untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label malaysiankini. Show all posts
Showing posts with label malaysiankini. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali(Dr Maszlee Malik)


Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali




Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Gempar!!!Keharmonian Kaum di Kelantan

Sunday, April 24, 2011

1Bumi 1Melayu

 post yang agak ringkas untuk pemahaman segera. ^.^


apa yang terjadi permasalahan di negara kita pada hari ini adalah disebabkan kita (umat melayu islam) masih tidak mampu untuk mendakwahkan islam itu kepada yang lain. menjadikan islam di malaysia inklusif untuk sesuatu kaum sahaja. selagi mana islam itu inklusif, ia mewujudkan jurang yang besar antara sesama kita. sedangkan manusia itu secara keseluruhannya adalah dari titik temu adam dan hawa. rasul berkata tiada yang terbaik antara kita melainkan taqwa kepada Allah. jika melayu itu bertaqwa. itulah yang terbak antara seluruhnya. jika seorang cina itu lebih bertaqwa, tidakkah dia layak untuk memerintah dan menjadi pemerintah hatta kepada seorang melayu. titiknya adalah taqwa. jika ini berlaku, tiada lagi perlu ada konsep 1bumi ataupun 1Melayu. kerana tidak kira anda siapa anda adalah muslim yang bertaqwa kepada Allah dan tinggal diMalaysia. anda bercakap menggunakan bahasa yang lain, tapi anda mengagungkan alquran sebagai kalamullah. mungkin jauh lagi ini untuk terjadi, tetapi kita tidak patut berputus asa dan melarikan diri dari perjuangan ini. ^.^

Friday, March 18, 2011

al kitab dalam bahasa kebangsaan

perdebatan yang hangat. anda berhak membuat perbandingan. saya lampirkan kenyataan beberapa pihak. moga kita semua akan memahaminya dengan secara ilmiah.

1. Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata penggunaan kitab Injil versi Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sambil mahu semua pihak membuang ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam.
“Kita buang semua ideologi politik dan bercakap dari sudut Islam. Bahasa tidak melambangkan sepenuhnya pegangan agama seseorang, malah Nabi Muhammad juga tak halang bangsa lain menggunakan bahasa Arab.

2.Laporan The Malaysian Insider juga menyebut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan langkah kerajaan melepaskan kitab Injil yang dirampas itu adalah satu tindakan bijak dan tidak wajar dihalang penerbitan itu.
Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

3.Dewan Ulama PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia.
“Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.
“Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

4. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam.
“Bagi saya tidak jadi masalah, jadi orang Melayu, orang Islam tak perlu bimbang dalam perkara ini.
“Itu adalah hak beragama dan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, jadi kita tidak perlu nak sekat agama lain termasuk Kristian nak gunakan bahasa ini,” katanya.
Tambah beliau, orang Islam sewajarnya berfikiran terbuka dan jangan bertindak di luar batasan dengan menghalang penganut Kristian menggunakan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil.
“Orang tak masuk Kristian hanya kerana bahasa, jadi sebenarnya ia tiada masalah.
“Jadi buat apa nak takut atau bimbang, kitab Injil ini hanya diedarkan kepada yang beragama Kristian sahaja bukan diedarkan kepada orang Islam,” katanya.

5. Umat Islam disaran berusaha mempertingkatkan kefahaman ajaran Islam agar lebih bersedia untuk berhadapan konflik agama yang semakin kompleks.
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi berkata, hanya dengan akidah yang mantap, ilmu yang benar, dan nilai hikmah dapat mempertajam dan memperluas skop dakwah.
“Kita tidak harus selamanya berselindung di sebalik undang-undang yang boleh pada bila-bila masa terpinda,” ujarnya.
Justeru, PKPIM mengulangi pendirian dengan menggesa 35 ribu Al-Kitab Injil berbahasa Melayu ditarik balik dan dibekukan pengedarannya kerana terdapat unsur subjudis ekoran beberapa perkara masih dalam proses perundangan khususnya berkaitan penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain perkataan yang menjadi pertikaian sebelum ini.


sila rujuk disini, disini dan disini

Sunday, February 20, 2011

bob lokman

terkejut tatkala mengikuti kisah abang bob lokman. siapa tidak kenal beliau. saya kasi link cukuplah untuk perkongsian kita bersama >_< 



dan ini laman blog beliau klik disini http://boblokman.blogspot.com/ moga Abang Bob akan terus istiqamah dalam perjalanan seterusnya. I love U abg Bob

Sunday, January 16, 2011

PAS: masa yang sangat mahal: video didalamnya

cakap cakap pilihanraya ke 13 semakin dekat. walau ada yang cuba menafikan, namun hakikatnya semua pemimpin parti politik mula menggalas usaha yang cukup kuat pada hari ini. SPR pun nampaknya cukup sibuk dengan kerja. ada yang kata bulan 3, ada yang kata penghujung tahun ini. namun hakikatnya dijangka tetap paa tahun ini.

apa yang menjadi perkara paling menakjubkan adalah semua mata pada waktu ini adalah tertumpu kepada PAS. apa pendirian PASselepas pilihanraya ke 12 yang lalu, apa pendirian PAS selepas pilihanraya ke 13 nanti. adakah PAS berjaya dalam politiknya untuk menjadi sebahagian dari kerajaan pusat bersama Pakatan Rakyat, dengan menguasai putrajaya, ataupun akan ada tangan tangan ghaib yang akan cuba menggagalkan uasaha murni ini dengan usaha usaha kearah apa yang dinamakan penggabungan kaum melayu bersama UMNO.

konsep penyatuan melayu sebenarnya kembali dilaung laungkan selepas kemenangan bergaya pakatan rakyat yang diterajui PAS, PKR dan DAP merebut 4 negeri dimalaysia disamping mengekalkan bagi penggal ke 5 berturut2 PAS dikelantan. PAS berjaya mentadbir kedah, disamping menerajui bersama selangor, perak dan pulau pinang.

atas kerana kekuatan ini, dan kemerosotan sokongan kepada BN, UMNO dilihat dan cuba untuk kembali ebrbaik2 dengan PAS atas faktor kekuatan melayu. selama ini, tidak pernah UMNO mahu mendekati PAS. lihat sahaja di kelantan. selama hampir 20 tahun PAS mentadbir kelantan, apa yang tidak UMNObuat terhadap pentadbiran Tok Guru dikelantan. pembayaran wang kepada kerajaan kelantan dilambatkan, usaha untuk menjatuhkan kerajaan andaikata kerajaan tidak cukup duit untuk melakukan pembayaran kakitangan awam, baja padi yang dinafikan kepada pendokong PAS, melaksanakan baja cap dacing, kewujudan pejabat JPP dikelantan yang mana semua peruntukan kerajaan disalurkan kepada JPP bukannya melalui kerajaan negeri, mewujudkan penghulu persekutuan padahal penghulu negeri dah ada, perlu mendapatkan cop penggawa UMNO untuk mendapatkan pinjaman buku teks sekolah, royalti petroleum yang dinafikan hak keatas rakyat kelantan, saban hari di dalam media disiarkan kemiskinan kelantan, ditohmah dan macam 2 lagi. alhasilnya rakyat semakin benci tingkah laku sebegini.

pilihanraya ke 12 yang lalu benar benar mengejutkan. ianya meletakkan PAS selaku pemain utama sekali lagi. UMNO terdesak mendapatkan sokongan PAS untuk memecahkan undi non malay kepada PR. PR pula memerlukan PAS untuk menarik sokongan pengundi melayu. disinilah terletaknay kekuatan PAS. PAS mempunyai suara yang kuat pada waktu ini. sesiapa nampaknya tidak mampu berdiri tanpa PAS.


PAS sebagai sebuah organisasi yang didokong dengan dakwah islam sudah pasti mempunyai agenda yang besar untuk melaksanakan islam dimalaysia ini mengikut kemampuan yang ada. lihatlah di selangor. selangor cukup unik kerana ianya mempunyai posisi kaum yang pelbagai. sudah tentu untuk mengislahkan pentadbiran di selangor perlu mengambil kira kedudukan polarisasi kaum yang pelbagai ini. disinilah terletaknya kebijaksanaan perlaksanaan hukum islam itu ditangan pemimpin.


hukum itu satu yang rigid, namun perlaksanaannya boleh berubah mengikut situasi. namun tidak bermakna kalau tanpa usaha. usaha perlu dijalankan un tuk memperkenalkan anekman undang undang shariah diselangor. contoh yang terbaru adalah apabila exco selangor yang menjaga hal ehwal islam, datuk dr hasan ali mengarahkan agar anekman tentang pekerja islam yang dilarang ebkerja di pusat 2 yang menjual arak dikuatkuasakan. namun perkara ini dibidas oleh exco DAP. apa yang mampu kita lihat dari perkara ini adalah, langkah penyelesaiannya adalah seperti apa yang di buat oleh datuk menteri besar dengan meminta pejabat zakat selangor membantu pekerja2 yang bekerja di pusat2 jualan ini sekiranya mereka mahu berhenti dari bekerja.

mahu melaksanakan islam dalam masyarakat pelbagai kaum adalah satu yang rumit keran banyak perkara yang perlu dijaga. namun itu tidak bermakna islam tidak boleh dilaksanakan. yang penting perlu ada keikhlasan dari pemimpin yang mengaku islam ini. tiada yang mustahil kerana agama ini adalah hak Allah, manusia juga adalah hak Allah. moga PAS akan terus kukuh dalam memartabatkanislam di malaysia. insya Allah





 

Monday, December 20, 2010

saya pun melayu : zaid ibrahim

saya mulakan dengan ucapan basmalah. sekadar ingin berkongsi dengan teman teman semua tentang perbincangan saya dan teman teman tentang "KETUANAN MELAYU" . moga ada manfaat bersama. diakhirnya saya serahkan pada anda semua untuk memubat penilaian seandainya anda semua adalah rakyat malaysia yang baru, pemuda pemudi malaysia yang inginkan perubahan dalam kehidupan kita semua dimalaysia. moga kita jadikan artikel ini sebagai sesuatu yang bakal memubka kotak minda kita sebagai seorang melayu, rakyat malaysia dan seorang muslim. insya Allah.

saya persembahkan:

Jom Faham
Fahami dan fikirkan. Ia bukan racism, kerana ketuanan bangsa itu akan berbalik semula kepada Islam juga.

'Ketuanan Melayu'
Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di ...dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang. Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan. Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu', yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani. (Admin - Khair al Medani)

Mohd Soleh: saya x nafikan........bagus ketuanan melayu.tapilebih bagus kalau kiat buat ketuanan islam...........banayk melayu yang melupakan islam......cuba kita g ke bandar2 berapa banyak anak melayu yang x bercirikan islam...adakah itu yang kiat cari selama ini....fikirkanlah wahai umat islam....

Jom Faham
‎:) melayu itu berkait rapat dengan Islam. Sebab itu melayu itu agamanya adalah Islam.

Islam tidak pernah melarang adanya bangsa, dan kaum. Namun yang dinilai paling mulia oleh Allah adalah yang paling bertaqwa antara kamu.

Di negara arab s...audi (negara Islam) tetapi diperintah oleh bangsa Arab. Jordan, dan sebagainya.

Jadi perkuatkan Islam dalam jatidiri bangsa.

Jom Faham Tentu anda faham di Malaysia, majoriti yang kuat mempertahankan Islam adalah orang Melayu itu sendiri.

Mohd Soleh bagaimana caranya nak mantapkan jati diri islam dalam diri?itu yang nak difikirkan.......terutama dalam diri remaja sekarang.....kerana remaja adalah aset negara yang bernialai....

Mohd Soleh yang perlu dimantapkan islam....kerana islammembawa bagsa yang baik dan makmur....

Jom Faham Alhamdulillah, persoalan saudara itu mungkin boleh dibuka dalam topik yang lain dan lebih khusus. Dan mudah-mudahan dapat dijawab dan dikongsi bersama sahabat-sahabat yang lain :)

Jom Faham yang perlu dimantapkan islam....kerana islammembawa bagsa yang baik dan makmur....

------

Ya, betul.. kita dah jawab di atas. Alhamdulillah. ^_^

Smail Nelayan Moden
ketuanan kedua2nyalah,ker camner,ketuanan melayu dan ketuanan islam,melayu pun nk,islam pun nk,tp islam yg paling penting...maaf,..kekuarangan diri

Mohd Soleh kembali kepadasirah nabi....walaupun brmacam2 kabilah nabi tidak mengangkat kaumdia sebagai terhormat.....apabila kita membawa islaminsya Allah kaum itulah yang menjadi tuan.....seperti melayu...kalau melayu itu sudah menjadikan islam sebagai ketuanan dia..iansy'4JJI melayu menjadi tuan di tanah air kita...amin

Smail Nelayan Moden semua betul...sy memkai semua kaul diatas

Mahadzir Abu Bakar semua pun tahu apa itu ketuanan melayu atau hak2 istimewa melayu/bumi n islam dalam konteks malaysia.jika sosialis dap atau komunis atau pluraisme mensmeentang kita akan faham,namun apabila ia ditentang atas faktor gadaiesme n belitmes itu dah kira bodohisme..hehe

Jom Faham
Lihat pada perlembagaan Malaysia siapakah yang dinamakan Melayu itu :

takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah:-

Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lah...ir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

[Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia]

Jom Faham Jadi apa masalahnya dengan ketuanan Islam yang masih ada pada Melayu ?

Jom Faham
Dan adakah menjadi haram bila kita menyatakan tentang bangsa sedangkan Allah sendiri berfirman yang bererti :

Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya ka...mu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu."
(Al-Hujurat: 13)

Yang lebih jelas lagi dalam perlembagaan bahawa : Melayu itu adalah beragama Islam..

Husni Husin ketuanan melayu yg dibincangkan bkn utk menunjukkan superiority ataupun menidakkan hak kaum lain di malaysia....tetapi menjaga hak sbg peribumi yg semakin hari semakin hilang...kita tidak meminta apa2...cuma hendak mengekalkan apa yg mmg spttnya hak kita...adakah dgn mengekalkan hak istimewa org melayu itu bercanggah dgn syariah Islam? adakah ia menidakkan kebebasan beragama dan mengamalkan adat tradisi bangsa lain? jgn jadikan isu ini sbg permainan politik semata...maaf tiada niat utk mengata kpd sesiapa...

jom Faham
Ada orang mengatakan ketuanan Melayu itu sebagai asobiyah. Sedangkan asobiyah itu bermakna apabila golongannya itu salah maka akan tetap dipertahankan.

Sekarang ini, bukankah kita juga menegur individu melayu Islam yang salah ? pemimpin-pem...impin yang korup ?

Jom Faham
jadi adakah ia masih lagi dikatakan sebagai asobiyah ?

Mohd Soleh dalam perlembagaan memang betu....melayu tu islam...tapi dalam prektikalnya...sekarang lihatlah..adakah melayu islam yang mengamalkan ajaran islam sepenuhnya......kiata dapati nama melayu tetapi bila ditanya solat tidak tahu...........bukannya semua segelintir......

Jom Faham

ya.. itu memang diakui tuan Mohd Soleh. Itu perlulah diperbaiki/ditegur/dipulihkan.

Dalam isu yang timbul sekarang (mengenai ketuanan melayu) terutamanya ada yang hendak menangguk air yang keruh. Terutamanya musuh-musuh Islam yang duduk sepe...rti duri dalam daging. Bila-bila masa sahaja apabila ketuanan melayu (rujuk pada perlembagaan istilah MELAYU) dihapuskan, mudahlah untuk mereka bergerak.

Salim Azham

dalam masalah itu, yang penting dan harus dilakukan adalah mendidik, mengajar dan memberi kesedaran, bukan dipersoalkan tentang Ketuanan Melayu...

Apabila seorang membaca Al-Quran salah, apakah kita akan melarang semua baca Al-Quran ??? yang... wajar dilakukan adalah membetulkan kesilapan dan terus menggalakkan lagi supaya membaca Al-Quran.

Jujurnya, ana tidak nampak sebab mengapa dibangkitkan isu ini. Adakah dengan menghancurkan ketuanan Melayu, maka melayu kita akan dapat mengamalkan Islam sepenuhnya , dan bila ditanya solat baru tahu ?

Husni Husin adakah perbincangan hak istimewa org melayu ini dibincangkan dari sudut luarannya sahaja kerana dibangkitkan oleh sesetgh pihak tanpa kita melihat kpd aspek sejarah...kenapa isu ini begitu kritikal dlm memastikan survival org melayu lbh2 lagi umat Islam di bumi Malaysia ini...kenapa ia begitu penting dlm menjaga keseimbangan dan keharmonian kaum di Malaysia ini....jgn kerana beberapa isu yg sedikit kita perlu mengorbankan seluruh perjuangan raja2 melayu dan perjuang2 kemerdekaan kita...jgn kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar...

Jom Faham bukan sahaja perjuangan raja melayu, pejuang kemerdekaan, bahkan juga para ulamak nusantara itu sendiri.

Rukiah Mahmood Rapatkan ummah, tingkatkan aqidah...mulakan mendidik anak2 dgn tarbiyah...insyaAllah.....perkara ni dibangkitkn atas kesempatan kerana terlihat kenyataan bhw org Melayu (GOLONGAN REMAJA & AWAL DEWASA) menggambarkn kpd umum betapa lalai dan terumbang-ambingnya kita dibuai proses permodenan yg byk unsur2 budaya kuning.......ibubapa jangan suka lepas tangan dlm mendidik dn mengatur hidup anak2....

Mohd Soleh macam kita yang dah faham tanggungjawab ibu bapa...alhamdulillah.....bagaimana cara kita nak bagi faham yang belum faham lagi.....bukannya semudah kata2. memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggu untuk mengubah mereka...........

Rukiah Mahmood M Soleh: Kita yg sedar ni lah yg kene sentiasa byk berdoa agar saudara2 kita mendpt kebaikan di dunia & di akhirat....bukankah DOA itu senjata org mukmin? Maafkn akak klu menyinggung!

Husni Husin benar kata kak Rukiah..sbb kebanyakkan dari kita hanya marah dan membenci golongan ini...bukan salah utk marah kerana kita adalah manusia dan kita akan benci kpd golongan yg melakukan maksiat tapi kita seringkali lupa utk mendoakan golongan ini supaya mendapat hidayat...kurg berkesan andai berbagai program yg kita laksanakan tapi dlm hati kita sentiasa membenci mereka dan kita tidak berdoa kepada Allah agar mereka ini diberi hidayah...

Rukiah Mahmood
T ksh Husni. Sebenarnya kita terlalu cepat menghukum sebelum mengenal punca permasalahan kita sendiri..dan suka meletakkn org dlm keadaan kita bukan sebaliknya, maka itu kita tidak nmpk jln penyelesaian. Lg 1, akak andaikan (xsemestinya bet...ul), ramai org bertindak tanpa memikirkn org lain; contohnya seorg isteri tidak menjaga tingkahlaku dn tuturkata, maka ini akan menjatuhkn martabat suaminya atau seorg ayah/ibu bertindak ikut hati lalu memalukan anak2. Kita kene pk, kita hidup perlu pk kan org2 yg kita sayang - tentang maruah dan perasaan MALU yg bertempat dan berwaktu!

Amin Ismail

salam sayang semua. persoalan yang wujud pada hari ini adalah konsep ketuanan melayu dalam majoriti masyarakat majmuk dimalaysia. kita semahu mahunya tidak boleh menyamakan konsep ketuanan melayu dimalaysia dengan konsep ketuanan arab arab ...saudi kerana majoriti arab di arab saudi sudah tentu islam. namun kita kena mengakui melayu dimalaysia hanyalah sekitar 50%.

2. pernahke kita berfikir kenapa dalam masyarakat bukan melayu dimalaysia ini tidak mahu kepada islam? kerana mereka melihat melayu itu islam. takpe lagi. tapi bila disebut islam itu, melayu. kerana apa? kerana kesilapan kita dalam berdefinasi tentang kewujudan islam dimalaysia. islam bukanlah hak mutlak melayu semata mata sehingga kita terlupa betapa dosa kita semalam 50 tahun kemerdekaan malaysia, kita masih lagi bingung dan siubk dalam berbicara tentang melayu dan bangsa serta hak kita sebagai majoriti terhadap malaysia tercinta sedangkan hakikatnya kita terlupa tujuan sebenar untuk berdakwah kepada sahabat kita yang ubkan melayu terhadap islam.

3. cukuplah dengan semangat kemelayuan kita. apa kata kita mulakan dengan keytuanan islam. cina islam pun boleh join kita, india islam pun terbuka hati untuk join kita tanpa perlu berfikir untuk memakia baju melayu, songkok, dan warna kulit yang sama.

4. fikirkanlah, dengan kuasa hanya 50 %, tak kemana kalau kita masih merasa hebat dengan semangat ketuanan melayu, atau malay dominance ini. ia tidak sesekali akan ebrkembang melainkan kita menjadikan ianya islic dominance. insya Allah, siapa tahu suatu hari dengan keterubkaan kita, kita mampu mencapai 100% rakyat malaysia menjadi muslim islam tanpa mengorbankan cheongsam, sari, tahun bar cina. tatkala itu menjadilah kita negara pelbagai abngsa dengan islam memerintah. insya Allah. bak kata TGNA, : aku leibh rela bermenteri besar seorang cina islam yang taat dari seorang melayu yang bermaksiat kepada Allah

Amin Ismail
jawapan TGNA tentang konsep ketuanan Melayu : http://www.blogtokguru.com/wahai-umno-baliklah-kepada-islam/

Amin Ismail

kita tidak boleh bergantung kepada definasi perlembagaan semata mata yang mengaitkan melayu itu semestinya islam. kerana sudah ada kes dimata ada melayu yang sanggup mengorbankan bangsa melayunya semata mata mahu menganut kristian. perlemba...gaan kita sebenarnya tidak kuat untuk mempertahankan akidah umat islam dimalaysia. lihat kisah lina joy. saya bingung dengan kata kata : ketuanan melayu akan berbalik semula kepada ketuanan islam kerana hakikatnya ramai mana melayu yang tidak langsung mengenal islam berbanding cina muslim di malaysia yang sudahpun mampu bertaraf ulamak dimalaysia ini. sedarlah bangsa tidak menjamin apa apa melainkan semangat untuk mengkaji agama itu yang terutama.

Husni Husin spt saya nyatakan sblm ini...ketuanan melayu bknlah bermaksud utk menghalang hak bangsa lain...cina masih berbahasa cina, masyarakat india masih lg merayakan perayaan mereka secara besar-besaran di batu caves saban tahun....tapi kebimbangan apabila ditiadakan hak ini...semakin susut bilangan orang melayu yg mampu utk bersaing dlm bidang ekonomi dsb serta semakin rancak fahaman pluralisme dan sekularisme berkembang di malaysia...

Amin Ismail
kenapa perlu bimbang? kerana kita bersandarkan pada bangsa, kerana kita tidak kembali kepada ketuanan islam. qadha dan qadar itu. selama 50 tahun kita merdeka, saya bertanya kenapa dasar DEB tidak berjaya untuk dicapai sebanyak 30% sedangka...n hakikatnya selama itu kita berada dibawah ketuanan melayu yang kita agung agungkan. 52 billion saham untuk orang melayu, yang tinggal hanya 2 billion. kemana hilangnya saham untuk orang miskin sedangkan hakikatnya kita berada dibawah ketuanan melayu. dalam hak ini adapaun kita sudah banyak terhilang wahai saudara Husni.

selama mana hak hak bumiputra tersemat didalam perlembagaan malaysia, ketahuilah tiada siapa yang mampu mengusiknya. tak usah kita salah dan bangga dengan slogan ketuanan melayu kita andaikata bangsa kitalah bangsa paling ramai menagih dadah, paling ramai ponteng sekolah, paling ramai berzina, mat rempit. betapa ramai mana anak melayu yang bangga menjadi tuan sedangkan hakikatnya hanyalah menjadi driver kepada tokey2 besar cina. adakah itu yang kita banggakan. apa yang saya harap agar kiat kembalikan ketuanan itu pada yang hak iaitu islam. bila islam berkuasa, sekularisme dan pluralisme dengan sendirinya akan terhakis. percayalah

Man Chuping
Salam.. Maaf utk saya memberi pendapat, saya melihat pnca utama yg mnyebabkan kegagalan dakwah kepada kaum lain di negara ini apabila mereka lebih memahami melayu itu adalah Islam, dan apabila mereka membenci org melayu automatik Islam juga... dibenci.

Ini juga berpunca dari kegagalan kita meletakkan Islam di tempat yg betul & meletakkan org melayu yg x mengamalkan Islam sebagai pimpinan2 di atas sekaligus memberi gmabaran buruk mengenai Islam.

Dan x kurang ramai yg memperjuangkan ketuanan Melayu tp pada masa yg sama menolak Perlembagaan Islam dgn alasan negara pebagai kaum. malahan lebih teruk menentang ketika ada pihak lain berpeluang meletakkan kagama Islam sebagai perlembagaan negeri tersebut.

sedikit rujukan boleh melihat video ustaz Fitri Abdullah yg membicarakan kedudukan dirinya sebagai India & bagaimana beliau melihat sudut Islam & Melayu - http://vimeo.com/13420546 & http://vimeo.com/13420546

Mohon Maaf andai tersilap & salah

Amin Ismail
sama amat tertarik dengan ungkapan anda Man Chuping pada rangkap ketiga itu. saya sebenarnya tertanya tanya tentang diri kita sebagai daie di ubmi malaysia ini. maaf kalau saya sekadar ingin menegur dan mengingati sahabat2 yangs edang menda...lami ilmu agama dibumi mesir, di bumi madinah mahupun dibumi malaysia sendiri. anda semua amat dekat dengan diri saya sebenarnya. saya juga asalnya pelajar dari sekolah agama. tiada niat untuk mengguris.

cuma apa yang saya cuba bangkitkan adalah semangat syok sendiri dikalangan kita. cuba kita bayangkan adakah dengan konsep dan laungan ketuanan melayu, atau malay dominance bukannya malay supremacy seperti yang difahami sesetengahnya, adakah laungan sebegini telah berjaya menjadikan islam sebagai agama terunggul dimalaysia terutamanya dalam bidang dakwah itu atau sebenarnya dan hakikatnya menjadikan islam itu semakin dijauhi dan tidak diperdulikan oleh masyarakat non islam?

selain itu, dalam kita berhujah mahupun berdakwah, kitakena menggunakan psychology. macam mana maksud saya, iya secara hikmah. kita kena mengenal orang yang kita mahu tuju. kita tidak boleh hidup dalam kepompong kita. kita kena fahami, disekeliling kita adanya orang cina, adanya orang india yang bukan beragama islam. ia sebenarnya satu anugerah Tuhan kepada kita untuk kita berdakwah kepada mereka.

sudah tiba masanya kita bangkit keluar dari alam kemelayuan kita. tak salah kalau kita korbankan sedikit melayu untuk mendapatkan islam berkuasa. selama 50 tahun merdeka, kristian semakin berkembang dimalaysia. setuju atau tidak? ye benar. mungkin ia tidak berkembang kepada masyarakat melayu, tapi ia berkembang kepada masyarakat cina, india dan kadazan. kenapa kerana kita tidak memperkenalkan islam untuku rakyat malaysia. kita kata islam itu untuk melayu. buddha itu untuk cina, hindu itu untuk india. sedangkan hakikatnya, agama bukanlah lambang sesuatu bangsa. dan abngsa bukanlah lambang kepada sesuatu agama.

fikir fikirkanlah bersama

Suria Kita
Tuan..hamba ni melayu...tapi diperalatkan oleh melayu jgk..ditipu oleh melayu jgk..jadi betullahlah Ketuanan hamba itu melayu..yg dah layu..bergaduh sesama sendiri..masing2 mahu menonjolkan kehebatan sendiri..tak sedar diri..BUMI DIPIJAK MILIK ORG LAIN..siapa yg pegang ekonomi kita sekarang ni..Tuan ? hamba ini melayu..

Jom Faham

ketuanan melayu akan berbalik semula kepada ketuanan islam kerana hakikatnya ramai mana melayu yang tidak langsung mengenal islam berbanding cina muslim di malaysia yang sudahpun mampu bertaraf ulamak dimalaysia ini. sedarlah bangsa tidak m...enjamin apa apa melainkan semangat untuk mengkaji agama itu yang terutama.

-----------------------------

:)

Benar, amat bersetuju dengan pendapat di atas. Namun tetap juga ulamak Melayu Islam/asatizah adalah majoriti antara semua itu dan kita tetap bersatu dengan saudara-saudara dari bangsa lain yang beragama Islam :)

Konflik yang timbul sekarang ini apabila kita kata tentang ketuanan Melayu akan terus dikaitkan dengan politik hawa nafsu sesetengah parti. Kita sedar, mengapa ketuanan melayu akhirnya dipandang sebagai satu isu politik sebab :

1. Sebab parti itu jugalah sebenarnya yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri

2. sebab sudah hampir kepada pilihanraya

3. sebab isu ini diharap akan menarik hati pengundi

Kemudian apabila kita (melalui parti) bawa tentang perjuangan Islam maka akan dikata juga bahawa mempergunakan Islam untuk tujuan politik.

Sebab itu perkara yang dianggap penting pun akhirnya dianggap tidak penting lalu dikatakan INI POLITIK.

Mahadzir Abu Bakar
jika non warga wlu agamanya Islam pun dia bukan rakyat malaysia.Jdi x salah istilah melayu itu dalam konteks dunia hari ini adalah negara bangsa.pakar2 spin spt nik aziz bawak2 lah bertaubat...

Amin Ismail

salam mahadzir. saya ingin bertanya anda. adakah semua orang melayu itu warganegara malaysia? adakah melayu indonesia warganegara malaysia, atau melayu singapura ada lah malaysia, atau adakah melayu pattani yang sedang bertarung dengan kera...jaan siam itu warganegara malaysia? melayu champa di kemboja? sedangkan orang cina, orang india di malaysia sudahpun menjadi warganegara malaysia yang sah. kenapa kita mahu mengasingkan mereka dari alam kemalaysiaan kita seolah olah mahu memaksa dengan nilai kemelayuan kita? sepatutnya kita mendampingi sahabat kita non malay yang telah menjadi warganegar dan adapun kad pengenalan sama macam kita. bila lagi kita nak dakwah mereka?

anda jangan dan langsung tidak layak menghina orang seperti nik aziz andaikata orang seprti anda lah yang menghina dan menindas bangsa melayu serumpun anda di bumi kelantan. mana hak orang meyu kelantan yang inginkan royalti minyak? kenapa melayu kelantan ditindas macam2 dari segi pembangunan dinafikan? kenapa? adakan melayu kelantan itu bukan melayu? adakah orang kelantan ini orang brazil yang bukan sedarah daging kita semua?

fikir fikirkanlah. politik tidak patut membatasi nilai kemanusiaan dan sarwajagat. tiada siapa yang mampu mneggugat hak kita yang telah termaktub dalam perlembagaan, kecuali kalau semua raja2 melayu itu diturunkan takhta. yang penting, kita mahu hak kita dibumi kita, tapi jangan sampai menafikan dan menzalimi hak warganegara lain yang kita sendiri beri taraf kewarganegaraan kepada mereka.

jom fikir fikirkanlah...

Arts Rahman

isu assobiyyah bila dikupas oleh org2 yg tak bertanggung jawab ia akan jadi juga seperti isu bidaah... sdgnkan dalam kitab ibnu khaldun beliau menegaskan pentingnya assobiyyah untuk tamadun hidup manusia... ia lebih kepada membina masyaraka...t, ekonomi dan politik.... inilah yg disebut cinta kepada watan dan wajib mempertahankan watan... kerana sebagai org islam kita dah diajar batas2 antara adil dan zalim... so jgn baca hadith untuk kepentingan sendiri dan jgn keterlaluan menghentam pdhal pihak yg menghentam yg menuduh itu boleh jadi zalim pada agama

Arts Rahman
kita di ajar apa yg adil apa yg zalim... malah islam itu adil...!! pihak2 tertentu memanipulasi istilah assobiyyah hingga menjadi senjata musuh2 islam pulak menghentam org2 islam...tak kira lah melayu ke cina dll yg islam. sedangkan org2 ka...fir yg mendominasi ekonomi terang2 zalim dan racis...isu kenaikan hatga barang, sorok barang...kalau dulu lagi best..harga yg di ambil dr china cuma rm10 mereka boleh jual sampai rm300 atas kertas cukai ni cukai tu sampai harga jadi rm300... tapi atas kertas juga hakikatnya cukai tak dibayar...mereka untung entah berapa ratus peratus...

Arts Rahman
ada kenalan sy yg pernah bekerja dgn 1 syarikat yg terkenal kira2 tahun 80an...banyak pengalaman2 yg dia cerita...dia berhenti sebagai finance director kat syarikat tu..menjadi org kepercayaan tokey tu kerana dia kerja dr takde apa apa kepada menjadi finance director...zalim cha ya alif nun ni...kita tak nampak berapa lama mereka menipu kerajaan..

Arts Rahman
akhirnya mereka juga berjaya jadi konglimerat2 dan dikejar oleh ahli2 politik kita.... kdg2 mereka pulak yg jadi dalang terhadap polisi dan sistem ekonomi kita skang.....mereka dah berjaya dan berkuasa

Amin Ismail

cinta kepada watan bermaksud cinta kepada tanah air. cinta kepada bumi malaysia. tahukah kita semua salah satu kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah. ia. satu hal kerana mustapha kamel attartukh yang sungguh menghinakan itu. satu hal lagi ke...rana kerajaan british menanamkan semangat cintakan kepada bangsa berlebih lebihan kepada bangsa arab pada waktu itu menyebabkan bangsa arab merasakan bahawa mereka di perintah ubkan oleh khalifah muslimin tetapi oleh pemerintah berbangsa turki. sedangkan islam datang asalnya kepada bangsa arab. lalu mereka memberontak mahu melepaskan diri dari kerajaan tuki uthmaniyyah dengan membawa semangat bangsa arab. nah. lihatlah apa terjadi sekarang di bumi arab. mengaku sebagai bangsa arab. hidup atas reolusi arab, sampai israel yang hanya sekecil itu suskar untuk ditewaskan bilamana islam dilemparkan jauh2 dari kehidupan kenegaraan dan bangsa itu dijadikan modal utama dalam hidup bernegara.

sesuatu bangsa itu akan hilang kegemilangan mereka bilamana islam dikebumikan. susahkan kalau kita hanya hidup dalam kelompok kita sendiri.

cubalah renungkan. kenapa dalam 50 tahun kita dibawah slogan ketuanan melayu, ekonomi umat kita masih lagi mengundur. jangan kita menyalahkan orang lain kalau memang kita kemah. kalau kiat asyik dengki dengan sesama kita sendiri. tak adil untuk kita dengki dengan kekayaan orang lain kalau mereke berusaha. kita mengaku kita sesama bangsa melayu, tapi hati kita penuh sifat dengki dan dendam sesama abngsa kita.

Arts Rahman
dlm konteks ketuanan melayu ni hakikat sebenar nya ialah berbalik kepada siapa yg mula membina tamadun di satu2 negara...org melayu mula membina tamadun..institusi masyarakat, ketua, pemerintah..raja dan rakyat...membina masyarakat kemudian... menerima islam ..DAP pernah berhujah bhw penduduk asal negara ni bukan org melayu tetapi org asli...itu bukan hujah yg tepat sebab org asli tidak membina tamadun mereka berpindah randah dan hidup dlm hutan..takde pemerintah kecuali tok batin... hinggalah ke era peperangan dan penjajahan.....itulah sebenarnya konsep ketuanan yg di pertahan...

Arts Rahman
org melayu sudah beratus2 tahun membina tamadun dan negara ini berdepan ngan portugis, kemudian jepun dll dlm perang dunia.... dan di zaman pemerintahan khalifah2 islam seperti othmaniyyah....kita berada di bawah daulah othmaniyyah

Amin Ismail

kita kena kembali kepada perlembagaan negara. perlembagaan telah menetapkan segala galanya untuk peribumi, melayu asal, dan sabah sarawak. kita periubmi mempunyai segala keleibhan berbanding kamu lain yang disebut pendatang itu terhadap bum...i malaysia. masalahnya yang timubl bilamana kita seolag terpesona dengan alunan muzik indah slogan ketuanan melayu yang dicanang semata mata. saya hanya bertanya kenapa sampai 50 tahun merdeka sudah, melayu masih lagi terkebelakang dari segi kekayaan, pendidika, ekonomi? adakah salah orang bukan melayu? adakah salah mereka sehingga merompak harta kekayaan negara kita?

tidak. salah kita sendiri. salah saya, salah anda salah pemimpin melayu. kita ada hak keatas malaysia, mereka juga ada hak keatas malaysia kerana mereka warganegara malaysia.

kita bila bercakap tentang sejarah, kita kena adil. bukan kah islam itu adil kepada semua. apa maksud zalim? saya bagi istilah maksudnyadalam syarak : meletakkan sesuatu bukan diatas tempatnya. kita bercakap soal tamadun melayu. ya. saya setuju kerana saya juga melayu seperti anda. dari zaman uthmaniyyah, awal 2 dulu memang melaysia ini bumi melayu. tiada siapa nafikan. namun setelah kita mahu merdeka, saya mahu tanya, siapa yang memberi kerakyatan kepada orang ubkan melayu? kita. pemimpin melyu yang memberi kerakyatan kepada non malay untu bersama sama memiimp[in malaysia. ibla mereka dah menjadi warganegara melaysia, mereka juga adalah saudara kita. mereka juga ada hak untuk menuntut sesuatu dari malaysia kerana mereka adalah rakyat malaysia. janag zalim pada orang lain. kalau mereka nak menuntut biasiswa, apakah kita tidak boleh beri? ubkan smeua orang cina dan india kaya. saya sekadar bertanya sahaja. kenapa? sebab salah pemimpin melayu yang memberi kerakyatan kepada non malay.

perlembagaan telah menetapkan segalanya. bumiputra ada haknya. non bumi ada haknya. tiada siapa yang mampu menguabhnya. hakikatnya jagn kita abngga menjadi tuan sedangkan kita hanya driver, tukang cuci, penjaga kaunter supermarket kepada syarikat2 cina dan india. tak usah kita nak dengki dengan kekayaan orang lain. tak usah kita nak dengki dengan kerajinan bangsa lain, kalau abngsa kita sendiri dengki sesama kita, malas sesama kita.

sebab itu saya cadangkan konsep ketuanan islam di malaysia ini. bila ini berlaku, islam akan berjaya. malaysia pun berjaya

Man Chuping
sdikit info menarik dari sejarah:
Kepulauan Melayu ini pada asalnya adalah beragama hindu, dibuktikan dgn penemuan2 pusat2 sembahan hindu di kebanyakan tempat Malaysia & dibuktikan pula dgn parameswara antara raja terawal di kepulauan Melayu... ini juga beragama Hindu. Jelas menunjukkan nenek moyang kita dijajah oleh agama Hindu dahulu kala.

Kemudian Parameswara telah di Islam kan oleh Bangsa Cina yg beragama Islam dengan para2 pedagang Islam Cina di kebanyakan tempat di Malaysia dibuktikan oleh beberapa fakta sejarah.

setelah beratus tahun umat Melayu menjadi Islam, Allah hantar pula bangsa India yg beragama Hindu ke Malaysia & bangsa cina yg bukan Islam ke Kepulauan Melayu.

->Kita jelas terhutang budi dgn bangsa Cina yg dahulu kala meng Islam kan moyang2 kita, ttp Allah hantar pula bangsa Cina yg bkn beragama Islam ke Malaysia setelah beratus tahun kita berpegang pada Islam hasil DAKWAH awal dari bangsa Cina

->Allah juga hantar satu agama yg pernah menjajah Kepulauan Melayu dahulu kala setelah kita berjaya bebas dgn memegang kpd Islam.

->Sesungguhnya se baik2 perancangan adalah perancangan Allah Yg Maha Esa yg mengatur kembali bumi Malaysia kpd 3 kaum utama yg saling berkait pada masa silam & sejarah telah membuktikan konsep dakwah berjaya di tanah ini oleh satu bangsa yg dijajah

-kesimpulan-
siapa jua kita pada hari ini kita mesti membuktikan bahawa kita masih melayu yg di muliakan oleh Islam bkn di muliakan oleh melayu yg pernah dahulu kala dijajah & di muliakan & dimerdekakan oleh Islam atas konsep dakwah.

Konsep dakwah mesti terus bergerak di kalangan bangsa Melayu yg telah Islam bagi memahami kemulaian Islam itu sendiri & pada masa yg sama membuat Islam di pandang mulia oleh bangsa2 lain di Malaysia bagi memjalankan konsep dakwah itu sendiri.

sekian, maaf andai silap @ salah.

akhirnya perbincangan ini dapat lah saya simpulkan bahawa tidak ada gunanya tamadun melayu dimalaysia ini andaikata ianya terasas atas semangat hinduism tanpa dakwah yang pernah dijalankan oleh pedagang cina islam suatu ketika dulu. moga dakwah akan tersubur kembali kepada non malay dimalaysia ini.

salam alaik.

Thursday, October 28, 2010

sekitar pilihanraya kecil dun galas

nampaknya pilihanraya kecil dun galas telahpun masuk ke hari hari yang agak mencabar, dimana kedua dua pihak yang bertanding telahpun menunjukkan taring dengan menimbulkan isu isu yang agak panas. namun disebalik pertandingan persahabatan sebagaimana diungkapkan oleh KULI, masih banyak isu yang tidak diketengahkan antaranya isu royalti petroleum. mungkin PAS masih menyimpan peluru besar ini menanti UMNO untuk memulakan aksi tembakan bilamana hari pengundian semakin hampir. namun, antara yang paling menarik untuk dikonsikan bersama adalah berkenaan kenyatann Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kerjasama UMNO MIC dan MCA dan kerjasama PAS DAP. berkenaan ini, amat menarik untuk aku kongsikan kenyataan Tan Sri dan jawapan balas Tok Guru Nik Aziz. menariknya kerjasama politik ini adalah sesuatu yang sangat baru dalam politik dimalaysia. samada kita setuju atau tidak, terpulanglah. yang penting satu paradigma baru sedang melanda politik dalam negara kita. perjalanan untuk mewujudkan sistem dua parti sebagaimana yang berlaku di Amerika, bukan sesuatu yang susah, namun ia memerlukan penilaian akademik yang cukup penting demi memastikan sistem ini berjaya dilaksanakan di malaysia. yang penting rakyat akan menilai segalanya.
dipersembahkan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin :

GUA MUSANG 27 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Pas yang dianggap beliau terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan menganggap kerjasama UMNO dengan MCA adalah salah tetapi dalam masa yang sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP, membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Pos Brooke sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan calon BN, Abdul Aziz Yusoff.

Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah.

Dalam ceramahnya malam tadi sempena kempen pilihan raya tersebut, Abdul Hadi berkata, keadaan itu terjadi kerana mendakwa pemimpin UMNO mengikut perangai pemimpin MCA yang bertentangan dengan Islam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu sejak dulu lagi berpendapat kerjasama dengan MCA atau mana-mana parti komponen BN lain yang bukan Islam tidak salah sama ada dari segi hukum agama mahupun kepentingan awam.

''Hasil kerjasama yang kita jalin sejak 53 tahun lalu, bermula dengan Perikatan, ia mendatangkan kebaikan kepada negara. Mereka belajar daripada kita.

''Oleh itu kenapa perlu ada satu pandangan yang berbeza berhubung kerjasama ini," katanya.

Beliau berkata, BN tidak menganggap apa yang dilakukan oleh Pas bekerjasama dengan DAP adalah salah tetapi mempersoalkan kenapa parti itu dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir.

''Hari ini 'fatwa' yang sama hendak digunakan tetapi kalau untuk dia tak apa, untuk kita tak boleh," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Islam khususnya pengundi di Galas akan mengambil iktibar terhadap sikap tidak konsisten Pas yang terus mengamalkan pendirian apa sahaja yang dilakukan oleh mereka betul tetapi kalau dibuat oleh BN salah.

Mengenai kempen BN setakat ini, beliau berkata, pendekatan yang dilakukan adalah mengikut situasi dan keadaan semasa.

''Jika pengarah pilihan raya berpendapat sesuatu pendekatan itu boleh mendatangkan kesan, kita di peringkat pusat tidak ada masalah.

''Apa yang penting sasarannya sama iaitu pengundi dan kita akan meningkatkan usaha untuk sampai ke akar umbi bagi memastikan tidak ada mana-mana kelompok pengundi yang tertinggal," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010.

Wednesday, September 29, 2010

dun galas: pemilihan ke 12

takziah diucapkan kepada Allahyarham Che Hashim Sulaiman, bekas wakil rakyat Dun Galas dibawah parlimen Gua Musang yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser paru paru. yang telah pergi biarlah pergi dengan sejahteranya. yang tinggal perlu meneruskan hidup. begitu juga rakyat di bawah dun galas. mereka perlu meneruskan hidup. apabila seorang wakil rakyat meninggal, perlu adanya pengganti. dan sudah tentu pilihanraya baru perlu diadakan. disinilah menariknya waktu2 pasca pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan berlakunya satu fenomena baru, politik baru dalam sistem pendemokrasian di negara kita, selepas pakatan pembangkang yang diterajui oleh bekas Timbalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menafikan agenda dua pertiga majoriti parti pemerintah yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

ini adalah kejutan, bukan mudah untuk menggugat wibawa Barisan Nasional. sudah tentu ada sesuatu kegusaran yang berlaku. lebih lebih lagi menjelang pemilihan umum ke 13 nanti. dalam tempoh singkat 5 tahun penguasaan BN selepas penafian dua pertiga majoriti, sudah 11 pilihan raya kecil berlaku, samada peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri. semuanya gara gara, pengunduran diri wakil rakyat, kematian. daripada itu 3 kerusi dikosongkan oleh wakil rakyatnya iaitu, kerusi permatang pauh, penanti dan bukit selambau. kerusi permatang pauh melihat satu keunikan tersendiri apabila presiden PKR , datin seri wan azizah secara sukarela melepaskan jawatan YB untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Yb sterusnya menjadi ketua pembangkang di parlimen. daripada jumlah 11 kerusi yang dipertandingkan sejumlah 8 kerusi dimenangi PR manakala 3 dimenangi BN. galas?

menariknya dun galas di gua musanag. memang kelantan tidak dapat dinafikan salah satu kubu kuat PAS sejak dari merdeka lagi. lihat sahaja pilihan raya umum pertama selepas Perikatan dibawah tunku abndul rahman mendapatkan kemerdekaan dari British, dengan moral yang cukup tinggi kelantan akhirnya tidak terpesona langsung dengan nilai kemerdekaan yang dikecapi dan dibanggakan itu. terus sahaja rakyat kelantan seolah tidak melihat itu sebagai kejayaan tunku, mahupun PERIKATAN, memilih untuk memberikan kelantan untuk ditadbir oleh PAS. dan sampai hari ini PAS semakin kukuh di kelantan. namun pola rakyatnya ada perbezaan.

kelantan jika dilihat dari segi pembahagian daerahnya boleh dibahagikan kepada kelantan timur (kawasan mengadap laut china selatan) dan kawasan barat (kawasan pedalaman atau hulu) mengadap banjaran titiwangsa dan taman negara. kawasan yang banyak penduduk adalah kawasan kelatan timur, yang menjadikan kota bharu sebagai fokus kehidupan mereka. kawasan kelantan barat kurang penduduk kerana jauh dari kawasan bandar, lebih kepada kawasan pedalaman seperti gua musang, jeli dan daerah berdekatan. kurang didiami kerana berada jauh dari pusat bandar kota bharu yang dilihat semakin pesat membngun, mahupun dari bandar2 besar lain seperti kuala lumpur yang jaraknya lebih kurang 200 km dari gua musang. kawasan gua musang atau daerah gua musang sahaja meliputi separuh dari negeri kelantan.

kawasan kelantan timur biasanya adalah kawasan kubu kuat PAS sejak dari merdeka lagi, manakala kawasan kelantan barat boleh dianggap 50-50. kawasan jeli adalah kubu pengerusi UMNO kelantan, datuk seri mustapha mohammad, manakala kawan gua musang sejak turun temurun adalah kawasan selamat anak raja YTM Tengku Rzaleigh Hamzah. menariknya dun galas adalah satu satunya dun dibawah parlimen gua musang yang dimenangi oleh PAS itupun dengan majoriti 600 lebih.

banyak ahli akademik dan ahli politik berpendapat, kuasa YTM tengku Razaliegh di gua musang memang tidak ada siapa mampu menafikan. lihat sahaja, bila berada dalam UMNO, beliau menang, tubuh semangat 46 pun dia menang kat situ, masuk balik UMNO pun dia menang kat situ. beliualah permata anak raja payung yang menaungi rakyat di kelantan barat terutamanya gua musang. boleh dikatakan orang asli di gua musang solid dibelakangnya. sudah tentu bagi pertandingan merebut dun galas kali ini, peranan YTM kuli akan ditagih oleh BN untuk merampas kembali dari tangan PAS, selepas YTM akhir akhir ini dilihat semakin disisihkan akibat dari idea ideanya yang dilihat tidak sepakat dengan pemimpin Umno seperti dalam isu petroleum kelantan yang ditagih oleh kerajaan kelantan. isu ini sudah dipanjangkan ke mahkamah.

walaubagaimanapun, semuanya bakal menarik perhatian lebih lebih lagi PAS dan UMNO dilihat 2 parti terbesar masyarakat melayu islam di malaysia. semoga apa jua yang diimpikan oleh rakyat di dun galas akan menjadi impian.

moga akhirnya kelantan dan malaysia akan terus maju dan makmur. amin


petikan media:


Ku Li dilantik pengarah pilihan raya Umno-BN DUN Galas
September 29, 2010

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini.

“Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh (gambar) untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

“Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah,” kata Muhyiddin.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari Pas akibat barah usus, dua hari lepas. – Bernama


DUN Galas: Bakal keputusan petunjuk aliran sokongan Melayu PRU-13
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
September 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Bakal pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dilihat akan menjadi indikasi arah aliran sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke-13, yang kemungkinan dipanggil awal tahun depan, demikian menurut penganalisis dan ahli-ahli politik.

Malah, penganalisis juga berkata pertarungan untuk menguasai kerusi DUN Galas akan menyaksikan kemunculan isu-isu menyentuh kedudukan orang Melayu secara lebih agresif oleh kedua-dua Umno dan PAS.

Bagaimanapun mereka tidak menolak pengundi masyarakat minoriti, membabitkan kaum-kaum lain termasuk Orang Asli, akan memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan keputusan.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

“Saya melihat pilihan raya kecil Galas akan menjadi petunjuk tentang kedudukan pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

“Memandangkan kerusi ini terdiri daripada 70 peratus pengundi Melayu, ini akan menjadi tempat di mana Umno akan berusaha membuktikan bahawa ia parti pembela lebih baik berbanding PAS, malah lebih baik berbanding PKR,” kata beliau lagi.

PAS dan PKR adalah komponen Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu Ibrahim memberitahu bahawa keputusan pilihan raya kecil ini akan menjadi petunjuk langsung sama ada pengundi Melayu memihak kepada PR ataupun Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu ingat bahawa ini adalah kerusi yang akan menggambarkan bagaimana pengundi Melayu akan bertindak,” kata beliau dengan merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Galas dalam bahagian Parlimen Gua Musang.

“Ini salah satu daripada beberapa kerusi dalam Kelantan yang bukan memihak kepada PAS (selama ini).

“Jika Umno menang, mereka akan kelihatan kuat dan adalah baik bagi mereka,” kata Ibrahim.

Bagaimanapun penganalisis menekankan, kerusi DUN juga mempunyai pengundi bukan Melayu dalam jumlah yang signifikan.

Oleh itu katanya, jika kedua-dua pihak cuba memainkan isu perkauman, langkah tersebut boleh menjejaskan sokongan pengundi minoriti kalangan Cina, India dan Orang Asli.

“Anda boleh lihat bahawa sejak kebelakangan ini PAS meletakkan diri mereka sebagai parti yang bukan sahaja memikat pengundi-pengundi Melayu-Islam, tetapi juga pengundi Cina dan India.

“Ada juga pandangan bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu boleh menentukan kemenangan pilihan raya kecil pada saat-saat akhir,” kata Ibrahim.

Malah beliau juga percaya bahawa tindakan kerajaan persekutuan dalam menghalang pembinaan gereja Orang Asli dekat Gua Musang akan memainkan peranan dalam arah aliran undi di kerusi DUN Galas.

“Secara tradisi undi Orang Asli sangat kuat bagi BN,” katanya.

Oleh itu kata beliau, mengambil kira perkembangan terbaru ia kemungkinan akan memberi kesan dalam arah aliran sokongan Orang Asli.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan isu agama, adalah isu yang menyentuh emosi dan boleh mempengaruhi pengundi,” kata beliau yang merujuk kepada lebih 1,000 pengundi Orang Asli yang bakal membawa kesan besar kepada BN.

Awal bulan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengarahkan pembinaan gereja konkrit dibina oleh masyarakat Kristian Temian di Pos Pasik.

Profesor Shamsul Adabi Mamat pula percaya PAS dan Umno akan memainkan isu-isu kaum dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya kecil nanti.

“Umno dan PAS akan menggunakan apa sahaja sumber yang ada untuk memenangi pengundi-pengundi Melayu.

“Saya merasakan Umno mahu lebih berfokus dan bersedia untuk menang di Galas, dan mereka perlu menang kerusi ini.

“Jika ada peningkatan undi bagi Umno kali ini, ia akan menjadi petanda awal pengundi akan menyokong dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Shamsul.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ini memberitahu The Malaysian Insider, pilihan raya kecil Galas sudah pasti akan menjadi ujian bagi Umno sama ada ia boleh menarik penyokong kalangan Melayu di negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1990.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa partinya tidak akan menggunakan pendekatan bersifat perkauman ketika kempen pilihan raya kecil DUN Galas ini dengan mendakwa pesaingnya akan menggunakan apa sahaja untuk menarik pengundi-pengundi Melayu.

“Umno akan memainkan isu-isu Melayu untuk memenangi pengundi Melayu,” katanya.

“Jika jentera kempen pilihan raya kecil diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya percaya ia akan lebih kepada retorik Melayu. Isu perkauman akan menjadi tajuk utama dan isu-isu lain akan ke belakang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Sambil mengakui kerusi DUN Galas secara tradisi adalah bahagian dikuasia Umno dan berada dalam bahagian Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, Mahfuz berkata, PAS sudah pun membuat persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Dengan melihat bahawa Allahyarham Che Hashim sudah lama tidak sihat, kami sudah sibuk dalam mempersiapkan jentera kami.

“Kami tidak akan memainkan isu-isu perkauman, tetapi akan fokus untuk mendapatkan undi daripada kesemua kaum,” katanya lagi.

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat bahawa kedudukan Umno sama ada akan memainkan isu-isu perkauman bergantung pada keputusan sama ada Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno Gua Musang, akan diberikan peranan signifikan dalam proses kempen nanti.

“Umno akan lebih berhati-hati dalam memainkan isu kaum. Berbanding dengan bahagian-bahagian lain di Kelantan, ia bukan kerusi didominasi pengundi Melayu sama sekali.

“Jika Tengku Razaleigh dilantik mengetuai jentera pilihan raya Umno, maka corak gerak-geri akan berubah, Umno tidak akan agresif dalam mendapatkan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Tumpat ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN untuk pilihan raya kecil Galas.

Muhyiddin berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno semalam. Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sudah tentu Umno akan memberi fokus untuk mendapatkan pengundi Melayu dan pada masa yang sama akan berusaha lebih untuk mendapatkan pengundi bukan Melayu.

“Ia adalah kawasan orang Melayu, jadi Umno akan memberi fokus untuk mendapatkan undi maksimum orang Melayu.

“Tetapi pada masa yang sama, kami tidak mahu terlalu agresif atau konfrontasi, kami akan lebih berwaspada dalam usaha mendampingi pengundi,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda BN.

Khairy juga menekankan kepentingan pengundi bukan Melayu dengan menjangkakan sokongan pengundi Melayu akan berpecah antara PAS dan Umno.

Sunday, September 12, 2010

pemasyhuran Tengku Faris sebagai Raja Kelantan

Alhamdulillah, akhirnya sebagai rakyat kelantan, dan seluruh rakyat kelantan yang lain, kami bersyukur ke hadrat Ilahi diatas pemasyhuran YAM Tengku Muhammad Faris ibni YTM Tuanku Ismail sebagai bakal Raja Kelantan. pertabalan menurut sebuah laman web separa istana kelantan, bakal diadakan pada hari ini bersamaan 4 syawal 1431 hijrah bersamaan 13 September 2010. hal ini berlaku disebabkan Raja Kelantan, Tuanku Ismail yang telah jatuh gering sejak lebih setahun lalu sudah tidak mampu untuk memikul tugas sebagai ketua negeri dan pemayung kesejahteraan rakyat jelata.

syukur aku jua kerana setelah hampir setahun juga istana kelantan bergolak dengan pelbagai masalah dalaman yang sudah menjadi buah mulut rakyat jelata terutamanya rakyat kelantan. semoga dengan pemasyhuran Tengku Faris ini, bakal membawa satu dimensi perubahan baru antara hubungan istana dan kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta hubungan yang teramat indah antara istana dan rakyat jelata. siapa tidak kenal Tg Faris, seorang anak raja yang termata istimewa, rapat dengan rakyat jelata, ramah, sentiasa mengambil tahu masalah rakyat, sentiasa berjubah dan berkopiah, mampu mengimami solat sunat yang dimakmumkan bukan sahaja oleh tuan guru nik abdul aziz, bahkan mufti kelantan, datuk shukri, timbalan menteri besar, seluruh exco kelantan serta rakyat jelata. moga Allah memberi hidayat kepada Tuanku.

semoga selepas ini, rakyat dan golongan marhain sudah tidak akan mendengar sesuatu yang tidak enak dari istana. ampun tuanku. sungguh indah Tuanku bakal menjadi Raja memayungi kami. lebih indah andai selepas ini Tuanku cepat cepat mencari seorang permaisuri yang baru yang bakal melahirkan zuriat demi meneruskan kesinambungan pemerintahan diraja kelantan. ^_".


kenyataan akhbar tempatan :

1. Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.

3. Perkara 23A ini berbunyi:
“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat
23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
“Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

6. Selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

7. Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama.

8. Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

9. Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini.

10. We hereby would also like to take this opportunity to reply to lawyer Rashid Zulkifli's assertion, as reported in today's Malaysiakini, that he will challenge the legality of this proclamation on the ground that the Regent, by virtue of the Regent being only the Regent instead of the Sultan, does not have the power to make these constitutional amendments.

11. Our simple answer to lawyer Rashid Zulkifli is: Please kindly take the trouble to read, if you had not, or reread, if you had, the ruling made by the High Court judge, Justice Mohamad Ariff Md Yusof, on 29 January 2010, with regard to this matter.

12. For the benefit of everyone, here is what the learned judge said:
(i) “the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state”.
(ii) “there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period”.

Di sini disertakan laporan akhbar mengenai keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang disebutkan. Disebabkan kami perlu memenuhi janji kami tetapi dalam masa yang sama kami menghadapi masalah untuk meng"upload" dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang berkaitan, maka dokumen-dokumen ini akan dimuatkan di dalam Posting 33 yang akan disiarkan di dalam blog ini sebaik sahaja proses peng"upload"annya diselesaikan.

ALLAHU AKBAR!

Tengku Fakhry loses case against Regent
(The Star, 30 Januari 2010)
KUALA LUMPUR: Kelantan Regent Tengku Muhammad Faris Petra’s action to revoke his brother Tengku Muhammad Fakhry Petra’s membership in the Kelantan Succession Council cannot be reviewed, ruled the High Court.
In dismissing the latter’s judicial review application, High Court judge Justice Mohamad Ariff Md Yusof yesterday ordered the prince to pay costs to the Regent and seven others named in the civil action.
He ruled that the action of the Regent in revoking his brother’s membership in the council on Sept 16, last year could not be challenged in any court of law as the subject matter was non-justiciable.
“It is non-justiciable as it involves the Kelantan Succession Council and the prerogative powers of His Royal Highness, in this case, the Regent. The court of law is not a suitable forum to decide over this subject matter.”
In his findings, Justice Mohamad Ariff said the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state.
In elaborating his grounds, Justice Mohamad Ariff said there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period.
PENJELASAN ISU PEMASYHURAN 12 MALAM INI DI BLOG INI
Reactions:
Kami di The Kelantan Insider dengan ini ingin memaklumkan bahawa penjelasan mengenai isu pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan akan dibuat di dalam blog ini pada jam 12 tengah malam ini.

Adalah diharapkan agar penjelasan, yang turut akan melampirkan dokumen-dokumen tertentu, ini akan membolehkan rakyat yang mungkin sedang tertanya-tanya mendapat maklumat yang tepat mengenainya.

Sekian, terima kasih.
http://thekelantaninsider.blogspot.com/

KOTA BHARU, 13 Sept: Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.

"3. Perkara 23A ini berbunyi:
"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."

"4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

"5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
"Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."

Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.

Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagio pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=28

Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Menurut posting terbarunya malam semalam, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh setiausaha kerajaan negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai semua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, pemangku raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

"Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) melalui warta kerajaan bertarikh 22 Julai 2010.

"Perkara 23A ini berbunyi: 'Kelucutan takhta kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat 23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah bahagian ini.'"

"Kemasukan Perkara 23A ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada perkara 3(2) undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua)

"Perkara 3(2) ini berbunyi: Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."

Menurut posting itu, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Tengku Faris telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua).

Posting itu juga memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu.

Berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh peguam Rashid Zulkifli di mahkamah bagi pihak ayahanda baginda, kenyataan ini meminta merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, pada 29 Januari 2010 lalu.
http://www.malaysiakini.com/news/142504

Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, boleh dilantik sebagai sultan yang baru - di tengah-tengah laporan yang menyebut kemungkinan istiadat permasyhuran itu akan berlangsung esok.

Abdul Aziz, yang banyak menulis mengenai kesultanan dan perlembagaan negara, berkata permasyhuran itu harus dilakukan oleh Majlis Perajaan, yang diberi tugas tersebut dalam perlembagaan Kelantan.

Menurut Abdul Aziz, majlis tersebut sama seperti Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa yang sama untuk melantik dan memecat Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, prinsip Islam serta pertimbangan perlembagaan berat kepada pelantikan sultan yang baru ketika sultan masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas perlembagaan baginda.

Bagaimanapun, beliau menyuara keprihatinnya berhubung berita mengenai permasyhuran tersebut, yang disifatkannya sebagai 'agak
misteri'.

"Prosesnya harus terbuka dan telus," katanya.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang sudah setahun gering.

Laporan itu menyebut bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu mengenai istiadat permasyhuran tersebut,
kerana tidak menerima surat rasmi dari pihak istana mengenai hal itu.

Manakala pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi oleh Bernama semalam, enggan mengulas tentang perkara itu.
http://www.malaysiakini.com/news/142482




Desas-desus Istana Kelantan akan memasyhurkan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini ditamatkan dengan pengesahan pembesar negeri bahawa mereka hanya dijemput menghadiri majlis hari raya.

"Saya mengakui menerima surat untuk ke majlis jamuan, itu saja," kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri itu juga berkata surat tersebut menjemput beliau menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Pemangku Raja di Istana Balai Besar pada Isnin ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada satu istiadat di Balai Rong Seri di Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi Isnin ini, berasaskan jemputan meminta semua kenamaan dan pembesar negeri memakai pakaian rasmi hitam.

Ketika mengulas laporan itu semalam, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menerima jemputan rasmi mengenai istiadat tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias ketika ditemui di majlis rumah terbuka di kediamannya hari ini enggan menafi atau mengiyakan perkara tersebut.

"Tunggulah, kita akan beritahu. Kita tidak membiarkan media kerana mereka rakan rapat kita," katanya.

Sebelum ini, Pengelola Istana Kelantan Datuk Abdyul Halim Hamad juga mengambil sikap serupa.
http://www.malaysiakini.com/news/142441

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru hari ini tidak harus dianggap sebagai satu rampasan kuasa, sebaliknya akan menamatkan ketidaktentuan di negeri itu yang berlarutan sejak lebih setahun, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejaskan konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya.

“Saya fikir ia patut dilakukan sejak awal lagi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Sementara istiadat itu diadakan peguam Sultan Kelantan semalam memaklumkan bahawa dua petisyen telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam, dipercayai bersangkut paut dengan pelantikan sultan yang baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra yang gering sejak awal tahun lalu.

Ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, “perlu diingat bahawa letak jawatan dan dipecat adalah biasa dalam sistem beraja.”

“Ini pernah berlaku di Malaysia ketika zaman British selepas Perang Dunia Kedua yakni di Selangor, Perlis dan Terenggganu. Begitu juga di Brunei dan United Kingdom,” kata beliau lagi.

Kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Sultan Yahya Petra berkata pemasyhuran Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini — sekitar 11.30 pagi ini — boleh disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa.

Tengku Merjan berkata ini kerana Perlembagaan negeri menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja iaitu sultan mangkat, menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun sultan turun dari takhta.

Katanya, sebarang tindakan menyingkirkan Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan di luar daripada cara yang ditetapkan oleh Perlembagaan negeri adalah satu kudeta dan boleh dikategorikan sebagai penderhakaan di bawah Kanun Keseksaan.

“Esok (hari ini) bakal menjadi hari yang sedih kepada sistem pemerintahan beraja di Malaysia sekiranya konspirasi tersebut berjaya menyingkirkan baginda,” kata beliau.

Aziz berpendapat suasana tidak menentu ekoran kegeringan Sultan perlu ditamatkan dan apa yang akan dilakukan pagi ini dengan memasyhurkan, yakni melantik Pemangku Raja sebagai sultan baru tepat.

“Yakni dalam konteks perlembagaan dan juga kestabilan negeri Kelantan. Ia juga penting dalam menjaga nama baik konsep raja berperlembagaan supaya imej berebut takhta dan berkelahi sesama adik-beradik dapat dihentikan,” kata Aziz.

Pakar perundangan ini berpendapat, langkah yang diambil Majlis Perajaan Negeri adalah penting supaya proses pentadbiran oleh kerajaan negeri tidak terjejas.

“Sultan memainkan peranan penting dalam proses ini,” kata beliau.

Aziz juga berpendapat bahawa istiadat pemasyhuran pagi ini dibuat berdasarkan peruntukan yang baru digazetkan.

“Pada saya ini setakat menjelaskan; tanpa peruntukan ini pun Majlis Perajaan Negeri yang mempunyai kuasa dan peranan penting dalam melantik dan memecat sultan boleh melantik sultan yang baru,” katanya.

Aziz menambah, sebagaimana Majlis Raja-Raja dalam konteks Yang di-Pertuan Agong, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah kuasa tertinggi yang perlu bertindak dalam keadaan-keadaan yang genting.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan dan tindakan Majlis Perajaan Negeri tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

“Ini telah diakui oleh mahkamah sendiri dalam banyak kes. Kes-kes yang lalu, contohnya, yang melibatkan cabaran ke atas Yang di-Pertuan Agong (1987) dan Sultan Terengganu (1996) dan terbaru di Kelantan (2009) jelas menunjukkan keengganan mahkamah untuk menyemak dan campur tangan dalam pertikaian takhta,” katanya.

Malah menurut Aziz, sebagai ketua agama Islam jawatan sultan perlu dilihat dalam konteks Islam.

“Kesihatan sultan jelas tidak memenuhi syarat untuk baginda terus kekal sebagai sultan yang merupakan ganti khalifah. Amirul mukminin perlu sihat tubuh badan dan Sultan Ismail jelas tidak memenuhi syarat itu.

“Dan, dengan wujudnya beberapa orang waris, Tengku Faris sebagai yang terkanan, ganti sultan perlu dilantik.

“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejas konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya,” katanya lagi.

Majlis Perajaan Negeri mengadakan majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini menggunakan undang-undang yang baru yang diwartakan Julai lalu.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu.

Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Tuanku Ismail Petra gering sejak awal tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan 22 Julai lalu.

Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan Majlis Perajaan Negeri menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu.

Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi.

“Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja,” kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru.

Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi “Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat.”

“Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu:

- (a) naik takhta kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;

- (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal raja kepada kakhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

- (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal raja ataupun bakal-bakal rajanya;

- (d) pelantikan dan sifat ketua-ketua pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,

bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakar-istiadat-pemasyhuran-sultan-kelantan-bukan-rampasan-kuasa/

amin ismail
manipal
india.