Dalam bergaul, saya cuba menjadi seorang sahabat yang baik dan rakan yang sempurna. Dan satu yang orang disekeliling saya perasan, saya seorang yang mudah dan sentiasa tersenyum.
Cuma kadangkala kepenatan dan kesibukan bekerja membuatkan saya terlepas pandang beberapa perkara. Sudah pasti hasilnya ada hati yang terasa.
begitulah kehidupan kita. Tidak selalunya kita mempunyai masa yang banyak untuk berukhuwwah. Ada kalanya cukup dengan sebuah senyuman indah yang mampu membuatkan seseorang ketawa. Kadangkala cukup dengan satu sms berbunyi hai! apa khabar? kemudian terus tidak berbalas.
Ada kalanya saya suka keluar bersama rakan rakan selepas penat bekerja untuk saling bertanya khabar tentang kehidupan dan tentang kerja. ada rakan rakan yang boleh dan mampu menyesuaikan diri dengan sangat cepat. Ada rakan rakan yang kita nampak sedang struggle untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Rakan rakan sebegini kita kena tolong dan bantu agar mereka merasa selesa untuk bekerja dan memulakan tugas baru.
Ada kawan kawan yang datang berjumpa bertanya nasihat, saya berikan nasihat sekadar ilmu yang saya ada. kadang kala kerana kesibukan saya sendiri, saya terlupa untuk menjawab persoalan diminda mereka. keuda baru saya tersedar rupanya ada sahabat yang sedang meminta pertolongan.
Ada sahabat yang bersama bekerja dengan riang ketawa kemudian ditimpa masalah akhirnya mengambil keputusan berundur diri. Sudah pasti kita merasa sedih mendengar berita sebegini. Sebagai seorang sahabt kita sedaya upaya mahu melihat rakan rakan mampu untuk menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru sebagaimana kita pada mula mula dahulu juga memerlukan bimbingan dari yanglain.
Saya sangat percaya pada hakikat jika kita membuat kebaikan pada seseorang, Allah itu yang maha Adil akan memberikan kebaikan dan kesenangan kepada kita. Akan tetapi jika kita mula menyusahkan dan memayahkan kehidupan orang lain, tunggulah suatu hari Tuhan akan mengajar kita akan erti kepayahan dan ketika itu kita bersendirian didalam hidup.
Hidup ini menjadi seronok apabila kita yang ada kelebihan ini mampu untuk berkongsi kelebihan itu bersama dengan orang lain. kita tidak mampu menjadi sempurna apabila orang disisi kita tidak sempurna. tugas kita untuk membimbing dan dibimbing agar kehidupan ini menjadi indah dan ceria.
Penulis blog aku budak medik
No comments:
Post a Comment