untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, August 30, 2013

Sejarah sebuah persepsi

Sejarah selalu dikaitkan sebagi sesuatu peristiwa lepas yang berbentuk FAKTA. Peristiwa berbentuk fiksyen ataupun fatamorgana tidak boleh diistilahkan sebagai bahan sejarah.

Tapi walaupun ianya sebuah bahan fakta, sejarah tidak mampu lari dari ditulis berdasarkan persepsi dan pemahaman penulis dan pengkaji sejarah berkenaan. Contohnya:

Peristiwa Tok Janggut diisytiharkan sebagai penderhaka dan dihukum mati oleh Inggeris. Tidak dapat dinafikan Inggeris memahami sifat dan sikap orang Melayu yang taat dan akur kepada Raja. Inggeris bijak bila berhadapan dengan pemberontakan rakyat terhadap mereka dengan cara mengugut Raja Raja agar bersama dengan Inggeris.

Tok Janggut dianggap penderhaka oleh Inggeris, dan untuk menghalalkan hukuman yang akan dijatuhkan kepada Tok Janggut, Inggeris menggunakan Sultan agar memastikan Tok Jaggut dihukum kerna memberontak kepada Sultan dan Negara.

Bagi Inggeris Tok Janggut merupakan seorang pemberontak. Sejarah ditulis sedemikian rupa pada ketika itu. Kemudian sahaja bilamana sejarah ditulis mengikut persepsi yang lain barulah kita faham bahawa Tok Janggut merupakan seorang perwira yang patut dijulang, pejuang yang mulia kerana menentag penjajahan yang bermaharajalela di Tanah air, manakala Sultan pua dijadikan boneka untuk mendiamkan orang Melayu yang sentiasa patuh dan taat pada ketua.

Sejarah juga boleh dipadamkan dengan cara memaparkan hanya sebahagian dari peristiwa, dan mendiamkan peristiwa yang lain menyebabkan ianya Nampak tidak sempurna jika dibaca secara keseluruhannya. Contohnya:

Peristiwa kemerdekaan dikaitkan dengan kejayaan Parti Perikatan memimpin rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris. Padahal, peistiwa mendapatkan kemerdekaan jauh dari itu dimana bangkitnya golongan kiri seperti PKMM, Ahmed Boestaman, Dr Burhanuddin Al Helmy, gololongan agamawan yang pulang dari pengajian di timur tengah. Mereka inilah yang menjadi inspirasi rakyat, meniupkan seruan merdeka dihati rakyat agar bangkit menuntut kekebabasan keatas diri mereka, keluarga dan anak bangsa.

Sedangkan pada masa itu,golongan elit Melayu selesa berada dibawah Inggeris dan bekerja sebagai pegawai kerajaan kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Kemudian sahaja bila Malayan Union mahu ditubuhkan, barulah golongan elit ini melihat adanya ketidakpuasan hati rakyat dan bersama sama dalam seruan kemerdekaan.

Sejarah dalam buku teks, sudah pasti mmaparkan hanya sebahagian peristiwa ke arah kemerdekaan. Ianya menyambut sebahagian pemimpin, tetapi melupakan sebahagian pemimpin lain yang juga menjadi aktivis masyarakat yang tidak kurang pentingnya.

Golongan kiri seringkali dikaitkan sebagai golongan yang bermasalah, golongan yang rapat dengan komunis dan seringkali dicop sebagai komunis agar senang untuk pertubuhan mereka diharamkan dan pemimpin mereka ditangkap untuk menutup suara dan seruan mereka menuntut kemerdekaan dari inggeris.

Blog aku budak medik

No comments: