail, Pegawai Perubatan (UD41), HTAA Kuantan



Sihatkah masyarakat Malaysia? : Dr Mohd Amin Ismail, Pegawai Perubatan (UD41), HTAA Kuantan.

1. World Health Organisation (WHO) mendefinasikan Sihat sebagai keadaan dimana fizikal manusia, mental dan keadaan sosial dalam keadaan sempurna dan bukanlah semata mata dalam ketiadaan penyakit 1. Kamus Oxford pula mendefinasikan penyakit sebagai keadaan dimana struktur dan fungsi dalam manusia, haiwan ataupun tumbuhan terutamanya yang menghasilkan simptoms simptoms ataupun yang menyerang fungsi penting dan bukan semata mata disebabkan oleh kecederaan fizikal 2.

2. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Portal rasmi laman web Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk Malaysia pada hari ini melebihi 30 juta orang 3 dimana hampir 60 % darinya merupakan kaum Melayu Bumiputra. Malaysia juga sangat kaya dengan sumber alam dan sektor pekerjaan buruh sehingga mampu menarik minta ramai warga asing samada mereka ini mendapat pas lawatan kerja yang sah mahupun yang masuk secara haram. Kebanjiran warga asing ini sudah pasti agak membimbangkan sekiranya kehadiran mereka tidak diikuti oleh tapisan keselamatan kesihatan yang ketat.

3. Pada hari ini, penyakit bukan lagi hanya terhad disuatu kawasan dan had had tertentu sahaja kerana manusia sering berhijrah dari satu kawasan yang jauh ke suatu kawasan lain dengan mudah melalui perkhidmatan udara. Penyakit yang bermula jauh nun di utara dunia bila bila masa sahaja mampu sampai ke benua kecil, jauh diselatan dunia. Mers CoV merupakan satu contoh yang terbaru dimana ianya dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus. Dicatatkan kematian pertama telah berlaku di Malaysia dimana seorag pesakit telah disahkan meninggal akibat dari virus ini setelah beliau kembali dari mengerjakan umrah pada 29 Mac 2014 dan mengalami kesukaran bernafas, demam dan batuk mulai 8-9 April 2014 4.

4. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program imunisasi nasional secara percuma kepada seluruh rakyat malaysia. Imunisasi merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak kanak di negara ini dari pelbagai jangkitan penyakit yang boleh dicegah 5. Masalah timbul bilamana sejak akhir akhir ini wujud segolongan dari masyarakat yang tidak mahu terlibat dalam program ini dan menganggap program ini membahayakan kesihatan anak anak mereka. Sedang hakikatnya menurut Prof Madya Dr Zakuan Zainy b. Deris, clinical Microbioligist dari HUSM, vaksin perlu dipersetujui bahawa perlaksanaannya merupakan satu program yang bagus kerana ianya mampu mengawal badan manusia dari penyakit perjangkita yang sangat serius 6. Vaksinasi diperkenalkan kepada tubuh dengan ingatan berkemungkinan besar kuman akan dihadapi pada masa hadapan. Namun vaksin ini diberikan dalam dos terkawal. Kuman yang diberikan pada tubuh adalah kuman lemah, sebahagian dari kuman contohnya kaki kuman, kulit kuman. Akhirnya sistem imun akan kenal dan menghasilkan ingatan. Jika pada masa hadapan badan kita terjumpa benda sama, ia akan kenal ini sebagai benda asing dan melawan. Vakisnasi juga bagus kerana ia membantu menyelamatkan kanak kanak yang tidak mendapat vaksin ataupun vaksin yang diberikan tidak berfungsi. Ini dikenali sebagai "herd immunity" dalam bahasa perubatan. Contohnya sekiranya dalam satu masyarakat, 90% kanak kanak mendapatkan imunisasi, ianya mampu menyelamatkan sebahagian 10 % dari kanak kanak yang terlepas dari mendapatkan vaksin.

5. Obesiti ataupun kegemukan sudah menjadi satu penyakit kronik yang sangat membimbangkan di Malaysia. Obesiti mampu menjadi satu faktor penyumbang terbesar kepada penyakit berisiko tinggi seperti penyakit jantung  dan diabetes. Statistik di Malaysia melalui National Health Mobility Servey pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas menghidapi obesiti. Peningkatan ini membimbangkan dimana pada 2006, hanya 14% dan peningkatan ini berlaku sebanyak 1.1% dalam masa 5 tahun. Jika ditukar kepada bilangan, sebanyak 2.6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah kegemukan dan kadar ini adalah tertinggi dikalangan negara negara Asia Tenggara 7. Obesiti boleh diukur menggunakan pengiraan Body Mass Index (BMI) mengikut formula berikut:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Risiko Kesihatan
Kurang berat badan
<18 .5="" td="">
Rendah
Julat normal
18.5 - 22.9
Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan
> 23

Pra-Obes
23.0 - 27.4
Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1
27.5 - 34.9
Risiko tinggi
Obes II
35.0 - 39.9
Risiko sangat tinggi
Obes III
> 40.0
Risiko terlalu tinggi

6. Pada tahun 2012, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mendedahkan bahawa masalah kesihatan mental dikalangan remaja dan kanak kanak di Malaysia berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Seramai 11.2% dikalangan orang dewasa pada tahun 2006 menghidapi masalah kesihatan mental berbanding hanya 10.6%dalam tahun 1996 manakala dikalangan kanak kanak dan remaja pula sebanyak peningkatan sebanyak 7.3% dari tahun 1996 (13.0%) kepada 2006 (20.3%) 8. Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Briged Jen. Prof Dr Kamarudin Hussin, masyarakat hari ini berhadapan dengan pebagai cabaran disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi memenuhi tuntutan keperluan mengikut peredaran zaman. Stress telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada masalah kesihatan pada masa kini 9.

7. Penyakit penyakit utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah penyakit kronik seperti jantung, obesiti, Avian inflluenza (H1N1), thalassemia, dan kencing manis 10. Penyakit ini kebanyakannya boleh diatasi diperingkat awal melalui penjagaan kesihatan diri yang sempurna, diet dan juga senaman yang berterusan. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung biasanya dikenali dengan nama penyakit tiga serangkai. Masyarakat perlu didedahkan dengan diet sempurna dan sihat agar setiap individu mampu mengawal kadar pengambilan guLa dan lemak yang masuk kedalam badan manusia. Begitu juga dengan senaman yang berterusan sekurang kurangnya 5 kali seminggu dalam jangkaan 30 minit setiap sesi mampu menghalang badan dari mendapat masalah kesihatan yang serius.

8. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan dan tubuh badan dengan sempurna. Kita mahu menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, pada masa sama kita perlu menghasilkan masyarakat kelas pertama yang mampu membawa negara kearah yang gemilang. Sudah pasti masalah kesihatan yang teruk akan menjadi batu penghalang kepada perlaksanaan projek mega ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan dalam sektor kesihatan dan sebahagian dari masarakat mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan.

Rujukan:

1. (http://www.who.int/suggestions/faq/en/)
2. ( http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/disease)
3. (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm)
4. (http://www.isuperubatan.com/mers-cov-fakta-yang-perlu-diketahui/)
5. (http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/en/imunisasi)
6. (http://akudramin.blogspot.com/2014/05/vaksinasi-menurut-pandangan-islam-soal.html)
7. (http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti)
8.  (http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20121011/re_07/tangani-sakit-mental)
9. (http://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita/90-stress-pengaruhi-faktor-kesihatan-masyarakat-moden)

10. ( http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2012/11/info-kesihatan-5-penyakit-utama-di.html).

Friday, May 2, 2014

Vaksinasi menurut pandangan Islam (soal jawab)

Bahagian ke-II

Saya cuba ringkaskan pandangan yang Prof Madya Dr Zakuan Zainy B. Deris, seorang Clinical Microbiologist dari HUSM. Ringkasan ini sebagai panduan sekiranya kita malas untuk menonton video berkaitan diinternet. Walaubagaimanapun, perbetulkan saya andai ada kesilapan dalam ringkasan ini dan saya memohon agar pembaca kembali kepada video berkenaan.

KLIK VIDEO DISINI

1. PERTAMANYA kena setuju vaksin ini sebuah program yang bagus. Bagusnya kerana ia menghalang dari jangkitan yang teruk. Bukan semua vaksin memberikan protection 100%. contohnya BCG mungkin 80% sahaja. maksudnya dalam 100 orang mungkin hanya 80 orang yang dikawal dan dilindungi dari penyakit TB.

Orang yang mendapat vaksin TB tidak bermakna kita boleh expose mereka kepada penyakit TB

cuma bagusnya ia mampu mengawal dari jangkitan Tb teruk seperti jangkitan meningitis ke otak, buah pinggang etc.

2. Bahan haran dalam vaksin?

Ketua Pengarah Kesihatan berkata tiada sebarang vaksin di Malaysia bersumberkan bahan haram. Di luar Malaysia? mungkin ada

Ada vaksin sebahagiannya menggunakan adjuvantiaitu digunakan dari logam berat seperti aluminium untuk tubuh nampak dan dapat makan dan menghasilkan antibodi untuk melawan kuman. namun bahan logam ini telah melalui proses klinikal trial yang ketat, dicuba pada tikus dan manusia. Ianya mengikut kadar dos yang selamat

3. Vaksin ini adalah bahan biologi, ianya tidak boleh berada dalam suhu yang melampau dan mesti terkawal. vaksin perlu melalui proses klinikal trial yang sangat ketat. Kecuali bila melibatkan satu satu wabak yang sangat teruk seperti kes H1N1. dimana wabak ini sangat cepat membiak oleh itu proses klinikal trialnya sekejap sahaja. Tapi alhamdulillah setakat ini H1N1 terkawal

sumber berasaskan toksin dan logam: mungkin ada kesan buruknya namun ianya diatasi dengan kebaikan yang melebihi kesan sampingan dan dos yang diberikan adalah dos terkawal dan tiada masalah.

tapi secara keseluruhannya, kebaikan adalah melebihi keburukan.

4. lemah imune sistem?

Imune sistem perlu pada kawalan, jika terlalu kuat bahaya seperti autoimune disease seperti SLE dan Rheumatoid arthritis dimana imune sistem bertindak pada diri sendiri. Ianya patut dalam kawalan.

Untuk mengatakan imune sistem seseorang itu lemah perlukan pada ujian. dan kajian.

bila tok bomoh kata boleh menyembuhkan penyakit kencing manis, benar ke kerana ramai orang ingat kencing manis ini adalah apabila kita kencing, kencing itu manis dan semut datang. padahal ada sahaja orang yang mengidap kencing manis, apabila kencing, air kencing tidak manis. Ada orang suruh minum air bakawali kerana mampu membuatkan air kencing menjadi pahit tapi itu tidak mengubat penyakit kencing manis.

Untuk meningkatkan imune sistem mesti melalui ujian iaitu vaksinasi dimana imune sistem akan membiak dan ingat pada kuman yang bahaya.

5. imune sistem dipilih secara natural melalui pemakanan?

makan untuk menguatkan imune sistem? : tak betul
tapi ada contonya buah buahan yang mengandungi vitamin C diaman kadar antioxidant yang tinggi. Anti oxidant sangat baik agar sel darah putih mampu menghadam kuman yang dimakan. Tapi secra umumnya kadar vit C dalam badan dalam keadaaan mencukupi kecuali sesetengah penyakit seperti Skurvy dimana kekurangan vit C untuk mereka mereka yang belayar dilautan dalam jangka masa tertentu

Secara umumnya imune sistem dikuatkan melalui cubaan pada tubuh oleh kuman yang lemah

6. bagaimana manusia lain boleh protect manusia lain?

contoh Hep B vaksin: tidak boleh protect orang lain, tidak boleh beri cross protection pada orang lain tetapi boleh disebarkan dari ibu kepada anak dalam kandungan. Apabila bayi dilahirkan, bayi perlu diberi vaksin agar anak tidak ingat bahawa hep B itu sebahagian dari tubuh

contoh batuk kokol/ pertusis: jika dalam sebuah pulau ada 100 orang, mereka hanya bergaul sesama mereka dan seandainya 80 orang mendapat injeksi vaksin, 20 orang yang tidak mendapat vaksin juga akan mendapat perlindungan kerana kuman tidak ada tempat untuk  menjadi carrier dan ia tidak merebak.

Namun jika 20 orang ini berhijrah ke tempat dimana tiada perlindungan vaksin untuk komuniti itu, mereka boleh terkena penyakit kerana tidak mengambil vaksin.

7. vaksin: bagi injeksi, anak demam?

Perkara ini sedia termaklum dan ianya terkawal. kerana itu nurse akan terus bagi paracetamol dan ia boleh terus dimakan.

Contoh lain jika kulit berkudis, seandainya jururawat tidak lihat sudah pasti ia membahayakan. Nurse akan cuba mengelakkan agar tidak berlaku jangkitan kali ke dua. begitu juga nurse tidak akan memberikan sebaarang injeksi jika anak berada dalam keadaan demam. demam merupakan side effect yang biasa

contoh kesan sampiangan yang tidak biasa adalah saawan. apabila terjadi ianya perlu dimaklumkan kepada kementerian kesihatan malaysia dan kementerian akan memberitahu kepada WHO dan perkara ini akan disiasat diperingkat dunia

8. Bagaimana dengan sesetengah orang yang tidak mahu vaksin kerana mahu mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatus sauda?

tiada masalah untuk mengamalkan makanan sunnah tapi perlu mengambil vaksin pada masa sama. Prof memberikan contoh satu hadis nabi (Sila refer pada video)

Tidak salah mengamalkan makanan sunnah tapi mereka perlu memberikan fakta seandainya pengambilan vaksin itu tidak baik berbanding mengambil vaksin

9. Sebahagian doktor sendiri tidak mahu mengambil vaksin?

Apa hujah doktor berkenaan tidak mahu mengambil vaksin. Tidak semua doktor sama kategori. Ada doktor mereka menjadi pakar dalam bidang berlainan sebagaimana para ustaz ustaz yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berbeza

10. vaksin ada kaitan dengan yahudi?

Ilmu walaupun berkaitan dengan yahudi, kita kena terima. Nazi German suatu ketika dahulu pernah melaungkan slogan ini kerana mereka sangat anti pada Yahudi. Vaksin jika memberikan kebaikan pada ummat adalah baik. seandainay vaksin ini memberikan keburukan sudah pasti Yahudi sendiri tidak akan mengambilnya.

FIMA merupakan sebuah pertubuhan Perubatan Islam sedunia yang sangat berautoriti dan sering mengamjurkan persidangan: vaksin merupakan satu perkara wajib kerana mencegah penyakit.

orang yahuid juga mengambil vaksin. Banyak propaganda berlaku seperti di Afghanistan dimana banyak wabak terjadi kerana keengganan mereka mengambil vaksin.

kembalilah berbahas pada dasar ilmu.


p/s: ada beberapa soalan yang dijawab oleh Prof tidak disebutkan disini berkaitan adakah  Human deploid cell dan berkaitan sel bayi yang digugurkan yang digunakan dalam pembuatan sesetengah vaksin?

wallahu A'lam  :)

Friday, April 18, 2014

Vaksinasi menurut pandangan Islam

Saya cuba ringkaskan pandangan yang Prof Madya Dr Zakuan Zainy B. Deris, seorang Clinical Microbiologist dari HUSM. Ringkasan ini sebagai panduan sekiranya kita malas untuk menonton video berkaitan diinternet. Walaubagaimanapun, perbetulkan saya andai ada kesilapan dalam ringkasan ini dan saya memohon agar pembaca kembali kepada video berkenaan.

klip video

 http://www.youtube.com/watch?v=jfnmBpo_DWE

1. pertamanya, kita perlu memahami hakikat ilmu. Bahawa pengetahuan sains dan nature (semulajadi) itu adalah hak milik Allah. Jangan semata mata kita mahu mempertahankan agama ini dan menolak sains yang juga diakui sebagai ilmu dari Tuhan. Ada sebahagian pembodohan pembodohan yang dilakukan atas dasar agama sedangkan semua ini bermula dari sikap kita yang tidak mahu pada ilmu. Jangan sampai kita menentang ilmu dan barat sehingga menyebabkan umat Islam itu tertinggal padahal pernah suatu ketika dahulu, dimana Islam tertegak dan menguasai 2/3 alam dengan ilmu dan kajian (research).

2. Pentingnya kita mempelajari sains dan menjiwai ilmu. Sedang hadis Nabi menceritakan Hikmah itu adalah barang peninggalan orang mukmin yang telah hilang.

3. Asas kepada vaksinasi ini, kita perlu memahami satu ilmu iaitu ilmu berkaitan sistem pertahanan tubuh badan iaitu dipanggil ilmu imunisasi  (imunologi). Dalam tubuh kita mempunyai jutaan malah bilion kuman. akan tetapi kuman yang ada dalam tubuh tiada faktor yang boleh menyerang tubuh kita. Ini adalah anugerah Tuhan pada hos (iaitu perumah)

4. Bagaimana badan kita bertindak terhadap kuman? Secara mudahnya bakteria ini boleh menjangkiti badan melaui banyak jalan. Ada jalan jangkitan melalui kulit, sistem penghadaman kita dan sebagainya. Kuman ini akan mengaktifkan sistem imunisasi dalam tubuh, kemudian kuman ini mati dan dikeluarkan dari badan. sel sel ini yang menjadi benteng dan bertindak sebagai sistem pertahanan badan. ianya mungkin sahaja disebut antibodi, sel darah putih dan sebagainya.

5. Vaksin adalah terhasil melalui evidence based learning, iaitu melalui peringkat kajian dan bukti. Jika tiada imune sistem, banyak kuman dalam masyarakat. Contoh mudah, semasa zaman Al Arqam, penyakit polio hampir tiada diMalaysia pada masa itu tetapi ada beberapa wabak dikesan di Sg. Pencala kerana masyarakat tersebut tidak mengambil imunisasi.

6. Justeru kenapa takut pada program imunisasi/ vaksin? kembali kepada dasar imu dan Hikmah diatas.

7. vaksin melalui clinical trial, dicuba dalam makmal dan diuji pada haiwan dan dibuktikan apa sistem imunisasi yang dikuatkan. Kita tidak dijangkiti kuman mungkin kerana 2 faktor. 1 adalah kerana tiada kuman ataupun kerana kuman tidak banyak. Imune sistem perlu berada dalam dos yang diperlukan sahaja, tidak kurang dan tidak berlebihan.

8.dalam badan kita, ada sel darah putih yang mempunyai keupayaan untuk mengingat sebarang jangkitan kuman ( memory). Keupayaan untuk melawan bakteria yang biasa biasa, ada yang mampu melawan bakteria kuat.  Jika kuman kuat, antibodi tidak boleh lawan menyebabkan kuman menjadi dominan dan badan akan terkena jangkitan.

9. vaksin adalah bahan yang digunakan untuk memberitahu sistem imun badan bahawa pada masa hadapan kemungkinan badan kita akan hadapi kuman bahaya seperti ini yang boleh menyebabkan kematian tinggi.

10. ini adalah inisiatif percuma dari Kerajaan sebagai program negara. Jika ada wabak, menyebabkan beribu ribu kematian

11. Vaksinasi diperkenalkan kepada tubuh dengan ingatan berkemungkinan besar kuman akan dihadapi pada masa hadapan. Namun vaksin ini diberikan dalam dos terkawal. Kuman yang diberikan pada tubuh adalah kuman lemah, sebahagian dari kuman contohnya kaki kuman, kulit. Akhirnya sistem imun kita akan kenal dan menghasikan memory (ingatan). Jika pada masa hadapan badan kita terjumpa benda sama, ia akan kenal ini sebagai benda asing dan melawan.

12. Sistem pertahanan perlu banyak serangan untuk mencukupkan askar askar bagi menghadapi musuh. kerana itu vaksin diberikan mengikut peringkat peringkat. Contohnya Hep B DIBERIKAN BEBERAPA PERINGKAT. dpt DIBERIKAN BEBERAPA PERINGKAT. aDA VAKSIN YANG DIBERIKAN 1 peringkat sahaja seperti MMR. ini kerana vaksin ini sudah melalui kajian klinikal. Kuman kuman yang ditarget untuk program vaksinasi adalah kuman berbahaya yang mampu menyebabkan kecacatan dan kematian. contoh Polio boleh menyebabkan kecacatan dan kematian.

13. Vaksin ini ada pelbagai bentuknya. contoh adalah antinated vaksin iaitu kuman lemah. kepentingannya adalah ia mirip kepada natural infection.

14. matlamat program vaksinasi kebangsaan adalah penting dimana satu populasi memerlukan vaksin untuk mencegah penyakit. namun tidak semua orang perlu pada vaksin untuk memastikan program imunisasi berjaya. contohnya jika dalam 100 orang, 90 orang mengambil vaksin dan 10 orang tidak mengambilnya, kuman tidak mampu untuk menjangkiti masyarakat itu. 10 orang yang tidak mengambil vaksin akan di protect sama. Namun jika hanya 10 % dari masyarakat yang mengambil vaksin, kuman akan berleluasa dalam sesebuah masyarakat.

15. Jika seorang dewasa, mempunyai kuman tetapi tiada simptom penyakit, ia dipanggil carrier (pembawa kuman). ini bahaya kerana apabila ia mempunyai anak, dan tidak mahu memberi vaksin pada anak, anak yang tidak kuat antibodi ini boleh dijangkiti kuman dari si ibu. dalam sesebuah masyarakat, target untuk program vaksinasi adalah 80% mengikut jenis penyakit.

16. Seandainya 10% dari masyarakat yang tidak mengambil vaksin ini berada dalam 90% masyarakat yang mengambil vaksin, mereka akan selamat kerana mereka di jaga. tetapi bahaya jika dia keluar kepada masyarakat luar cth dengan melancong dalam keadaan masyarakat lain sebagai carrier, dia bermasalah kerana jangkitan itu senang kepadanya.

17. Ini adalah program kerajaan yang serius dan wajib kepada kita untuk mengambilnya kerana dalam Islam sendiri pencegahan itu lebih baik dari merawat. Malah dalam kisah Saidina Umar sendiri yang mengambil langkah pencegahan tatkala Baitul Maqdis dilanda wabak dimana beliau tidak mahu masuk kedalamnya atas alasan pencegahan.

18. tiada bukti kukuh perkaitan vaksinasi dan penyakit autism. ( rujuk minit 41). Kes measle meningkat di kawasan UK pada sekitar tahun 2000 selepas masyarakat disana tidak mahu mengambil MMR vaksin sehingga Perdana Menteri Tony Blair terpaksa mempromosikan MMR vaksin dengan menunjukkan anaknya sendiri mengambil vaksin tersebut.

19. vaksin ini suatu bentuk ketamadunan manusia. untuk memajukan sesebuah masyarakat. ia bukannya benda mungkar, tapi baik untuk ummah. janganlah kita membawa budaya pembodohan dengan membawa teks teks agama. Budaya ubat dikaki lima tidak diuji pada tikus, tetapi pada manusia. Testimoni testimoni yang dibuat buat sebagai bagus. Kes kes kesan buruk yang sampai sekarang kita tidak pernah tahu kesan kesannya.

20. pelik, satu ubat melayu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. sedangkan kita tidak tahu apa bahan dan kesannya. kembalilah kepada evidence based medicine. Kajian kajian yang dibuat.

Ini adalah inisiatif sendiri penulis untuk kembali menulis apa yang telah diucapkan oleh Prof Madya Zakuan. jika ada kesilapan pada penulisan, sila kembali kepada video beliau di laman yang diberikan diatas.

Bahagian ke-2 sesi soal jawab akan menyusul insya Allah.


Tuesday, August 20, 2013

tanda tanda sakit badan

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu.
 Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya.
Info di bawah ini antara info yang terbaik.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMANA. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAHa) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
 b) AIR KENCING BERKAPUR
 Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong PendaftarUnit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Tuesday, July 30, 2013

Senarai buku perubatan

Disini saya senaraikan buku buku perubatan yang saya dan rakan rakan saya gunakan. Buku buku ini bersifat praktikal iaitu penting untuk dibaca. Memandangkan kami belajar di India dan Malaysia,

saya listkan buku buku penting yang patut dimiliki iaitu international text book dan Indian text book yang saya rasa bagus untuk dibaca dan sesuai dibaca oleh pelajar perubatan di Malaysia

Kebanyakan pensyarah bukan berasal dari India/ tidak pernah belajar di India biasanya tidak menyukai buku buku keluaran India. walaubagaimanapun kami yang pernah belajar di India merasakan buku keluaran India tidak kurang hebatnya dan mudah untuk difahami.

Saya tidak senaraikan semua buku disini. Buku yang disenaraikan disini adalah bku yang WAJIB ada bagi setiap pelajar perubatan dan buku yang saya guna untuk diri senddiri. Buku untuk rujukan boleh didapati di perpustakaan perubatan.

Insya Allah.

tahun pertama:

1. Anatomy:
 Frank Netter Atlas of Human Anatomy ( buku bergambar anantomy untuk dihafal)
Keith L. Moore Clinical Oriented Anatomy ( international text book preferred)
Chaurasia's Human Anatomy (Indian text book preferred)

3 buku ini sangat memadai untuk memahirkan tentang sabjek anatomy

2. Physiology:
Ganong Review of Medical Physiology (international text book)
G K Pal textbook of medical physiology (Indian text book preferred)
A K Jain textbook of physiology ( Indian text book preferred)

3 buku ini mencukupi untuk belajar physiology

3. Biochemistry:
Lippincotts illustrated review Biochemistry

tahun kedua:

1. Pathology
Underwood General and systemic pathology (International edition)
Robbins Basic Pathology  (International edition)

2. Microbiology
Mim's medical microbiology (International edition)
Medical parasitiology Arora  (Indian preferred)
Ananthanarayan textbook of Microbiology (Indian preferred)

3. Forensic medicine

4. pharmacology
Tripathi Essential of medial pharmacology ( Indian and International edition)
Shanbhag pep manual for undergraduates pharmacology (Indian preferred)

tahun ketiga, empat dan lima (clinical years)

1. Medicine:
Davidson Priciple and practice of medicine (International edition),
 Macleod's clinical medicine ( International medicine)  
Oxford handbook of medicine
Optional: Kumar n Clark medicine (Indian preferred)

2.Surgery
Bailey n Love short practice of surgery (international edition)
Norman Browse introduction to surgical symptoms and disease ( internationational edition)
S. Das on manual and clinical surgery (Indian preferred)

3.OBG
Prof Sachchithanantham Obstetric today (Malaysian preferred)
Prof Sachchithanantham gynaecology today (Malaysian preferred)
D.C. Dutta TEXTBOOK OF OBSETRICS (Indian preferred)
D.C Dutta textbook of gynaecology (Indian preferred)
Hacker and Moore essential of obstetrics and gynaecology (international preferred)

I prefer Obstetric and gynaecology today. New books release by professor from Malaysia. Good books to read to become a competent houseman.

4. Paediatics
Tom Lissauer illustrated textbook of paediatrics (International preferred),
 OP Ghai essential paediatrics (Indian preferred)

5.Opthalmology
AK Kurana comprehensive ophthalmology (Indian preferred),
Kanski clinical ophthalmology a systemic approach (International eition)

6.ENT
PL dhingra Disease of ear, nose and throat (International edition)

7. Psychiatry
Oxford handbook of psychiatry (international edition)
 n Ahuja a short textbook of psychiatry (Indian preferred). guna semester 5 di India sahaja( ICD 10)
Kaplan and Sadock pOCKET HaNDBOOK OF CLINICAL Psychiatry (International edition) used in Melaka (DSM 4)
Dr Swaminathan Psychiatry for undergraduates examinations... made soo easy!! (used In Melaka written by HOD Psychiatry MMMC). Can buy in Melaka RM 20.00

8. Orthopaedic
Apley's system of orthopaedics and fracture (International edition)
J. Maheswari essential of orthopaedics  (Indian preferred)
Lee Joon Kiong Malaysian medical series physical examination in orthopaedics surgery (Malaysian preferred)

9. Skin
Roxburgh common skin disease (International edition)

Others:
-French INdex Differential Diagnosis,
-ECG made easy
-Abdominal Xray made easy( good)
-Chest xray made easy(good)
-emergency medicine oxford handbook
-Clinical specialties oxford handbook
-paediatric oxford handbook
- X-ray by bushun lakkhar

Tuesday, July 23, 2013

Orthopeadics posting

Agak lama saya tidak berkongsi kehidupan di hospital. Saya sangat gembira hari ini mendapat satu meseg dari seseorang yang tidak dikenali bernama Kak Nurlisa. moga kakak mendapat rahmat dari Allah. Tahniah diatas kejayaan anak akak yang akn melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan juga. Mesegnya berbunyi:

""assalamuaikum.. seronok baca blok adik.. banyak info yg akak dapat.. kebetulan anak akak akan masuk belajar medic .. bleylah dia baca blog adik ne"

Sekarang posting orthopaedics (tulang). Ini posting ketiga saya dalam tahun akhir sebagai pelajar perubatan. ada 6 bulan lagi sebelum ke final exam dan Insya Allah bergelar seorang doktor.

Agak bersyukur juga kerana posting ortho dalam bulan puasa. aya sangat lembik pada waktu siang. Syukur kerana posting ortho kerja tak banyak, kelas pun kurang. Bolehlah berehat rehat sedikit. Waktu malam sangat kuat rasanya. :)

sekali dalam seminggu kami akan ke Mahkota specialist center di Bandaraya Melaka. Disana kami akan ada attachment dengan pakar orthopaedic yang akan membimbing kami. Pada paginya biasanya kami akan clerk beberepa kes yang akan menjalani pembedahan pada waktu petangnya. Kemudian kes ini kami akan bincangkan bersama dengan specialist sebelum kami dibenarkan melihat pembedahan yang akan dijalankan keatas pesakit.

Biasanya kes yang sering dilihat seperti Osteomyelitis ( jangkitan pada tulang), osteoarthritis ( sakit lutut). Pesakit ini akan mejalani pembedahan pada waktu petangnya.

Pada hari lain, kami akan berada di Hospital Melaka. Aada pesakit yang datang kerana luka dikaki akibat komplikasi kencing manis yang dipanggil sebagai diabetic foot ulcer (DFU) iaitu ada luka dikaki akibat dari komplikasi kencing manis. jika tidak dijaga dengan baik, pesakit ada peluang yang tinggi untuk kehilangan kaki kerana kaki terpaksa dipotong. Ini sangat mendukacitakan sebenarnya. Kerana itu pesakit kencing manis sepatutnya mendapat nasihat yang wajar dari doktor dan perlu menjaga diet pemakanan yang baik agar paras gula dalam darah berada pada tahap yang normal.

Ada juga seorang pesakit yang berada di wad kerana sakit belakang (back pain ). Beliau mendapat penyakit dikenali sebagai Prolapsed intervertebral disc (PID) iaitu masalah tulang belakang yang mengakibatkan system saraf rosak. Satu yang mendukacitakan pesakit ini seorang muslim dan menghidap HIV dan mempunyai sejarah yang sangat mendukacitakan.

Biasanya pemain bola sepak ramai yang akan masuk wad orthopaedics. Masalah utama yang akan mereka alami adalah dikenali sebagai tear of Anterior cruciate ligament (ACL). iiaitu ligament pada lutut putus ataupun terkoyak. Oleh itu pemain bola sepak semua perlu berhati hati jangan sampai kecederaan berlaku pada lutut anda. :)

Kes lain yang biasa dan seringkali ada adalah kes patah tulang. Ada satu kes seorang rakan dari sebuah universiti terdekat patah jari anak kakinya kerana sersadung ketika turun tangga. Jari kakinya perlu dirawat dan beliau terpaksa bermalam diwad untuk beberapa hari.



Wassalam ^_______^

 

Monday, May 27, 2013

Phase 11 Melaka Manipal

Belajar di Melaka Manipal sangat menarik. dugaan dan cabaran juga besar. 2 tahun setengah di India merupakan satu pengalaman yang sangat indah. Pada 2 tahun pertama, kita akan belajar teori asas sebelum melangkah ke hospital. Setengah tahun terakhir adalah waktu "honeymoon" hadiah selepas lulus exam tahun kedua.

Waktu ini kita akan belajar sedikit tentang kehidupan di hospital, cara untuk memeriksa pesakit dan cara untuk "clerk" pesakit.

Kemudian kita akan menyambung 2 tahun setengah terakhir di Malaysia (Melaka). Sistem disini berbeza berbanding di India dimana disini 90% lebih kehidupan kita adalah di hospital dan teori adalah sebagai 'add up' pada sistem.

Pada semester 6 di Melaka kampus, sistem akan dibahagi kepada 2. pagi adalah waktu klinikal di hospital, samada di Hospital bESAR Melaka, hospital Muar ataupun Jasin. Bagi pelajar dalam posting community medicine, mereka akan dipostkan di klinik klinik kesihatan desa.

Pada semester ini, pagi waktu klinikal, petang adalah waktu untuk kelas teori di kolej. Antara sabjek yang perlu diambil semasa semester 6 adalah medicine, OnG, surgery, peadiatriks, Opthalmology, ENT, community medicine.

Semasa posting perkara yan akan diajar dan dinilai adalah

1. History taking : Cara anda berkomunikasi dengan pesakit seperti bertanya kepada pesakit kenapa dating hospital, sakit apa, huraian kepada penyakit dan kita perlu membuat diagnosis apa penyakit yang dihadapi.

2. examination part: dimana kita akan dinilai dan diajar bagaimana mahu memeriksa pesakit melalui general examination pada badan pesakit dan local examination.

Ini adalah kemestian untuk pelajar semester 6.

Semasa semester 6, adalah boleh dikira waktu 'honeymoon' untuk anda sebelum masuk semester 7 dan 8 iaitu semester kritikal untuk exam p2s1. walaubagaimanapun semesa akhir semester 6, anda akan menduduki satu peperiksaan sebelum melangkah ke semester 7. Markah didalam peperiksaan ini akan dicampur kedalam p2s1. Tak banyak tetapi ok la. :)


Semester 7 dan 8 (p2s1).

Ini adalah semester kritikal dimana anda akan diuji kompetensi untuk menjadi seorang doctor.
Mesti lulus semua posting yer.  Sabjek yang perlu diambil adalah surgery, OnG, Opthalmology, ENT, Commed, peadiatrik, orthopedik, dan medicine.

Setiap satu posting akan ada satu end of posting exam dimana anda akan dinilai melalui peperiksaan keatas pesakit. klinikal exam ini sangat penting dimana anda akan dinilai berdasarkan history taking, physical examination dan teory. Teory termasuklan apa investigation yang akan anda lakukan keatas pesakit dan apa management. Biasanya management tidak ditanya banyak semasa p2s1. Inanya untuk exam final p2s2.

Untuk ke exam p2s1, anda kena ada attandence setiap posting 90 %. Usah buat masalah dengan kehadiran. :)

Untuk ke p2s1 juga anda tidak boleh fail lebih dari 3 posting. Lebih baik lulus semua posting kerana ia akan memberi benefit semasa exam p2s1 nanti.

uNTUK EXAM P2S1, akan ada 3 komponen iaitu OSCE, teori dan long case. Kena lulus ke tiga tiga komponen ini. Markah lulus adalah 50%. Jika gagal dalam ruang 45-50%, anda akan pergi ke supplementary exam selepas sebulan. Maknanya kena ulang komponen yang gagal. disinilah pentingnya untuk lulus exam setiap posting.

Jika anda lulus exam setiap posting, dan jika anda gagal dalam salah satu komponen p2s1, anda boleh pergi ke supplementary exam.

Tetapi jika anda gagal dalam satu posting exam dan anda gagal dalam salah satu komponen p2s1, anda akan dikira gagal terus dalam p2s1. Bermakna anda perlu mengulang satu semester sebelum dapat kembali mengambil exam p2s1.

Semasa di Melaka kampus, kita akan diajar bagaimana mahu 'approach'  kepada pesakit. bagaimana mahu 'elicit history' dari pesakit, apa investigation yang perlu dibuat dan apa 'treatment' yang boleh dibuat. Disini juga kita akan belajar lebih kepada perkara perkara rutin seperti mengambil darah pesakit, cucuk jarum, simulasi merawat pesakit trauma dan sebagainya.

Insya Allah penulisan ini akan bersambung :)

Penulis Blog Aku Budak Medik :) :)