untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Saturday, September 17, 2011

Tarbiyyah ke Alam Universiti

Minggu ini adalah minggu orang berjalan, kata sang ayah. Maksudnya minggu rakyat Malaysia bermusafir. Terlalu banyak sebab untuk kita bermusafir. Hari Raya Aidilfitri, Hari Merdeka,  dan Kemasukan Pelajar Ke Alam Universiti merupakan faktor penting mengapa beberapa hari ini jalan jalan utama diseluruh negara begitu sesak dengan kenderaan dari pelbagai arah. Belum lagi dikira dengan cuti perayaan yang dipanjangkan. Terlalu banyak program ziarah menziarahi, majlis sambutan perkahwinan disana sini, Majlis rumah terbuka sanak dan keluarga. Memang sudah lumrah syawal pasti diraikan dengan gemilang selama sebulan.

Penulis sempat untuk beraya dirumah seorang guru lama di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki. Alhamdulillah, bilamana dapat berjumpa adik adik junior yang bakal melangkah ke alam Universiti. Terasa indah bilamana hampir 5 tahun adik adik berjuang di alam persekolahan Menengah. Bukan mudah untuk menjadi cemerlang di antara yang gemilang. Bukan mudah untuk mendapat kecemerlangan dalam SPM, seterusnya mendapat tawaran dalam bidang yang diminati.

Banyak perasaan yang terluka, banyak juga air mata yang mengialir. Banyak wang yang tercurah, banyak juga masa terkorban. Bagi adik adik yang pernah merasa tangisan ini, pasti pada waktu ini sedang bahagia dan gembira  bersiap siap melangkah ke pintu gerbang Universiti. Ada yang ke USM, UPM, UIA, USIM, UNIMAS dan pelbagai lagi Universiti awam mahupun swasta yang ada.

Yang berjaya, Alhamdulillah dan tahniah. Yang kurang berjaya, jangan berhenti melangkah. Kejayaan masa hadapan bukan bergantung kepada kursus apa yang anda ambil ataupun kolej mana anda melangkah. Kejayaan dialam dewasa bukan seperti kejayaan dialam persekolahan yang memerlukan anda mendapat berapa banyak A dalam peperiksaan. Kejayaan dialam dewasa, adalah melalui pengalaman dan kesanggupan kita untuk survive dialam hadapan. Ramai dari sahabat sahabat saya di alam persekolahan yang tidaklah seberapa cemerlang, namun pada hari mampu menjadi usahawan berjaya. Sedangkan yang cemerlang masih lagi terkapai kapai untuk bernafas di alam universiti.

Apapun alam universiti menjanjikan sebuah pengalaman yang  cukup indah buat para pelajar seperti kita. Langkahlah ke sana dengan kaki kanan. Ucapkanlah dan niatkanlah dihati untuk menimba seberapa banyak pengalaman yang ada. Dan keluarlah dari alam sana dengan kehebatan ilmu dari buku, dari pensyarah, dari pengalaman peribadi, dan alam sekitar yang mencorak kita untuk menjadi seorang insan yang cemerlang. Insya Allah.

Selamat melangkah ke sana wahai adik adikku tersayang.

No comments: