untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, August 9, 2011

layak ke saya nak jadi Doktor

Ramai yang bertanya saya berkenaan profesion kedoktoran. Antara soalan soalan yang ditanya adalah
1. Camana jadi pelajar perubatan nie?
2.Seronok ke?
3. Nak stady dalam negeri ke nak pergi keluar negeri untuk mendalami ilmu perubatan?
4. Apa yang saya perlu ada untuk melayakkan saya menjadi seorang pelajar perubatan yang berjaya?
5. boleh ke lepasan diploma sains mengambil ijazah perubatan? adakah mana mana universiti yang mengambil pelajar lepasan diploma untuk kuliyyah perubatan?

saya mahu menjawab soalan ke 5. Saya tidak pasti mana mana uni. awam. Namun anda boleh bertanya pada UITM fakulti perubatan. Uni. lain saya tidak pasti samada mereka ambil atau tidak memandangkan kebanyakan uni. mereka mengambil lepasan STPM dan matriks sahaja. Namun anda juga boleh berkunjung ke laman Management and science university, sebuah uni. milik bumiputra melayu yang menghantar pelajar perubatan ke India. link disini

dan macam macam lagi persoalan yang timbul. Saya cadangkan agar adik adik yang sedang menanamkan cita cita tinggi untuk menjadi seorang doktor pada masa hadapan mendapatkan buku Dari Prof Dr Muhaya bertajuk How to become a good and successful medical student. Saya pernah keluarkan artikel mengenainya disini. Adik adik juga boleh membaca satu artikel menarik disini .

Akhirnya patut saya nasihatkan untuk menguatkan bahasa Inggeris anda memandangkan hampir kesemua sumber perubatan ada dalam bahasa Inggeris. Ini untuk memudahkan proses untuk mendapatkan ilmu. Semangat kena kuat. Selamat berjaya dalam hidup kita semua. Insya Allah

No comments: