untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, August 27, 2012

Dekatnya alam perkahwinan itu

Apa yang diimpikan oleh seorang lelaki tatkala dia mula menegur seorang wanita. Cantikkah, santunkah atau matangkah si dia?

 Cinta luaran yang hanya sedap dimata ataupun kasih di dalam yang bakal menjadi penghias diri dan jiwa seorang lelaki, yang bakal mendamaikan hatinya tatkala dia dalam kegelisahan hidup, tatkala dia sedang berperang dengan jiwa yang menggoncang.

 Lantas dia disambut bagaikan seorang putera bila pulang kepangkuan isterinya.

Hilang segala resah dijiwa. hilang segala kepenatan hidup. Riangnya hati Allah sahaja yang tahu.

Tatkala perut berbunyi keroncongan, si dia sudah bersedia dengan lauk pauk juadah yag lazat, disuapkan sedikit demi sedikit ke mulut suami tercinta. Dia tahu keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Dibuatkan teh yang sedap untuk sang suami menghilangkan dahaga kehausan panas terik.

Bukan kecantikan yang menjadi penyeri rumahtangga, andaikata jiwa kosong dengan kasih sayang. Bukan harta yang menjadi buruan andaikata hidup penuh kesibukan dunia. Tapi hati yang ikhlas dalam melayari alam rumah tangga menuju keredhaan Ilahi.

Inilah yang  si suami cari rupanya.

2 comments:

humaira baharum said...

rahsia jodoh mmg xmampu di rungkai tp janji Allah itu pasti perempuan yang untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya...

aku dr amin said...

^__^