untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, August 19, 2013

perbatasan ilmu

Usah mudah mengkritik sesuatu yang kita tidak pasti. Jadilah seorang penuntut ilmu yang berjiwa besar. 

Andai kita percaya sesuatu itu benar, beriltizamlah dengan kebenaran itu. Andai kita menganggap sesebuah ilmu itu salah, mufaraqahlah dari kesalahan itu.

Pada masa yang sama, kebenaran yang kita percayai itu mungkin salah pada pemahaman orang lain manakala kesalahan yang kita i'tiqadkan itu mungkin sahih pada keyakinan orang lain.

Jadilah seorang penuntut ilmu yang membaca, mentelaah, mengkaji, menilai setiap ilmu dalam sudut yang berbeza. Fahamilah setiap susur galur pada ilmu itu agar kita merasa yakin dan percaya

Usah mudah mengkritik dengan membuta tuli dan meninggalkan sesuatu ilmu tanpa kita mendengar hujah.

Alangkah ruginya apabila seorang penuntut ilmu mula mengecilkan dunianya hanya pada perbatasan keyakinan semata mata sedangkan dunia ini terlalu luas untuk diterokai.

Penulis blog aku budak medik

No comments: