untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Showing posts with label muslim. Show all posts
Showing posts with label muslim. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

"Susahnya mahu mencari lelaki soleh sekarang yang rajin ke masjid"

Tatkala lelaki sedang mencari...

Ibu untuk anak anaknya, mencari tukang masak untuk memenuhi keperluan perutnya, mencari seorang jururawat untuk menjaganya ketika sakit, mencari tukang urut untuk mengurut segala urat sarafnya, mencari pembantu untuk menjaga ibunya yang sudah tua, mencari wanita untuk melengkapi hidupnya..

Wanita juga sedang mencari...


Mencari ayah untuk mendidik anak anaknya, mencari pelindung untuk melindungi dirinya, mencari penjaga untuk menjaganya dari bahaya, mencari pekerja untuk memberinya nafkah, mencari ketua untuk membimbingnya. Paling penting, mencari IMAM untuk mendidiknya serta keluarga ke jalan yang lurus.

Tatkala lelaki berkata 'Susahnya mahu mendapatkan perempuan yang pandai masak sekarang"

Wanita juga sebenarnya setiap kali azan berbunyi sering mengintai ngintai di masjid dan surau mencari bakal Mislimin yang akan menjadi IMAMnya sambil berkata :

"Susahnya mahu mencari lelaki soleh sekarang yang rajin ke masjid"

Tatkala kita mencari yang terbaik untuk kita, mungkin kita terlupa orang juga sedang menilai kita untuk menjadi yang terbaik buat mereka.

Penulis Blog Aku Budak Medik.

Saturday, June 9, 2012

berdating di masjid saidina Ali

kami berdatng lagi untuk kai ke 9 ke masjid saidina Ali bukit katil. 2 speaker berkongsi ilmu mereka. Dr Rahim, houseman di hospital seremban dan senior kami berkongsi serba sediit kerja seorang houseman, gaji, tip tip belajar. Ustaz Najib berkongsi kehidupan seorang ustaz, syria dan perkembangan. Dapat qiam beramai ramai menjelang 4.30 pagi. Moga ukhuwwah terus kukuh di sini.








Saturday, June 2, 2012

Muslim Super : Dr Danial Zainal Abidin

Semalam kami ramai ramai berkesempatan ke masjid Al Azim melaka untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr Danial bertajuk membina muslim super. ^^ menariknya, sempat bergambar beramai ramai selepas selesai program. terima kasih pada IKRAM Melaka yang membawa Dr Danial ke sini. ^^

nak share sekeping gambar. kredit pada Hariz Jaafar. saya curi gambar ni di facebook. ^^



Saturday, May 19, 2012

Sunathon training course 2012

Semalam kami telah mendapat satu pengalaman baru, dapat belajar dan menikuti kursus bersunat anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia DAN CUCMS (C yberjaya). Sedikitlah gambar yang mampu dikongsi. ^^







Sunday, May 6, 2012

buatlah sesuatu yang mampu melonjakkan diri...Wan Ji facebuk dan youtube pun.ada.. ^^

Kadang kadang perasan tak, kita suka buat perkara yang menghancurkan diri, sesuatu yang tiada kredit kepada diri kita. Perkara simple la. Contohnya merokok! pernah terfikir apa kesan rokok kepada badan dalam jangka masa panjang?

satu lagi, pertengkaran yang sia sia difacebook. Mempertahankan perkara yang dirasakan menjadi hak diri dan kumpulan sendiri, atas nama Jemaah. Jemaah aku berlainan dari jemaah lain lain kerana kami itu dan kami ini.

Alangkah seronok andaikata penglibatan kita dalam Jemaah digunakan untuk memberikan input input positif kepada diri. Menambahkan kenalan, memangunkan jiwa yang sedang gersang dan meluput. ^^

Semalam alhamdulillah dapat bersama kawan MMMC.seramai 9 orang dapat berkonvoi Madrasah An Nuriah Addiniah Sungai Udang untuk mengikuti Seminar Fiqh Siasah sempena 72 tahun Maahad Annuriah. Hebatkan! 72 tahun berdiri dengan.sendirinya. Tiada satu sen pun duit dari majlis zakat negeri yang mengalir, tapi still mampu berdiri teguh.

Yang.seronoknya dapat mendengar penceramah mantap! Apa lagi Ustaz sempoi kita, Wan Ji facebuk dan youtube la. ^^



Ustas.Khairuddin.AtTakiri.pun.ada


Saturday, May 5, 2012

Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak









Dalam buku ini penulis mengetengahkan pentingnya pertumbuhan anak di gendongan ibunya, keluarganya dan lingkungannya serta hubungan kekerabatan dengan kedua orangtua dan karib-kerabatnya. Juga tentang pentingnya menjaga nilai-nilai islami dalam masa pertumbuhannya dan membiasakannya untuk selalu berpikir.
Penulis juga menekankan tentang pentingnya memakai berbagai media dan alat peraga yang sesuai dengan usia anak. Itu semua beliau simpulkan dari metode pendidikan Islam, hadis-hadis Nabi Shallallâhu ’alayhi wa Sallam dan pernyataan para pakar pendidikan Islam.

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai.Di bahu ibu bapalah dipertanggungjawabkan untuk mendidik merekaSudah ada sumber rujukan? Jika belum, dapatkan buku :

          Cara Nabi Mendidik Anak: Prophetic Parenting

Dalam bahasa Indonesia mudah ...mudah dibaca dan difahami.

“Setiap keluarga Muslim membutuhkan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan pribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.”
Doktor Mahmud ath-Thahhan
(Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)

Judul: Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak
Penulis: DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid.
Harga: RM 65.00 tidak termasuk urusan pos
Penghantaran percuma sekitar Kota Bharu (Kelantan) dan Bandaraya Melaka

Jika berminat sila hubungi@sms.kepada: Dr Azirawati bt Ismail (phone no 0139609354) ataupun mohd Amin Ismail, phone no 0199440272 (Melaka Manipal Medical College, Bukit Baru Melaka)


Monday, April 30, 2012

Kenapa ISMA tidak mahu berpakat dengan IKRAM?

Izinkan saya menulis sesuatu yang terbuku dihati. Saya mengenali apa itu politik islam dalam Jemaah sejak lahir lagi. Ayah pendokong Jemaah. Kekanda juga. Bila membesar, saya mengenali apa itu jemaah politik, jemaah NGO. Diantara jemaah NGO, saya mengenali JIM, ABIM walaupun saya tidak pernah mendekati mereka. Kemudian saya membaca berita tentang ISMA. dari perbualan dengan rakan rakan seusrah, ISMA adalah serpihan yang mempunyai pandangan berbeza dengan dengan jemaah asal, kemudiannya mufarakah dengan pendirian tersendiri.

Tatkala kemudian, muncullah IKRAM, bertujuan ikhlas menyatukan kembali NGO islam diMalaysia dibawah satu bumbung. JIM perlahan lahan  akan dibubarkan, dan asetnya perlahan lahan deserahkan kepada IKRAM.  ISMA masih sendirian. Tidak mahu bersama.

Tatkala ISMA mendokong penyatuan UMNO dan Pas, boleh tak kita mendokong penyatuan ISMA dan IKRAM supaya kekuatan NGO Islam dimalaysia ini dapat disepakati? Sekadar pandangan dan lontaran indah ^__^

Dan saya nampak terlalu banyak perbezaan antara ISMA dan IKRAM dalam banyak banyak isu setempat dan negara.

"Melayu sepakat Islam Berdaulat" Maafkan saya untuk tidak bersetuju dengan slogan ini untuk sebuah jemaah yang mengaku berjuang Islam. Saya lebih cocok dengan slogan "Islam For All".  

Saturday, February 4, 2012

Ikhwan Muslimin





KUALA LUMPUR, 4 Jan: Ikhwan Muslimin Mesir secara jujur mengakui kemenangannya pada pemilihan Parlimen pertama negara itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu bukanlah kerana kekuatan strategi yang disusun oleh pihaknya. 

Malah, penyertaan Ikhwan dalam pilihanraya itu tanpa sebarang strategi dan hanyalah dengan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat pemilihan mengikut kehendak masing-masing  

Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen berkata, kemenangan pihaknya pada pilihanraya itu jelas tercapai hasil perpaduan dan keinginan rakyat untuk bersama-sama menjatuhkan pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak.

Menurutnya, sebelum revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu, keseluruhan rakyat Mesir telah bersama-sama menzahirkan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak untuk digantikan dengan kerajaan lain yang lebih baik.

Katanya, dalam masa yang sama, rakyat Mesir ternyata lebih yakin dengan Ikhwan Muslimin untuk memimpin kerajaan baru yang diingini oleh mereka itu.

"Mereka sendiri lebih yakin dengan calon-calon Ikhwan Muslimin, sejajar dengan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh Ikhwan yang diyakini lebih baik berbanding parti-parti lain," katanya ketika ditemui Harakahdaily dan Harakah cetak, di sini, malam semalam.     

Keputusan akhir pilihanraya Parlimen pertama Mesir yang diumumkan pada 21 Januari lalu menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Pilihanraya pertama yang diadakan setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak itu turut menepati ramalan beberapa pihak, apabila parti milik Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen). 

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.

Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Bagaimanapun, berdasarkan sistem pemilihan presiden di negara itu, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bukan dari parti yang memenangi pilihanraya itu.

Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.

Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen pula dijangka akan diadakan pada bulan ini dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.

Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.

Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.

Menurut Gomaa, perkembangan yang berlaku di Mesir sekarang tidak memerlukan pihaknya menyusun strategi tertentu untuk menghadapi pilihanraya kerana rakyat negara itu sendiri sudah berhasrat untuk melakukan perubahan. 

Katanya, sebelum dihalang oleh Kerajaan Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin memang pernah terlibat dalam pilihanraya di Mesir dan rakyat juga sudah tahu tentang dasar-dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam di negara itu.

"Jadi apabila revolusi rakyat tercetus, rakyat dengan sendirinya akan memilih parti Ikhwan Muslimin dan parti Islam kerana hanya parti Islam sahajalah yang diyakini mampu memberikan perubahan ke arah yang lebih baik seperti yang diingini oleh mereka sendiri," tegasnya.

Perlaksanaan sistem perundangan Islam

Dengan kemenangan itu, tambahnya, Ikhwan Muslimin pasti akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya di negara itu dengan perlaksanaan sistem perundangan Islam dalam pelbagai aspek.

"Pengasas Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Bana sendiri sememangnya meletakkan asas perjuangannya adalah untuk melaksanakan sistem perundangan Islam dan matlamat itu tetap akan diutamakan oleh para pemimpin Ikhwan Muslimin sepanjang masa. 

"Dalam hubungan ini, kami akan bertindak berdasarkan keutamaan kerana perlaksanaan sistem perundangan Islam tidak hanya terhadap hukum hudud," katanya.

Sebaliknya, penekanan awal yang akan diberikan oleh pihaknya adalah terhadap pendekatan cara hidup rakyat dan bidang pendidikan agar selaras dengan kehendak Islam. 

Setelah rakyat didedahkan dengan cara hidup yang betul seperti yang dikehendaki Islam dan pendidikan pula diterima secara menyeluruh, beliau yakin kesemua pihak pasti akan dapat melihat individu-individu Islam yang hebat dalam pelbagai aspek.

"Itulah yang akan diusahakan oleh Ikhwan Muslimin dan penekanan itu pula tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki, tetapi juga kepada kaum muslimah di Mesir," katanya.

Kemenangan dalam pilihanraya, ujarnya, adalah fasa pertama dari perjuangan Ikhwan Muslimin hasil penerimaan rakyat negara itu terhadap dasar-dasar perjuangannya. 

"Fasa keduanya iaitu perlaksanaan sistem perundangan Islam dalam aspek-aspek lain pula akan dimulakan dengan penggubalan undang-undang pada persidangan Parlimen nanti," tegas beliau.

Kehadiran Gomaa ke negara ini atas undangan Majlis Penyelarasan Gerakan Islam Sedunia yang bersidang di Kuala Lumpur pada 31 Januari hingga 1 Februari lalu.  

Pertemuan sekitar sejam dengan Harakahdaily bermula jam 9.30 malam itu turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, manakala Wartawan Kanan Harakah Cetak, Zainuddin Hashim turut berperanan sebagai penterjemah.

Saturday, May 28, 2011

saya Islam, tapi dia Cina Muslim^_^

sudah lama saya mencari kebenaran ini. Slogan Islam for All dilihat satu slogan yang terbaik. dari sehari demi sehari saya mula mahu mengenali siapa dia sahabat saya yang berada dimalaysia yang merupakan seorang muslim seperti saya tapi mahu dikenali sebagai seorang cina, seorang india. amat indah sekali. Benar kata kata tok guru, Islam menyatukan ummah, dengan kaum yang pelbagai di malaysia ini, hanya Islam yang boleh menyatukan hati hati kita dengan tanpa perasaan prejudis langsung kerana Allah telah mengikat hati hati kita kepada Islam. 

"Baiklah, apakah apabila anda masuk islam anda akan menjadi melayu? Di semenanjung yang sinonim dengan Melayu ialah mereka yang menganut ajaran agama Islam. Dalam kempen-kempen pemimpin melayu selalunya akan merentangkan slogan seperti ini untuk meraih sokongan daripada bangsa melayu:
“Umat Melayu Islam mesti bersatu”
“Jaga kepentingan Melayu dan Islam”
“Marilah bersatu demi Melayu dan Islam”
“Penting untuk Melayu dan Islam”
Persoalannya, kalau anda cina, india, bumiputera sabah dan sarawak memeluk islam, apakah anda perlu untuk berjuang pada bangsa melayu, dan hidup dengan budaya orang melayu?
Apakah perlu anda bersetuju dengan perjuangan mereka setelah anda memeluk islam?
Saya pernah ditanya oleh ahli keluarga mengenai perkara ini. Ketika itu kami sedang berbual dengan meriah di ruang tamu rumah kediaman.
Abang saya mewujudkan persoalan “Kamu kan sudah jadi melayu…. ”
Saya tersentak seketika apabila dia berkata begitu. Kemudian saya menjawab begini:
“Sejak bila pula saya jadi orang melayu? Saya tetap berketurunan cina murut, saya tetap daripada keluarga ini, bagaimana pula saya boleh jadi melayu?”
Semua yang ada di ruang tamu itu senyap, kakak, abang, adik,dan ibu saya juga ada pada itu.
Saya menyambung,
“Kalau begitu macam mana pula saudara kita yang lain menganut agama kristian? Mereka tetap orang murut, tapi beragama kristian, bangsa adalah bangsa, agama tidak sama dengan bangsa” "
Kalam diatas bukanlah kalam dari saya, tapi ianya adalah luahan hati saudara saudara kita yang non malay tapi seorang Islam. Alhamdulillah, saya mula mahu mengenali mereka. anda juga saya menjemput untuk mengenali saudara muslim anda yang tidak sama Melayunya semacam anda. disini..FIKRAHISLAM.COM, LowYitKun

Tuesday, May 17, 2011

inilah sebenarnya dakwah di MALAYSIA

‎"Saya terlalu sedih dan dukacita bila ada orang Islam di Malaysia kata Islam tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana berbilang bangsa. Oleh itu, saya sering tidak putus-putus berfikir bagaimana mahu memperkenalkan Islam kepada bangsa lain yang bukan Melayu supaya mereka benar-benar faham Islam ini sebagai satu agama yang adil..."

Sidang Media selepas merasmikan Seminar Hubungan Muslim-Non Muslim Dalam Konteks Malaysia yang diadakan di Hotel New Pasific pada 3 Jun 2010.



Tuan Guru Nik Aziz.

Wednesday, November 3, 2010

saya bukan syiah

salam to all

hari ini hampir 2 jam berblogging ke laman faizal teahrani. tahniah saudara kerana telah berjaya menyiapkan tesis Phd. ya. melawat blog belaiu menambahkan kekaguman pada diri nya dan diri individu yang disayanginya, sudah tentu presiden Ahmadinejad. mana tidak silalah berkunjung ke laman beliau, penuh dengan gambar gambar menarik dari bumi tercinta , bumi ahlil bait, Iran

propaganda barat, mungkin. propaganda dari timur tengah jua mungkin. asalnya islam yang satu jua, bersaksikan nabi muhammad tercinta sebagai pesuruh Allah yang mulia. memetik ayat Alquran yang sama, menimbulkan perasaan cinta pada kekasih yang sama. akhirnya kita sesat dalam fahaman yang berbeza. terpengaruh dengan tangan tangan syaitan yang menghayun membawa kita jauh dari erti persaudaraan. menimbulkan rasa syak dan wasangka ana insan yang menjadikan Rasulullah sebagai sumber inspirasi teragung.

adakah masa yang dinanti akan muncul dalam hayat ini, cintakan palestin untuk kembali diduduki, betapa berpimpinkan mereka yang berhati syaitan, menggadai agama demi rasa hormat yang sementara, sanggup bertuankan syaitan demi nikmat dunia yang sementara, sementelaah, pemimpin agong dituduh perosak agama. entah. dimana keadilan dunia yang kita cari sebenarnya. kita jua yang terbelenggu dalam pemikiran yang sengaja diputar putarkan. moga kebenaran akan muncul akhirnya. sudah pasti dengan takdir Ilahi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).


iya, kalau kita sebagai sunni tidak mampu untuk menentang kuffar dan al yahud, biarkan mereka sebagai syiah berjuang dimedan. senang betul. usah bersekongkol dengan bangsa yang memerangi agama Allah. bangkitlah pencinta rasulullah

yang pasti ak tetap sunni yang mencintai Ahmadinejad

Saturday, April 17, 2010

terima kasih Tuhan

salam semua:

Alhamdulillah rasanya agak lama juga aku tidak mencoretkan sepatah pun perkataan di laman sosial aku ini. mana taknya tak tergamak mengungkapkan walau sepatah pun. penat bila semua yang diharapkan tidak berjejak dibumi menjadi kenyataan. betapa besar perjuangan untuk dihadapi.

sejak balik dari ziarah mesir dahulu, terasa rindu sesangat nak menjejak kembali langkah langkah yang pernah tersusun. perjalanan 2 minggu yang cukup memenatkan namun penuh dengan langkah langkah gembira mengadun kembali khazanah silam yang penuh misteri. betapa zaman akan sentiasa berubah , waktu akan terus beredar, bumi akan terus berputar pada paksinya. sekuat dan sehebat mana seorang raja itu, pasti akhirnya akan tuduk dan patuh pada kehendak alam yang sudah tidak memerlukan nya lagi untuk meneruskan penerokaan alam ini. betapa kuatnya seseorang itu di puja dan di agungkan, mereka tetap seorang manusia yang biasa macam kita semua. kenangan bersama, makan makan besar, berkejaran di tepian pantai kerang, melawat makam imam syafie, turun bas berkejaran ke wadi arba'in, naik unta walau aku hampir terjatuh, itu semua cukup membuatkan bumi para anbiak menjadi idaman dihati. syukur kepadanYA yang mengizinkan ku untuk berjejak kaki.

Malaysia baru :

bila bercakap soal malaysia, terlalu banya isu nya untuk dirungkaikan. APCO, politik hulu selangor, politik pilihanraya sibu terus mengungkap tanganku untuk menaip laman 2 web dan menerjah sana sini mencari sumber. itulah diri aku. kalau tak melayar berita berita politik dari malaysia memang tak sah. hulu selangor ini boleh la dikatakan satu tempat panas jugak. masakan tidak asalnya kubu kuat barisan nasional zaman berzaman. hanya sekali hari tu lepas pilihanraya 2008 dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT. itupun dengan majoriti yang agak tipis. dan kali ini sekali lagi pakatan rakyat melalui zaid ibrahim akan berhempas pulas mempertahankan hulu selangor dari jatuh ke tangan barisan nasional melalui kamalanatahn . itupun amat payah untuk barisan memilih calon selepas umno inginkan calon mereka ditempat yang diwakili mic sejak sekian lama. mic pulak inginknan datuk g palanivel timbalan presiden mic yang bakal dinobatkan selepas samy vellu berhasrat melepaskan jawatan selaku raja masyarakat india selapas 14 bulan akan datang. degil datuk samy nih. dahtu umno plak tak mahu datuk palanivel. after consensus, tercapailah kata putus memilih kamalanathan selaku ketua perhubungan mic untuk menjadi calon dengan datuk palanivel diberi jawatan senator berstatus timbalan menteri. mic menang 3-0 keatas umno. walau apapun politik hulu selangor menarik untuk disaksikan

mens sano in corpre sano...

Thursday, February 4, 2010

Cari titik persamaan agama dalam berdakwah

Dzulfikar Mashoor

KOTA BHARU, 4 Feb: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nor Manuty menyeru umat Islam supaya menghayati konsep mencari titik persamaan dengan penganut-penganut agama yang lain dalam berdakwah.



Beliau yang juga Fello Kanan di Kolej Universi Islam Selangor (Kuis) turut menjelaskan pengalaman beragama Umat Islam di Singapura dan beberapa negara Eropah yang menggalakan wacana antara agama hatta berjaya mengIslamkan ramai penganut-penganut Kristian dan Atheis.

Dalam konteks Malaysia, menurut beliau, Pakatan Rakyat seharusnya memulakan wacana-wacana yang rasional demi membangkitkan keyakinan umat Islam, di samping menghakis rasa bimbang di kalangan rakyat tempatan.

"Rasulullah s.a.w adalah qudwah al-hasanah (contoh teladan yang baik) dan kerajaan Rasulullah adalah 'kerajaan dakwah' di mana Umat Islam dan (masyarakat) bukan Islam saling menghormati antara satu sama lain," jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Antara Kebimbangan dan Keyakinan Rakyat' pada Seminar Pemikiran Islam Semasa anjuran Tabung Amanah Tok Kenali di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (Putik), di sini, hari ini.

Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadhil pula berkata, kebimbangan yang dialami oleh masyarakat Melayu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini kerana tidak mahu gerakan kristianisasi didakyahkan ke atas masyarakat seperti sebelum merdeka.

"Ketika sekolah (aliran) Inggeris diperkenalkan, orang Melayu begitu bimbang menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu kerana bimbang, bimbang anak mereka didakyahkan (oleh) mubaligh Kristian.

"Tidak mungkin kebimbangan itu berlaku dengan prasangka semata-mata (dan) prasangka tidak bertahan lama, tentu ada sebab lain yang begitu kuat,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja 'Pemakaian Kalimah Allah: Suatu Pernyataan Keprihatan'.

Mengambil pengalaman gerakan dakyah Kristian ke atas bangsa Melayu-Jawa di Indonesia, beliau menganggap permohonan menggunakan kalimah 'Allah' oleh Gereja Katholik Kuala Lumpur seperti suatu gerakan Kristianisasi di tanah air.

"Dalam konteks Alam Melayu, seperti yang dilakukan di Indonesia, mereka (mubaligh Kristian) cuba 'mengkristiankan pribumi' dan 'mempribumikan Kristian' di mana Allah itu disebut-sebut sebagai secara lazim dalam penulisan Kristian hingga tidak ada yang berbeza dengan kita.

"Hal seperti itu telah terjadi, sama ada kebimbangan ini boleh dijadikan asas untuk kita (umat Islam) menyekat mereka (masyarakat bukan Islam) menggunakan kalimah 'Allah' atau kita mahu membenarkan dengan syarat-syarat yang begitu ketat, kebimbangan itu masih boleh dilihat dan ditimbang-timbangkan," ujarnya yang juga Presiden Kolej Dar al-Hikmah.

Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Editor Syariah sebuah syarikat penerbitan buku ketika membentangkan kertas kerja 'Penggunaan Kalimah Allah bagi Masyarakat Bukan Islam' berkata, tidak ada nas yang jelas melarang masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

Disebabkan itu, umat Islam mesti menunjukkan keadilan Islam untuk semua manusia dengan memberikan hak-hak kepada mereka yang berhak menggunakan kalimah Allah.

"Islam itu agama yang adil dan keadilan Islam itu untuk semua seperti mesti dalam semua perkara, termasuk dalam menggunakan nama Allah.

"Isu kalimah 'Allah' lebih jelas kalau dilihat pada (konteks) orang Islam dilarang minum arak, tetapi pengharaman itu tidak boleh kita sehingga kita menafikan hak masyarakat Islam meminum arak,” ujarnya.

Tegasnya lagi, apabila Allah tidak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan nama 'Allah', bermakna terdapat hikmah yang berupa kebaikan yang besar berbanding kemudaratan yang kecil, seperti pandangan Imam al-Baidhowi dan Imam asy-Syatibi ketika membahaskan hukum-hakam Islam.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24748:cari-titik-persamaan-agama-dalam-berdakwah&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, February 3, 2010

Ikut perintah Allah jika mahu selamat

LanH14

TIDAK lama dulu penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan?

Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan.

Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang.

Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT.

Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka.

Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT?

Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin.

petikan dari harakahdaily.net

Monday, February 1, 2010

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity

dipetik dari laman sesarang :
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2212

Pendahuluan

Isu kalimah Allah telah berminggu-minggu dibahaskan dipelbagai peringkat masyarakat. Secara peribadi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun ianya tidak menghalang untuk saya menyatakan pendirian saya berdasarkan pembacaan hujjah dari kedua-dua belah pihak. Walaupun pada asalnya saya telah pun mempunyai jawapan tersendiri, namun biarlah jawapan saya itu mempunyai asas yang kuat untuk saya nyatakan. Nah! Sekarang saya telah mempunyai asas yang kuat untuk menyatakan pendirian saya.


Langkah PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah tepat!

Setalah membaca banyak pandangan dan perbahasan, antaranya Dr. MAZA, Ust Zaharuddin, Ust Harun Taib. Seterusnya perdebatan antara TB dan AB (sebanyak 8 siri) dan yang terakhir ulasan panjang lebar Ust Wan Ji. Secara peribadi saya menyokong penuh keputusan PAS di dalam isu ini.

Maka pandangan/pendirian saya ialah:

Saya bersetuju kalimah Allah berhak untuk diguna pakai oleh pihak gereja kristian. Namun dengan syarat kawalan yang ketat patut dilaksanakan agar kalimah tersebut tidak gunakan untuk mengelirukan umat Islam.

Allah memberi hikmah mengapa namanya boleh disebut.

Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah, tidak kah kita terfikir mengapa gereja Barat sangat fobia (bimbang) untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible mereka? Sedangkan apakah bezanya antara Bible Barat dan Bible Timur (arab)? Sekiranya diteliti kebimbangan ini sangat berasas. Ini adalah kerana mereka bimbang masyarakat Eropah akan terkeliru dengan kalimah Allah. Akhirnya akan mengheret masyarakat mereka kearah mengkaji sifat Allah dalam Islam serta memungkinkan mereka memeluk Islam akhirnya. Fikirkan wahai muslimin!

Suasana di Malaysia

Ramai yang menyatakan suasana di Malaysia tidak tidak mengizinkan kalimah tersebut diguna pakai oleh pihak Kristian. Benarkah begitu? Ataupun benarkah gejala murtad berpunca dari kalimah Allah? Mungkin benar secara kasarnya, namun tahukah kita punca sebenarnya gejala murtad dikalangan umat Islam Malaysia ? Secara peribadi saya berpandangan, apa jua masalah yang berlaku di Malaysia (sosial atau akidah), adalah kerana terdapat pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Saya akui bahawa memang benar kalimah Allah yang dituntut oleh pihak Kristian mempunyai agenda tersembunyi, namun lemah sangatkah Islam di Malaysia ini ini untuk melancarkankan agenda Islamisasi bagi mematahkan agenda mereka? Tak cukupkah agensi yang ada untuk melancarkan agenda dipihak Islam, kemanakah NGO-NGO Islam untuk membantu menjayakan agenda Islaminasi ini. Sekali lagi saya tegaskan, sebaliknya ada pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan bagi menghalang agenda ini!

Sepanjang saya berasa di bumi Sabah sebenarnya membuka mata saya mengapa ada dikalangan umat Islam di Sabah kembali menganut Kristian. Sekiranya ada dikalangan umat Islam Sabah yang murtad hanya kerana perkataan Allah di dalam ‘Al-Kitab’ mereka, sila nyatakan! Namun apa yang pasti, mereka murtad bukan kerana kekeliruan kalimah Allah, tetapi adalah kerana tiada pendakwah yang sanggup mengajar mereka erti Islam yang sebenar. Ini adalah hakikat yang perlu diakui oleh semua pihak.

Apa tindakan kita?

Beberapa post yang lepas, saya pernah menyatakan bahawa Islam tidak boleh berada di pihak defensive, tetapi Islam perlulah berada pada ‘offensive position’. Selagi mana Islam berada di ‘defensive position’, selagi itulah Islam akan ditekan dan dilihat sebagai agama yang lemah. Terus terang saya katakan bahawa, ada pihak yang sentiasa ingin melihat Islam di Malaysia berada pada ‘defensive position’. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Pada semua kaki-kaki bola, sila anda katakan pada saya, sekiranya pasukan A mengatur strategi ‘offensive’ manakala pasukan B mengatur strategi ‘defensive’. Pasukan manakah yang akan menang?

Membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah langkah pertama strategi ofensif.

Saya mulakan dengan soalan berikut. Antara dua kenyataan dibawah, yang manakah akan mendapat mati syahid dan yang manakah akan dapat mati katak?

1. Mati kerana tidak membenarkan Kritian menggunakan kalimah Allah, atau
2. Mati kerana menyebarkan kesucian kalimah Allah.

Anda jawablah dengan hati yang benar-benar mencari keredhaan Allah.

Ini jawapan saya. Sekiranya anda menjawab jawapan satu, ini bererti bahawa anda sedang berada pada ‘defensive position’ dan akan mati katak? Bagi saya, mereka yang yang ingin mencari ‘political mileage’ sahaja yang akan menggunakan jawapan satu. Sebaliknya, sekiranya anda menjawab jawapan dua, anda sedang berada pada landasan yang benar. Ya, itulah jawapan tegas saya.

Confrontasy menutup rapat Opportunity.

Prinsip asas Islam dalam sebarang kekeliruan ialah berhujjah. Jadi mengapa kita perlu takut untuk berhujjah dan ingin bersembunyi disebalik bayang-bayang ketakutan tersebut. Apabila umat Kristian ingin menggunakan kalimah Allah, maka inilah masanya untuk umat Islam memulakan serangan hujjah.

Sebarang usaha menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (sebenarnya tiada dalil kuat untuk menghalang), hanya akan mewujudkan confrontasy dikalangan umat Islam dan umat Kristian di Malaysia. Sekiranya wujud suasana confrontasy ini, adakah ianya baik untuk agenda Islamisasi? Sebalikya, sekiranya, kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, maka akan terbukalah seluas-luasnya pintu opportunity.

Opportunity melahirkan strategi.

Sesungguhnya di sebalik isu penggunaan kalimah Allah ini, terbentang luas peluang yang akan melahirkan pelbagai strategi dakwah. Seperti yang diketahui, bahawa oppourtunity merupakan salah satu langkah di dalam melaksanakan analisis SWOT. Namun tidak ramai yang ingin mewujudkan strategi daripada opportunity yang tersedia ada. Inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam masa kini.

Mengatur strategi memerlukan satu-satu pasukan itu bertindak satu langkah ke depan berbanding pesaingnya. Inilah kelemahan yang ketara umat Islam di Malaysia. Sepatutnya kalimah Allah akan menjadikan umat Islam berada satu langkah terkehadapan berbanding bangsa lain, namun sebaliknya berlaku.

Sebagi contoh, berikut adalah strategi yang mungkin dapat difikirkan untuk dilaksanakan:



1. Melancarkan kempen ‘No God Accept Allah’. Semua agensi atau badan NGO’s perlu mengeluarkan stiker atau apa sahaja bentuk bahan ringan yang memaparkan perkataan ‘No God Accept Allah’. Ini adalah sebagai strategi ‘saraf’ buat mereka yang ingin menggunakan nama Allah.

1. Peranan tenaga pengajar dalam menyebarkan kalimah Allah. Semua guru-guru muslim perlu menekan kalimah Allah sebagai tuhan untuk semua manusia. Memuliakan kalimah Allah di hadapan semua pelajar tanpa mengira apa agama mereka.

1. Mengadakan ‘Talk Show’ secara terbuka di dengan tajuk ‘Allah for All’ . Ini adalah sebahagian daripada medan ilmu bagi masyarakat memahami bahawa Allah itu merupakan tuhan bagi semua manusia.

1. Mewujudkan risalah kemuliaan Allah di sisi Islam (dalam semua bahasa) . Risalah merupakan element yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai kesan tersiri pada jiwa pembaca.

1. dan lain-lain lagi strategi yang perlu difikirkan hasil dari pengguna ‘Kalimah Allah’.

Sekiranya umat Islam masih sibuk dengan tindakkan mempertahankan kalimah Allah dan tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu strategi dakwah, nescaya kita pasti akan menjadi umat yang lemah. Mengapa? Kerana kita berada satu langkah terkebelakang di dalam mengatur strategi. Malah dengan menghalang penggunaan kalimah Allah beerti menutup segala pintu-pintu ‘opportunity’ yang telah tersedia dengan pelbagai strategi dan hikmah.

Sekira semua strategi ini disusun dengan baik dan kemas, maka tiba masanya nanti, InsyaAllah umat kristian di Malaysia pasti akan tertanya-tanya, siapakah Allah yang sebenar? Maka, dengan itu saya bertanyakan kepada anda, pilihlah antara ‘Confrontasy atau Opportunity ’.

Pilihan di tangan anda.



-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com

my komen :
rasanya inilah yang terbaik.
iya pilihan ditangan kita
andai mereka mahu menggunakan kata nama Allah untuk memesongkan akidah umat islam, mengapa kita tidak mengambil peluang yang terhidang ini untuk memberitahu akan siapakah Allah yang sebenar itu. moga Malaysia terus aman dan makmur.

