untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, August 3, 2011

Belajarlah dari KAMI

Semasa di OT OBG Manipal Hospital
Saya sedang posting peadiatric sekarang. Di hospital kami di OPD, ada seorang Pakar Peaditric, 2 orang intern,  2 orang nurse yang sedang sibuk dengan pesakit dan kami sebagai pelajar semester 5 yang paling junior. Tugas kami di OPD (merujuk kepada out patient department) ataupun dalam bahasa melayu dikenali sebagai klinik pesakit luar adalah untuk mengganggu jururawat jururawat dan doktor yang sedang bekerja. Itu sahaja tugas kami dalam semesta 5 ini.

Kami terdiri dari satu pasukan sejumlah 9 orang dan apabila dibahagi 3, menjadi 3 kumpulan. satu kumpulan bergerak ke postnatal ward (ward selepas bersalin), satu kumpulan ke peadiatric ward dan satu kumpulan berada di OPD. Saya antara satu yang berada di OPD watu waktu ini.

Dr pakar pada hari ini agak 'strict', dan ini membuatkan saya terasa mahu menjauhinya. lantas saya bergerak menuju ke bilik kecil iaitu bilik untuk memberikan suntikan imunisasi memandangkan hari ini adalah hari rabu, hari dimana kanak kanak yang belum mendapat imunisasi BCG semasa lahir (on birth) akan diberikan suntikan pada hari ini. Nurse mula menceritakan kepada kami jadual imunisasi kanak kanak di hospital ini. Saya mencatit senarai memandangkan besar kemungkinan jadual ini akan ditanya oleh Dr nanti. jangan ambil risiko untuk tidak mengetahui perkara asas dalam peadiatri kalau anda tidak mahu ditembak oleh Dr nanti. Nurse bertanya, " What is this vaccine?" Beliau mencucuk jarum vaccine di bahu seorang bayi. Saya menjawab " BCG!" Secara konfidennya.

"How much doses should we give to baby?". Ah! saya teragak agak. "0.1!" perlahan saya sebut. " How much" dia mungkin tidak mendengar . "0.1 mg" saya mengulanginya. yer. betul. Saya tersenyum kegirangan. Ujian pertama bersama jururawat telah selesai. Bayi biasanya  akan diberikan satu suntikan BCG semasa lahir diikuti dengan OPV (oral polio vaccine). Suasana agak bising memandangkan suara suara bayi yang menangis selepas mendapat injeksi. bayi yang berumur setahun 6 bulan akan mendapat 3 vaccin iaitu BCG, OPV dan DPT. Dos untuk DPT adalah 0.5 mg dan dicucuk pada bahagian paha sebelah kiri (intramuscular).

Kemudian saya mula brgerak mendekati seorang intern yang sedang mengambil 'history' seorang kanak kanak kembar. Agak susah untuk melakukan pemeriksaan terhadap kanak kanak. Buku hanya mampu menjadi 'guideline" bagaimana cara mahu mengdekati (approach ) anak anak namun biasanya ramai kanak kanak yang tidak memberikan kerjasama, dan ini memberikan kesusahan pada Dr untuk merawat. kerana itu andai anda membaca buku peadiatric, seorang peadiatrician perlu menaji opportunist. Apa sahaja yang mampu anda periksa, utamakan dahulu yang itu tanpa perlu mengikut turutan.

Beberapa kali Dr meminta seorang kanak kanak berumur 2.5 tahun untuk membuka mulut. Buka mulut, buka mulut! kata beliau. Namun kanak kanak itu semakin menutup mulutnya. Kami masing masing ketawa terbahak bahak. Dr lalu menggunakan 'torch light' dan memancarkan kemulut anak tersebut. Anak itu membuka sedikit sahaja mulutnya dan tidak mahu bekerjasama. Beberapa kali Dr memujuk anak itu untuk menjelirkan lidah nya namun tidak berupaya. Lantas Dr menulis throat not examined.


Beberapa orang sahabat saya dari postnatal ward yang perlu melakukan ujian physical examination terhadap seorang anak datang untuk mengadu kepada Dr yang anak itu sedang tidur. Mereka tidak boleh melakukan pemeriksaan. Lantas Dr berkat   " so what you want me to do?"  Sahabat saya bertanya " Do we have to wake him up Sir?". Sir menjawab " Yes!" Mereka terus berlalu pergi.

Jam pada pagi itu menunjukkan ke angka 12  tengah hari. Saya terus mengajak 2 yang lain untuk mengundurkan diri dari OPD menuju ke peadiatric ward.

Apa yang dapat saya pelajari dari kerja seorang Dr adalah, sebanyak mana pun kami belajar, jelas ilmu kami tetap tidak cukup untuk mengaku bahawa kami adalah hebat. Jelas kami tidak mampu untuk bekerja sendirian. Kami memerlukan satu kumpulan untuk menjadikan operasi kami di ward berjalan dengan effisyen. Dr pakar ada tanggungjawabnya, intern ada tanggungjawabnya, nurse ada tanggungjawabnya, dan kami pelajar juga ada tanggungjawab kami untuk belajar dan mencuri ilmu dari mereka. Akan hilang effisyen di OPD andai salah satu ini tiada. Akhirnya saya mampu menginsafi diri sahaja bahawa merendah diri dengan ilmu itu penting. Jadikanlah ianya pengajaran.

Menjadi resmi padi, semakin dewasa semakin merendah diri, bukannya mengikut resmi jagung, semakin membesar, semakin sombong padahal buah yang terhasil hanyalah sebiji. 

1 comment:

hazwani hamzah said...

this is a very nice post! sangat best baca.. teruskan menulis post2 mcm ni, thumbs up!!