Pernah berjumpa dengan pencinta Ilmu? Apa al Quran kata tentang perihal mereka :
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَالْعَصْرِ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (surat ke-103)
Ramai manusia yang sedang mengejar masa. Kalau dilihat dinegara barat mahupun negara Timur seperti Jepun, Taiwan, Korea Selatan mahupun China pada hari ini, masing masing berlumba untuk mengejar masa, seumpama masa itu amat berharga. Benarlah pepatah Melayu yang berbunyi "Masa itu emas", Namun menurut pandangan guru saya, masa itu lebih berharga dari emas. Kita mungkin sahaja tidak mampu untuk mengulangi masa lepas yang telah pergi selamanya. Masa hari ini juga andaikata tidak dijaga dan diuruskan dengan baik akan pasti berlalu jua tanpa manfaat yang nyata. Esok pula bagaimana? Ia juga akan hadir dan berlalu andaikata tiada kesungguhan yang nyata untuk dimanfaatkan.
Jagalah waktu anda pada hari ini, jam ini, detik ini. Andaikata kita mencintai masa lebih dari segalanya, tiada kerugian untuk
itu. Antara kata kata guru saya adalah " Andaikata anda memberi ruang dan sanggup menemani masa anda dengan kasih sayang, pasti masa tidak akan melupakan anda pada masa hadapan". Maksud yang tersirat adalah andaikata pada hari ini kita sanggup untuk berkorban untuk menjaga masa kita, menggunakannya untuk belajar andai kita adalah seorang pelajar, pasti kita akan berjaya pada suatu hari nanti. Lihatlah keagungan mereka yang mampu menjaga masa mereka.
Sudah pasti tiada istilah bosan dengan waktu yang terluang andai masa digunakan dengan baik. Sebagaimana kata kata sebuah syair Arab :
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَالْعَصْرِ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (surat ke-103)
Ramai manusia yang sedang mengejar masa. Kalau dilihat dinegara barat mahupun negara Timur seperti Jepun, Taiwan, Korea Selatan mahupun China pada hari ini, masing masing berlumba untuk mengejar masa, seumpama masa itu amat berharga. Benarlah pepatah Melayu yang berbunyi "Masa itu emas", Namun menurut pandangan guru saya, masa itu lebih berharga dari emas. Kita mungkin sahaja tidak mampu untuk mengulangi masa lepas yang telah pergi selamanya. Masa hari ini juga andaikata tidak dijaga dan diuruskan dengan baik akan pasti berlalu jua tanpa manfaat yang nyata. Esok pula bagaimana? Ia juga akan hadir dan berlalu andaikata tiada kesungguhan yang nyata untuk dimanfaatkan.
Jagalah waktu anda pada hari ini, jam ini, detik ini. Andaikata kita mencintai masa lebih dari segalanya, tiada kerugian untuk
Sudah pasti tiada istilah bosan dengan waktu yang terluang andai masa digunakan dengan baik. Sebagaimana kata kata sebuah syair Arab :
ألا ليت الشباب يعود يوماً *** فأخبره بما فعل المشيب
Sekali-kali tidak, andaikata masa muda itu berulang barang satu hari saja
Akan aku beritahukan penyesalan orang-orang (tua) yang telah beruban
p/s: artikel ini disiarkan di ruangan http://www.fikrahislam.com/ pada 17/7/2011.

No comments:
Post a Comment