Saya suka dengan kata kata berbunyi:
"Bila besar nanti jadilah seorang yang berJIWA BESAR".
Kalam yang sangat membuatkan hati saya tersentap. Berjiwa besar? Apa maksudnya, membuatkan saya terfikir sejenak. Mengapa dunia memerlukan manusia yang berjiwa besar?
Mungkin sahaja orang yang berjiwa besar bersikap penyabar. beliau tidak mudah tersentap dengan keadaan disekeliling.
Kadangkala mungkin sahaja kita mempunyai pendirian dan pendapat yang sangat berbeza dan kontra dengan orang lain. Manusia berjiwa besar tidak menjadikan ini sebagai satu masalah. mereka boleh hidup dengan meraikan kepelbagaian pandangan itu sebagai suatu yang sangat istimewa dan penuh berhikmah.
Pernah dengar satu ungkapan sangat manis:
"Pandangan saya memang betul, tetapi pandangan mereka tidak semestinya salah".
manusia berjiwa besar seringkali melihat dunia dalam bentuk yang positif. Kebaikan yang mereka dapat dibalas dengan sebuah senyuman dan kesyukuran kepada yang memberi. Mudharat dan musibah yang mereka peroleh dibalas dengan senyuman yang sangat bermakna.
saya membaca sebuah cerita yang sangat indah berkenaan seorang ketua yang mahu menarik perhatian anak buahnya dari tingkat atas sebuah bangunan. Ketuanya meleparkan duit syiling untuk memanggil anak buahnya agar mendongak keatas.
Anak buah itu sangat teruja melihat syiling syiling yang jatuh tanpa perasan seseorang sedang melemparkan dari atas. Akhirnya ketuanya membaling beberapa ketul batu dari atas untuk mengalih perhatian dia.
Akhirnya akibat kesakitan, anak buahnya mendongak keatas dan melihat bossnya sedang memanggil namanya.
Manusia berjiwa besar melihat musibah itu satu panggilan buatnya selepas mendapat rezeki yang hampir membuatkan diri terlena dibuai mimpi mimpi indah.
Manusia berjiwa besar hidupnya sangat lapang dan luas. Mereka melihat kebaikan disebalik keburukan. Mereka melihat kejayaan disebalik kegagalan. Sukar untuk manusia sebegini mengalami kesedihan berpanjangan. Andaikata mereka bersedih, kesedihan itu sementara sebelum mereka melangkah gagah untuk kembali menggapai bintang.
Ya! manusia berjiwa besar sangat bahagia dalam hidupnya.
Penulis blog aku budak medik
13 Ramadhan 2013

No comments:
Post a Comment