untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, July 29, 2014

Sihatkah masyarakat Malaysia? : Dr Mohd Amin Ismail, Pegawai Perubatan (UD41), HTAA Kuantan



Sihatkah masyarakat Malaysia? : Dr Mohd Amin Ismail, Pegawai Perubatan (UD41), HTAA Kuantan.

1. World Health Organisation (WHO) mendefinasikan Sihat sebagai keadaan dimana fizikal manusia, mental dan keadaan sosial dalam keadaan sempurna dan bukanlah semata mata dalam ketiadaan penyakit 1. Kamus Oxford pula mendefinasikan penyakit sebagai keadaan dimana struktur dan fungsi dalam manusia, haiwan ataupun tumbuhan terutamanya yang menghasilkan simptoms simptoms ataupun yang menyerang fungsi penting dan bukan semata mata disebabkan oleh kecederaan fizikal 2.

2. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Portal rasmi laman web Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk Malaysia pada hari ini melebihi 30 juta orang 3 dimana hampir 60 % darinya merupakan kaum Melayu Bumiputra. Malaysia juga sangat kaya dengan sumber alam dan sektor pekerjaan buruh sehingga mampu menarik minta ramai warga asing samada mereka ini mendapat pas lawatan kerja yang sah mahupun yang masuk secara haram. Kebanjiran warga asing ini sudah pasti agak membimbangkan sekiranya kehadiran mereka tidak diikuti oleh tapisan keselamatan kesihatan yang ketat.

3. Pada hari ini, penyakit bukan lagi hanya terhad disuatu kawasan dan had had tertentu sahaja kerana manusia sering berhijrah dari satu kawasan yang jauh ke suatu kawasan lain dengan mudah melalui perkhidmatan udara. Penyakit yang bermula jauh nun di utara dunia bila bila masa sahaja mampu sampai ke benua kecil, jauh diselatan dunia. Mers CoV merupakan satu contoh yang terbaru dimana ianya dikenali sebagai Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus. Dicatatkan kematian pertama telah berlaku di Malaysia dimana seorag pesakit telah disahkan meninggal akibat dari virus ini setelah beliau kembali dari mengerjakan umrah pada 29 Mac 2014 dan mengalami kesukaran bernafas, demam dan batuk mulai 8-9 April 2014 4.

4. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program imunisasi nasional secara percuma kepada seluruh rakyat malaysia. Imunisasi merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak kanak di negara ini dari pelbagai jangkitan penyakit yang boleh dicegah 5. Masalah timbul bilamana sejak akhir akhir ini wujud segolongan dari masyarakat yang tidak mahu terlibat dalam program ini dan menganggap program ini membahayakan kesihatan anak anak mereka. Sedang hakikatnya menurut Prof Madya Dr Zakuan Zainy b. Deris, clinical Microbioligist dari HUSM, vaksin perlu dipersetujui bahawa perlaksanaannya merupakan satu program yang bagus kerana ianya mampu mengawal badan manusia dari penyakit perjangkita yang sangat serius 6. Vaksinasi diperkenalkan kepada tubuh dengan ingatan berkemungkinan besar kuman akan dihadapi pada masa hadapan. Namun vaksin ini diberikan dalam dos terkawal. Kuman yang diberikan pada tubuh adalah kuman lemah, sebahagian dari kuman contohnya kaki kuman, kulit kuman. Akhirnya sistem imun akan kenal dan menghasilkan ingatan. Jika pada masa hadapan badan kita terjumpa benda sama, ia akan kenal ini sebagai benda asing dan melawan. Vakisnasi juga bagus kerana ia membantu menyelamatkan kanak kanak yang tidak mendapat vaksin ataupun vaksin yang diberikan tidak berfungsi. Ini dikenali sebagai "herd immunity" dalam bahasa perubatan. Contohnya sekiranya dalam satu masyarakat, 90% kanak kanak mendapatkan imunisasi, ianya mampu menyelamatkan sebahagian 10 % dari kanak kanak yang terlepas dari mendapatkan vaksin.

5. Obesiti ataupun kegemukan sudah menjadi satu penyakit kronik yang sangat membimbangkan di Malaysia. Obesiti mampu menjadi satu faktor penyumbang terbesar kepada penyakit berisiko tinggi seperti penyakit jantung  dan diabetes. Statistik di Malaysia melalui National Health Mobility Servey pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas menghidapi obesiti. Peningkatan ini membimbangkan dimana pada 2006, hanya 14% dan peningkatan ini berlaku sebanyak 1.1% dalam masa 5 tahun. Jika ditukar kepada bilangan, sebanyak 2.6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah kegemukan dan kadar ini adalah tertinggi dikalangan negara negara Asia Tenggara 7. Obesiti boleh diukur menggunakan pengiraan Body Mass Index (BMI) mengikut formula berikut:

BMI = Weight (kg) / Height² (m) ²
Klasifikasi
BMI (kg/m2)
Risiko Kesihatan
Kurang berat badan
<18 .5="" td="">
Rendah
Julat normal
18.5 - 22.9
Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan
> 23

Pra-Obes
23.0 - 27.4
Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1
27.5 - 34.9
Risiko tinggi
Obes II
35.0 - 39.9
Risiko sangat tinggi
Obes III
> 40.0
Risiko terlalu tinggi

6. Pada tahun 2012, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mendedahkan bahawa masalah kesihatan mental dikalangan remaja dan kanak kanak di Malaysia berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Seramai 11.2% dikalangan orang dewasa pada tahun 2006 menghidapi masalah kesihatan mental berbanding hanya 10.6%dalam tahun 1996 manakala dikalangan kanak kanak dan remaja pula sebanyak peningkatan sebanyak 7.3% dari tahun 1996 (13.0%) kepada 2006 (20.3%) 8. Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Briged Jen. Prof Dr Kamarudin Hussin, masyarakat hari ini berhadapan dengan pebagai cabaran disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi memenuhi tuntutan keperluan mengikut peredaran zaman. Stress telah menjadi salah satu faktor yang membawa kepada masalah kesihatan pada masa kini 9.

7. Penyakit penyakit utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ialah penyakit kronik seperti jantung, obesiti, Avian inflluenza (H1N1), thalassemia, dan kencing manis 10. Penyakit ini kebanyakannya boleh diatasi diperingkat awal melalui penjagaan kesihatan diri yang sempurna, diet dan juga senaman yang berterusan. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung biasanya dikenali dengan nama penyakit tiga serangkai. Masyarakat perlu didedahkan dengan diet sempurna dan sihat agar setiap individu mampu mengawal kadar pengambilan guLa dan lemak yang masuk kedalam badan manusia. Begitu juga dengan senaman yang berterusan sekurang kurangnya 5 kali seminggu dalam jangkaan 30 minit setiap sesi mampu menghalang badan dari mendapat masalah kesihatan yang serius.

8. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan dan tubuh badan dengan sempurna. Kita mahu menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, pada masa sama kita perlu menghasilkan masyarakat kelas pertama yang mampu membawa negara kearah yang gemilang. Sudah pasti masalah kesihatan yang teruk akan menjadi batu penghalang kepada perlaksanaan projek mega ini. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan dalam sektor kesihatan dan sebahagian dari masarakat mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan.

Rujukan:

1. (http://www.who.int/suggestions/faq/en/)
2. ( http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/disease)
3. (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm)
4. (http://www.isuperubatan.com/mers-cov-fakta-yang-perlu-diketahui/)
5. (http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/en/imunisasi)
6. (http://akudramin.blogspot.com/2014/05/vaksinasi-menurut-pandangan-islam-soal.html)
7. (http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kegemukan-obesiti)
8.  (http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20121011/re_07/tangani-sakit-mental)
9. (http://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita/90-stress-pengaruhi-faktor-kesihatan-masyarakat-moden)

10. ( http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2012/11/info-kesihatan-5-penyakit-utama-di.html).

No comments: