Dr A.I. Ho life: Jangan menyesal dikemudian hari. Menjadi seorang doktor tidak dinafikan komitmen kami untuk pesakit terlalu tinggi. Hospital bukan seperti sebuah hyermarket yang penuh dengan manusia membeli belah. apabila sampai waktu hypermarket ditutup, ianya akan menjadi kosong dan manusia beransur ansur pulang kerumah. Kehidupan warga hypermarket kemudiannya akan mula menjadi sibuk menjelang keesokan harinya.
Hospital pula berbeza. kehidupan masyarakat didalamnya hidup24 jam sehari. Ia tidak pernah ditutup untuk selamanya sehingga kiamat. Jika ada 1 hospital di tempat anda, ia senantiasa akan penuh. apabila ditambah 1 lagi hospital berdekatan sudah pasti hospital tersebut juga akan mula dibanjiri dengan manusia. Kenapa? saya sendiri memerlukan jawapan terhadap perkara ini.
Apabila hospital senantiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan senantiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam, cuti hujung minggu ataupun cuti perayaan. Pekerja perlu senantiasa ada untuk memastikan pesakit kami sentiasa berada dalam keadaan selesa mahupun selamat.
Kadangkala kita terpaksa mengorbankan banyak kepentingan diri, keluarga, hobi dan masa lapang. ad yang terpaksa meninggalkan anak anak bersama pembantu semata mata kerana tugasan. Ini adalah pengorbanan yang besar untuk dinilai oleh warga kebanyakan.
Berapa kali saya ditegur oleh pesakit yang melihat saya pada awal pagi sampai ketengah malam.
" Doktor tak balik rumah ke?"
"Doktor lagi! takda doktor lain ke yang bertugas?"
" Doktor tak bercuti ke?"
Apabila saya menerangkan kerja dan tugasan saya, ramai pesakit yang ' bersimpati' dengan kerja dan bebanan seorang house officer kerdil ini. ramai juga pesakit dan keluarga yang asalnya panas baran apabila ibu, ayah dan anak mereka lambat dirawat mula reda apabila mengetahui saya tidak cukup kaki dan tangan dalam menguruskan mereka untuk dimasukkan kewad, menguruskan mereka untuk naik ke tempat pembedahan, menguruskan anak mereka untuk keluar dari hospital.
Percaya atau tidak, seorang pesakit yang datang pada pukul 5 petang ke wad kecemasan, perlu bertemu doktor dibahagian kecemasan pada jam 6 petang, kemudian doktor tersebut akan 'refer' kes kepada doktor bahagian tulang pada pukul 7 petang, akan dilihat dan diperiksa oleh doktor pelatih pada jam 8 malam. doktor pelatih akan 'refer' kes kepada 'bos' pada jam 8.30 petang dan pesakit akan dimasukkan ke wad sementara pada jam 9 malam untuk menunggu pembedahan secara kecemasan pada malam tersebut juga. pada masa sama terdapat sepuluh kes pembedahan kecemasan sedang menunggu untuk diuruskan sedangkan doktor yang menguruskan pembedahan hanyalah seorang medical officer bersaama dengan 2 orang house officer sebagai pembantunya. pesakit ini berkemungkinan besar terpaksa menunggu giliran untuk dirawat.
Inilah kehidupan di sebuah hospital kerajaan. Ini terjadi bukan kerana kami sengaja melengahkan urusan merawat pesakit kami. Hal ini kerana terlalu ramai pesakit yang datang secara serentak dan kerana ketidak kemampuan kami dalam menyediakan kaki dan tangan dalam menguruskan pesakit pesakit kami.
Walaupun saya sekadar junior house officer, tapi saya berkawan dengan semua orang daripada senior house officer, medical officer sehingga kepada specialist. mereka berkongsi kehidupan sebagai seorang doktor dan hari hari yang mereka lalui. kehidupan seorang doktor memang memerlukan kita mengorbankan banyak masa dan waktu dihospital. Komitmen kami tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja warga masyarakat yang ada. Masyarakt perlu mengerti dan memahami tugasan ini.
Antara kehidupan sebagai seorang doktor dan kehidupan peribadi seorang manusia yang normal seperti kalian diluar sana. antara kuantiti masa dan kualiti masa kami bersama keluarga tercinta. tidak dinafikan kualiti itulah yang kami mampu berikan kepada keluarga kami tercinta. cukup sehari dapat bercuti bersama keluarga, cium tangan emak dan ayah melepaskan rindu akhirnya esok kembali menceriakan pesakit pesakit kami dihospital.
Namun begitu kehidupan kita perlu ada batasan. Sesibuk manapun kehidupan sebagai seorang doktor, kita tetap manusia biasa yang perlu kepada kehidupan peribadi. usah biarkan kehidupan dihospital membuatkan kita hilang sebuah kehidupan lain sebagai seorang anak, suami dan isteri, ibu dan ayah kepada orang tercinta.
Kerana itu sahabat saya sering menasihatkan saya agar menjaga kualiti masa yang ada sebaiknya dengan orang tercinta. Jagalah masa agar kita mampu menikmati kehidupan sebagai seorang manusia yang sempurna.
Kehidupan ini bukan secara 1 arah sahaja. kehidupan ini mempunyai banyak jalan unuk dilalui. Kita melangkah walaupada 1 jalan namun usah sesekali kita meninggalkan perkara perkara sampingan yang perlu dibawa bersama agar kita tidak terlepas untuk menjadi seorang manusia yang hakiki.
Semoga apabila umur kita meningkat dewasa, kita tidak sesekali menyesal untuk berkata sesibuk manapun aku dahulu dihospital bersama pesakit, aku mempunyai sebuah keluarga yang terjaga dan aku mempunyai sebuah kehidupan peribadi yang amat menyeronokkan.
Just be a true human being and enjoy our life
Penulis blog aku budak medik ^^
3 comments:
Hebat!
Hebat dokter.....bila mau kawin? tengok muka mcm dah x sabar nak kawin sgt2 dah bro...
Kalau ade orang tu nak jadi dokter....ape komen dokter?
Post a Comment