untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, July 23, 2013

Orthopeadics posting

Agak lama saya tidak berkongsi kehidupan di hospital. Saya sangat gembira hari ini mendapat satu meseg dari seseorang yang tidak dikenali bernama Kak Nurlisa. moga kakak mendapat rahmat dari Allah. Tahniah diatas kejayaan anak akak yang akn melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan juga. Mesegnya berbunyi:

""assalamuaikum.. seronok baca blok adik.. banyak info yg akak dapat.. kebetulan anak akak akan masuk belajar medic .. bleylah dia baca blog adik ne"

Sekarang posting orthopaedics (tulang). Ini posting ketiga saya dalam tahun akhir sebagai pelajar perubatan. ada 6 bulan lagi sebelum ke final exam dan Insya Allah bergelar seorang doktor.

Agak bersyukur juga kerana posting ortho dalam bulan puasa. aya sangat lembik pada waktu siang. Syukur kerana posting ortho kerja tak banyak, kelas pun kurang. Bolehlah berehat rehat sedikit. Waktu malam sangat kuat rasanya. :)

sekali dalam seminggu kami akan ke Mahkota specialist center di Bandaraya Melaka. Disana kami akan ada attachment dengan pakar orthopaedic yang akan membimbing kami. Pada paginya biasanya kami akan clerk beberepa kes yang akan menjalani pembedahan pada waktu petangnya. Kemudian kes ini kami akan bincangkan bersama dengan specialist sebelum kami dibenarkan melihat pembedahan yang akan dijalankan keatas pesakit.

Biasanya kes yang sering dilihat seperti Osteomyelitis ( jangkitan pada tulang), osteoarthritis ( sakit lutut). Pesakit ini akan mejalani pembedahan pada waktu petangnya.

Pada hari lain, kami akan berada di Hospital Melaka. Aada pesakit yang datang kerana luka dikaki akibat komplikasi kencing manis yang dipanggil sebagai diabetic foot ulcer (DFU) iaitu ada luka dikaki akibat dari komplikasi kencing manis. jika tidak dijaga dengan baik, pesakit ada peluang yang tinggi untuk kehilangan kaki kerana kaki terpaksa dipotong. Ini sangat mendukacitakan sebenarnya. Kerana itu pesakit kencing manis sepatutnya mendapat nasihat yang wajar dari doktor dan perlu menjaga diet pemakanan yang baik agar paras gula dalam darah berada pada tahap yang normal.

Ada juga seorang pesakit yang berada di wad kerana sakit belakang (back pain ). Beliau mendapat penyakit dikenali sebagai Prolapsed intervertebral disc (PID) iaitu masalah tulang belakang yang mengakibatkan system saraf rosak. Satu yang mendukacitakan pesakit ini seorang muslim dan menghidap HIV dan mempunyai sejarah yang sangat mendukacitakan.

Biasanya pemain bola sepak ramai yang akan masuk wad orthopaedics. Masalah utama yang akan mereka alami adalah dikenali sebagai tear of Anterior cruciate ligament (ACL). iiaitu ligament pada lutut putus ataupun terkoyak. Oleh itu pemain bola sepak semua perlu berhati hati jangan sampai kecederaan berlaku pada lutut anda. :)

Kes lain yang biasa dan seringkali ada adalah kes patah tulang. Ada satu kes seorang rakan dari sebuah universiti terdekat patah jari anak kakinya kerana sersadung ketika turun tangga. Jari kakinya perlu dirawat dan beliau terpaksa bermalam diwad untuk beberapa hari.



Wassalam ^_______^

 

No comments: