Dr A.I. H.O. life: Alhamdulillah masih bernafas selepas 2 minggu bekerja periphery wad seorang diri. Setiap hari dari jam 6 pagi sehingga jam 5 petang aku xover 3 wad berasingan iaitu 5a peads, 5a 1st class dan 5c (wad surgery). Pesakit aku pula setiap hari dalam lingkungan 13-16 orang. Ada ketikanya aku datang jam 5 pagi dan ada ketikanya aku pulang jam 8 malam.
Antara ketiga tiga wad ini aku paling suka menjaga wad peri 5a peadiatrik. Pesakitnya tidak ada banyak kerenah. Jururawat juga cekap dan sangat membantu. Keadaan diwad peadiatrik yang sangat tenang membuatkan aku rasa aman disana.
Setiap pagi aku akan datang awal untuk review pesakit. Pesakit peadiatrik biasanya tidak tinggal lama di wad. Patah tulang,masuk wad, buat pembedahan kemudian esoknya boleh pulang kerumah selepas check x ray menunjukkan pembedahan berjaya mencantumkan tulang tulang. Tulang pesakit peadiatrik mudah untuk bercantum berbanding tulang orang dewasa. Kerja aku diwad pediatrik pula adalah review pesakit pagi pagi, selepas itu round dengan MO, kemudian aku akan selesaikan semua plan plan yang diminta. Selepas pembedahan, kena buat post op review dan x ray. Jima x ray ok, aku sangat gembira untuk menghantar pulang pesakit ke rumah.
5a 1st class pula paling ramai 4 pesakit aku. Aku berjaya mendischargekan 2 dan me 'refer' kan 1 kepada medical department. Yang tinggal seorang sahaja sekarang yang masih memerlukan sepervision kerana luka pada sikunya mendalam sehingga ke tulang radius.
Nurse sangat gembira apabila aku discharge pesakit pesakit.
Paling meletihkan adalah menguruskan pesakit di wad 5c. Wad surgery. Pesakit yang kemalangan dengan beberapa masalah seperti kes politrauma, dan Hilang ingatan sementara akan masuk ke wad ini sebelum boleh dihantar ke wad orthopedik. Contohnya pesakit ini mengalami patah tulang paha, pada masa sama mengalami patah tulang rusuk. Pesakit ini akan dirawat di wad surgery kerana patah tulang rusuk. Manakala aku pula akan menguruskan bahagian patah tulang paha.
Beban kerja di wad peri boleh dikatakan agak banyak kerana hanya seorang Houseman yang menguruskan bahagian peri. Aku seorang yang perlu menguruskan ct scan, aku seorang yang buat discharge notes, aku seorang yang berkejar sana dan sini.
Apapun pengalaman di ward peri sangat menyeronokkan. Dapat berkenalan dengan houseman houseman lain dari ward berlainan, dapat ramai kenalan dari sister dan misi ward lain. Dapat bermain main dengan anak anak kecil yang menggelikan, dapat menghadiri jamuan raya ward 5a peads.
Paling menyeronokkan apabila pesakit peads menghargai diri aku dan minta autograf dan bergambar bersama.
Benarlah dalam kepenatan ada keringanan. Dalam kepayahan ada kesenangan.
Selamat tinggal wad peri ;) ;)

No comments:
Post a Comment