untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Thursday, May 21, 2015

coret coret Dr A.I.

menyepi lagi saya dari alam blogger. Iya, ianya sebuah kesepian yang sementara. Saya sangat galak di facebook. Bukan kerana saya mahu terus menyepi, namun saya tidak mampu menyegarkan minda ini dengan penulisan penulisan yang panjang. Sekadar beberapa patah perkataan yang istimewa itu mampu saya hadirkan di facebook seandainya anda mengikuti perkembangan saya.

Kenapa? kerana minda saya sangat penat beberapa waktu kebelakangan ini. Saya telah 2 minggu meninggalkan posting surgery. Banyak yang saya belajar di posting itu. prosedur prosedur penting yang tidak saya belajar di posting sebelumnya. Saya belajar memasang chest tube, saya belajar prosedur pleural tapping, saya belajar tentang suprapubic catheter, saya memasang beberapa long line, saya melihat MO memasang short line.

Selain itu saya belajar bagaimana mahu managing pesakit sebelum pembedahan, semasa pembedahan dan selepas pembedahan. Saya belajar membaca central venous pressure dan kepentingannya, saya belajar apa pentingnya urine output dan oral intake kepada pesakit. saya juga belajar berkenaan srirometry dan kepentingan kepada pesakit selepas pembedahan. saya belajar . terlalu banyak yang saya pelajari di posting surgery. Terima kasih bos bos yang sudi berkongsi ilmu. anda semua hebat.

selepas posting surgery, saya pulang ke kampung selama 4 hari bercuit. Seronok bersama ibu dan ayah tercinta. seronok menikmati kehidupan sebagai manusia biasa. seronok berjalan jalan memandu di kota bharu. sungguh. bandar kota bharu pesat membangun dengan apartment apartment baru, bandar bandar baru yang tumbuh bagai cendawan. saya pasti hartanah di kawasang sekitarnya sedang melambung dengan sungguh cepat.

kemudian, saya kembali kealam pekerjaan. saya telah habiskan 3 major posting yang semuanya surgical based. saya masuk ke posting medical. 10 hari tagging di wad 7b perempuan dari 6.30 pagis sehingga 10 malam. penat dan amat memenatkan. pagi keluar ketika matahari masih malu untuk muncul dan kembali selepas matahari sudah menghilang.

Namun walaupun kepenatan itu muncul, Alhamdulillah Tuhan memberikan teman teman yang baik kepada saya. Pesakit yang mampu menjadi teman saya berhibur di wad. Merekalah yang menceriakan saya. Sungguh kehidupan sebagai seorang doktor ini bukannya mudah. Ada rakan rakan yang senantiasa mengeluh memikirkan betapa sukarnya untuk menjadi seorang doktor. betapa ketabahan itu menjadi satu keprluan.

Manusia mungkin melihat senyuman kita, namun siapa sangka dihati kita ada kepenatan. namun wajah kita terus menceriakan suasana dengan sedaya upaya. Bersabarlah tatkala hati kita resah kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu bila Tuhan akan membalasnya.

Mungkin juga saya pernah terfikir untuk mula menjadi lelaki yang serba matang. Tatkala itu saya bukan lagi seorang budak medik, saya adalah seorang doktor perubatan. Namun jiwa saya tidak menggemarinya. Biarlah saya terus menjadi sseorang budak yang mahu belajar dan cuba untuk belajar. Saya mahu menjadi rakan dan sahabat kepada pesakit saya, rakan sekerja saya, adik adik medical students yang berada disekeliling saya. Saya mahu mereka datang kepada saya dan berkata

" doktor! doktor pun ada diwad ini"

" doktor! apa khabar".

ketika itu saya membalas senyuman dan berkata

" korng ni mana mana saya pergi korang ada yer"

saya mahukan suasana yang menyenangkan saya untuk bekerja. pasti saya gembira. Saya tidak mahu dikongkong oleh sebuah gelaran yang menghalang untuk saya bergaul dengan sesiapa saja yang saya mahu.

Iya. sudah setahun saya bergelar doktor. jalan itu panjang dan memenatkan. namun jalan dihadapan itu lagi panjang. saya patut menikmati kehidupan ini, bukannya merintih. begitu juga teman teman saya dan adik adik medical students diluar sana. kita mesti enjoi kehidupan sebagai seorang doktor.

apapun saya sedang merancang sesuatu untuk diri saya juga. sekian celoteh ini.

saya sudah offtag medical. Horrray !!!

No comments: