untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Friday, August 12, 2011

Melaka Manipal MedicalCollege (Manipal Campus)

Bergambar bersama kanak kanak di Anganwadi Center semasa posting Commed
Hari ini tamatlah sudah posting terakhir aku di Manipal campus ini. Nampak gayanya ianya berakhir dengan   satu senyuman dikalangan kami semua. Atas bas selepas selesai 'end posting exam' tadi, aku, Junlong , Dawson dan Aliff berempat bermain UNO. Saya menang. haha. Mengalahkan jaguh jaguh permainan games terutamanya Jun Long. Berapa kali aku menghembuskan nafas dengan cukup kuat. Habis basah kain sapu tangan dengan hingus. Sejak 2 hari lepas lagi aku mengalami 'running nose'. Terfikir jugak, doktor pun boleh jadi pesakit.

Perjalanan kami dibumi India ini bakal berakhir minggu depan. Insya Allah kami semua akan mula menjejakkan kaki di Malaysia pada seawal 19/8. Banyak perasaan yang berbaur dihati. Ada perasaan gembira, ada juga perasaan sedih. Gembira kerana akhirnya aku sudah mampu bergerak jauh selangkah lagi dalam hidup. Sedih kerana Bumi India ini banyak mengajar erti suka dan duka, ketabahan hidup disini amat menguji hati aku sebenarnya.

Apatah lagi hidup sebagai pelajar perubatan. Tangisan, ketawa riang, gundah gulana menjadi sebahagian dari diri kami. Itu semua telah kami lalui. Selepas ini perjalanan kami masih jauh lagi. Insya Allah akmu akan mula untuk bercuti semester selama sebulan sebelum mendaftarkan diri di Melaka Campus pada 19/9 nanti.

Dua hari lepas aku bersama 2 orang rakan dipostkan di wad OPD bersama . Seperti biasa la, aku akan menghampiri intern untuk melihat dan belajar bagaimana beliau memeriksa kanak kanak  yang ada. Memang menjadi seorang peadiatrician memerlukan banyak kesabaran. Kadanga kadang anbda langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada apa yang ingin anda rawat. Anda perlu bermain main dengan kanak kanak tersebut dahulu agar dia selesa dengan kehadiran kita.

Kemudia intern itu mula memanggil pesakit lain. Dua tiga kali beliau memanggil nama, masih lagi pesakit itu tidak datang. Lantas Dr Pakar kami bangun dan mula bersuara " Dont you take your breakfast today? You should call them loud you know. You even have these 3 people around you (merujuk kepada kami bertiga), why dont you ask them to go and call patient?" Lantang suaranya. Kemudian beliau memandang kami" And you, all three of you here! What are you doing here? Isnt that you suppose to go outside and clerk the case?Go go!" Sempat beliau menghalau kami keluar.

Lantas saya cepat cepat mengangguk "Yes Sir" dan cepat cepat keluar. Kami berbisik teruknya hari ini kena marah selalu. Mujurlah akhirnya posting sudah hampir berlalu.

Apapun semua itu hanyalah sebahagian dari liku liku dan kehidupan dalam menimba ilmu ini. Ada lima hari lagi dibumi India ini, sudah pasti ianya akan meninggalkan seribu kenangan terhadap kami.

Selamat tinggal Manipal, dan selamat menyambut kami Melaka Bumi Sejarah.


3 comments:

hazwani hamzah said...

it's a veryyyyyyyyyyyy nice post indeed! salute.. dh makin pandai menulis, makin sllau jenguk sini sejak dh tukar gaya penulisan.. keep it up!

The Medical Duo said...

salam alaik amin...awk ni student manipal ke?

aku dr amin said...

yer.student.mmmc