Jam menunjukkan pukul 2.33 pagi. Sudah kelaziman agaknya sejak berpuasa ini jadual tidur menjadi terbalik. Waktu siang lembik, waktu malam segar bugar.
Pagi tadi Alhamdulillah selesai end of posting exam orthopaedics. Berdua dengan Benny, kami mengambil kes osteoarthritis of hip joint. Ok lah rasanya. :)
Sambil menunggu waktu untuk bersahur sekejap lagi sebelum tidur sekejap, saya google dan youtube sambil mendengar beberapa buah lagu. Terdengar lagu Aku suka Dia nyanyian Aina Tasneem. huh! saya peminat dia ke? hahaha
Ada satu temuramah Ainan dalam nasi lemak kopi O. Rupanya Ainan ini masih belajar di Universiti Malaysia Perlis, dalam jurusan engineering bioproses. Apa tu? Berumur 20 tahun, sudah mampu mencipta nama di persada seni di Malaysia.
Beliau hanya bermula sekadar minat minat biasa menyanyi dan 'upload' lagu di youtube, terus lagunya menjadi gempak dan didengari oleh puluh ribu pelayar internet.
Benarlah juga kata orang, rezeki itu kadang kala dikurniakan untuk setiap orang secara berasingan. Kita tidak tahu rezeki kita dimana dan bila.
Bukan mudah juga untuk Berjaya dalam sekelip mata. Kadangkala kita perlu mendaki jauh anak tangga. Ada yang cepat, ada yang perlahan tapi yang penting kita perlu cuba menjadi seseorang yang istimewa dimata sendiri dan orang lain.
Kita perlu melihat keupayaan diri, dimana kekuatan kita, mencari titik kelemahan. Mungkin kita tidak mampu menjadi Ainan Tasnim yang kedua. Tapi kita mampu belajar dari kehidupan seseorang agar boleh dijadikan panduan untuk Berjaya.
Saya selalu bermimpi untuk menjadi seorang Pakar OnG pada masa sama saya adalah seorang pakar motivasi yang sangat Berjaya dengan buku buku penulisan yang dikenali dipasaran.
Mampukah cita cita itu terjadi. Siapa tahu andai kita yakin dan berusaha.
Jom Bermimpi awak ^^
Semua orang mampu untuk menjadi siapa kita kan ^___^
Pagi tadi Alhamdulillah selesai end of posting exam orthopaedics. Berdua dengan Benny, kami mengambil kes osteoarthritis of hip joint. Ok lah rasanya. :)
Sambil menunggu waktu untuk bersahur sekejap lagi sebelum tidur sekejap, saya google dan youtube sambil mendengar beberapa buah lagu. Terdengar lagu Aku suka Dia nyanyian Aina Tasneem. huh! saya peminat dia ke? hahaha
Ada satu temuramah Ainan dalam nasi lemak kopi O. Rupanya Ainan ini masih belajar di Universiti Malaysia Perlis, dalam jurusan engineering bioproses. Apa tu? Berumur 20 tahun, sudah mampu mencipta nama di persada seni di Malaysia.
Beliau hanya bermula sekadar minat minat biasa menyanyi dan 'upload' lagu di youtube, terus lagunya menjadi gempak dan didengari oleh puluh ribu pelayar internet.
Benarlah juga kata orang, rezeki itu kadang kala dikurniakan untuk setiap orang secara berasingan. Kita tidak tahu rezeki kita dimana dan bila.
OT Posting orthopaedics |
Saya selalu bermimpi untuk menjadi seorang Pakar OnG pada masa sama saya adalah seorang pakar motivasi yang sangat Berjaya dengan buku buku penulisan yang dikenali dipasaran.
Mampukah cita cita itu terjadi. Siapa tahu andai kita yakin dan berusaha.
Jom Bermimpi awak ^^
Semua orang mampu untuk menjadi siapa kita kan ^___^
No comments:
Post a Comment