untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Monday, January 16, 2012

Baucer buku 1 Malaysia

 Wahahaha. untuk kawan kawan dan adik saya yang berada di oversea, jangan marah yer tatkala anda semua mendengar kami di IPTA dan IPTS seluruh malaysia sedang bergembira dengan baucer buku bernilai rm200 ini. Emmm.nak buku apa yer?

Rm200 agak banyak sebenarnya kalau didarabkan dengan beratus ratus ribu penuntut mahasiswa seluruh negara. Saya tertanya dimana kerajaan dapat duit sebanyak ini? Wallahualam.Apapun ini duit rakyat .So, gunakanlah ia dengan berhemah yer. Jangan pula lupa nak di belanjakan memandangkan tarikh sah laku baucer ini sehingga 31/3/sahaja.

 Sudah lama saya tidak menaiki LRT dan komuter ke pusat bandaraya. Selalunya semasa di Taylors dahulu, saya sering ke Kl dengan menaiki komuter dari stesen subang jaya. kali ini peluang datang lagi. Seronok rasanya dapat mengimbau kembali nostalgia lama. Sudah hampir 4 tahun saya meninggalkan Taylors College. Dapat hadir ke majlis perkahwinan Horiah dan Imanul Hassan. Tapi saya terlupa untuk menangkap sebarang gambar bersama mereka berdua. Apapun memang mereka pasangan yang amat secocok. Bila pula tiba giliran saya nie? Kikiki. Insya Allah!!!

 sesampai di KL Central, saya ternampak satu signboard MPH Book Fair ditingkat 2.Adus. saya terlupa membawa baucer.Ingat nak je menjamu sebuku dua. Sempat juga saya membelek belekk oleksi buku lama yang dilelong.
Melihat gelagat sikecil yang sedang asyik membaca buku sambil bercangkung membuatkan saya terdetik hati untuk menangkap gambar nya. Rajin adik ini membaca,kyusuk lagi. Moga beliau akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.

Apapun , saya tidak lama di Kl centarl book fair memandangkan saya perlu segera menaiki komuter ke Rawang untuk mengunjungi abang dan kakak ipar disana.

Terdetik sudah dihati baucer ini akan dugunakan dengan sebaik mungkin. Saya sedang mencari buku Lee Kuan Yew. Beliau memang seorang tokoh yang hebat. ^_____*



No comments: