untukmu permataku

Nama saya : Dr Amin Ismail (A.I.):

Pegawai Perubatan UD44, Jabatan Perbidanan dan sakit puan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan

Pegawai Perubatan UD41, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan :)

MBBS (Melaka Manipal Medical College, Manipal University)

saya seorang doktor yang sentiasa mahu ceria

Followers

Wednesday, July 13, 2011

nilaian akal

Akal kita diciptakan dikepala, bukannya dikepala lutut. Ia terletak ditempat yang paling tinggi agar kita dapat menggunakannya dengan bijaksana, tidak sama dengan lembu atau kambing. Lembu akalnya selari dengan perut dan punggung. Kadang kadang lebih rendah lagi bilamana bertujuan untuk meragut rumput, akalnya diletakkan lebih rendah dari paras punggung. Betapa tidak pentingnya akal berbanding isi perut.

Sedangkan hakikat kewujudan manusia adalah untuk kita berfikir, melihat keagungan Ilahi, mencari kebenaran hidup. Islam yang diutuskan adalah untuk keadilan manusia. Suka saya mememetik kata kata seorang yang saya amat hormati, Saudara Amin Ahmad :  Di mana yang tak kena bila Islam datang untuk menegakkan keadilan, tetapi muslim bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kezaliman?

Kita nilailah sendiri sesuatu perkara. Terlalu banyak dalam ayat Al quran dimana Allah datangkan persoalan kepada manusia, apakah kamu tidak berfikir? Tetapi mereka itu tidak berfikir!.

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (Al-Baqarah 2:266

Suka saya berkongsi disini satu artikel dari laman blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @Saiful islam. Artikel ini sebenarnya jawapan yang saya nak beri , kira sambungan dari artikel saya yang lepas. http://saifulislam.com/

Selamat membaca dan menimba Ilmu Allah yang tersangat luas. Saya kongsikan status yang saya tulis di facebook pagi ini :  "kadang kadang, mendengar hujah orang yang 'tidak' berilmu lebih baik andaikata ianya realistik dan logik berbanding mendengar hujah dari manusia 'berilmu' tapi penuh dengan idea idea yang keawang awangan, langsung tiada nilai praktikaliti. (^^). Nampaknya org berilmu kena keluar dari kepompong 'syok sendiri'"  

No comments: