untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, August 1, 2012

lemahnya diri

saya juga seorang manusia. kadang kadang rasa tersangat 'exausted' dengan hidup. seakan sudah habis semua tenaga. tak sempat nak di top up dengan tenaga baru. rasa macam diri diperah cukup cukup. lemah tidak bertenaga. saya sering mengalami perasaan ini. tertumamanya bila pulang dari kelas, selepas dimarahi, bertengkar pandangan dan pendapat dengan seseorang, kemudian rasa bersalah. Ada ketika selepas berhabisan belajar menjelang class test, tapi hasil yang diperolehi tersangatlah tidak memuaskan.

apa perasaan tatkala itu? sangat sedih. badan langsung tidak bermaya. tiada langsung semangat dan motivasi, seakan akan mahu lari dari nikmat dunia yang tiada manfaat ini. Ujian itu sungguh berat. Air mata bercucuran dipipi. Mahu sahaja dilemparkan segala catatan hidup jauh kedalam lembah hitam yang pekat.

mahu sahaja bersendirian tanpa berteman. 

Sedangkan Tuhan maha mengetahui segala sesuatu, masakan Dia tidak menguji tanpa mengetahui kemampuan hambaNya.

Lantas tatkala itu timbul perasaan lemah seorang hamba dengan Tuannya. Masakan kita hidup tanpa berpandukan sunnahtullah yang telah ditetapkan. Andai ada manusia yang merasa gembira, pasti ada manusia yang akan berduka. Andai adanya kemanisan madu, pasti akan bersama kepahitan hempedu

Layaknya manusia menginsafi dunia tidak membawa manfaat tanpa penilaian ruh yang sihat

Insaf bahawa kekuatan kita tidak pernah mendahului Tuhan...