untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.): Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, January 9, 2012

skill mengambil darah

Alhamdulillah saya baru pulang dari wardwork untuk posting medicine. Rasa seronok hari ini kerana dapat dan berpeluang mencucuk cucuk lengan pesakit untuk mengambil darah bagi mendapatkan sampel darah. Tak mudah sebenarnya untuk mencari salur darah yang prominent dilengan.Kerana apa,tak semua salur darah muncul di lengan. Ada yang bersembunyi dan kita pasti susah untuk mencarinya. Kadang kadang kena suruh pesakit pegang bola getah ditangan dan minta dia senaman tangan. Tornuquet perlu dipasang di lengan, kemudian kena tepuk tepuk sedikit bahagian lengan agar salur darah yang malu malu kucing itu muncul.

 Bila kita cucuk pula, kadang kadang tak kena pada salur darah. Kesian pesakit. kita kena cari cari dengan jarum tu. Kalau tak jumpa juga, kenakeluarkan kembali jarum dan mula cucuk cucuk ditempat yang lain. "Maaf yer pakcik. Saya nak cucuk sekali lagin ie, tak jumpa salur darah. maklumlah kami baru nak belajarn ie. kalau kami tak belajar macam ni camana kami nak pandai".Cewah!.ayat tak boleh blah kata orang.



Kadang kadang HO pun tak jumpa cari.Pastu kena lah minta pakcik Medical asistant tolong. Tolong yer pakcik,saya tak jumpala nak cari salur darah. Bukan apa semua nie kita kena belajar dari pengalaman. Namapun skill.

Apapun seronok dapat berborak dengan pakcik pakcik MA yang penuh dengan pengalaman ini. Riuh rendah bilik mengambil darah dengan gelak ketawa mereka bergurau. Wktu menghampiri jam 11.30 pagi seakan sekejap sahaja masa yang berlalu. Dari satu cerita sehinggalah kepada cerita politik Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan. Saya terdiam mendengar kalam mereka yang lebih dewasa dan matang dari saya. Jauh disudut hati, terdetik dihati, banyak cerita bila rakyat marhain berbicara Tunggulah pilihanraya nanti ,dah tak lama kalau menurut cakap cakap orang politik.

Apapun, exam pun dah dekat nie, Sessional exam ada lagi lebih kurang 48 hari sahaja. Doakan saya agar saya akan terus maju walau dengan kudrat yang ada. Insya Allah. 

3 comments:

haffizmohdnoor said...

wah..dah pandai amik darah ke.. good luck exam ok :D

Anonymous said...

Assalamualaikum..sy nk tanya...sy baru dpt result SPM..alhamdullilah 5A+3A1A- ...masalah sy ialah saya TERLALU serius...waktu sekolah menengah sy x ramai kwn sebab terlalu kejar cita2 nk jd doktor...katakan sy terbawa attitude nie kalau jd doktor..ada masalah x...when i'm serious the job can be done perfectly...kalau gelak2 hilang fokus...

aku dr amin said...

anonymous..

serius dengan kerja tak ada masalah rasanya. memag itu yang kita perl buat supaya kita tak bat kesilapan bodoh.

pada masa sama perlu juga menjadi seorang peramah. Dr kena peramah dan sentiasa senyum. itu pada pandangan saya.

semga success yer adikku. :)