untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, August 30, 2013

Tanda Putera

Tanda Putera: Ianya memang sebuah karya sejarah. Dan sejarah memang merupakan sesuatu yang bergerak mengikut persepsi. Bagi sesiapa yang meminati sejarah, ia akan melihat Tanda Putera sebagai sebahagian dari bahan sejarah. Dan bahan sejarah berhak dipuji dan dikritik kerana ia bergerak mengikut prsepsi siapa yang menilainya.

Tidak dapat dinafikan, apa yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera itu bukan keseluruhan cerita, sejarah yang dipaparkan hanyalah sebahagian dari apa yang berlaku pada masa itu, sebahagian lagi tidak dikhabarkan dengan jelas. Disinilah bahagian dimana kita boleh kritik filem tersebut kerana seolahnya ia hanya menyalahkan sebahagian pihak tanpa menyebut pihak yang lain dan tidak memaparkan keseluruhan cerita yang sebenar.

Tidak dapat dinafikan, Tanda Putera mempersembahkan cerita sebenar masyarakat Melayu yang terdiri dari 2 golongan. 1 golongan bangsawan yang mampu pergi ke London, bercakap Bahasa Asing, hidup diluar Negara dengan masayrakat miskin yang hidup dipenempatan baru felda, terpaksa berjalan kaki jauh untuk kesekolah.

Hebatnya, Tun Razak, kerana beliau cuba untuk melindungi penyakit yang dihadapinya, agar tidak berlaku masalah dalam pentadbiran kerajaan. Bliau bukan sahaja melindungi penyakit tersebut dari keluarganya, malah dari rakan rakan politik terdekatnya malah rakyat amnya agar negara tidak berada dalam keadaan kelam kabut akibat dari ketidakseimbangan politik pada waktu itu.

Tanda Putera juga memaparkan kisah keberanian Dr Mahathir yang sanggup mengkritik Tunku dan meminta Tunku melepaskan jawatannya dengan anggapan Tunku sudah tidak lagi diperlukan dan rakyat mahukan pemimpin yang lain untuk mengurukan Negara.

Kalau tidak Dr Ismail semasa itu menjadi yang Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Abdul Razak (Tun Razak sakit, Tun Dr Ismail juga sakit) meninggal awal dari Tun Razak, mungkin beliaulah sebenarnya calon terbaik yang Tun Razak mahu jadikan penggantinya sebagai Perdana Menteri

Ada satu babak dirumah Tun Abdul Razak dimana semasa Tun Razak mengumumkan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir ada bersama. Dr Mahathir menjeling tajam ke arah Tun Razak. mungkin ada sesuatu yang ingin dimaksudkan disitu. Apa yang Dr Mahathir fikirkan pada waktu itu.

Apapun keseluruhannya filem ini memang mampu membuatkan penonton menangis kerana ianya dibarisi oleh pelakon pelakon yang cukup hebat.

Iya. Sebagai sebuah filem berunsur sejarah, ianya berhak dipuji dan dikritik. Yang penting, kritiklah ia selepas menontonnya. dan saya sendiri hanya berani mengulas selepas menonton cerita berkenaan hari ini.

No comments: