untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, November 10, 2021

Medex 2022

Lama saya biarkan blog ini bersarang. Saya biarkan ia kosong seperti kosongnya hati saya. Resah dan gelisah melanda jiwa. 

Saya beritahu kawan. Lelaki ini 2 sahaja keresahan yang sangat menyentuh hatinya. Pertama, dalam bercinta dan mencari jodoh. Kedua, dalam mengejar cita cita. 

Saya ada part 1 MRCOG yang diambil pada 2017. Saya berijtihad.

Kali ini saya berijtihad lagi. Saya lupakan MRCOG. Saya mahu masuk master progran. Saya akan laluinya sekali lagi. 

Aku akan mendaftar medex 2022 bulan 4 ini. Doakan kejayaan aku. 

Adakah aku buat keputusan yang tepat? Mungkin tidak buat orang lain, tapi insya allah terbaik buat diriku. 


Friday, January 22, 2021

Keputusan hidup

 Aku redha dengan kehidupan ini. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Aku pasrah jika itu janji Tuhan.

Aku berijtihad ya Allah. Jika benar ini pilihannya, aku redha. Aku akan menggenggam kembali cita cita agar aku bisa babgun dan bangkit.

Izinkan aku ya Tuhan. Bukakanlah jalan agar aku bisa terus melangkah tanpa tewas.


Aku beriktikad. Aku berijtihat. Akanku terus melangkah

Friday, January 1, 2021

Aku harus tabah

Jalan itu penat, jalan itu jauh, jalan itu berliku. Tapi aku tahu jalanitu menjanjikan seuah harapan. Jalan itu menjanjikan sebuah kedamaian dan ketenangan. izinkan kau melalui jalan itu agar aku juga bisa merasai nikmat seprti mana mereka rasa

Aku sedar aku tidak mampu, aku tidak kuat, aku tidak gigih. Tapi aku ada impian. aku ada pengharapan. bak cerita sarung tarung. Apakah hanya kerana sedikit cubaan, aku harus tewas? apakah kerana sedikit kesangsian yang sengaja dibelai iblis, aku harus pergi? apakah aki harus berpalings etelah segala jalan terbuka untukku?

Tidak. aku hars melangkah, merangkak, menyelam mencari diriku. Aku harus kuat dan tabah mengharungi kehidupan ini.

Aku ada banyak yang mengharap. Aku tidak harus mensia siakan harapan itu

Thursday, December 24, 2020

Part 2 MRCOG

Adakah aku sudah membesar? Adakah aku sudah cukup matang? Patutkah aku menunggu lagi? 

Cabaran hidup. Hahaha. Aku takut sebenarnya untuk melangkah. Aku sangsi sebenarnya untuk merangkak. 

Tapi aku tidak mahu terus menunggu. Oh Tuhan. Perjuangan itu jauh. Perjuangan itu sukar. Aku pernah merasa dukacita kalah perjuangan. Aku pernah menangis melihat kekecewaan.

Dalam hidup ini mana ada kegembiraan tanpa tangisan . Dalam hidup ini mana ada kebahagiaan tanpa kekecewaan. 

Izinkan aku terus mencoret disini. Inilah tempat aku menangis tatkala manusia lain gembira.

Izinkan aku wahai diri

Monday, August 13, 2018

Mari kita membesar dan berbuah

Semasa saya menulis, saya berada di Kedah. 2 hari mengikuti masterclass laparoscopic surgery in gynaecology di Hospital Sultan Abdul Halim. 3 malam saya berada di Park Avenue Hotel. 3 hari bersarapan di hotel. Nikmat manakan yang saya mahu nafikan lagi.

Teringat kisah saya kecil kecil dahulu. Ayah bukanlah seorang yang kaya. Ayah seorang insan biasa tapi jiwanya jiwa luar biasa dalam mendidik 10 orang anak sehingga berjaya. Beliau tidak pernah mengeluh dalam membesarkan kami 10 beradik. Cita cita nya setiap dari kami mesti masuk ke universiti.

Saya masih ingat kata kata indah ayah: Ayah tiada harta untum diwariskan. Ayah hanya mampu beri ilmu kemudian biarlah anak anak ayah cari sendiri kehidupan.

Kata ayah lagi: Apabila Amin sudah berjaya, jangan lupakan adik adik. Bantulah mereka biar mereka berjaya seperti Amin

Alhamdulillah itulah yang saya senantiasa sematkan dijiwa. Jiwa seorang pemuda, anak remaja kampung yang sentiasa berusaha, bertawakkal dn mempunya cita cita setinggi bulan untuk berjaya.

Teringat kisah seorang cikgu bahasa inggeris di sekolah menengah. Beliau berkata: Amin kena pandai belajar bahasa inggeris. Lepas ni kalau tak hebat bahasa inggeris Amin tak boleh pergi jauh. Dari situlah anak muda ini belajar dengan
 segala kekurangan yang ada menimba ilmu dan tidak berhenti. Dari seorang yang senantiasa dapat D bahasa inggeris dalam peperiksaan, akhirnya mampu mendapat A1 dalam SPM, seterusnya belajar menyambung pelajaran dalam bidang sains tulen yang 100% ilmunya dalam bahasa inggeris, belajar di Taylors College , terbang ke India untuk meneruskan cita cita yang tinggi melangit, kembali ke Malaysia dan masih menyimpan cita cita lagi untuk kembali terbang. Kali ini cita cita itu disimpan lagi untuk menghabiskan peperiksaan kepakaran dalam bidang obstetric and gynaecology  MRCOG di United Kingdom. Apakah saya mampu? Biarlah masa yang menentukan.

Iya. Saya bukan seorang yang pandai. Tapi kakak kata hati saya hati yang keras. Jika saya mahukan sesuatu, saya pasti berusaha bersungguh sungguh. Iya. Hati saya hati tisu bila berdepan dengan sebuah cita cita. Semenjak dari kolej perubatan lagi bilamana saya ditanya apakah cita cita saya, jawapannya saya mahu menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. Kenapa? Kenapa seorang lelaki mahu menjadi pakar perbidanan dan sakit puan? Tidak adakah bidang lain yang lebih baik? Bayak betul persoalan. Biarlah mereka menyoal kerana akhirnya mereka akan mengerti selepas hasil terjadi. Tidak semua perkara boleh dijawab dengan kata kata. Ada beberapa benda akan terjawab bilamana buat masak dan bersedia untuk dijamah. Pasti jika buah itu dari baka yang baik, isinya akan menjadi amat manis dan menggembirakan orang disekeliling.

Satu sahaja yang saya sematkan dihati. Cekal dan tabah dalam mengjadapi kehidupan. Sematkan cita cita setinggi gunung kinabalu. Andai kita gagal, paling kurang kita pernah sampai dikaki gunung kinabalu. Bersamalah mereka yang positif yang mampu membinbing kita secara aktif dan pasif. Insya Allah dari menjadi seorang anak kampung yang tidak pernah kenal apa itu kfc, kita mampu terbang jauh diawangan mengejar cita cita.

Mungkin satu hari nanti saya berazam untuk menikmati hidangan mcdonalds di tengah tengah kota London. Doakan saya

Dr Mohd Amin Ismail
Doktor dijabatan sakit puan dan perbidanan
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Graduan dari India
Part 1 MRCOG

Saturday, December 16, 2017

Saya pun pernah menjadi houseman

Menjadi seorang doktor pelatih bukan mudah lebih lebih lagi kita senantiasa baru di setiap department. Setiap 4 bulan sekali kita akan bertukar ke department baru jika tiada aral dan rintangan.

Saya dulu pun pernah melaluinya. Menjadi seorang yang baru di posting baru, perlu mengenali senior senior doktor yang baru , keadaan dan suasana baru, pesakit yang baru dengan penyakit yang baru. Ini semua cabaran buat kita. Lebih lebih lagi kita perlu beradaptasi dengan cepat. Bak kata Elbert einstain: Siapa yang tidak berebolusi, dia akan karam. Hanya yang mampu berevolusi sahaja akan berjaya.

Mungkin saja satu yang perlu kita sematkan dalam jiwa, apa yang kita mahukan dalam hidup ini? Apa matlamat akhir yang kita inginkan?

Seandainya dari awal lagi kita tiada matlamat hidup dan membiarkan kehidupan kita sehari hari ditentukan oleh orang lain, akhirnya kita akan karam dengan sia sia. Namun, jika kita tahu apa kehendak kita dan apa plan jangka masa panjang yang kita mahukan, kita pasti akan berjaya. Setiap perancangan yang kita lakukan kearah kejayaan kita. Apa jua rintangan yang kita lalui, kita akan tempuhi dengan mudah dan dengan anggapan itu semua hanyalah gigitan gigitan manja yang mahu menguji kehidupan, perjalanan kita ke puncak.

Kita kena ada pendirian tersendiri. Tiada manusia yang sama dalam dunia ini. Tiada cita cita yang sama dalam dunia ini. Masing masing dengan kebolehan dan kepandaian tersendiri. Namun kita sendiri perlu memahami kemampuan dan kebolehan diri. Jadikan kebolehan itu sebagai pemecut untuk kita berjaya. Segala kelemahan kita, usahakanlah agar ianya diatasi dengan sebaik mungkin.

Orang yang berjaya, majoritinya dilahirkan bukan dengan kesenangan. Ramai daripadanya melalui jalan yang cukup payah dan sukar. Mereka melihat jalan yang ada penuh dengan liku liku dan cabaran. Tapi, akhirnya sedikit sedikit dilalui dengan mudah dan mereka dipuncak.

Seandainya kita pernah tersilap dan kesilapan itu dilihat dan diperbaiki oleh orang yang lebih berpengalaman dari kita, kita terima ianya sebagai satu pelajaran dalam hidup. Usah menjadi bodoh sombong kerana kita masih belajar. Bulankah bagus belajar dari kesilapan walaupun ianya pahit.

Ingin menjadi seorang doktor, memang bukan mudah. Banyak yang perlu dilalui dan dipelajari. Tak apa. Kita belajar saja dari pengalaman diri sendiri dan orang lain. Jangan mudah menyerah dan berputus asa di pertengahan jalan kerana kita ada cita cita sendiri.

Kit kejarlah cita cita kita dalam kepayahan sementara. Sematkanlah matlamat dan seandainya ada air mata yang menitis, jadikan itu sebagai azimat kejayaan hidup.

Bukan semua manusia dilahirkan dengan kepintaran dan kepandaian. Terpulang kepada diri untuk mencari identiti kita.

Aku juga bekas seorang doktor pelatih