untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Tuesday, July 26, 2011

ramadhan bulan dietku.

College Day 24 MMMC manipal
Sedar tak sedar, ramadhan bakal menjelma lagi. Lebih kurang seminggu dari sekarang. Yer. sejak setahun yang lepas, berat badan saya bertambah secara mendadak. Ramai kawan kawan yang bertanya, malah ada yang memberi nasihat untuk saya menjaga pemakanan dan bersenam selalu.

Saya masih ingat lagi tatkala berat badan saya pernah berada pada paras 23 dan 24 BMI iaitu dalam lingkungan normal. Insya Allah saya mula berkira kira dengan plan diet yang saya kumpulkan  dari pembacaan. Moga ramadhan ini bukan sekadar memberi nilai erti lapar dan dahaga semata mata, malah ianya bulan yang penuh dengan limpah dah barakah, bulan yang memberikan kesihatan batin dan zahir.

Bersama HOD OBG Dr Vaniram Kumar
Bulan dimana kita mampu untuk menjadi bertambah sihat. Dibulan inilah sistem kita mampu untuk berehat      selepas hampir sebelas bulan denagn pemakanan yang berat. Ada hikmah disebalik semua itu.

Sesiapa nak mengira BMI bolehlah melawati halaman ini BMI . Anda hanya perlu menukar dari 'standart' ke 'matric' untuk kilogram dan centimeter.  Selamat berusaha untuk mendapatkan kembali berat badan yang optimum wahai Dr Amin. Moga kejayaan saifulislam dengan program dietnya akan memberikan rangsangan bermakna buat saya. 10 kg jer lagi nak kurangkan nie (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

go go go amin!
aku pun dah rasa gemuk ni...
maybe sebab minum air manis je...
kalori terlebih even makan sikit

aku dr amin said...

:) baik