untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, December 24, 2011

perjuangan itu panjang

 Semalam saya berkunjung ke Klinik Perdana 24 jam untuk membuat 'dressing' baru luka dihujung jari telunjuk kanan.  Mungkin saya perlu berkongsi sedikit tentang luka ini. Ianya bermula tanpa sayas edari kira kira 2 minggu yang lalu apabila hujung jari telunjuk kanan ini membengkak. Pada mulanya saya hanya membiarkan sahaja bengkak tersebut dengan harapan ia akan surut kembali. Rupanya ia tidak seperti yang saya sangka.

 Diagnosis saya salah. Ia terus membengkak dan menghasilkan nanah. Disebabkan kulit disekitar hujung jari adalah kulit tebal, saya tidak mampu untuk memicitnya keluar. Sangat pedih dan sakit. Kemudian, saya terus ke klinik untuk rawatan. Sesampai sahaja di klinik, dr memberitahu saya untuk mengisi borang keizinan untuk memotong sedikit tisu dihujung jari untuk mengalirkan nanah keluar. Alhamdulillah 2 hari lepas ianya beransur kering. Namun pada hari semalam, semasa saya sedang membasuh baju, tiba tiba 'dressing' yang menutupi luka tersebut penuh dengan darah. Lantas saya kembali ke klinik. Rupanya jari saya kembali kena jangkitan kerana 'dressing' tersebut mendap dengan air sabun. Nurse tersebut memarahi saya kerana tidak menjaga luka tersebut dengan sempurna memandangkan saya sebagai seorang pelajar perubatan,patut mengambil langkah langkah penjagaan yang baik.

Dan seperti saya jangka, mungkin saya perlu memakai 'dressing' ini untuk beberapa hari lagi. Tangan saya sudah cacat pada 2 minggu lepas dan seminggu lagi. Tidak banyak pekerjaan yang menggunakan tangan mampu saya lakukan dengan sempurna. Makan memerlukan kepada sudu dan garfu.Untuk menulis, saya terpaksa menggunakan 4 jari tanpa bantuan jari telunjuk . Tulisannya, memang agak cakar ayam, tidak sempurna. Untuk mandi, saya perlu menyarungkan tangan kanan kedalam plastik untuk mengelakkan 'dressing' dari terkena air, dan terpaksa menggunakan tangan kiri untuk memegang pili air, untuk sabunkan badan. Hasilnya amat tidak sempurna.

Namun, perjuangan dan kehidupan tidak pernah berhenti. Walaupun kehilangan fungsi pada satu jari, kerja rumah, menulis laporan pesakit, menulis nota kelas, perlu saya teruskan.  Perjuangan tidak pernah terhenti dengan tangan yang sakit. Walau payah yang hadir, kepayahan itu mengajar saya erti kesabaran dan erti keyakinan.

Begitu juga dalam mehnah dan tribulasi kita didalam jemaah.Kadang kadang dalam kita berjemaah, tiada yang sempurna .Kadang kadang, antara kita akan ada salah satu yang lupa, tertinggal di belakang, menarik diri dari kumpulan, hanyut dilambung ombak yang deras, menarik diri dari permuafakatan.Namun itu semua tidak sesekali mampu untuk mengurangkan sedikitpun kekuatan yang ada pada jemaah .Perjuangan bukan dan tidak sesekali bersandar pada seorangi ndividu .Perjuangan itu bersandar dibahu satu jemaah yang kuat. dan perjuangan itu tidak akan sesekali tempang kerana adanya pendokong yang akan terus memastikan dasar dan prinsip itu terlaksana.

Kerana itu dalam perjalanan yang panjang, segala mehnah dan masalah akan timbul. dan hanya mereka yang istiqamah dengan dasar perjuangan sahaja yang akan kekal bersama hingga ke akhir.  kita mungkin boleh memilih jalan yang pelbagai untuk menuju ke satu destinasi yang sama.Bezanya,siapa yang akan sampai dahulu,bergantung kepada strategi mana yang kita guna.

 Istiqamahlah dalam perjuangan kita

http://www.fikrahislam.com/motivasi/perjuangan-itu-panjang/

No comments: