Sejak beberapa hari ini, saya mencari pendapat dan pandangan dari beberapa orang yang arif tentang isu yang saya inginkan dan saya menerima beberapa pandangan yang agak bertentangan.
Hal ini menyebabkan saya bingung kerana menurut pendapat yang satu ini, beliau bersetuju dengan apa yang saya cuba bangkitkan dan saya merasakan hujahnya agak kuat.
namun apabila saya beralih... arah kepada pandangan yang kedua, saya juga agak kagum dengan nya kerana beliau juga mengetengahkan hujah dan pandangan yang pada pandangan mata hati saya, agak baik juga dan standing dengan pandangan yang pertama walaupun pandangan itu agak berlawanan dengan pendapat yang pertama.
Ini menyebabkan saya menjadi keliru. Samada saya mahu bersetuju dengan pandangan pertama ataupun mengatakan pandangan yang kedua itu salah.
Seolahnya saya berada dipersimpangan untuk memilih antara satu dimana satu mengatakan yang lain itu salah dan bertentangan. Padahal keduanya benar pada pandangan hati saya kerana keduanya

Akhirnya saya membuat kesimpulan, keduanya benar dengan pemahaman yang berbeza. Dan sebagai manusia biasa, saya perlu memilih antara satu pandangan ini dan meninggalkan pandangan yang lain TANPA saya mengatakan pandangan yang saya tingalkan itu SALAH.
Keduanya BENAR BELAKA melainkan hanya saya perlu memilih pada pemahaman saya pandangan yang sesuai dengan situasi diri saya dan lebih bersifat setempat dengan keadaan saya.
Adakah anda juga pernah mengalami keadaan seperti saya? Percayalah dan yakin dalam membuat keputusan tatkala anda telah setuju untuk memilih pandangan dan yakin dengannya jika anda mempunyai hujah yang boleh disandarkan. Apa yang manusia lain mahu fikirkan, biarkan dan lepaskan diri anda dari mereka.
Penulis blog aku budak medik
No comments:
Post a Comment