Majlis hari raya dirumah ayah |
Saya tengah bercuti sakan sekarang ini. Baru pulang dari India, Insya Allah saya akan mula berdaftar di Melaka Campus pada 26/9 nanti. Kami mendapat perkhabaran yang cukup gembira kerana cuti kami yang sepatut pada awalnya berakhir pada 19/9, rupanya di tambah untuk seminggu lagi.
Dan hari ini sudah pasti hari raya ke tiga tatkala saya menulis. Pagi ini bersama rakan rakan mahasiswa dibawah majlis aidilfitri anjuran Markaz Siswazah Kelantan bersama Urusetia pembangunan insan, belia sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan. Alhamdulillah Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan turut sama menghadirkan diri.
Sempat bergambar dengan Datuk Menteri Besar Kelantan |
Insya Allah banyak lagi program yang akan saya bersama dengan rakan rakan. Dah lama teringin untuk kembali mengeratkan ukhuwwah dengan rakan rakan lama yang telah berpisah dengan masing masing mengikut haluan sendiri. Insya Allah saya tidak akan lagi menghilangkan diri ke mana mana.
Apapun sebagai seorang penuntut ilmu, kita jadikan cuti ini untuk kita berehat seketika dari dunia kesibukan buku dan pelajaran. Saya terjumpa adik adik junior sekolah yang bakal memasuki alam universiti. Mereka nampak seronok dan teruja untuk bersama di medan universiti. Tahniah la adik adik sekalian.
Saya semakin gelap. Itulah kata kata beberapa sahabat dan guru saya ^^
No comments:
Post a Comment