untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, November 14, 2014

Bersabarlah tatkala Allah menduga kata

Saya bukanlah seorang yang cukup positif dengan kehidupan. Tetapi pengalaman hidup banyak mengajar saya erti untuk bersabar sebagai seorang pejuang diatas muka bumi ini. Allah tidak pernah sesekali menjanjikan dunia ini menjadi sebuah syurga buat hamba hambanya. Malah dunia mampu menjadi sebuah tempat yang sangat mencabar. kerana apa? kerana Dia tidak menyediakan dunia ini untuk kekal selamanya. Yang pasti hanya akhirat adalah tempat yang terbaik untuk mereka yang beriman dengan kewujudan Tuhan.

Ayah dan ibu tatkala mereka melahirkan kita, mereka juga tidak pernah berjanji dengan kita bahawa kehidupan yang bakal kita tempuhi hari hari adalah kehidupan yang mudah dan senang. Mereka pernah melalui satu kehidupan yang penuh mencabar. dan mereka tahu anak yang sedang lahir dan membesar ini juga akan mengalami nasib yang sama. Mereka pasrah dan berjanji untuk membantu sedaya upaya agar sianak ini mampu bertatih dan berjalan sendirian dan mencari sebuah kehidupan yang terbaik buat dirinya. Ibu dan ayah berjanji dengan Tuhan untuk membimbing sianak ini kejalan yang benar. Tetapi akhirnya terpulang kepada sianak samada ia mampu untuk bertahan dengan dugaan dugaan yang besar ataupun akhirnya ia akan hanyut ditelan gelombang arus yang cukup kuat.

banyak pengalaman yang mampu kita kongsikan. pengalaman sedih dan gembira silih berganti. pengalaman jatuh dan bangun dalam hidup. kadang kala ada impian yang kita ingin capai, Tuhan gagalkan ia. kita berasa cukup sedih dan dukacita. Kita merasakan kita telah berusaha sedaya upaya, namun takdir belum memihak kepada kita. kita lalu menyalah diri, orang disekeliling tanpa kita mengerti Tuhan sedang melakukan sebuah percaturan untuk kehidupan kita.

Bukannya bermakna sekiranya jalan yang kita lalui itu menuju kepada kebuntuan, Dia tidak akan membuka jalan jalan lain. Pasti ada. kerana itu bagi manusia yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam kehidupan dan senantiasa positif dengan sesuatu perkara, hantinya tenang tatkala diduga dengan cabaran cabaran kerana dia yakin pasti disebalik sesuatu ada hikmahnya.

Saya pernah bercita cita mahu melangkah jauh ke Australia mengejar sebuah cita cita. Pernah tersemat dihati untuk melihat si cilik kangaroo keluar dari kantung ibunya, mahu melihat suasana bersalji di sebuah negara yang bercakap bahasa yang lain dari bahasa yang saya gunakan hari hari. Tetapi hajat itu tidak kesampaian. Kemudian Allah takdirkan saya menjejaki kaki disebuah negara lain. Allah takdirkan tempat saya menimba ilmu bukan di Australia, tetapi India. Saya redha dan saya gembira disana. Saya mula jatuh cinta pada suasana di India, masyarakatnya yang penuh kepelbagaian bangsa dan budaya, warna warni, kehidupan yang penuh dengan lagu lagu dan tarian.

Saya juga pernah gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Bayangkan sebagai seorang pelajar yang agak aktif, rajin mengulangkaji pelajaran, pernah mendapat keputusan yang agak cemerlang didalam peperiksaan, tiba tiba diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan akhir semasa ditahun 2 MBBS. Saya gagal kesemua matapelajaran sehingga pegawai JPA datang dan berjumpa bertanya khabar tentang kehidupan saya. Namun saya bersyukur proses kegagalan itu mengajar saya untuk berusaha danjangan sesekali berputus asa. akhirnya saya mampu kembali ke landasan yang benar dan meneruskan perjuangan hasil dorongan keluarga dan sahabat tercinta.

benar! manusia yang pernah mengalami masalah dan pengalaman yang perit, mudah untuk bertahan lama dalam menghadapi cabaran. Setiap dari kita sangat istimewa kerana kita mempunyai pengalaman yang berbeza. kerana itu saya sering menasihatkan diri agar jangan mudah merasa lemah apabila melihat orang lain kuat kerana saya yakin setiap manusia itu istimewa. dan sudah pasti kita tidak mampu untuk sendirian diatas muka bumi ini.

Perjuangan tidak akan berhenti pada noktah kegagalan. Ia juga tidak akan sesekali berhenti pada noktah kejayaan. Ia hanya akan berakhir didunia ini apabila kita menghembuskan nafas yang terakhir.
kerana itu sekiranya kita pernah mengalami kegagalan yang sangat dahsyat, bersabarlah seketika dan mulakan untuk mengumpul tenaga dan kembalilah ke landasan yang benar. Insya Allah peluang senantiasa ada bagi manusia yang mahu mencari. :)

4 comments:

Safuan Hakim said...

Saya pun pernah gagal tapi waktu first year. Rasa malu sedih marah semua makneka pun ada. Rasa nak give up time tu sebab rasa macam buat macam mana pun takkan yakin boleh lepas repeat year.

Alhamdulillah mungkin sebab saya cepat sedar yang usaha yang saya buat selama ni memang tidak cukup. Sekarang pun saya tengah dalam preparation exam year 4 (lagi 30 hari. Ya Allah, takutnya)

Betullah kata Dr. Kita mungkin tak dapat apa yang kita nak, tapi apa yang diberi kepada kita tu adalah apa lebih baik untuk kita sebenarnya.

p/s: Saya baru follow blog Dr. ni hehe. Kalau boleh saya nak follow banyak lagi blog doktor2 atau medical student ni.

aku dr amin said...

thanks. good luck exam

hidayahhanafi said...

assalaam. saya baru jumpa blog doktor ni. seronok pulak bila jumpa blog doktor student mmmc. sy pun mmmc. bila baca ni rasa semangat sikit lah :) sbb sy pun fail 2 subjects 2nd year.sekarang refresher . insyaallah doakan sy lulus nanti.

aku dr amin said...

ok. bagus. its time for you to be a great girl. Insya Allah kamu akan berjaya dalam peperiksaan ulangan kamu :)