untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, August 20, 2013

tanda tanda sakit badan

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu.
 Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya.
Info di bawah ini antara info yang terbaik.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMANA. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAHa) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
 b) AIR KENCING BERKAPUR
 Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong PendaftarUnit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

4 comments:

Anonymous said...

Salam..Sya pelajar perubatan tahun 4...sya bru je join bce blog amin n sy ske dgn content yg awk share..sy nk tnye pendapat awk tpi lgsg x de kaitan dengan entry ni..hehe..sekrag ni saya da thun 4 n saye rase pressure n takot sbb tak lame lgi dah nk graduate n rase dri ni mcm x ckup ilmu lg tok jd dr..n lagi satu keadaan sekeliling saye pn agak stress skrg dgn kwn saya yg buat keputsn nk repeat year n dye dlm depresion skrg n rummte sy ade mslh dgn gangguan makhluk halus..sy berada dekat dengn diorang and at the same time rase nk tolg dorg tpi sy nk cover stdy lg since final exam dah x lame lg ni..kadang2 tu sye rase penat dgn keadaan sekeliling sy..mcm mane sy nk handle emosi sy ni supaya x ter affected dgn environment mcm ni?huhu

aku dr amin said...

salam. mungkin ada perkara yang saya boleh berkongsi dengan anda.

1. Anda sudah berada ditahun 4. maknanya anda telah berjaya mengharungi tahun tahun yang agak memenatkan diri sebelum ini, dari tahun pertama menginjak ke tahun kedua, masuk tahun3 dan sekarang sudah berada ditahun4. maknanya tahun klinikal year jika saya tidak silap. tahun dimana kita mula berjinak jinak dengan pesakit dihospital. Tidak dinafikan semua orang akan merasakan ilmu kita tidak cukup untuk menjadi seorang doktor.

perlu diingatkan, menjadi seorang doktor bukan sekadar dengan membaca buku teks dan menghafal, tetapi juga melalui pengalaman dihospital, pengalaman belajar dari suasana persekitaran di hospital, pengalaman dari doktor doktor senior, pengalaman melihat case case sheet yang mempunyai pelbagai penyakit yang berlainan. Tahun4 bererti masih ada lagi tahun 5 untuk dituju.

dan bukan bererti bilamana kita habis belajar MBBS, terus menjadi seorang doktor yang hebat. Kita akan bermula sebagai seorang house officer (doktor pelatih) dimana kita akan dilatih menjadi seorang doktor yang kompeten dengan keadaan. Masa masih terlalu auh dan lama untuk dituju. perasaan tidak cukup ilmu akan terus ada. Jadikan ia sesuatu yang postif. Be willing to learn. open our horrizon, open our mind. yang penting kita bersedia untuk belajar dan terus belajar.

Guru saya selalu berkata: patients are our best lecturers.

2. Saya rasa keputusan untuk repeat year itu bukan satu keputusan yang baik. malah ia akan menyebabkan anda terus berada ditakuk lama. anda perlu belajar dari sekarang dan cuba dapatkan sebanyak mana pengalaman yang ada. belajar dari seorang pesakit, belajar dari case note dihospital, dan terus menginjak ke tahun seterusnya dan belajarlah menjadi seorang pelajar perubatan, seorang dokotr yang sanggup untuk belajar dari seorang pesakit.

Saya percaya, lagi lama berada di kolej perubatan, lagi lama kita tak tahu apa apa.

3. berkenaan rakan anda yang mahu repeat, saya rasa itu bukan keputusan yang baik dan anda tidak patut di pengaruhi olehnya. Jadilah seorang yang cukup positif dengan hidup dan pelajaran. Berjumpalah dengan guru jika ada masalah, berjumpa dengan kaunselor dan kongsikan masalah anda dengannya.

4. kita boleh menolong orang lain, tapi pada masa sama bantulah diri sendiri. Jika anda rasa tidak mampu menolong rakan rakan anda, jauhkanlah dari mereka yang berfikiran negatif Minta bantuan orang lain, orang yang lebih senior untuk membantu mereka. Fokuskan pada matlamat hidup anda.

5. letakkan matlamat hidup anda yang anda mahu habiskan cepat cepat MBBS, dengan cara belajar bersungguh sungguh, menjadi seorang doktor.

6. saya syorkan buat masa ini anda kena ada matlamatdoktor pakar apa yang anda mahu jadi nanti. fikirkan dari sekarang. Ia akan membawa hala tuju yang jelas kepada anda pada masa hadapan. ini satu cara untuk mendapatkan fokus dalam hidup.

Inysa Allah harap ini dapat membantu anda.

:) ;)

Unknown said...

Assalamualaikum Dr. Terima kasih di atas perkongsian info di atas. Sangat berguna :)

aku dr amin said...

Walaikumsalam. Sama sama has kasimin. Moga bermanfaat buat anda dan buat saya. Saya sedang menulis sebuah buku. Insya Allah doakan ia berjaya