untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, June 23, 2012

rutin budak medik dihospital : mengganggu pesakit di pagi hari.

pernah tak anda dimasukkan ke wad dihospital kerajaan, tak kisah wad mana mana? perasan tak pagi pagi akan ada ward round oleh dr pakar bersama dengan MO dan Houseman (dr pelatih)? kemudian perasan tak akan ada seorang yang berpakaian kemas bertie kalau lelaki, memakai white coat putih, ada name tag, kemas, sentiasa shaving, datang ke katil anda, mua membelek belek fail pesakit. kemudian dia akan bertanya, kak boleh saya tanya beberapa soalan, kadang kadang tanpa memperkenalkan diri pun kepada anda.

anda mungkin mengenali lelaki atau perempuan ini melalui name tagnya. dia akan mula bertanya nama apa, bila masuk, asal mana, kemudian bertanya lagi kenapa masuk, kemudian meminta anda menghuraikan lebih banyak tentang simptom sitom penyakint anda. kemudian, dia akan meminta untuk memeriksa anda.langsir ditutup dan pemeriksan mula.

anda mungkin serba salah kadang kadang, rasa geram padanya kerana mengganggu pagi anda. atau anda menerimanya dengan baik kerana dia baik pada anda. kemudian seketika, datang seorang lelaki tua, tidak ber white coat, memakai tie, muka garang2, meminta lelaki ini huraikan kes yang diambil dari anda

sebenarnya lelaki ini yang mengganggu pagi anda adalah seorang pelajar perubatan, dan lelaki tua itu pula adalah pensyarah.

4 comments:

Anonymous said...

oooooooic...

Anonymous said...

paham2:)

Sarah said...

menakutkan lah pensyarah tu...ish2

aku dr amin said...

pensyarah tu memang menakutkan. bersedialah untuk diketuk kepada kami semua ^^