untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, November 8, 2014

24 jam oncall screening room

zaman oncall bagi seorang houseman sudah berakhir. Sekarang tidak dipanggil dengan sistem oncall lagi tetapi dipanggil sistem syif. Panggillah apa sahaja tapi kerja seorang houseman di HTAA Kuantan ni memang banyak. lagi lagi aku yang berada diposting OnG ni. 21 houseman untuk cover 1 posting OnG. Bayangkan...

Jadual aku memang agak padat. Sejak habis cuti tagging sampai sekarang, memang aku tak dapat cuti langsung lagi. Cuti mingguan pun tak dapat, apatah lagi cuti wajib 8 hari  yang diberi untuk 1 posting bagi houseman pun kena block. 

kadang kadang akan ada yang kena oncal 24 jam unofficially oncall walaupun sebenarnya sudah tiada zaman sistem oncall. Semuanya gara gara houseman tak cukup beb. Siapa kata houseman sudah berlambak. Aku tak tahu ditempat lain tetapi disini memang kami bekerja keras siang malam.

Oncall aku kat low risk screening zone memang meriah. Aku, member aku tengah tagging dan MO aku yang oncall 36 jam. lagi lama. kami saling bersaing antara satu sama lain memastikan pesakit yang berlambak lambak sejak pagi cepat cepat dapat dibereskan dengan segera. screening zone low risk fungsinya sama macam AnE. cumanya ia dikhususkan untuk pesakit yang mengandung.

dari pagi sampai 5 petang aku melayan pesakit bertungkus lumus. MO aku pun memang tak lepas tangan. apatah lagi member aku si tagger ni. Jonahnya. 

Ada pesakit yang datang datang dah fully, memang tak sempat kami nak transfer beliau ke labor room, terus beranak diatas katil screening room. bayangkan kepala bayi dah nak keluar, mana sempat nak transfer out. akhirnya beranak disitu dan kami transferkan beliau ke labor room masa 3rd stage of labor.

member aku pula asalnya nak transfer pesakitnya dari low risk labor room ke high risk labor room sebab meconium stain liqor ( babi danh berak dalam) akhirnya tak sempat nak beranak kat high risk labor room, terberanak di tengah jalan terus tolak ke AnE. Masa member aku datang kat kitorang menceritakan kisahnya, kami ketawa juga sebab masa di low risk labor room bukaan Os baru 5 cm. haha. Kau yang jonah ni ke beb.

ada seorang pesakit pula datang dengan turun air. baru umur kandungannya lebih kurang 23 minggu mengandung. kemudian beliau komplen ada turun darah masa ke tandas. semasa kami buat pemeriksaan kami mendapati tali pusat sudah menjulur keluar dari internal Os. Terusla aku memnaggil MO. Mo datang dan sahkan bayi sudah meninggal didalam rahim. 

Ada pula pesakit yang datang dengan umur kandungan 34 minggu, sakit perut dan kontraksi. pemeriksaaan dibuat mendapat bukaan Os sudahpun 6 cm. wah. ni macam preterm labor. Terus MO aku consult dengan specialist dan kami plan untuk transfer beliau ke high risk labor room untuk allow delivery. kemudia MO aku call Mo Peads untuk booking ventilator kalau tiba tiba pesakit beranak. Memang ventilator di HTAA tak pernah cukup. Ventilator pula tak ada. kami tocolyse patient dan specialist plan untuk cari ventilator kat hospital lain. Tugas aku la untuk telefon semua hospital berdekatan sekitar pahang, terengganu dan kl. Memang MO MO nicu ni dah tahu kalau kami call mereka semuanya pasal ventilator. Ventilator not avalable!!

bila dah menjelang larut malam, pesakit makin berkurang dan akhirnya HO syif malam pun datang. Aku dah agak penat dan aku biarkan dia menjadi 1st call. aku siap inform staff nurse awal awal kalau ada pesakit datang call member aku dulu sebelum call aku. aku pun masuk tidur alang alang pesakit tak ada malam ni. sepanjang malam beliau datang kejutkan aku 3 kali bila ada 2 orang pesakit datang sekaligus. bila sudah jam menunjukkan 7 pagi, aku pergi bersarapan dan bersedia untuk pulang.

Wah. eventful juga oncall 24 jam ni. :)

No comments: