untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label Inspirasi hidup. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi hidup. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

setahun saya membisu

oh my God! biar betul. hampir setahun blog saya tidak terusik. kata blogger terhebat. Dr A.I. blogger terhebat dipasaran. apa sudah jadi.

Memang banyak yang sudah menjadi. hari ini saya bukan lagi seorang lelaki bujang. saya bergelar seorang suami kepada isteri saya tercinta, Nurnajwa binti Allahyarham Pahimi (semoga Allah merahmati bapa mertua saya yang pergi meninggalkan kami hampir srebulan lalu). perkenalan kami sangat indah. siapa sangka kami tidak pernah bertemu mata, hanya sekadar berwhatsapp beberapa ketika, berbicara jauh didua benua untuk seketika lantas disatukan atas keredhaan kedua ibu dan ayah. kami hanya mengenali diri masing masing dan bertemu mata semasa hari pertunangan. bayangkan betapa berdebarnya hati dr muda ini untuk melihat pasangan yang akan hidup bersama untuk jangka masa yang lama.

berdebar. namun tatkala mata menjeling memandang wajahnya, adus sungguh ayu ma. sungguh indah ayah. terima kasih kerana memberikan anak ayah dan ma ini keizinan untuk mengenalinya. terima kasih pa kerana memberikan keizinan buat Amin menjaga anak pa. semoga pa bahagia bersama orang beriman disana.

Blog ini hampir mencecanh umurnya 6 tahun. saya bermula sebagai pelajar perubatan di Melaka Manipal Medical college, kemudian menjadi seorang houseman ( doktor pelatih di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan) sehingga saya bergelar seorang medical officer sekarang di Hospital Raja Perempuan Zainab ii. ini blog saya dan ini tempat saya meluahkan perasaan hati, kesedihan, kegembiraan. segala apa yang saya tulis disini adalah bersih dari hati. saya menerima banyak komen membina dan memberangsangkan. terima kasih kepada pembaca budiman. terima kasih kepada adik adik diluar sana yang mengambil sedikit inspirasi dari kata kata abang doktor ini. aku hanya mahu meninggalkan secebis kenangan buat semua yang pernah mengalami kepahitan hidup dalam menggapai cita cita.

jika aku yang tidak hebat ini mampu berjuang dan sanggup meredah duri dan mata pedang yangs angat tajam, apatah lagi kamu yang hebat. pasti kamu juga mampu melangkah jauh. melangkah pergi ke puncak cita cita kamu.

ah. rajin pula tangan ini menaip selepas hampir setahun tidak menceriakan blog usam aku budak medik ini. percayalah sekali budka medik, aku budak medik selamanya.

abang doktor sayang ...

Friday, August 7, 2015

Houseman

Tentatif

9 am: Road to housemanship
          Dr Musastika  HO Hospital Melaka (Melaka Manipal                 Medical College)
10 am: Managing HO life
           Dr Asma' Ahmad Razali , HO Hospital Melaka                            (University of Tanzania Australia)
           Dr Amin Ismail , HO Hospital Tengku Ampuan Afzan                Kuantan   ( Melaka Manipal Medical College)
11 am: Q&A

Wednesday, June 24, 2015

aku kamu dan Mesir

Alhamdulillah, saya baru menikmati nasi kerabu daging bakar yang sangat sedap untuk berbuka puasa semalam. Harga yang saya perlu bayar untuk mendapatkan nasi kerabu ini adalah RM 72 untuk tiket bas express kuantan kota bharu dan kota bharu - kuantan. Tukang masaknya pula sudah pasti seseorang yang sangat istimewa yang telah memasak untuk saya lebih dari 28 tahun lepas. Itulah bonda yang tercinta.

Saya pulang semata mata untuk berbuka puasa. Selepas berbuka terus siap siap ke perhentian bas untuk kembali ke kuantan. Hari ini saya oncall buat pertama kali sepanjang Ramadhan ini. Semoga Tuhan merahmati saya dan kerjaya saya.

......................................................................................................................................................

Dari Lundang ke Newcastle. Siapa pernah tengok video klip in? daripada MAS. Sungguh, cinta itu kadangkala sungguh hebat. Cinta juga sesuatu yang sukar untuk difahami. Cinta yang hakiki pula membawa kita ke jinjang pelamin. Siapa sangka cinta itu rahsia Allah dan ketentuan darinya. Kadangkala kita terlalu memilih padahal ia ada didepan mata kita. Kadangkala kita nampak apa yang dihadapan kita namun Tuhan sebenarnya menyembunyikan cinta itu jauh dari kita.

Siapa sangka tatkala kita merasa putus asa untuk mencari, Ia hadir tiba tiba membuka pinta hati kita. Ia menyergah kita dan menyapa kita dengan kalam yang sungguh manis.

Benarlah tidak semua keinginan kita mampu kita kecapi dalam sekelip mata. Kadangkala kita terpaksa berkorban untuk sesuatu yang menggembirakan. Kita mungkin merasa apa yang kita ada itu adalah yang baik, tapi sebenarnya yang baik itu boleh menjadi lebih baik tanpa kehadiran kita. Begitu juga sering kita menyangka apa yang kita miliki itu terlebih baik, padahal Tuhan berfikir sebaliknya.

Tidak pernah salah pada dunia. Itu adalah lumrah alam. kadangkala melepaskan ikatan ditali itu lebih kurang sakitnya daripada berterusan dan sedaya upaya menariknya .

.....................................................................................................................................................

saya pernah menjejak kaki dibumi Kinanah, bumi Mesir, bumi para anbia'. Indah bumi itu. saya rindu untuk kembali kesana . Seakan ada cinta mekar yang sedang menunggu saya disana. Biarlah saya berdoa agar bunga itu terus berkembang mekar menghirup udara yang segar dengan ilmu dan segala manfaat dari bumi dan seisinya. Agar apabila ia kembali ke pangkuan saya, ia mampu memberikan bau bauan yang segar untuk saya terus melangkah laju di medan ini.

Siru a'la barakatillah.

aku merinduimu :)

Friday, August 15, 2014

kehidupan seorang doktor

Dr A.I. Ho life: Jangan menyesal dikemudian hari. Menjadi seorang doktor tidak dinafikan komitmen kami untuk pesakit terlalu tinggi. Hospital bukan seperti sebuah hyermarket yang penuh dengan manusia membeli belah. apabila sampai waktu hypermarket ditutup, ianya akan menjadi kosong dan manusia beransur ansur pulang kerumah. Kehidupan warga hypermarket kemudiannya akan mula menjadi sibuk menjelang keesokan harinya.

Hospital pula berbeza. kehidupan masyarakat didalamnya hidup24 jam sehari. Ia tidak pernah ditutup untuk selamanya sehingga kiamat. Jika ada 1 hospital di tempat anda, ia senantiasa akan penuh. apabila ditambah 1 lagi hospital berdekatan sudah pasti hospital tersebut juga akan mula dibanjiri dengan manusia. Kenapa? saya sendiri memerlukan jawapan terhadap perkara ini.

Apabila hospital senantiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan senantiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam, cuti hujung minggu ataupun cuti perayaan. Pekerja perlu senantiasa ada untuk memastikan pesakit kami sentiasa berada dalam keadaan selesa mahupun selamat.

Kadangkala kita terpaksa mengorbankan banyak kepentingan diri, keluarga, hobi dan masa lapang. ad yang terpaksa meninggalkan anak anak bersama pembantu semata mata kerana tugasan. Ini adalah pengorbanan yang besar untuk dinilai oleh warga kebanyakan.

Berapa kali saya ditegur oleh pesakit yang melihat saya pada awal pagi sampai ketengah malam.

" Doktor tak balik rumah ke?"

"Doktor lagi! takda doktor lain ke yang bertugas?"

" Doktor tak bercuti ke?"

Apabila saya menerangkan kerja dan tugasan saya, ramai pesakit yang ' bersimpati' dengan kerja dan bebanan seorang house officer kerdil ini. ramai juga pesakit dan keluarga yang asalnya panas baran apabila ibu, ayah dan anak mereka lambat dirawat mula reda apabila mengetahui saya tidak cukup kaki dan tangan dalam menguruskan mereka untuk dimasukkan kewad, menguruskan mereka untuk naik ke tempat pembedahan, menguruskan anak mereka untuk keluar dari hospital.

Percaya atau tidak, seorang pesakit yang datang pada pukul 5 petang ke wad kecemasan, perlu bertemu doktor dibahagian kecemasan pada jam 6 petang, kemudian doktor tersebut akan 'refer' kes kepada doktor bahagian tulang pada pukul 7 petang, akan dilihat dan diperiksa oleh doktor pelatih pada jam 8 malam. doktor pelatih akan 'refer' kes kepada 'bos' pada jam 8.30 petang dan pesakit akan dimasukkan ke wad sementara pada jam 9 malam untuk menunggu pembedahan secara kecemasan pada malam tersebut juga. pada masa sama terdapat sepuluh kes pembedahan kecemasan sedang menunggu untuk diuruskan sedangkan doktor yang menguruskan pembedahan hanyalah seorang medical officer bersaama dengan 2 orang house officer sebagai pembantunya. pesakit ini berkemungkinan besar terpaksa menunggu giliran untuk dirawat.

Inilah kehidupan di sebuah hospital kerajaan. Ini terjadi bukan kerana kami sengaja melengahkan urusan merawat pesakit kami. Hal ini kerana terlalu ramai pesakit yang datang secara serentak dan kerana ketidak kemampuan kami dalam menyediakan kaki dan tangan dalam menguruskan pesakit pesakit kami.

Walaupun saya sekadar junior house officer, tapi saya berkawan dengan semua orang daripada senior house officer, medical officer sehingga kepada specialist. mereka berkongsi kehidupan sebagai seorang doktor dan hari hari yang mereka lalui. kehidupan seorang doktor memang memerlukan kita mengorbankan banyak masa dan waktu dihospital. Komitmen kami tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja warga masyarakat yang ada. Masyarakt perlu mengerti dan memahami tugasan ini.

Antara kehidupan sebagai seorang doktor dan kehidupan peribadi seorang manusia yang normal seperti kalian diluar sana. antara kuantiti masa dan kualiti masa kami bersama keluarga tercinta. tidak dinafikan kualiti itulah yang kami mampu berikan kepada keluarga kami tercinta. cukup sehari dapat bercuti bersama keluarga, cium tangan emak dan ayah melepaskan rindu akhirnya esok kembali menceriakan pesakit pesakit kami dihospital.

Namun begitu kehidupan kita perlu ada batasan. Sesibuk manapun kehidupan sebagai seorang doktor, kita tetap manusia biasa yang perlu kepada kehidupan peribadi. usah biarkan kehidupan dihospital membuatkan kita hilang sebuah kehidupan lain sebagai seorang anak, suami dan isteri, ibu dan ayah kepada orang tercinta.

Kerana itu sahabat saya sering menasihatkan saya agar menjaga kualiti masa yang ada sebaiknya dengan orang tercinta. Jagalah masa agar kita mampu menikmati kehidupan sebagai seorang manusia yang sempurna.

Kehidupan ini bukan secara 1 arah sahaja. kehidupan ini mempunyai banyak jalan unuk dilalui. Kita melangkah walaupada 1 jalan namun usah sesekali kita meninggalkan perkara perkara sampingan yang perlu dibawa bersama agar kita tidak terlepas untuk menjadi seorang manusia yang hakiki.

Semoga apabila umur kita meningkat dewasa, kita tidak sesekali menyesal untuk berkata sesibuk manapun aku dahulu dihospital bersama pesakit, aku mempunyai sebuah keluarga yang terjaga dan aku mempunyai sebuah kehidupan peribadi yang amat menyeronokkan.
Just be a true human being and enjoy our life 
Penulis blog aku budak medik ^^

Tuesday, August 27, 2013

Kiosk Ayamzz Roti Impit

KOPERASI Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) membuka Kiosk Ayamazz Roti Impit kedua di Ikano Mall, Damansara.

Pengarah Urusan MOCCIS, Datuk Yusra Sabar berkata, penglibatan MOCCIS dalam sektor perniagaan kios roti impit secara ala francais di bawah Ayamazz memberi peluang yang amat baik untuk terus  berkembang dalam bidang penyediaan makanan segera ini.

“Kios pertama kami adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) yang telah beroperasi sejak Februari lalu.

"Bagi cawangan kedua ini, kami telah beroperasi secara tidak rasmi 6 April lalu," katanya.

Menurutnya, MOCCIS turut membelanjakan sebanyak RM554,000 untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Katanya, perancangan jangka panjang MOCCIS bagi mengembangkan lagi perniagaan ini ialah untuk membuka lebih banyak lagi kios di semua perhentian rehat (RNR).

“Kami bercadang ingin membuka kios seperti ini di sepanjang RNR, namun ianya masih di peringkat awal perbincangan bersama pihak Plus.

“Bagi perancangan terdekat, menjelang hujung tahun depan kami bakal membuka dua lagi kios iaitu di KLIA 2 dan di SOGO,” katanya.

Ayamazz Roti Impit atau Frank Buns adalah konsep snek ambil dan pergi dan tersedia dalam pilihan tiga rasa iaitu keju, cendawan dan lada hitam.

http://www.sinarharian.com.my/novel-terbaru/ayamazz-roti-impit-kedua-dibuka-1.195874

Monday, August 19, 2013

Yuna

Yuna


NAMA Yunalis Zarai atau Yuna tidak perlu diperkenalkan lagi kerana memiliki kehebatan vokal yang tiada bandingannya.

Meraih kejayaan demi kejayaan di tanah air sendiri, anak jati Alor Setar, Kedah, ini turut mencipta nama di peringkat antarabangsa sehingga digelar sebagai 'Norah Jones' oleh penerbit dan komposer tersohor, David Foster.

Kehebatan pelantun lagu Terukir Di Bintang, bukan sahaja membuka mata rakyat Malaysia, bahkan juga telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Lagu Inggeris dendangannya, Shine Your Way Be, kolaborasi bersama Owl City, mendapat sambutan serta pujian di seluruh pelosok dunia.  

Turut dijadikan sebagai lagu tema untuk filem animasi popular, The Croods, yang telah ditayangkan di pawagam Mac lalu. Sejak dilancarkan lima bulan lalu, lagu ciptaan Alan Silvestri dan Glen Ballard yang pernah mencipta lagu untuk penyanyi terkenal dunia seperti Michael Jackson, Alanis Morissette serta No Doubt itu menerima tontonan lebih dua juta pelayar YouTube.

Tidak terhenti di situ, Yuna turut melancarkan video single terbarunya, I Wanna Go, awal bulan lalu. Lagu ciptaannya bersama Verve itu bagaimanapun hanya dipasarkan di Amerika sahaja.

"I Wanna Go merupakan single pertama yang saya pilih untuk EP. Muziknya digarap dengan eleman ketimuran, yang mana akan ada bunyi kompang dihasilkan daripada gendang.

"Saya memang memberi kelainan terhadap lagu ini dan saya berharap ia akan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat muzik," kata Yuna yang akan tampil dengan  album penuh pada September ini.

Tidak meminggirkan peminat tempatan, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu, Dan Sebenarnya ini turut melancarkan dua single terbarunya iaitu Lelaki... dan Dwihati (bersama Aizat), yang semakin rancak diputarkan di corong-corong radio tempatan.

Terima pujian Rihanna

Selepas kejayaannya melalui lagu Shine Your Way, Yuna kini rancak mengembangkan empayar seninya di Amerika Syarikat, apatah lagi dia sibuk menyusun jadual untuk konsert jelajahnya mengelilingi benua Uncle Sam itu.

Melalui lagu tersebut, bakat yang dimiliki Yuna bukan sahaja menerima pujian daripada peminat, bahkan turut dikagumi oleh pencinta muzik tanah air.

Apatah lagi dia berjaya menarik minat penyanyi Hollywood, Rihanna menerusi Twitter rasminya, memuji suara dan bakat yang ada pada Yuna.

"Saya menyukai suara kamu yang unik dan berbeza dengan penyanyi lain.

"Anda antara penyanyi yang terbaik pernah saya temui," kata Rihanna.

Dalam masa sama, Yuna membalas pujian tersebut dengan ucapan terima kasih di atas penghargaan penyanyi yang terkenal dengan lagu Diamonds itu.

Malah tidak mustahil kelak, Yuna akan menarik perhatian penyanyi-penyanyi popular antarabangsa untuk berkolaborasi.
 
Bukan bersandarkan pada impian semata-mata, gadis manis yang masih mengekalkan imejnya yang bertudung itu turut di undang ke rancangan bual bicara popular Amerika, Conan sekitar April lalu.

Menerusi rancangan tersebut, Yuna turut mendedahkan single seterusnya, Live Your Life, turut mendapat kolaborasi bersama penyanyi Rap terkenal, Pharrell Williams. Malah lagu tersebut turut dimuatkan dalam album penuhnya.

Inspirasi, karya baru

Berkongsi pengalaman ketika berada di luar negara, Yuna berkata, penat lelahnya berulang alik dari Malaysia-Los Angeles ternyata semakin membuahkan hasil.

Selain dapat mengembangkan bakatnya, dia juga dapat menimba lebih ilmu terutamanya dalam penciptaan lagu.

Akui Yuna, bekerja dengan komposer dari pelbagai latar belakang memberikannya pengalaman baru yang menyeronokkan.
 
"Saya telah bertemu dengan pelbagai jenis individu dan ia telah membantu beri inspirasi dalam lagu yang dicipta.

"Walaupun dapat bersama dalam tempoh yang singkat namun kami telah menjadi kawan rapat," ujarnya yang meminati muzik Fiona Apple, Feist, The Cardigans, Coldplay dan Francoise Hardy.

Yuna berkata, dia juga berminat untuk mencuba pelbagai genre muzik dan ingin menghasilkan kelainan dalam setiap karyanya.  

"Ketika saya belajar bermain gitar dan menulis lagu pertama, lagu saya dipengaruhi dengan muzik folk dan jazz.

"Kini saya lebih terbuka dan mencuba pelbagai jenis muzik termasuklah trip hop, orkestra dan R&B," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/aura-yuna-1.193504