Thursday, December 10, 2009

satu konsep : percaya kepada qadha dan qadar

lama rasanya tak meluahkan sesuatu dalam blog ini, seolah semacam ada satu perkara besar yang terjadi membuatkan langkah seakan mati ditengah jalan. seumpama seorang yang berjalan cukup laju, singgah seketika diperhentian pertama, cuba untuk melangkah ke perhentian kedua, namun langkah semakin layu hilang keringat.

dua tiga malam sudah, aku termenung seketika berfikir apa sebenarnya hakikat yang dikatakan percaya pada qada dan qadar Allah taala itu. mengapa ianya dimasukkan oleh Allah menjadi sebahagian dari RUKUN IMAN yang 6. bermula dari beriman kepada Allah, berimana kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada malaikat, dan akhirnya beriman kepada QADHA DAN QADAR ALLAH. semua manusia mengaku beriman kepada Qadha dan qadar. NAMUN TIDAK SEMUA YANG MEMAHAMI DAN MENGERT AKAN HAKIKAT YANG SEBENAR.

Kerana apa? hanyalah kerana manusia tidak pernah diuji dan teruji. berbahagialah manusia yang sering diuji oleh Allah , NAMUN DIA BANGKIT DARI UJIAN, Berbahagialah manusia yang terus diuji oleh Allah dan dia masih dalam proses mencari diri sendiri. bukan mudah apabila manusia itu diuji, ada yang tewas, ada yang lemas, ada yang tersungkur, namun ada yang cuba untuk bangkit, mencari setitis nilai yang akhirnya berkeupayaan untuk terus gagah melangkah.

betapa sebenarnya khakikat penciptaan seorang insan itu cukup indah. manusia diciptakan dengan satu konsep dimana setiap manusia itu ada hak hak etrsendiri untuk hidup diatas muka bumi ini, ada hak untuk memimpin, dipimpin, berjaya, gagal, hidup denagna aman bahagia ataupun duka. pilihan yang ada bagi seorang manusia. pada masa sama setiap manusia itu juga telah ditetapkan sejak azali lagi samada akan lahir dari keluarga yang miskin, dari keluarga yang kaya, jatuh sakit pada sesekian hari, bertemu jodoh denagn individu berkenaan, dan berjaya dalam cita cita yang dimiliki. umpama satu contoh yang indah, dua orang pelajar perubatan yang berjaya dari satu kolej [perubatan mendapatkan ijazah masing masing dari chancelor. bila ditanya apakah resepi kejayaan anda berdua? sudah tentu kedsuanya berbicara denagn iindahnya kami belajar bersungguh sungguh. namun bila ditanya bagaimanakah anda belajar bersungguh sungguh itu? sudah tentu masing masing hadir dengan jawapan yang berbeza. si A akan berkata , saya suka untuk belajar di food court setiap malam tanpa miss dari jam sekian sekian hinggga jam sekian sekian, andai saya belajar di rumah pasti saya kana tidur. bagi si B pula , sayang suka belajar dirumah sahaja. susah untuk belajar di food court kerana banyak gangguan dan bising. selain itu saya tidak perlu keluar berpenat untuk satu perjalanan yang jauh. oleh itu masing masing dengan keupayaandan kehebatan masing masing berjaya hingga kepuncaknya.

yang menjadi masalah dalam hidup ini bila manusia yang telah diberi keistimewaan oleh Allah itu mula lupa akan kehebatan diri sendiri dan melihat apa yang dimiliki mannusia lain itu lebih sempurna. harimau sudah tidak mahu lagi tinggal dihutan, bilamana melihat kucing bermanja manja dirumah tuannya, ikan sudah tidak mahu lagi tinggal dlm air bilamana melihat arnab berlari lari diats rumput. akhirnya apa yang ter jadi pada sang harimau dan si ikan yang asalnya cukup hebat mengaum dihuatan dan berenang di air? sudah pasti hilanglah kehebatan mereka.

namun Allah itu jenis yang cukup pemurah dan rahmatNya meliputi sekelian alam. Dia tahu apa yang dicari oleh manusia. biarlah dalam proses mencari itu kita mungkin tewas dan teruji kena sikap kita sendiri untuk menjadi yang lebih baik. ianya pasti akan menjadi satu pedoman dan kenangan indah disebalik duri durio mencengkam andai kita mula melihat kembali dan merenung jauh . tidak ada yang indah dalam satu kehidupan ini apabila manusia sudi untuk berehat sebentar dari mengejar sesuatu dan menilai kembali kemampuan dan kehebatan masing masing yang telah diciptakan untuknya.

teringat akan perbualan bersama seorang senior tentang nilai qadha dan qadar itu ; mengikut manhaj ASWJ ; manusia itu telah ditetapkan keatas dirinya namun dia diberi pilihan untuk memilih. dan balasan akan diberi berdasarkan pilihan yang dibuat. teringat kata kata ayahku tatkala satu ketika dulu aku pernah teruk kecewa dalam mengejar impian :
apa sahaja yang terjadi ingtlah semuanya dibawah pengawasan Allah. kita mungkin mencari yang terbaik dalam hidup kita, kita berhak dan andaikata pencarian kita itu sesuai dengan jalan Allah nak bagi pasti itu hak kita, nmun andaikata apa yang kita kejar itu tidak bertepatan dengan pilihan ALLAH pada kita, pasti itu bukan hak kita

ingatlah buat diriku sendiri, tidak semua apa yang kita ingini itu mampu kita miliki, namun yang pasti andai bukan hari ini ia menjadi milik kita pasti suatu hari nanti ia akan kita miliki. jauhkanlah dari sifat berputus asa kerana itulah yang palaing dibenci. Pernah aku bercerita terhadap seorang sahabat : sebenarnya bukan hasil yang ingin dilihatnamun usaha itu yang menjadi pengukur dalam perjuangan. tidak pernah ada nilai tewas dalma satu perjuangan, kerana tiada noktah dalam berjuang. yang ada hanyalah keayaan yang dilewatkan. adakah kerana itu kmaka kita terus berputus asa? bialrha kaki terus melangkah walau keseorangan kerana akhirnya pasti banyak mata yang melihat , kagum indah. andai kaki pernah tersadung, andai pernah tersilap langkah, andai jalan yang tersalah arah, bila lagi untuk diperbetulkan? hakikatnya perjalanan seorang hamba itu masih jauh. bukan hari semalam menjadi penentu, bukan hari ini menjadi pengukur, namun hari mendatang itulah persoalan yang harus dijawab.

biarlah kenangan itu terus melangkah pergi kerana esok akan kembali. qadha dan qadar telah ditentukan namun kita yang berhak menentukan segalanya. kesilapan bukan untuk diulang, teapi untuk dijadikan sandaran untuk tidak terus mengulangi.


dramin
manipal

Wednesday, June 3, 2009

bolehkah kita berpindah mazhab?

dalam kesempatan Demam blog exam kat MMMC ini sempat lagi Dramin mencuri masa mengupdatekan blog dramin ini. walaubagaimanapun pada kesempatan ini dramin ingin sekali mencuri article dari blog sahabat dramin : http://www.anwaraljohory.com/?p=633. kerana dramin rasa ilmu itu kalau kita luahkan pada orang lain takkan lokek walau satu sen pun. terima kasih buat sahabat dramin walaupun ana tak minta. harap anta maafkan demi ISLAM
ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Posted on 02:57 Hrs,May 10th, 2009 by kerel
Assalamualaikum,
anwar al-johory.
Article di bawah ini dinukilkan oleh saudara Mohd Nazrul Abd Nasir (ustaz nazrul) Tahun 3 Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al Azhar As Syarif. Semoga kita peroleh ilmu bermanfaat..
ADAKAH WAJIB BERPEGANG DENGAN MAZHAB DAN BOLEHKAH KITA BERPINDAH-PINDAH MAZHAB?
Friday, May 8, 2009
Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang perkara ini. Ini juga di antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat sekarang. Pada zaman wujudnya ulama terdahulu, perkara sebegini tidaklah menjadi masalah. Malah para sahabat baginda sallallahu alaihi wasallam yang tidak sampai ilmunya ke tahap ijtihad maka mereka juga mengikut para sahabat yang lain yang sampai ke tahap tersebut tanpa berlaku perbalahan. Tetapi yang menjadi keajaiban bagi kita pada zaman yang penuh dengan kekurangan ilmu pengetahuan walaupun hebat dan canggih dalam teknologi, boleh timbul permasalahan sebegini. Mengapa boleh berlaku sebegini? Jawapannya mudah, kerana sudah tidak yakin dengan para ulama terdahulu dan merasakan diri sudah layak sebaris dengan para ulama mujtahid.Malah dipandang rendah kepada golongan yang bertaqlid kepada sesuatu mazhab.
Sebelum melangkah lebih jauh, sebaiknya kita terangkan apakah yang dimaksudkan dengan taqlid. Taqlid menurut ahli bahasa ialah ikatan yang diikat pada tengkuk. Manakala menurut istilah para ulama Usul Fiqh , terdapat dua maksud padanya:
Pertama: Taqlid ialah beramal dengan pendapat seseorang dengan keadaan pendapat tersebut tidak dibinakan di atas hujah-hujah yang diletakkan oleh syarak. Ini tidaklah dibenarkan oleh syarak untuk mengikutinya.
Kedua: Taqlid ialah beramal dengan pendapat ulama mujtahid tanpa kita mengetahui sumber pengambilan dalilnya secara lengkap dan terperinci. Ini sangat-sangat dituntut oleh syarak malah diwajibkan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mencari semua dalil.
Menurut Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah di dalam kitabnya البيان : Apa yang kita maksudkan dengan ((tanpa mengetahui sumber pengambilan secara lengkap dan terperinci)) ialah mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan (mengistinbatkan) secara jelas hukum-hakam tersebut seperti yang dilakukan oleh mujtahid.
Siapakah mujtahid? Apakah syarat-syarat untuk meletakkan seseorang tersebut sebagai mujtahid? Di antara syarat-syarat mujtahid ialah:
1. Mengetahui secara terperinci hukum-hakam fiqhiyyah sama ada hukum-hakam yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab fiqh, mengetahui dalil-dalilnya seperti yang diterangkan di dalam kitab usul fiqh, mengetahui juga tentang khilaf(perbezaan pendapat) yang berlaku di dalam masalah furu’(cabang ilmu) di antara para sahabat atau tabi’en dan mengetahui juga berkenaan dengan pendapat yang dipegang di dalam mazhab.
2. Seorang mujtahid perlu menguasai dan memiliki perkara-perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum. Al-Imam Ibn Qawan al-Syafie rahimahullah (889H) menyebutkan di dalam kitabnya التحقيقات في شرح الورقات : Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seorang mujtahid ialah ilmu nahu(tatabahasa arab),ilmu bahasa arab(makna bagi sesuatu bahasa) , termasuk ilmu balaghah (bayan, badi’e dan ma’ani). Al-Imam al-Syatibi rahimahullah lebih berat di dalam meletakkan syarat-syarat sebegini.Menurutnya, seseorang mujtahid tersebut perlulah menguasai ilmu nahu seumpama Sibawaih (ulama yang pakar dalam ilmu nahu suatu ketika dahulu) dan mengetahui tentang khilaf ulama seumpama al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika kita ingin mengikut pendapat yang disebutkan oleh al-Imam Syatibi rahimahullah maka sudah tentu amat sukar untuk kita temui mujtahid pada masa sekarang.
3. Seorang mujtahid juga perlu menguasai ilmu Rijal(ilmu tentang perawi hadis). Maksudnya mengetahui martabat seorang perawi tersebut sama ada boleh digunakan untuk berhujah atau tidak. Menurut Imam Ibn Qawan rahimahullah, jika seseorang tersebut hanya berpandukan tentang sahih atau tidak sesebuah hadis tersebut berdasarkan apa yang ditetapkan oleh al-Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain ulama hadis maka ia juga dikira bertaqlid kepada para imam tersebut. Sedangkan para mujtahid dilarang mengikut pendapat orang lain di dalam masalah ini. Jadi perlulah mereka juga untuk menguasai ilmu ini dengan mengkaji sendiri masalah tersebut.
4. Mestilah seorang mujtahid tersebut menguasai ilmu berkenaan tafsir al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Seperti mengetahui tentang Nasikh dan Mansukh, Mantuq dan Mafhum, Khas dan Am , Mubayyan dan Mujmal, Muqayyad dan Mutlaq. Mereka juga perlu menguasai ilmu asbab nuzul (sebab penurunan ayat) dan asbab wurud (sebab dilafazkan hadis).
Jika kita perhatikan syarat-syarat mujtahid yang diletakkan oleh para ulama, maka tentu kita boleh berfikir dengan waras dan menilai kemampuan diri kita sendiri. Menurut Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah, jika seseorang tersebut mampu untuk mencari dan mengeluarkan dalil dengan sendiri (berdasarkan syarat yang telah diletakkan) maka tidak perlulah baginya untuk mengikut mana-mana mazhab. Malah haram baginya mengikut mazhab yang lain.
Persoalannya, adakah kita telah sampai tahap tersebut? Jika telah sampai seperti yang diperolehi oleh al-Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal , Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Sufyan bin Uyaynah, Daud al-Zhohiri, al-Auza’ie dan lain-lain maka silakan untuk berijtihad. Saya bukan mencabar, cuma mohon untuk menilai kemampuan diri kita. Ini kerana terlalu banyak orang yang mengaku tidak perlu untuk mengikut mazhab hanya kerana mendengar perkataan sebahagian guru-guru mereka yang belajar tanpa manhaj supaya tidak perlu mengikut mazhab dan boleh untuk berijtihad dengan hanya mempelajari kitab Subulussalam.Pelik kan? Tapi inilah hakikatnya sekarang bilamana seorang tersebut merasakan dirinya sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.
Syeikh al-Allamah Ali Jumaah hafizahullah ada menyebutkan beberapa tohmahan yang diberikan oleh golongan yang tidak mahu bermazhab.Antaranya ialah:
TOHMAHAN PERTAMA
Dalil yang wajib kita ikuti ialah al-Quran dan Sunnah bukannya pendapat para ulama mazhab.
JAWAPAN
Apa yang disebutkan oleh golongan sebegini juga sebenarnya sudah menyalahi maksud sebenar dalil. Dalil bukanlah hanya semata-mata al-Quran dan Sunnah.
Ijma’, Qiyas, Istihsan, Uruf, dan lain-lain juga merupakan dalil yang digunakan oleh para ulama. Golongan yang memahami bahawa dalil hanyalah al-Quran dan Sunnah sebenarnya telah menyempitkan kefahaman tentang dalil itu sendiri. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber pengambilan hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid tersebut.
Pendapat para ulama mazhab pula bukanlah menyalahi dan membelakangi al-Quran dan Sunnah itu sendiri, malah pendapat yang dikeluarkan oleh mereka merupakan hasil daripada kefahaman mereka tentang sesuatu ayat dan hadis tersebut. Berpegang dengan pendapat para ulama mazhab bukanlah bermaksud meninggalkan kalam Allah dan RasulNya, bahkan jika kita berpegang dengan pendapat para ulama mazhab maka secara langsung kita telah berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana para ulama mazhab lebih mengetahui tentang syarat pengambilan hukum dan sebagainya berbanding kita.(saya cuma mengambil secara ringkas pendapat yang disebutkan oleh Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah. Pendapat yang saya letakkan disini rasanya sudah mencukupi bagi sesiapa yang mencari kebenaran.Jika ingin mengetahui kedudukan mujtahid maka perlulah melihat semula syarat-syarat mujtahid yang telah saya letakkan sebelum ini).
TOHMAHAN KEDUA
Kami melihat seseorang yang bertaqlid kepada seorang imam tersebut tidak akan meninggalkan mazhabnya walaupun dia menjumpai sebuah hadis yang bersalahan dengan pendapat imam tersebut. Ini seolah-olah mendahului pendapat imam lebih daripada Allah dan RasulNya.
JAWAPAN
Al-Imam Kairanawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya فو ائد في علوم الفقه :
“Pendapat sebegini keluar berdasarkan sangkaan kamu yang salah dan pegangan yang batil(iaitu mengatakan bahawa pendapat imam didahulukan berbanding kalam Allah dan RasulNya).Sedangkan perkara sebenar bukanlah seperti yang kamu fikirkan.”
Bilamana kita melihat berlakunya perbezaan di antara zahir kalam Allah dan RasulNya dengan pendapat Ulama Mazhab , dua perkara pokok yang penting perlu diperhatikan:
Pertama: Kita mengetahui tentang maksud sebenar kalam Allah dan RasulNya.
Kedua: Kita mengetahui bahawa Kalam Allah dan RasulNya bertentang dengan pendapat Imam Mazhab.
Jika kita memerhatikan kedua-dua perkara di atas dengan teliti maka kita menyedari bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak terdapat pada seorang Muqallid(orang yang mengikut mazhab dan tidak sampai kepada tahap mujtahid). Ini kerana ilmu sebegini memerlukan kepada pencarian dalil. Muqallid hakikatnya tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Jika hakikatnya sedemikian, bagaimana mungkin seorang muqallid tersebut boleh menghukumkan bahawa Imamnya telah menyalahi hukumyang diletakkan Allah dan RasulNya?.
Hasil perbincangan ini ialah:
“Seorang muqallid tersebut tidak meninggalkan pendapat imamnya yang bersalahan dengan zahir Hadis dan sebagainya bukanlah kerana dia (muqallid) mengatakan bahawa pendapat Imam tersebut lebih benar daripada Kalam Allah dan RasulNya(tiada seorang ulama pun mengatakan sedemikian) bahkan hanyalah kerana dia sendiri tidak pasti adakah benar-benar Imam tersebut menyalahi Allah dan RasulNya( mustahil seorang Imam tersebut mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya, melainkan setelah kajian terperinci dan syarat seorang mujtahid tersebut telah dipenuhi olehnya, barulah seorang Imam tersebut mengeluarkan pendapatnya).”
TOHMAHAN KETIGA
Mengikut pendapat para ulama mazhab sendiri sebenarnya telah menyalahi apa yang ditunjukkan oleh mereka(Imam-imam mazhab).Mereka sendiri melarang mengikut pendapat mereka.Lebih-lebih lagi jika pendapat mereka bersalahan dengan hadis sahih.Jelas di sebut oleh para ulama Mazhab: إذا صح الحديث فهو مذهبي maksudnya: (Jika sah sesebuah hadis tersebut maka itulah mazhabku)
JAWAPAN
Kata Syeikhuna Ali Jumaah hafizahullah:
Dakwaan yang mengatakan bahawa para ulama mazhab melarang untuk mengikut mazhab adalah satu dakwaan yang ternyata salah dan sesat. Tiada seorang ulama mazhab pun mengatakan sedemikian. Kalau mereka benar-benar mengatakan demikian, maka mengikut kepada pendapat Para Imam (supaya tidak bertaqlid dengan mereka) juga hakikatnya adalah taqlid itu sendiri( dalam keadaan tidak sedar).
Kamu mengatakan tidak boleh mengikut pendapat Imam Mazhab,tiba-tiba kamu mengikut juga salah satu pendapat mereka (iaitu supaya tidak bertaqlid-seperti yang kamu katakan) maka hakikatnya kamu juga bertaqlid.Bagaimana boleh dilarang taqlid sedangkan kamu sendiri bertaqlid dalam keadaan kamu tidak sedar?
Ini jelas berlaku pertentangan di dalam pendapat kamu sendiri.(Sekejap mengatakan tidak boleh taqlid kemudian dalam masa yang sama kamu juga bertaqlid dengan pendapat Imam tersebut).Kalaulah benar sekalipun dakwaan tersebut, maka sebenarnya larangan tersebut ditujukan kepada orang-orang yang telah sampai kepada peringkat ahli di dalam ijtihad(memenuhi syarat yang saya sebutkan sebelum ini).
Berkenaan adakah boleh berpindah-pindah mazhab akan saya jawab pada keluaran akan datang. Diharap bersabar menantikan jawapannya.
Rujukan:
1. البيان لما يشغل الأذهان oleh Syeikhuna Ali Jumaah Hafizahullah
2. التحقيقات في شرح الورقات oleh Al-Imam Hussain bin Ahmad al-Kailani al-Syafie al-Makki (Ibn Qawan ) Rahimahullah. Cetakan Darul Nafa’is.
MOHD NAZRUL ABD NASIR,RUMAH KEDAH HAYYU 10,KAHERAH MESIR