untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, September 20, 2011

semangat nak menghasilkan sebuah buku

Masa cuti semester macam ni, alhamdulillah saya sudah mula berjinak merajinkan diri untuk mula menaip artikel artikel untuk sebuah buku yang saya hajatkan untuk disiapkan sebelum bulan 3 tahun depan.

Kadang kadang cita cita ni kalau ia tidak dimulakan dengan segera, ia akan menjadi sebuah angan angan kosong sahaja. Inilah yang saya paling takutkan. Kita boleh merangcang, tapi perancangan itu kalau dibiarkan lama lama ia akan luntur dengan sendiri. Hasilnya, segalanya menjadi sia sia.

Kerana itu saya menasihatkan diri dan rakan rakan yang lain, andai kata anda ada semangat untuk membuat sesuatu yang bermanfaat samada dari segi pengalaman ataupun wang ringgit, lebih baik kita mulakan dari sekarang walaupun dengan permulaan yang sikit sikit. Jangan biarkan idea itu bersarang terlalu lama. Berkarat nanti.

Doakan agar saya akan terus komited dalam penulisan. Lepas ini pasti akan kembali ke kampus. tinggal 5 hari lagi sebelum kelas saya bermula di Melaka Manipal Medical College, Melaka Campus.

No comments: